Tuesday, March 19, 2013

Persoalan Fikrah dan Manhaj (Bhg.7a)


sambungan daripada Persoalan Fikrah dan Manhaj (Bhg.6c)

Mengikuti as-Salaf dan bukan mengadakan kelompok Salafy

Sebelum saya mengutarakan perbahasan selanjutnya, izinkan saya menjelaskan tujuan daripada "kiriman" (postings) bersiri ini.


1) Saya bermaksud menyelamatkan golongan pencari dan penuntut ilmu serta penimbanya, yang berusaha mencari kebenaran dan ingin kembali mendapatkan dan menghayati ajaran Salafussolih; para Sahabat dan anak-anak murid mereka (at-Tabi'ien) serta para imam pengikut setia golongan murid Sahabat (Atba' at-Taabi'ien), agar tidak terkeliru, terpengaruh ataupun terkesan mahupun terjejas dengan dakyah kelompok ini yang mengaku diri Salafiyah, yang menyibukkan diri mencari kesalahan orang, para pendakwah ke  jalan Salafussolih, malah golongan 'ulama dan bukannya mereka menyibukkan diri menghayati dengan sebaiknya ajaran Salafussolih. Malah, golongan menyeleweng yang jelas penyimpangannya daripada ajaran Salafussolih kurang mereka "perbetulkan". 
2) Ini menjadi i'tibaar (pengajaran) kepada setiap yang terpengaruh atau mula berjinak dengan kelompok ini. Keberadaan kelompok ini, bukan saya yang katakan, tetapi Syeikh yang kami cintai yang sungguh kami amat terasa kehilangannya, dengan kewafatan beliau, rahimahullaah, asy-Syeikh al-'Utsaimien, seperti yang telah kami berikan rakaman audio nasihat beliau, demi menyatukan barisan yang ingin kembali kepada ajaran sebenar Salafussolih dan Ahlis Sunnah, jauh dari mengadakan kelompok atau "camp" tertentu.   
3) Saya mengetahui bahawa sebahagian teman-teman, yang bukan daripada kalangan Asatizah, yang telah lama mengenali Manhaj ini dengan berterusan mengenalinya dengan lebih rapat lagi, telah melakukan usaha nasihat dengan baik pada pihak-pihak yang mahu memulakan kelompok tersebut di sini. Mereka telah menasihatkan supaya dihentikan, jika tidak dilakukan usaha "tabayyun" bersemuka atau emel dengan pihak-pihak yang mereka lakukan "tahdzier" terhadapnya (mengingatkan supaya waspada daripada seseorang...namun akhirnya bukan "mengingatkan" lagi tapi cemuhan dan tuduhan serta "menjatuhkan"). Mereka tentu merasakan bahawa nasihat mereka akan bernas dengan saya membantu mereka memperjelas keadaan. Maka ini sebagai satu sokongan daripada seorang teman "bergelar Ustaz" yang semata-mata mengambil daripada penjelasan dasar-dasar dan menjernihkan "kekecohan" yang timbul akibat nukilan kata-kata yang tidak benar, jika tidak ke tahap fitnah dan tohmah. 
4) Menuntut bukti keterangan. 
Ada seorang teman, Ustadz yang saya kasihi telah ditohmah dengan kekata "fren...fren" dengan seorang daripada US yang telah di"jarh" 'ulama, malah dikatakan berkenaan beliau (Da'i dari US) tanpa bukti yang dikemukakan, sebagai "di kalangan mereka yang menyifatkan 'ulama seperti Syeikh Ibn Baaz "'ulama' haidh dan Nifas" semata-mata kerana "dimasukkan beliau sebakul" dengan para anggota al-Maghrib dan lainnya. 
Bukannya saya membela beliau dan pertubuhan yang diasaskan oleh Muhammad ash-Sharief (yang telah menulis artikel yang amat menyentuh mengenai kewafatan Syeikh Ibn Baaz), semata-mata mengajak orang yang mengata beliau tanpa bukti berkenaan ini, usahlah samakan, atau masukkan satu bakul dengan pengikut "Abdullah Azzaam" dan "Osama". Usahlah dengan semangat ingin menjaga "ilmu" dari sumber yang benar,  sehingga kita mentohmah saudara Islam kita tanpa bukti yang nyata.   
Di manakah dan bilakah al-Akh Abdul Bari Yahya mengata yang buruk berkenaan Syeikh Ibn Baaz??? Jika ada, atas dasar apa? Apa kata-katanya? Jika ternyata berlaku zalim terhadap Syeikh Ibn Baaz, maka memang selayaknya mereka diperingatkan dan ditegur. Malah saya telah tabayyun bertanya sendiri kepada akh Abdul Bari, apa kaitan beliau dengan al-Maghrib? Beliau hanya seorang yang di "engage", diambil khidmatnya untuk menyampaikan seminar, bukan anggotanya dan tiada kena mengena dengan mereka kecuali "penyampai kertas kerja undangan". Beliau tidak termasuk salah seorang yang menandatangani dokumen yang menjadi pertikaian besar di kalangan Salafiyien. Abdul Bari tidak di"jarh" 'ulama' sehinggakan "virus" jarh itu boleh berjangkit kepada Ustadz di sg itu "yang fren-fren - Friend". 
5) Menghentikan kesombongan dan memandang rendah terhadap seorang lagi Ustadz, yang menetap di JB, orang Sg, dan umumnya Asatizah yang lain, ini yang dikatakan oleh seorang setelah mengikuti pengajian di Surau M_J_D_E, kerana sungguh penyakit takabbur mesti dirawat.   
Orang tersebut (di JB) mempersoal jirannya kerana masih mengikuti pengajian Ustadz di sg itu padahal Ustadz itu bersama dengan golongan yang telah di"jarh" oleh 'Ulama (menurut dakwaannya dan Asatizahnya) katanya: 
"...cukup bagi kita untuk mendengarkan kajian, muhadhoroh ustadz-ustadz kita. Apa yang ada dari ilmu, faedah, pembahasan yang dibahas oleh pengisi "RR" ada pada ustadz-ustadz kita dan apa yang ada pada ustadz-ustadz kita tidak ada pada pengisi."RR"... 
Walhal mereka baru kenal Asatizah seberang, yang tidak tahu menahu waaqi' kita, lagi telah ditinggalkan murid-murid mereka, sehingga terpaksa perlu ke JB dari Indonesia dan membawa kelompok mereka ke JB lalu ke sg??? Saya hanya bertanya apakah itu punca mereka beralih ke JB dan SG? Kenapa tidak di bumi besar Indonesia lagi, yang masih membutuhkan dakwah mereka yang bermanfaat? Namun, secara peribadi saya menghormati setiap yang ingin menyebarkan kebenaran tidak kira siapa dan dari mana. Malah berterimakasih kerana membantu dakwah. Tetapi adalah amat tidak sihat jika murid-murid dijadikan berta'asub lalu dibiarkan pula menjatuhkan pendakwah lain, apatah lagi kalau istilahnya "semanhaj". 
Sila lihat: Dai kami ada apa yang dai kamu tiada [semoga mereka yang baru mula mengenali Manhaj ini dan merasakan diri masih banyak belum mengkaji, maka bagaimana mungkin akan mengkeji, orang-orang yang lebih berilmu dari dirinya - mengenai celaan sebahagian pihak terhadap Radio tersebut dan lainnya, Syeikh 'AbdurRazaaq al-'Abaad dan ramai lagi 'ulama, bekerjasama dengan Radio tersebut untuk mengisi pengisian ilmiyah, maka usahlah tergugat dengan kata-kata seseorang da'i di Indonesia yang ilmunya tidak setinggi ilmu Masyayikh tersebut. Semuanya kerana satu sebab utama, mereka ada menerima bantuan dana (menurut dakwaan da'i-da'i tersebut) daripada Yayasan/Pertubuhan berbaur Ikhwanie jika tidak 100% ikhwaani. 
Syeikh 'Ubayd al-Jaabiree ketika ditanya (dalam liqaa' beliau dengan para pelajar dan mereka yang menunaikan Umrah pada 28.5.2009) telah menjelaskan tiada salahnya mengambil dana daripada mereka, jika mereka tidak mensyaratkan agar disebarkan dan disokong ideologi mereka). 
Bila dikatakan kepada da'i-da'i ini adanya keterlibatan Masyayikh, mereka akan berhujjah dengan "omong kosong" bukan bukti nyata, "Masyayikh itu tidak tahu keadaan Radio itu yang disokong dana Ihya' at-Turots". Kita katakan: kalau begitu usahakan sampai mereka diberitahu, sehingga mereka tahu. Ini semua pernyataan "kemungkinan", "mana tahu" seperti hujjah ahli bid'ah, "Nabi ada berselawat berjemaah, siapa tahu, mana tahu, meskipun tiada dalam riwayat"...hujjah dengan "tidak tahu" sebenarnya. 
Lalu, apakah ada dalam penyiaraannya, mereka membawa agenda Yayasan itu, atau mereka lebih banyak mendatangkan manfaat ilmiyah untuk umum masyarakat berdasarkan ajaran Salafussolih? Jika ada satu atau dua pengisi nya yang melakukan kesilapan, lalu keseluruhan siaran dan para pengisi dihukumkan dengan hukum yang sama? Termasuk Masyayikh (Syeikh-syeikh)? Apakah da'i-da'i yang tiada hubungan kerana "baraa" berlepas diri dan jarh Radio itu, tiada kesilapan dan tiada kegelinciran??? Mengapakah diambil jalan Tahdzier dan bukan jalan menasihati dengan teguran yang baik, memperbetulkan saudara-saudara para pendakwah tersebut jika mereka ada kesilapan??  Atau bukankah lebih baik lagi mereka membantu mengusahakan pengumpulan dana yang menjadikan Radio itu bersih menurut penilaian mereka?]  dan lihat ini serta  ini juga. 
Saya utarakan ini supaya dinilai kembali setiap yang mahukan Manhaj Salaf atas nama kelompok Salafiyah, tiada habisan mentahdzier. Hentikanlah tahdzier-mentahdzier dan perpecahan serta kelompok demi kelompok. Usah diambil dari Ruwaibidhoh (akan saya jelaskan, maksud perkataan ini yang adakalanya si Ruwaibidhoh menggunakan perkataan ini tanpa ia sedari ia salah seorang darinya). Ambillah dari Kibaar seperti ini Grand Mufti Syaikh 'Abdul 'Aziez Aali Syaikh. 
Jangan tunggu nasi dah jadi bubur, terlajak perahu boleh diundur dan fahamilah bukan maksud saya mengata mana-mana pihak kerana saya tidak mahu bersifat seperti kelompok ini, cuma sebagaimana yang saya telah nyatakan pada nombor 1, menyelamatkan saudara Islam yang dicintai dari kancah fitnah yang tiada untungnya, tiada baiknya bagi kalian, padahal fitnah ujian sakit, masih ada baiknya, mendapat pahala dan ampunan dosa serta i'tibar ketika sabar.  
Walhal sebelum itu, ada kelompok lain di B_T_M, C_N_A_A, menurut seorang teman, beliau menerima SMS yang diedarkan kepada ramai mendakwa, menurut gurunya, di SG tiada pengajian menurut Salaf dan tiada Salafy. Jika maksudnya kelompok Salafy ini, maka walhamdulillaah selama ini tiada atau kurang dan baru hendak bertapak. Tapi kalau maksudnya, tiada sesiapa yang memperjuangkan ajaran Salafussolih, saya cuma terangkan pada teman itu: "Allah yang mengukur kita bukan manusia. Tapi apa tujuan guru itu, jika benar beliau katakan demikian? Apakah beliau mahu semua orang SG pergi belajar ke tempatnya? Lagipun apakah beliau pernah ke SG sehingga telah lihat sendiri dan dapat hukumkan tiada yang usahakan? Atau mungkin beliau ada CCTV? Bukankah itu kesimpulan tanpa ketelitian dan siasatan, justeru tanpa keadilan, memandang rendah usaha saudara Islam dan melahirkan bibit "meninggalkan pencarian ilmu di SG" pada diri para pelajarnya? 
6) Memberikan mereka yang berhasrat memulakan kelompok ini "masa" untuk menilai dengan baik-baik dan menarik balik keterlanjuran mereka dan kembali kepada umumnya teman-teman yang inginkan kejayaan dan pembelaan Manhaj Salafussolih. Bekerjasama melakukan yang sebenar-benarnya manfaat dan meninggalkan perbuatan tahdzier mentahdzier yang dengan pengalaman berbagai pihak, hanya akhirnya memecahbelahkan dan saling mengutuk di antara sesama kelompok mereka, sehingga menjadi kelompok demi kelompok dan terlahirnya pula "Salafi-Taubat", yang tersalah kenal ajaran Salaf jadi penentang ajaran Salafussolih. 
7) Bukan untuk membela diri peribadi saya, kerana saya berusaha menjadi "batu karang" yang tidak berganjak biar ombak datang menerjang, kerana seperti kata Syeikh al-Albaaniy dalam permulaan Kitab Sifat Solat dengan mendatangkan sebuah syair..yang menggambarkan, seseorang itu tidak akan lepas dari cemuhan orang biarpun ia berada tertutup di dalam sayap helang di atas gunung yang tinggi. Namun, saya memahami, teman-teman yang mengenali saya, mereka inginkan pernyataan saya secara peribadi kerana mereka difahamkan oleh golongan yang baru mulakan "kelompok" ini, bahawa saya dikatakan telah berkata sekian-sekian dan di"tahdzier" atas dasar tersebut.  
Namun, saya yakin telah cukup jelas "permasalahan Sayyid Qutub" yang didakwakan kononnya saya bela. Tiada pembelaan, semata-mata tidak jatuh kepada ghuluw, menghukum kafir, cukup dengan jelaskan kesilapan beliau dan menghindarkan para pemuda pemudi yang  baru belajar daripada pembacaan buku-bukunya dan fahaman-fahamannya, sedang kita tetap mengucapkan "rahimahullaah" bagi dirinya sebagaimana panduan Syeikh al-Albaaniy. 

Selepas posting siri ke 7, saya tidak akan menyibukkan diri lagi dengan perkara "kelompok Salafy" sebab ia tiada hentinya jika dasarnya adalah ikutan hawa nafsu bukan tunduk kepada keterangan dengan insaf dan sedar diri serta mencari yang bermanfaat  dan tidak berkata tanpa ilmu. Cukup dengan kita ikut Kibaar zaman terdekat, dengan bersandaran kepada ajaran Salafussolih sebenar yakni ulama terdahulu.


Cukup dengan video-video ini sebagai satu nasihat (sebelum saya menukilkan segala nukilan yang diperkatakan tentang Asatizah yang mengajak ke jalan Salaf di sg):

Bersambung...

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts