Thursday, December 22, 2011

al-Aqeedah al-Wasitiyah (001_Syarah)

Syarah/Penjelasannya:

Kata beliau (rahimahullah): الْفِرْقَةِ” ertinya puak “النَّاجِيَةِ” yang selamat atau terselamat, yakni dari Azab Neraka berpandukan sabda Rasulullah (sollallaahu 'alaihi wa sallam):

Umat Yahudi telah berpecah kepada 71 puak dan umat Nasraniy berpecah kepada 71 atau 72 puak dan Umatku akan berpecah kepada 73 golongan


Dalam satu riwayat yang lain dengan lafaz:
Ketahulilah bahawa mereka yang sebelum kamu daripada kalangan Ahli Kitab telah berpecah kepada 72 pegangan agama dan ajaran agama ini (umat Muhammad ) akan berpecah kepada 73, 72 di Neraka dan 1 di Syurga dan ia adalah al-Jama‘ah
Daripada jalan periwayatan yang lain: Daripada ‘Abdillah bin Sufyan al-Madani daripada Yahya bin Sa‘ied al-Ansariy daripadanya: Sabda baginda (sollallaahu 'alaihi wa sallam):

"Pegangan ku dan para Sahabat ku

Ulasan asy-Syeikh al-Albaaniy (Setelah menyebutkan jalan-jalan periwayatan hadis ini): Dan ia (jalan periwayatan yang ketujuh; riwayat ‘Abdillah bin Sufyan al-Madani) biar apa pun adalah lebih baik daripada al-Abrad bin Asyras, sebab beliau juga meriwayatkan hadis ini daripada Yahya bin Sa‘ied dengannya, yang mana beliau telah terbalikkan matannya, menjadikannya dengan lafaz:
“Umat ku berpecah kepada 70 atau 71 puak semuanya di Syurga kecuali satu puak. Mereka (para Sahabat) bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu? Jawab baginda (sollallaahu 'alaihi wa sallam): az-Zanadiqah dan mereka itulah al-Qadariyah.”

Kata adz-Dzahabiy dalam “al-Miezan”: Abrad bin Asyras, kata Ibn Khuzaimah: seorang pendusta pereka hadis palsu”
(Perhatian): Hadis al-Abrad bin Asyras ini telah dikeluarkan (diriwayatkan) juga oleh Ibn ‘Adiy, di dalam “al-Kamil”: 3/934 tetapi dengan lafaznya terbalik: “Syurga” kepada “Neraka” maka jadilah hadis itu seperti berikut:
“Semuanya ke Neraka kecuali satu. Mereka bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda: az-Zanadiqah dan mereka itulah ahlu al-Qadar (Qadariyah).”

Ada penjelasan panjang lebar oleh asy-Syeikh al-Albaniy (pada hadis ini dan lainnya, pada hadis 1035 Silsilah ad-Da‘iefah) berkenaan lafaz tambahan “semuanya ke neraka kecuali satu” yang dengan kukuh menyanggah kesimpulan al-Kawtsariy antaranya dengan menjelaskan:
Apa yang disebutkan oleh Ibn al-Wazier al-Yamani dalam kitabnya “al-‘Awasim wa al-Qawasim” semata-mata berkenaan matannya yang beliau pertikaikan, yang tidak dapat dijadikan hujjah oleh al-Kautsariy untuk menolak hadis ini dengan jalan periwayatannya yang begitu banyak dan dengan sanad-sanad yang sahih beserta matan-matannya yang lain yang tidak dipertikaikan, dengan hukum begitu ramai ahli Hadis terhadapnya.
Apa yang disimpulkan oleh Ibn Hazm (dalam tulisannya: “al-Imamah” hlm.213) bahawa tambahan “semuanya ke Neraka kecuali satu” sebagai tertolak, yang demikian adalah pendapat peribadinya, sedangkan begitu ramai ahli hadis yang lebih ‘alim daripada beliau dalam bidang ini, (sebagaimana yang telah dibuktikan dalam perbahasan kedudukan hadis ini dengan lafaz-lafaznya oleh asy-Syeikh , sila rujuk: Silsilah as-Sahihah: 203 dan 204) menghukumkannya sahih dan dijadikan pegangan.
Begitu juga kesimpulan asy-Syaukaniy dalam “Fath al-Qadier”: 2/56 yang mendakwa bahawa segolongan ‘ulama’ hadis telah menghukumkan bahagian tambahan tersebut pada hadis ini lemah, tanpa memberikan butiran lanjut, siapakah “segolongan ‘ulama’ hadis” tersebut, sedangkan kenyataannya berbeza daripada apa yang diketahui daripada ramai ahli hadis terkemuka, zaman demi zaman, yang asy-Syeikh telah sebutkan dengan nukilan kata-kata mereka dari berbagai kitab karangan mereka.

Ada juga dengan lafaz yang lain, sila rujuk: Silsilah al-Ahadiets as-Sahihah: no: 1492 dan yang telah dinukilkan pada no: 203 dan 204

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts