Tuesday, May 29, 2012

Dzikir Sakran dan Hadeets Zikir Gila

بسم الله و الحمد لله و الصلاة و السلام على من لا نبي بعده و على آله و صحبه و من اتبع سنته
وبعد
Saya telah ditanya oleh seorang teman di seberang (negeri orang putih) berkenaan Dzikir/Wirid Sakran.

Soalan:

Pernah dengar Wirid Sakran tak? Apakah ia amalan yang sahih? Jazaakumullah khairan.




Jawapan:

Wallahu a'lam. Saya tidak pernah tahu adanya Wirid ini.

Kalau Aurad (Wirid-wirid) Muhammadiyah (Muhammad as-Suhaimi), misalnya, memang telah sedia diketahui dan Ustadz Abu Bakar Hashim (rahimahullaah) pernah menulis berkenaannya dan menyanggahnya (di Singapura).

Pihak di Malaysia juga telah mengharamkan amalan tersebut yang terkait dengan Jemaah Arqam. Tetapi Wirid Sakran, saya tidak pernah tahu.

Walaubagaimanapun, saya percaya ia ada berkaitan dengan "sandaran" pada "hadis" yang menyebutkan: "Lakukanlah zikir sampai orang kata kamu gila". Saya percaya kaitannya demikian kerana maksud ungkapan ini "Wirid Sakran" dalam Bahasa Melayu: "Wirid Mabuk".

Seandainya ini yang dimaksudkan, dengan buat putaran pusing-pusing ketika zikir seperi orang mabuk, kononnya mengamalkan "pesanan" Rasulullah, maka berikut saya kemukakan kajian tehadap "hadis" tersebut:

~~~~~~~~~ Mula perbahasan hadis.

With regard to the hadith:

Akthirū dhikralLāhi hattā yaqūlū: majnūn
Meaning: Make or do a lot of Dzikir (i.e. Remembrance of) Allah until they (people) say: “Crazy”
and some with this version:

Akthirū dhikralLāhi hattā yuqāl: innahu majnūn
Meaning: Make or do a lot of Dzikir (i.e. Remembrance of) Allah such that it will be said: “he is crazy/insane/possessed by Jinn (Demon)”

From my personal research, there are 4 books which narrated this hadith with these 2 similar versions:

  1. Al-Muntakhab min Musnad ‘Abdin bin Humaid (175157):
With this chain of narration: Haddathana Al-Hasan bin Musa – Thana bin Lahie‘ah – thanaa Darrāj Abu al-Samhi – ‘an Abi al-Haitham – ‘an Abi Sa‘ied al-Khudriy

  1. Sahih Ibn Hibbān (67959):
Akhbarana ‘Umar bin Muhammad al-Hamdāni – Haddathana Abu Tohir – haddathana bin Wahbin – akhbaranaa ‘Amr bin al-Hārith – anna Aba al-Sahmi (the rest same as above)
Sheykh Shu‘aib al-Arnaa’uut commented: This chain of narration is weak.

  1. Mustadrak al-Hākim (79026):
Thana Abu Bakr bin ‘Abdillah al-Shafi‘ie (in Baghdad) – thana Abu Isma‘iel Muhammad bin Isma‘iel – thana Sa‘ied bin Kathier wa Ashbagh bin al-Faraj – wa akhbarani Musa – thana Muhammad bin Aiyuub – anba’ana Ahmad bin ‘Isa wa haddathanaa Muhammad bin Solih – thana Muhammad bin Isma‘iel – thana Abu Tohir (the rest the same as Sahih Ibn Hibbaan)

  1. Musnad Ahmad bin Hambal (51053) & (51074)
Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalaani commented in Taqrieb al-Tahdhieb: In the narration of Darrāj Abu al-Samhi – ‘an Abi al-Haitham weakness.

Sheykh al-Albaaniy in Dho’ief al-Jaami‘ al-Shoghier (no: 1108) (with both versions into consideration) commented:
"Narrated in Musnad Ahmad bin Hambal, Musnad Abi Ya‘laa, Sahih Ibn Hibbaan, Mustadrak al-Haakim and Shu‘ab al-Iemaan by al-Baihaqiy – all from Abi Sa‘ied – (dho‘ief)"

Another in the following version in Dho’ief al-Jaami‘ al-Shoghier (no: 1107):
Akthirū dhikralLāhi hattā yaqūlā al-Munāfiqūn: innakum murā’ūn” [meaning: Make or do a lot of Dzikir (i.e. Remembrance of) Allah until the hypocrites would say: “You are showing off” – narrated in Sunan Sa’ied bin Mansour, al-Zuhd by Ahmad bin Hambal and Shu‘ab al-Iemaan by al-Baihaqiy – all from Abi al-Jauzaa’ mursal - also Dho‘ief

In Conclusion: This hadith “Akthirū dhikralLāhi hattā yaqūlū: majnūn” is weak.

~~~~~ Akhir perbahasan hadis tersebut.

Namun, bila saya cuba mencari maklumat tentangnya, ternyata "Wirid Sakran" ini adalah Wirid khusus rekaan Habieb Abu Bakar bin 'Abdur Rahmaan as-Sakraan as-Saqqaaf.

Wirid tersebut adalah seperti berikut:

اَللَّهُمَّ اِنِّى احْتَطْتُ بِدَرْبِ اللهِ طُوْلُهُ مَاشَآءَ اللهِ قُفْلُهُ لَآ اِلَـهَ اِلَّا اللهُ بَابُهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَقْفُهُ لَاحَوْلَ وَلَاقُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ. اَحَاطَ بِنَا مِنْ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ....

...بِنَا اسْتَدَارَتْ كَـمـَـا اسْتَدَارَتِ الْمَلَئِـكَةِ بِـمَـدِيْــنَــةِ الرَّسُوْلِ بِلَاخَـنْـدَقٍ وَلَاسُوْرٍ مِنْ كُلِّ قَدَرٍ مَقْدُوْرٍ وَحَذَرٍ مَحْذُوْرٍ وَمِنْ جَمِيْعِ الشُّرُوْرِ.


( تَـتَــرَّسْـنَــا بِاللهِ x3 ) مِنْ عَـدُوِّنَا وَعَـدُوِّ اللهِ مِنْ سَاقٍ عَـرْشِ اللهِ اِلَى قَــاعٍ أَرْضِ اللهِ بِمِائَةِ أَلْفِ أَلْفِ أَلْفِ لَاحَوْلَ وَلَاقُـوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِــيِّ الْعَـظِـيْمِ صُـنْـعَـتُـهُ لَاتَـنْـقَـطِـعُ بِمِائَةِ أَلْفِ أَلْفِ أَلْفِ لَاحَوْلَ وَلَاقُـوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِــيْمِ عَـزِيْـمَتُـهُ لَاتَـنْـشَقُّ بِمِائَةِ أَلْفِ أَلْفِ أَلْفِ لَاحَوْلَ وَلَاقُـوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ.

اَللَّهُمَّ اِنْ أَحَدٌ أَرَادَنِى بِسُوْءٍ مِنَ الْجِنِّ وَاْلاِنْسِ وَالْوُحُـوْشِ وَغَـيْرِهِمْ مِنْ سَآئِرِ الْمَـخْـلُـوْقَــاتِ مِنْ بَشَرٍ اَوْ شَيْـطَانٍ اَوْ وَسْـوَاسٍ فَـارْدُدْ نَـظَـرَهُمْ فِى انْـتِــــكَاسٍ وَقُـلُـوْبَــهُـمْ فِى وَسْوَاسٍ وَاَيْــدِيَــهُـمْ فِى اِفْــلَاسٍ وَاَوْبِـقْـهُمْ مِنَ الرِّجْـلِ اِلَى الرَّأْسِ, لَافِى سَهْلِ يَـجْـدَعُ وَلَافِى جَـبَـلِ يَـقْـطَـعُ بِمِائَةِ أَلْفِ أَلْفِ أَلْفِ لَاحَوْلَ وَلَاقُوَّةَ اِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ. وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَى نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.

Zikir ini, datang daripada rekaan seorang habib, bukan daripada Rasulullaah (sollallaahu 'alaihi wa sallam). Doa dan Dzikir yang Rasulullah ajarkan kita sudah mencukupi dan baginda adalah orang yang paling tahu apa yang diredhai Allah.

Bila kita beramal dengan yang jelas daripada baginda yang tercinta, melalui hadis-hadis yang sahih dan sekurang-kurangnya berderajat Hasan, yakni yang telah diterima kebanyakan 'ulama hadis, jika tidak semuanya mereka sekalipun, kita dapat beramal dengan sesuatu yang:

  1. Kita yakin kebenaran amalan itu
  2. Ia adalah doa dan Zikir terbaik, kerana ia adalah ajaran manusia terbaik yang paling mengetahui yang terbaik untuk umatnya(sollallaahu 'alaihi wa sallam),
  3. Kita Insyaa Allah pasti akan mendapatkan "manfaat" kebaikan yang ada pada doa/zikir itu kerana janji Allah dan RasulNya yang ia diperkenankan Allah dan sekaligus
  4. Mengamalkan dan menghidupkan Sunnah baginda(sollallaahu 'alaihi wa sallam)
  5. Kita terpelihara daripada berbagai "perkara syirik", "perkara bid'ah", meminta kepada Allah dengan sesuatu yang berkemungkinan mengundang kemurkaanNya atau mengucapkan perkataan yang dimurkaiNya.

Dan banyak perkara lagi yang dengannya, saya katakan:

Cukuplah dengan amalan yang begitu banyak daripada zikir dan doa yang Rasulullah (sollallaahu 'alaihi wa sallam) telah ajarkan dan telah ada pun kitab-kitab dan buku-buku yang membantu kita untuk mendapatkan amalan-amalan yang jelas ini yang sekaligus menyelamatkan diri kita daripada kesalahan dan dosa dalam zikir, wirid dan doa. Cukup sebagai contoh bagaimana adanya bahaya besar pada amalan "Aurad Muhammadiyah" sebagai contoh terdekat. Pada ketika ini, saya tidak mahu ulas apa yang ada dalam Zikir as-Sakran ini (umumnya, ia bersekitar pada memohon perlindungan daripada segala macam musuh dan keburukan...tetapi dengan berbagai lafaz rekaan)

Wallahu a'lam.

Semoga Allah menjadikan kita hamba-hambaNya yang mencari keredhaanNya dengan menempuhi jalan yang diredhaiNya yang telah ditunjukkan olehNya melalui manusia agung yang kita cintai iaitu Rasulullah (sollallaahu 'alaihi wa sallam) lagi terpelihara daripada jalan syaitan yang memanggil manusia melencong daripada JalanNya yang satu, sentiasa ikhlas kepadaNya.

Hanya Dia yang Memberi Petunjuk.
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts