Thursday, April 19, 2012

Menggerak-gerakkan jari ketika tahiyat hukumnya Makruh?(3)

Soalan:

Assalaamu 'alaikum Ustaz,

Saya telah forward-kan artikel Ustaz berkenaan gerak-gerakkan jari ketika tasyahhud. Kemudian salah seorang teman membalas emel saya dengan katanya bahawa "tidak menggerak-gerakkan jari" juga adalah Sunnah kerana itu yang ada dalam riwayat Muslim, bermakna hadis sahih. Jadi kedua-duanya Sahih, tidak seperti yang difahamkan oleh Syaikh al-Albaani, gerak-gerakkan jari lebih utama dari tidak menggerak-gerakkannya. Begitu yang Ustaz beliau fahamkan dan beliau datangkan nasnya daripada Kitab Sahih Muslim. Harap Ustaz dapat tolong jelaskan.


21 باب صفة الجلوس في الصلاة وكيفية وضع اليدين على الفخذين

579 حدثنا محمد بن معمر بن ربعي القيسي حدثنا أبو هشام المخزومي عن عبد الواحد وهو بن زياد حدثنا عثمان بن حكيم حدثني عامر بن عبد الله بن الزبير عن أبيه قال ثم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قعد في الصلاة جعل قدمه اليسرى بين فخذه وساقه وفرش قدمه اليمنى ووضع يده اليسرى على ركبته اليسرى ووضع يده اليمنى على فخذه اليمنى وأشار بإصبعه

579 حدثنا قتيبة حدثنا ليث عن بن عجلان ح قال وحدثنا أبو بكر بن أبي شيبة واللفظ له قال حدثنا أبو خالد الأحمر عن بن عجلان عن عامر بن عبد الله بن الزبير عن أبيه قال ثم كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قعد يدعو وضع يده اليمنى على فخذه اليمنى ويده اليسرى على فخذه اليسرى وأشار بإصبعه السبابة ووضع إبهامه على إصبعه الوسطى ويلقم كفه اليسرى ركبته

580 وحدثني محمد بن رافع وعبد بن حميد قال عبد أخبرنا وقال بن رافع حدثنا عبد الرزاق أخبرنا معمر عن عبيد الله بن عمر عن نافع عن بن عمر ثم أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا جلس في الصلاة وضع يديه على ركبتيه ورفع إصبعه اليمنى التي تلي الإبهام فدعا بها ويده اليسرى على ركبته اليسرى باسطها عليها 580 وحدثنا عبد بن حميد حدثنا يونس بن محمد حدثنا حماد بن سلمة عن أيوب عن نافع عن بن عمر ثم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان إذا قعد في التشهد وضع يده اليسرى على ركبته اليسرى ووضع يده اليمنى على ركبته اليمنى وعقد ثلاثة وخمسين وأشار بالسبابة

580 حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن مسلم بن أبي مريم عن علي بن عبد الرحمن المعاوي أنه قال ثم رآني عبد الله بن عمر وأنا أعبث بالحصى في الصلاة فلما انصرف نهاني فقال اصنع كما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصنع فقلت وكيف كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصنع قال كان إذا جلس في الصلاة وضع كفه اليمنى على فخذه اليمنى فأتى أصابعه كلها وأشار بإصبعه التي تلي الإبهام ووضع كفه اليسرى على فخذه اليسرى


Jawapan:

Wa 'alaikumussalaam wa rahmatullaah,


Kehadapan pihak yang bertanya (jika boleh harap perkenalkan diri)

Perkara ini sebenarnya telah dijelaskan dalam artikel tersebut (Menggerak2kan jari ketika tahiyat...bah.1 & 2). Sungguh kita gembira dengan adanya usaha asatizah sentiasa mengkaji dan terus mengkaji, semoga segala usaha yg ikhlas mencari kebenaran akan dimasukkan Allah dalam timbangan hasanaat kita.

Sebenarnya inilah yang dimaksudkan dgn "penyelisihan" atau "percanggahan" perawi bernama Muhammad Ibn 'Ajlaan (rahimahullah) lihat sanad hadis no "579". Di sini, dalam riwayat Muslim beliau meriwayatkan hadis Ibn az-Zubayr tanpa lafaz tambahan: "tidak menggerak-gerakkan jari". Periwayatan beliau ini, sama dengan periwayatan para perawi seangkatan beliau dalam sanad-sanad lain dalam Sahih Muslim. Semuanya tanpa lafaz tambahan tersebut...seperti yang Ustadz guru teman anda kemukakan, Baarakallahu fiehi.

Tetapi dalam sanad periwayatan Imam Abi Dawud dalam Sunan Abi Dawud, beliau (Ibn 'Ajlaan) meriwayatkannya dengan lafaz tambahan "tidak meggerak-gerakkan" padahal tiada seorang perawi lain seangkatan beliau yang meriwayatkan dengan lafaz tambahan tersebut.

Bilamana kedudukan beliau (Ibn 'Ajlaan) tidak sekuat para perawi yang lain yang seangkatan dengan beliau, maka jadinya periwayatan ini dihukumkan: "mukhaalafatu ats-tsiqah liman huwa aulaa minhu" menjadikannya Syaadz - satu bahagian daripada bahagian-bahagian  hadis do'ief (lemah).

Maka yang do'ief adalah dlm periwayatan Sunan Abi Dawud [sila lihat "menggerak-gerakkan jari ketika tahiyat..bah.2, bermula dari: (Ulasan asy-Syeikh al-Albaniy): Sebenarnya, isnadnya tidak sahih........Memadailah bagi mu bukti kelemahannya, yang mana Imam Muslim telah menyebutnya (2/90) tanpa lafaz tambahan itu dari jalan periwayatan Ibn ‘Ajlan sendiri!....”], berpunca daripada percanggahan Ibn 'Ajlaan dgn sebutan tambahan" tidak meggerak-gerakkan" yang tiada dalam riwayat para perawi lain selain beliau....bukan dalam periwayatan Sahih Muslim. Walhamdulillaah.

Seandainya beliau seorang yang lebih aulaa (utama) daripada para perawi lain, barulah boleh di-istilahkan "ziyaadatu ats-tsiqah" tetapi tidak demikian dalam hal ini.

Isu ini telah lama dibicarakan ‘ulama dengan ilmiyah, malah Imam at-Tohawiy (wafat 321H) pun ada bincangkannya. Tetapi apa tujuan di sebalik perbincangan dan cara membincangkan? Itu yang menjadi perhatian kita. Kita tidak mahu masyarakat saling tuduh menuduh dengan penjelasan berat sebelah. Selaku asatizah, sepatutnya kita tunjukkan contoh dan semaikan sikap saling menghormati bukan seperti mempersalah tanpa keterangan yang nyata.

Sebagaimana yang telah disebutkan, sepertimana juga nukilan Syeikh al-Albaaniy menukilkan kesimpulan ash-Shon‘aniy, masih tepat kalau dikatakan boleh amalkan kedua-duanya yang merupakan Sunnah Nabi.
Cuma di sisi Syeikh al-Albaaniy (rahimahullaah) al-mutsbit muqaddam 'ala an-Nafi, maka gerak-gerakkan adalah lebih utama dari hanya menuding, tidak menggerak-gerakkan.

Semoga kita sama-sama telah dapat pencerahannya..Wallahu Waliyut Taufieq.

Wallahu a'lam.

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts