Wednesday, August 15, 2012

Solat Tahajjud Qiyam Nabi pada Ramadhan & lainnya (3)

KEUTAMAAN MENGHIDUPKAN MALAM-MALAM RAMADHAN DENGAN SHOLAT QIYAM.

Terdapat 2 hadits yang menjelaskan mengenai keutamaannya :

عن أبي هريرةt قال : " كان رسول اللهr. يرغب في قيام رمضان ، من غير أن يأمرهم بعزيمة ، ثم يقول :
] مَنْ قاَمَ رَمَضاَنَ إِيْماَناً وَ احْتِساَباً غُفِرَ لَهُ ماَ تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ[
فتوفي رسول الله r. و الأمر على ذلك ، ثم كان الأمر على ذلك في خلافة أبي بكر t، و صدر من خلافة عمرt "



(No : 1)
Dari Abi Hurairah t (semoga Allah meredhai beliau) yang telah meriwayatkan : “Rasulullah r. sentiasa menggalakkan sholat malam Ramadhan tanpa memberatkan mereka (para Sahabat) maka baginda bersabda :
< Barangsiapa yang menghidupkan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan menghitung diri (yang sedikit amalan lalu mengharapkan ganjaran baik) akan diampunkan dosanya yang telah lalu >
Demikianlah keadaannya[1] sehingga Rasulullah r wafat, begitu pula semasa khilafah Abi Bakar t dan bahagian awal dari masa pemerintahan Umar t.”
[Diriwayatkan oleh Imam-imam Muslim, Al-Bukhariy, Abu Dawud dan lain-lain - hadits shohih].
(No : 2)
Dari ‘Amru bin Murrah Al-Juhaniy t:
“Rasulullah r telah didatangi seorang lelaki dari Qudho’ah lalu berkata : Wahai Rasulallah, apakah pendapat tuan sekiranya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawasanya anda adalah utusanNya dan aku mendirikan sholat 5 waktu ku, aku berpuasa pada bulan tersebut serta aku hidupkan malam-malam Ramadhan dan aku menunaikan zakat?
Jawab Nabi r :
] مَنْ مَاتَ عَلىَ هَذاَ كاَنَ مِنَ الصِّدِّيْقِيْن وَ الشُّهَداَء [
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan demikian, akan digolongkan dari kalangan Ash-Shiddiiqin dan Asy-Syuhadaa (yakni orang tulus keimanannya dan yang mati syahid demi mengagungkan agama Allah).”
[maksud hadits yang diriwayatkan oleh Imam-imam Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibbaan di dalam Kitab Shohih mereka dan Imam-imam lainnya dengan jalan periwayatan yang (shohih) sah, tulen, berasal dari Nabi r].
MALAM PENUH KEMULIAAN & KEBERKAHAN (LAILATUL QADR) YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.
Malam yang terbaik dari malam-malam Ramadhan ialah malam Lailatul Qadr berdasarkan sabda baginda r::
]من قام ليلة القدر ، إيمانا و احتسابا ، غفر له ما تقدم من ذنبه[
(No: 3)
maksudnya : “Barangsiapa yang menghidupkan Lailatul Qadr, demi keimanan dan perhitungan, diampunkan segala dosanya yang lampau.”
[diriwayatkan oleh Asy-Syeikhan (Al-Bukhaariy dan Muslim) dan Imam-imam lainnya dari Abi Hurairah t manakala Imam Ahmad pula meriwayatkannya dari ‘Ubadah bin Ash-Shomit t]
Menentukan Lailatul Qadr.
Sebahagian ulama berpendapat, sebagaimana pendapat segolongan Sahabat y, Lailatul Qadr itu jatuh pada malam 27 Ramadhan secara tetap, setiap tahun dari zaman Nabi r sehinggalah Hari Kiamat. Maksud malam 27 Ramadhan ialah malam sebelum kita berpuasa hari yang ke-27.
Mereka berpendapat demikian bukan sembarangan tetapi tentunya dengan dalil. Menurut ahli-ahli hadits, terdapat banyak hadits-hadits yang menjelaskan penetapan malam 27 ini.
(No: 4)
Salah satu dari hadits-hadits tersebut ialah hadits yang diriwayatkan oleh Zir bin Hubaisy t yang meriwayatkan :
“Aku telah mendengar Ubaiy bin Ka’ab t, ketika beliau diberitakan bahawa Abdullah bin Mas’ud t mengajarkan : Barangsiapa yang menghidupkan malam-malamnya dengan ibadat sepanjang tahun ia akan mendapatkan Lailatul Qadr. Maka kata Ubaiy (semoga Allah meredhai beliau) :
< Allah merahmati beliau (Ibnu Mas’ud) * , tentunya beliau mahukan agar manusia tidak lalai, demi Tuhan yang tiada sekutu bagiNya, sesungguhnya ia jatuh pada bulan Ramadhan dan demi Allah aku tahu malam yang mana satukah ia? Ia adalah malam yang Rasulullah menyuruh kami untuk menghidupkannya, malam (sebelum) pagi (tanggal) 27. Tandanya ialah matahari yang terbit pada pagi itu berwarna putih tiada pancaran padanya.
[maksud hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan lainnya - dan ia terdapat di dalam Shohih Sunan Abi Dawud ].
DISYARI’ATKAN BERJEMAAH DI DALAM MELAKUKANNYA.
Dibolehkan berjemaah sewaktu mendirikan sholat Qiyam ini, bahkan ia adalah afdhal (lebih utama dan lebih baik) daripada dilakukan secara sendirian. Yang demikian itu adalah kerana perbuatan Nabi r sendiri dan penerangan baginda mengenai kelebihannya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Dzar, semoga Allah meredhainya :
(No: 5)
“Kami telah berpuasa bersama Rasulullah r pada bulan Ramadhan, maka Nabi r tidak mengimamkan qiyam walau sehari pun sepanjang bulan tersebut sehinggalah hanya tinggal 7 hari (berpuasa), barulah Nabi r mengimamkan kami secara berjemaah sehingga berlalu sepertiga malam. Adapun pada hari ke 6 (tinggal 6 hari berpuasa), maka Nabi r tidak mengimamkan qiyam. Tapi pada hari ke 5 (tinggal 5 hari sahaja) baginda menjadi imam kami sehingga berlalu separuh malam. Maka aku pun berkata kepada baginda : Wahai Rasulallah, alangkah baiknya anda mengimamkan kami lagi pada malam ini? Maka baginda menjawab :
< Sesungguhnya sesiapa yang sholat bersama Imam sehingga Imam itu selesai sholat, maka dikirakan baginya sebagai orang yang telah menghidupkan sepanjang malam>
Pada hari ke- 4 (tinggal 4 hari lagi) baginda r tidak berjemaah bersama kami. Tetapi pada hari ke-3 (tinggal 3 hari sahaja lagi yakni malam 27 Ramadhan) Nabi r mengumpulkan isteri-isteri dan ahli keluarga baginda r serta para Sahabat yang ramai lalu Nabi r berjemaah bersama kami sehingga kami khuatir tidak sempat bersahur....”
[maksud hadits shohih yang diriwayatkan oleh Ash-haabus Sunan; Imam-imam Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasaa-i dan Ibnu Maajah dan lainnya].



[1] Tidak dilakukan secara berjamaah.
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts