Saturday, September 8, 2012

Tunaikan Haji tanpa Ziarah ke Madinah

Soalan:

Assalaamu 'alaikum Ustaz,

Saya akan menunaikan Haji tahun ini, Insyaa Allah dan kerana keadaan kesempitan saya, saya tidak akan menziarahi kota Madinah dan Masjid Nabawi. Walhamdulillah saya kerap tunaikan Umrah dan telah dapat Ziarah Masjid Nabawi beberapa kali sebelum ini dan akan ziarah lagi Insyaa Allah sewaktu melakukan umrah pada masa-masa akan datang.

Apakah dikira "kurang ajar" atau biadab jika seseorang itu tidak menziarahi Masjid Nabawi setelah perlaksanaan hajinya, seperti yang akan saya lakukan. Mohon penjelasan.

Baarakallahu fiekum.

- Alfiah Zailani.




Jawapan:

Wa 'alaikumussalaam wa rahmatullaah,

Bismillah walhamdulillaah, was solaatu was salaam 'alaa Rasulilah wa 'alaa aalihi,

Amma ba'd,

Saudara Zailani yang dikasihi, walhamdulillaah, bersama kita bersyukur bahawa anda akan menjadi tetamu Allah. Semoga mendapat Haji Mabrur dan keampunan Allah yang sempurna.

Mengenai persoalan yang saudara tanyakan, dengan gambaran yang saudara berikan, tiada salahnya dan bukan dari kurang adab atau Ibadah Haji dikira "kurang" atau "ada cacat cela" bilamana saudara tidak menziarahi kota suci Madinah dan Masjid Nabawi, selepas perlaksanaan Ibadah Haji saudara kelak.

Berikut penjelasannya daripada seorang alim terkemuka berkenaan persoalan ini.

Kata asy-Syeikh Muhammad bin Salih al-‘Utsaimien:
"فيسن للحاج و غيره زيارة مسجد النبي و الصلاة فيه قبل الحج أو بعده ، و ليست هذه الزيارة من شروط الحج و لا أركانه و لا واجباته و لا تعلق لها به" 
“Disunnatkan bagi orang yang telah melaksanakan Haji dan lainnya untuk menziarahi Masjid Nabi dan melaksanakan solat di dalamnya samada sebelum perlaksanaan Haji atau selepasnya dan ziarah ini bukannya daripada syarat-syarat (sah) haji, bukan pula daripada rukun-rukunnya atau wajib-wajibnya bahkan tiada kaitan langsung dengannya…” [1]
______________________________

[1] Manasik al-Hajj wa al-‘Umrah wa al-Masyru‘ fie az-Ziyarah hlm. 119

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts