Saturday, April 18, 2015

Hadis-Hadis Rejab & Puasa Rejab

Soalan:

Assalamu’alaikum ustaz,

 Merujuk kepada email di bawah, jika anta berkelapangan, boleh tolong periksa kedudukan hadith-hadith yang dibawakan,khususnya untuk teks yang berwarna hijau. Untuk hadith yang pertama tentang Bulan Rejab bulan Allah, setahu ana ia dhaifkan.

Jazakallah khairan. Barakallahhu fiik.

Wassallaam
 
- MAA (melalui email)


Jawapan:

Wa 'alaykumussalaam.

Akhi, baarakallaahu fiekum, pihak yang sebutkan hadits yang perlu bawakan bukti bahawa hadis tersebut boleh diterima pakai. Mereka tinggal bawakan hujjah untuk sanggah kata-kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalaniy, al-Hafiz Ibn Rajab, Imam Nawawi dan ramai lagi.

Jika mereka sedar diri, tak mampu buat kajian dan bukan ahlinya untuk hukum derajat hadis, mereka akan terima kesimpulan Imam-imam tersebut. Jika mereka dapat buktikan di mana para Imam tersebut kurang tepat atau silap dalam kesimpulan mereka - "tiada hadis sahih" - berkenaan kelebihan puasa atau solat tertentu di bulan Rejab, tak pula Umrah mahupun dzikir tertentu, maka sila datangkan. 

Kita tidak akan ikut mana-mana Habib yang ilmunya tidak sehebat ilmu para Imam yang akan disebutkan berikutnya. Apa kitab yang dihasilkan Haba-ib itu sehingga kita dapat lihat ilmunya dan dinilai serta dimuliakan? Kalau setakat boleh "ghaib", boleh terbang...ahli sihir ada yang lagi hebat.
Terdapat beberapa hadis yang biasa disampaikan di dalam ceramah-ceramah dan kini melalui email dan Facebook sempena bulan Rejab, dengan maksud baik, tetapi menjadikan orang yang menyampaikannya berdosa sebagaimana yang dihukumkan oleh para ahli hadis.

Usahlah dihairankan biarpun yang menyampaikannya bergelar ustadz atau ustadzah bahkan bergelar professor, doktor atau mufti sekalipun. Begitu pula janganlah terpedaya dengan dakwaan sebahagian pihak bahawa hadis tersebut masih boleh dijadikan hujjah kerana adanya banyak riwayat dalam berbagai kitab-kitab. 

Berikut nukilan sebuah artikel dari salafy.web.id oleh Ustadz Ammi Nur Baits.


Puasa Rejab

Masyhur di sisi masyarakat kita bahawa “disunatkan” untuk berpuasa pada 1hb Rejab, hari Khamis minggu pertama bulan Rejab, Nisfu Rejab dan 27hb Rejab sempena Israk Mikraj. Perlu kita ketahui bahawa amalan-amalan ini bersandarkan hadith-hadith dhoi’ef (lemah) bahkan maudhu’ (palsu).
“Rejab adalah bulan Allah Al Asham. Siapa yang berpuasa sehari di bulan Rejab, atas dasar iman & ihtisab (mengharap pahala) maka dia berhak mendapat redha Allah yang besar.”
(Hadis palsu, sebagaimana penjelasan As Syaukani dalam Al Fawaid Al Majmu’ah)
“Barangsiapa yang berpuasa tiga hari bulan Rejab, Allah catat baginya puasa sebulan penuh. Siapa yang puasa tujuh hari maka Allah menutup tujuh pintu neraka.”
(Hadis maudhu, sebagaimana keterangan Ibnul Jauzi dalam Al Maudhu’at, 2/206)
“Siapa yang puasa di bulan Rejab & shalat empat rakaat…maka dia tidak akan mati sampai dia melihat tempatnya di syurga atau dia diperlihatkan.” 
(Hadis maudhu, sebagaimana keterangan Ibnul Jauzi dalam Al Maudhu’at, 2/124, Al Fawaid Al Majmu’ah, hal. 47)
“…Maka mereka (para Malaikat) mengatakan: Wahai Tuhan kami, keinginan kami adalah agar engkau mengampuni orang yang suka puasa Rejab. Allah berfirman: Hal itu sudah Aku lakukan. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Siapa yang berpuasa hari Khamis pertama di bulan Rejab, kemudian shalat antara maghrib sampai isya’ – yaitu pada malam Jum’at – dua belas rakaat…’” 
(Hadis palsu, sebagaimana keterangan Ibnul Jauzi dalam Al Maudhu’at, 2/124 – 126, Ibnu Hajar dalam Tabyinul ‘Ujbi, hal. 22 – 24, & As Syaukani dalam Al fawaid Al Majmu’ah, hal. 47 – 50)
“Sesungguhnya bulan Rejab adalah bulan yang agung, siapa yang berpuasa sehari, Allah akan mencatat baginya puasa seribu tahun…”
(Hadis palsu, sebagaimana keterangan Ibnul Jauzi dalam Al Maudhu’at, 2/206 – 207, Ibnu Hajar dalam Tabyinul ‘Ujbi, hal. 26, As Syaukani dalam Al Fawaid Al Majmu’ah, hal. 101, As Suyuthi dalam Al Lali’ Al Mashnu’ah, 2/115)
Disebutkan dalam sebuah riwayat, dari Kharshah bin Al Har, bahawa beliau melihat Umar bin Khatab memukul telapak tangan beberapa orang, sampai mereka letakkan tangannya di wadah, kemudian beliau menyuruh mereka: Makanlah (jangan puasa). Kerana dulu, bulan ini diagungkan oleh masyarakat jahiliyah.
(Hadis riwayat Ibn Abi Syaibah & sanadnya dishahihkan Al Albani)


Kesimpulan Para Imam Ahlussunnah

Tidak terdapat amalan khusus terkait bulan Rejab. Baik bentuknya shalat, puasa, zakat, mahupun umrah. Jumhur ulama menjelaskan bahawa hadis yang menyebutkan amalan bulan Rejab adalah hadis bathil & tertolak.

Ibn Hajar mengatakan: 
“Tidak terdapat riwayat yang shahih untuk dijadikan dalil tentang keutamaan bulan Rejab, baik bentuknya puasa sebulan penuh atau puasa di tanggal tertentu bulan Rejab atau shalat tahajjud di malam tertentu. Keterangan saya ini telah didahului oleh ketengan Imam Abu Ismail Al Harawi.” 
(Tabyinul Ujub bimaa warada fii Fadli Rejab, hal. 6)

Imam Ibn Rejab mengatakan: 
“Tidak terdapat dalil yang shahih, yang menyebutkan adanya anjuran shalat tertentu di bulan Rejab. Adapun hadis yang menyebutkan keutamaan shalat Raghaib di malam Jum’at pertama bulan Rejab adalah hadis dusta, bathil, & tidak shahih. Shalat Raghaib adalah bid’ah menurut jumhur (majoriti) ulama.” 
(Lathaiful Ma’arif, hal. 213)

Terkait masalah puasa di bulan Rejab, Imam Ibn Rejab juga menegaskan:
“Tidak ada satupun hadis shahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang keutamaan puasa bulan Rejab secara khusus. Hanya terdapat riwayat dari Abu Qilabah, bahawa beliau mengatakan: “Di syurga terdapat istana untuk orang yang rajin berpuasa di bulan Rejab.” Namun riwayat bukan hadis. Imam Al Baihaqi mengomentar keterangan Abu Qilabah: “Abu Qilabah termasuk Tabi’in senior, beliau tidak menyampaikan riwayat itu selain hanya khabar tanpa sanad.” 
(Lathaiful Ma’arif, hal. 213)

Akan tetapi, jika seseorang memang telah biasa melakukan puasa-puasa sunnah secara rutin ataupun melaksanakan puasa di bulan Rejab dengan niat puasa sunnah di bulan-bulan haram maka ini dibolehkan, bahkan dianjurkan.

Wallahu a'lam.

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts