Thursday, January 19, 2012

Asas2 Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah_Muqaddimah



الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على المبعوث رحمة للعالمين نبينا محمد و على آله و صحبه أجمعين،
و بعد:
قال الله عزوجل:
و ما خلقت الجن و الإنس إلا ليعبدون
و قال تعالى :



 وَ مَا أَرْسَلْناَ مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوْحِيْ إِلَيْهِ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَناَ فَاعْبُدُوْن

Segala puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad, yang diutus sebagai rahmat seru sekelian alam. Demikian juga ke atas keluarga serta para Sahabat baginda صلى الله عليه و سلم yang telah membela risalah Islam.

Selanjutnya, Allah telah berfirman :
{ وَ ماَ خَلَقْتُ الْجِنَّ وَ الْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُوْنِ }

maksudnya : “Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaKu.” (Adz-Dzaariyaat : 56)


Firman Allah yang lainnya :
{ وَ مَا أَرْسَلْناَ مِنْ قَبْلِكَ مِنْ رَسُوْلٍ إِلَّا نُوْحِيْ إِلَيْهِ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلاَّ أَناَ فَاعْبُدُوْن }

maksudnya : “Dan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya : Bahawasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekelian akan Aku.” (Al-Anbiyaa : 25)


إن دعوة الأنبياء و الرسل جميعا من آدم إلى محمد صلى الله عليهم و سلم أجمعين كانت لتوحيد الله تعالى و إفراده بالعبادة و البعد عن الشرك بالله سبحانه و تعالى. و هذا أصل عقيدة التي يجب على المسلم أن يعتقدها و يعمل بها.
و إن المسلمين في عصرنا يعيشون صحوة إسلامية مباركة و عودة إلى التمسك بالدين ، لذلك يجب على الدعاة رعاية هذه الصحوة و توجيهها التوجيه السليم بالعلم و الحكمة و النصح و المتابعة. و من أهم و أول ما يجب رعاية و توجيه الناس إليه هو العقيدة الصحيحة عقيدة أهل السنة و الجماعة عقيدة الصحابة و التابعين و الأئمة الأربعة عقيدة الفرقة الناجية التي أخبرنا عنها بأنها في الجنة و ما عداها من الفرق في النار.
و إجابا بهذا الواجب رأيت أنه من واجبي كطالب علم أن أقوم بدوري في هذا الأمر خاصة و أني لمست بعض الإنحرافات العقدية عند كثير من الناس. فمن باب الدعوة إلى الله و الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر و النصح لله و رسوله و للمسلمين أن أبين عقيدة أهل السنة و الجماعة و منهجهم في ذلك مقرونة ببعض الأدلة الشرعية من القرآن الكريم و السنة النبوية و راعيت في ذلك الإيجاز و الإختصار ليكون زادا لكل مسلم يسهل عليه تذكره و قراءته. و بالله التوفيق.
د/ محمود بن عبد الرحمن قدح
أستاذ مساعد بقسم أصول الدين
الجامعة الإسلامية بالمدينة المنورة

Sesungguhnya, dakwah kesemua para Nabi dan Rasul dari Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad, selawat dan salam Allah ke atas mereka semuanya, adalah semata-mata untuk mengesakan (mentauhidkan) Allah سبحانه و تعالى. Menjadikan pengabdian dan penyembahan semata-mata kepada Allah سبحانه و تعالى , tidak kepada selainNya, serta menghindarkan segala perkara yang mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Inilah usul (asas) Aqidah yang wajib dii’tikadkan dan diamalkan oleh setiap Muslim.

Sesungguhnya, kaum Muslimin ketika ini, hidup di dalam era kebangkitan dan kesedaran untuk kembali berpegang-teguh dengan Islam. Dengan itu, menjadi kewajipan para pendakwah untuk menyalurkan kesedaran ini, kepada saliran ilmu, hikmah, nasihat dan ikutan (petunjuk Nabi صلى الله عليه و سلم ). Kewajipan yang terpenting dan utama, yang membebani pundak para pendakwah ialah menerajui umat ke arah berpegangan dengan Aqidah yang shohih (betul), Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah, iaitu Aqidah para Sahabat Nabi, At-Taabi’iin dan para Imam empat madzhab (fiqh). Aqidah firqah (golongan) tunggal yang berjaya masuk Syurga (dan terselamat dari Neraka), sebagaimana yang telah dikhabarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه و سلم . Manakala firqah-firqah (puak-puak) yang menyimpang dari ajaran Islam yang tulen lainnya, di dalam Neraka.

Demi kesedaran akan kewajipan yang membebani diri ini, sebagai seorang penimba ilmu agama, maka saya khususkan risalah (tulisan) ringkas ini, untuk membicarakan perkara tersebut. Terutama sekali, apabila onak fitnah kekeliruan yang ditimbulkan oleh firqah-firqah yang menyeleweng seperti Al-Khawaarij, Asy-Syi’ah, Al-Jahmiyah, Al-Jabariyah, Al-Mu’tazilah, Al-Qadariyah, Al-Qadyaniyah, Al-Murji-ah dan lainnya, telah mengelirukan serta menyelewengkan ramai umat Islam dari Aqidah Islam yang tulen secara sedar mahupun tanpa disedari.

Keadaan ini diburukkan lagi oleh kemunculan jemaah-jemaah yang mendakwa bahawa mereka berjalan di atas landasan Ahli Sunnah wal Jamaah, padahal, mereka menyesatkan umat dengan amalan dan fahaman yang menyimpang dari tunjukajar Nabi صلى الله عليه و سلم .

Demi melaksanakan dakwah, menyuruh kepada kebaikan dan menegah dari kemungkaran, nasihat bagi Allah, Rasul dan saudara Muslimin, makanya buku ini ditulis sebagai penerangan mengenai Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah dan landasannya, dengan disertakan beberapa dalil Syar’ie (Syara yakni dari Allah dan Rasul صلى الله عليه و سلم) dari Al-Quran dan As-Sunnah. Demikian juga, ia dibentangkan dengan secara ringkas lagi padat demi memudahkan setiap Muslim untuk membaca serta mengingatinya. Semoga dengannya, dapat dikenalpasti golongan Ahli Sunnah wal Jamaah yang sebenarnya dari kalangan firqah-firqah Al-Khawaarij, Asy-Syi’ah, Al-Jabariyah, Al-Matruudiyah, Al-Asyaa’irah, Salafus-sholih dan lainnya.

Segala Taufiq dan Hidayah adalah daripada Allah سبحانه و تعالى .

Al-Faqiir ila Allah (Yang mengharapkan Allah)
Dr. Mahmud bin Abdur Rahman Qadah
Ustadz Musaa’id (Associate Professor)
Kuliah Usuluddiin (Fakulti Usuluddin- Asas Agama)
Universiti Islam Madinah.

Mula diusahakan pada :
17hb Ramadhan 1415H
16hb Februari 1995M
[Kini beliau bergelar Prof. dan bertugas selaku: Dean of Academic and Administrative Development, University of Madinah, Ministry of Higher Education, KSA - 2012M/1433H]
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts