Monday, March 25, 2013

Persoalan Fikrah dan Manhaj (Bhg.7b)


sambungan daripada Persoalan Fikrah dan Manhaj (Bhg.7a)

Mengikuti as-Salaf dan bukan mengadakan kelompok Salafy

Pada 2hb Mac 2013, kami telah diberitahu oleh sebahagian teman-teman, akan diadakan "tele-link" dengan Syeikh. Teman-teman semanhaj sama-sama menyambut baik, iklan tersebut, dengan inginkan penyebaran ilmu yang bermanfaat daripada "tele-link" dengan Syeikh. Mudah-mudahan mendapat ilmu yang bermanfaat bagi teman-teman yang ikhlas mencari ilmu melaluinya.

Namun sayangnya, sungguh malang, ada yang mengambil kesempatan untuk bertanyakan perkara yang tidak jelas lagi mengelirukan dan kemudian menyebarkannya dengan segera.


Sebelum saya mengajak sidang pembaca sekalian meneliti bersama-sama dengan saya apa yang ada dalam persoalan dan jawapan "tele-link" tersebut, saya bawakan kiasan, perumpamaan dahulu.
1. Jika saudara hendak membeli Nasi Ayam, hendak makan, lalu mendapati ada 2 gerai "orang Islam"; 1 gerai dengan si penjualnya lelaki bertattoo, rambut diwarnakan, bergelang emas dan 1 gerai lagi si penjualnya berpakaian kemas, memelihara janggut, isterinya bertudung, MANA satukah yang anda akan beli Nasi Ayamnya dan makan dengan perasaan tenang di hati Insyaa Allah, halal. Maksud saya, pengenalan anda pada sesuatu atau seseorang menjadi pengukur dari awal. Sebab itu sungguh saya pelik jika ada di kalangan teman saya yang telah sekian lama bersama dengan saya, seandainya "dialog tele-link" ini memaksudkan diri saya, boleh percaya dengan "yang majhul" meninggalkan yang telah sedia dikenalinya. Apatah lagi jika kita bicarakan tentang "MANHAJ" seseorang dan keperibadiannya, serta sikapnya terhadap 'ulama' dan ajaran Salafussolih. Berbanding dengan seseorang yang kita masih belum pasti berapa lama beliau kenal Manhaj dan faham permasalahan Manhaj dan keperibadiannya serta berapa lama pula ia akan bertahan dengan MANHAJ ini? Sekali terguris sungguh, luka telah sembuh, parut belum tentu hilang...tetapi saudara Islam sesama Islam semestinya pemaaf kerana Allah dan ajaran Rasulullah serta tauladan Salafussolih, apatah lagi berkenaan peribadi bukan agama yang "disakiti". Namun apakah ada terkait Manhaj dan kelompok??? Fiehi Nozhor.  
2. 'Ulama mengajarkan: "Fahmus su-aal Nisful Jawaab" - memahami soalan itu adalah separuh daripada jawapan. Jika soalan yang diutarakan tidak memberikan pertanyaan yang tepat, bagaimana mungkin jawapan yang diberikan akan jadi tepat??? Misalnya: 1 dan 1 apakah jadinya 2? Yang tergesa-gesa jawab akan katakan: Ya. Yang  lebih berhati-hati akan tanya semula: maksud anda campur (+) atau darab/kali (x)? Jika 1+1=2, tapi kalau 1X1=1. 
Lihat Syeikh al-Albaaniy (harap cari sendiri videonya), ketika ditanya mengenai seseorang, langsung beliau katakan kepada pihak yang bertanya: Apakah ini akan dikira ghiebah - mengumpat? Taqwa Kibaar 'ulamaa' berbanding orang kecil di hadapan Kabier seperti beliau. Kalau saya di tempat pihak yang ditanya, saya akan tanya dahulu: "apakah maksud dari soalan ini? Beliau seorang lulusan Madinah? Apakah  beliau selama ini sekian-sekian?" -  kalau kita ikut ajaran Salaf dan 'Alim Salafi terdekat zaman kita tadi. Dan walhamdulillaah, jawapan beliau bagi saya adalah masih dalam rumpun jawapan yang berhati-hati, tetapi sayangnya, beliau tidak mendidik: "jangan mengata seseorang sembarangan dan bahayanya ghiebah dan tohmah dan jangan salah gunakan jawapan saya ini, saya hanya jawab menurut kadar soalan." Saya juga mendapat tahu beliau hanyalah seorang da'i juga, tidak pasti kelulusannya, bukan sebenarnya seorang Syaikh, mungkin mengganti tempat Syeikh untuk "tele-link" tersebut. Fajazaahullaah khairan 'ala husnun Niyyah wal qiyaam biwaajibih.  
3. Kaedah yang telah saya utarakan sebelum ini: "al-Hukmu 'ala asy-Syai far'un 'an Tasowwurihi" untuk menghukumkan sesuatu, kita perlu mendapatkan gambaran yang sebenar lagi menyeluruh terhadap sesuatu yang hendak dihukumkan itu. Di dalam hal ini, apakah mereka yang bertanya kepada "Ustadz" di tele-link tersebut, telah memberikan gambaran yang sebenarnya yang menyeluruh??? Sehinggakan Ustadz yang menjawab dapat memberikan jawapan yang tuntas dan tepat? Ataukah mungkin Ustadz itu hanya memberi jawapan umum, lalu pihak yang bertanya "AMAT BERPUASHATI" dan dengan segera kaitkan dengan diri Da'i tersebut. Sebab itu apabila seorang teman yang saya kasihi, email saya, seperti ingin kepastian daripada diri saya, jika ia berkenaan diri saya, da'i yang dimaksudkan, maka saya menjawab kepada beliau, ia tiada kena mengena dengan diri saya, kerana bila saya dengarkan keseluruhan pertanyaan, jauh panggang dari api, tidak mencermin diri saya sedikit pun.  
4. Saya tidak didatangi seseorang yang "cuba" menasihati saya, kalaulah saya yang dimaksudkan dan dianggap tersilap atau telah melakukan kesalahan besar. Saya hanya dapat info. Di manakah ajaran Salaf yang sepatutnya diterapkan, bahkan ajaran Nabi. Kenapa tidak dilakukan Tabayyun??...oh ada "Tabayyun 'ala Ustadz Sewed...(saya lupa) iaitu: "jika seseorang telah dihukum sekian, kita jangan buat tabayyun suroury dengan bertanya kepadanya." 
Kenapa kita ikut dasar seseorang yang bukan dari zaman Salafussolih, malah zaman fitnah ini, walhal 'ulama Salaf seperti para Imam 4 Madzhab dan lebih nyata lagi al-Imam asy-Syaafi'ie telah menegaskan bahawa jika beliau telah tetapkan satu dasar dan ia mencanggahi Sunnah Rasulullah, maka itu adalah dasar yang tertolak. 
Kata beliau, semoga dirahmat Allah dengan RahmatNya yang Maha Luas: "Tiada seorang pun kecuali ia ada terlupa suatu Sunnah Rasulullaah...maka tidak kira apa pendapatku yang pernah aku nyatakan atau satu dasar/prinsip/kaedah yang aku telah tetapkan, sedang ada daripada Rasulullah bercanggah dengan apa yang aku nyatakan atau tetapkan, maka penentunya adalah apa yang disabdakan oleh Rasulullaah dan itulah yang menjadi pendapatku"[1]   
Bukankah Nabi ajarkan: "لو يعطى الناس بدعواهم , لادعى رجال أموال قومآ ودماءهم , لكن البينة على المدعي واليمين على من أنكر"  ertinya: "Seandainya manusia diberikan kebebasan untuk membuat tuduhan dan dakwaan, pastinya ada sahaja orang yang menuntut harta orang lain dan darahnya, akan tetapi, kewajipan orang yang membuat dakwaan adalah mendatangkan bukti sedangkan yang menafikannya wajib bersumpah (dengan Nama Allah)"  .[2]  
Dan Allah juga mengajarkan supaya kita selidiki apa jua berita yang sampai kepada kita: ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, bila datang kepada mu seorang fasiq membawa berita maka selidikilah (tabayyun) agar kamu tidak menuduh suatu kaum secara jahil (tanpa pengetahuan) sehingga kamu menjadi menyesal terhadap apa yang kamu lakukan." (Surah al-Hujuraat: 49: 6). 
Kaedah menyimpang dan bid'ah bikinan orang zaman sekarang, yang akhirnya menikam diri beliau sendiri seumpama "senjata makan tuan". Sebab itu ditanyakan kepada kelompok Salafy Tahzier ini, apakah kita mengambil kata-kata  Syeikh atau guru atau Da'i yang kita sokong tanpa kembalikan kepada pertimbangan al-Quran dan as-Sunnah serta ajaran sebenar Salafussolih? Jika tanpa pertimbangan, apa bezanya kelompok ini dengan golongan yang ikut kata guru, kerana menganggap guru ada karomah, kasyaf atau dapat ilham atau kedudukan istimewa yang berpanduan di sisi Allah.
    Selanjutnya saya sambung semula, setelah memberi masa yang secukupnya dan tiada tanda-tanda sebahagian mereka akan berganjak, malah "hijack" sebahagian Asatizah untuk membuktikan diri benar:
    (sedutan akhir 6c) 

    [Yang peliknya, baru-baru ini, sekitar bulan Januari 2013, ada seorang yang bergelar "Orang-orang asing atau terasing pada zaman saya", yang tidak pernah sekali pun setahu saya mengikuti pengajian kelas-kelas saya, hanya 2 atau 3 kali bersemuka dengan saya, mengeluarkan kata-kata ini yang saya tidak pasti siapa yang beliau maksudkan, diri saya atau seorang yang lain....yang anda dapat nilaikan sendiri, rata-rata adalah assumptions untuk menyimpulkan "Manhaj" seseorang.

    Sebagaimana Ahli Bid'ah saling mewarisi, sepertimana Ahlis Sunnah saling waris-mewariskan, Ahli Tahdzier pun begitu...History repeats itself.]
    Ini yang ada dalam FB: 




    Sidang pembaca yang budiman, sebelum pertanyaan yang ditanyakan melalui tele-link, inilah yang telah dinyatakan seperti yang ada dalam "Screenshots". Sila amati dan lihat yang pertama: 
    - "Few students of this Ustaz..." menunjukkan beliau berbincang dengan "murid-murid" Ustaz tersebut, bukan dengan Ustaznya sendiri. Kemudian beliau kaitkan "murid-murid" tersebut dengan Ustaz tersebut, padahal berapa lamakah mereka menjadi "murid" beliau malah mungkin juga mereka berguru dengan Ustaz lain dan apakah pemahaman murid mencermin pengajaran Ustaz itu, ataulah ada kemungkinan murid faham beza dengan yang Ustaz ajarkan??? 
    - :"defends Ikhwani figures"...siapakah mereka itu yang digelar ikhwani oleh penulis dan sudut apakah mereka (murid-murid Ustaz itu) "membela" (khuatir sama macam yang telah berlalu, tiada pembelaan dituduh membela)? Apakah yang mereka katakan sehingga disimpulkan mereka "defend". 
    - "Adopts Muwazanah Manhaj" ...big words...apa itu Muwaazanah jika beliau ini faham, tahukah beliau Ahli Hadits terdahulu ada terima daripada perawi Khawarij??? Tahukah beliau, penjelasan daripada Syeikh al-Albaaniy, (jika ikut ketentuan si penulis FB) adalah di antara yang "Adopts Muwazanah Manhaj" seperti yang telah diperdengarkan kata-kata beliau berkenaan Hasan al-Banna?  ataukah ia penolakan terhadap "Muwaazanah" yang bid'ah tidak dikenali Salafussolih? Beliau lebih 'alim daripada Syeikh al-Albaaniy??? sepatutnya didatangkan penjelasan apa yang beliau faham tentang 'al-Muwaazanah"? 
    - "I do not know why exactly..." jika tidak tahu jangan simpulkan, malah pergi tanya Ustaz pula.   
    - "And he thinks they have not read...and that the fitnah of Ikhwanul Muslimin still upon them..." suatu kesimpulan zhonn bukan kepastian tapi jika benar Ustaznya itu mengatakan demikian, (kerana kita tidak dengar daripada Ustaznya sendiri, hanya daripada cerita beliau ini), Ustaznya sepatutnya diam  daripada berprasangka atau ajarkan beliau, ini adab terhadap orang yang lebih berilmu daripada diri beliau. Mungkin Ustaz itu pun tidak pasti Ustaz yang mana yang sedang dimaksudkan oleh beliau...dan adakalanya kena tanya juga...apakah Ustaz yang melayannya benar-benar Salafy dan memahami Manhaj Salaf untuk mengukur orang lain Salaf atau bukan? Kalaulah dengan ucapan "rahimahullah" sahaja bagi Sayyid Qutub Ustaz ini anggap "bukan Salafi", tidak bermanhaj Salaf, Ustaz ini sudah jadi lebih 'alim daripada Syeikh al-Albaaniy dan sebahagian Masyayikh lainnya. Bukankah lebih baik Ustaz ini (jika benar cerita orang ini) menasihatkannya supaya jangan sembarangan "membuat kesimpulan akan Manhaj seseorang". 

    Screenshot kedua: 
    - "These students defends and promote al-Maghrib and their figures" sekali lagi beliau sebutkan "students", soalnya para pelajar siapa, siapa gurunya. Apakah gurunya yang mengajarkan mereka berkenaan isu ini?  
    - Sekali lagi "his teacher refutes Abu Khadeejah..." beliau hanya berbincang dan dengar daripada "murid" bukan dengar langsung dan berbincang dengan guru/teacher nya. Lagipun kenapa anda, wahai si penulis FB, tidak periksa betul-betul siapa Abu Khadeejah? Tahukah beliau, sampai ada orang di Barat yang katakan: "Dikhuatiri beliau ini talibarut Freemason dan tugasnya hanya memecahbelahkan Salafiyah...", apakah boleh kita percayai? Sila cari sahaja dalam carian google nama beliau, pasti anda akan ketemukan begitu ramai pihak dan sebahagian Masyayikh yang menegur beliau. 
    - "It is very sad how lack of manhaj knowledge he has..." seberapa mana yang punya diri kenali Manhaj untuk mengata dan mencemuh orang lain dan mempersoal Manhaj orang lain? Semata-mata dengan "When I provide criticism on such figures"....sejauh manakah critiscism seperti ini bersesuaian dengan Manhaj Salafussolih?  

    Screenshot 3 
    - Sejauh manakah dan dari sudut apa, dakwaan "figures" tersebut Ikhwanul Muslimin dan Surury? "Sy Ali Halaby", ya betul Masyayikh Lajnah Fatwa Daa-imah ada memperbetulkan kesilapan beliau, semata-mata kerana kekhuatiran masyarakat awam akan keliru dengan hasil tulisan beliau. Sehingga berlaku saling menjawab dan berhujjah dan itu adalah isu lapuk. Lagipun itu antara peringkat mereka, 'ulama', kita lebih baik menahan diri dari berkata sembarangan, tapi penulis FB ini mengeluarkan kenyataan yang besar: "This is not Salafy Manhaj" dan saya tidak pasti siapa yang melantik beliau menjadi "polis" atau petugas dan pnentu bagi "Salafy Manhaj".  
    - "my students I ask them...", patutlah...beliau setaraf Asatizah yang berkelulusan daripada Universiti Islam, boleh beri "kelulusan" orang berManhaj Salafy atau bukan, beliau ada "pelajar-pelajar". 

    Yang saya diberitahu, sewaktu perbincangan hangat beliau ini, yang beliau ceritakan di FB, beliau meminta untuk mengelolakan kelas/kursus di sebuah tempat pengajian yang baru dibuka. Apabila sebahagian teman-teman yang menguruskan tempat tersebut bertanya kepada saya, meminta pandangan saya, saya sarankan agar tidak diberikan beliau laluan untuk menggunakan tempat tersebut, sebab sesiapa pun yang tiada kelulusan, sebaiknya secara "standard" tidak diberikan. Mudah-mudahan beliau tiada simpan perasaan marah kerana itu dan sepatutnya faham, kami perlakukan dengan ikut  "standard".

    Yang nyata, beliau diberi "kelulusan" oleh guru beliau, yang beliau sebutkan namanya. Bagi saya, Manhaj seseorang itu apakah dapat dikesan ketidaksesuaiannya dengan Manhaj sebenar Salafussolih oleh orang bawahannya? Murid-muridnya?? Saya hanya mengajak berfikir dan menilai bukan mengata atau mempersoal guru beliau yang, jika benar, telah memberikan beliau kelulusan untuk mengajar.

    Cukup saya katakan, kalau beliau tanyakan kepada teman-teman beliau yang pergi ke JB dan tanyakan kepada Ustaz Abu Muhammad sepertimana 6 orang tersebut bertanyakan kepada beliau berkenaan diri saya, yang Abu Muhammad sendiri rasa "ada yang tak kena" dalam pertanyaan mereka mengenai saya, kerana sejauh yang beliau kenal saya, saya bukan pembela ikhwan atau Sayyid Qutub. Tanyakan pula kepada beliau berkenaan gurunya.

    Subhaanallaah...jika anda adil semua orang akan anda persoalkan, termasuk guru pemberi tazkiyah/kelulusan anda...tetapi apakah itu ajaran Salafussolih? 

    Saya hanya ingin menunjukkan bagaimana "senjata makan tuan". Saya tidak suka memandang rendah terhadap sesama saudara Islam, hanya membela kebenaran jika ia dihinakan, tidak kira oleh siapa. 'Ulama sebenar tidak membawa kebohongan dan layak dimuliakan manakala 'ulama suuk melakukan jenayah ilmiyah dan perlu diselamatkan orang awam dari diperdaya mereka, bagi mereka yang tahu dan dapat mengesan penyelewengan yang mereka lakukan.

    Maka apa yang akan anda dengarkan, wahai sidang pembaca yang dimuliakan, adalah rentetan daripada "FB" tadi, yang kemudian sampai ke tahap berikutnya. Sampai kita pada ini: 
    Wakil yang bertanya: "There's a question here from a brother from Sg...1. There is a da'ie, whose sister is not upon the Manhaj, he allows her to teach the Muslimaat, using the Tafseer of Wahbah Zuhaili, this da'i is said to or claims to have gone through Jami'ah Islam in Madinah, so his justification is that, it's allowed to use the book of Asya'irah, on the grounds that the sister guides them through the book of an innovator, of muwaazanah, clears the bad and takes the good that kind of thing, now the same da'i, has also stated, that Syaikh 'Ubayd al-Jaabiree hafizohullaah, does not have hikmah, in relaying his message and so forth, so can you please advise the brothers here...back in singapore, about this particular da'i." 
    Syaikh telelink: "What did he say about the Asharees...? " 
    Wakil yang bertanya: "His sister is teaching using the book of Wahbah az-Zuhaili, she is teaching books of 'Ashairah, and she says that we take what is good and leave what is bad,"

    Saya ulas bahagian ini terlebih dahulu. Ada seorang teman ingin kepastian daripada saya jika ia berkenaan diri saya, maka saya kata, kalau mengikut pertanyaannya dan apa yang dikatakan, ini tiada kena mengena dengan saya, sebab saya tidak menganjurkan supaya kakak saya mengajar buku 'Asyairah atau 'Aqiedah 'Asyairah kepada kaum Muslimat. Tafseer Dr.Wahbah az-Zuhaili itu pada Juz ke 28, ayat-ayat hukum berkenaan wanita, bukan bahagian 'aqiedah sebenarnya. Jika mereka maksudkan diri saya, kata-kata: 
    "said to" atau "claims to", siapa yang kata? Saya memang berkelulusan Syari'ah Universiti Islam Madinah dan tidak pasti, yang bertanya dan menjawab telelink ini, apakah telah melalui pengajian dan berguru dengan guru-guru yang saya belajar, sehingga beliau cukup tahu apa ilmu yang saya miliki? Tahukah mereka, jika saya yang dimaksudkan, betapa saya mengusahakan supaya masyarakat terselamat daripada 'Aqiedah Asya'irah? Begitu juga segala yang saya tempuhi dalam usaha itu, walaupun secara difitnah tanpa tabayyun? Hanya kepada Allah, saya mohon ganjarannya. 

    Sesiapa yang telah bertahun mengikuti pengajian kelas-kelas saya, mengikuti posting-posting saya, membaca tulisan-tulisan saya, akan menjadi jelas baginya, tidak mungkin saya menggalakkan penyebaran fahaman 'Asyairah. Tetapi kalau pengirim bernama Haikal dan gurunya penulis FB, saya tidak kenal mereka sebagai orang yang  mengikuti pengajian saya sejak saya mulakan dakwah tahun 1998. 

    Tanyalah teman rapat saya akh Zam... Md Zain, Abu Rasyideen, yang telah saya perkenalkan kepada Manhaj ini sejak tahun 98 dan walaupun tenggelam timbul dalam mengikuti pengajian, telah lama bersama saya memberi sokongan, semoga Allah membalas kebaikan beliau. Apakah usaha itu akan kita sia-siakan, untuk kemudian sebarkan pula ajaran Asya'irah? Maka jelas tidak kenanya dengan diri saya. Melainkan kalau ada orang yang tidak kenal saya, terfikir yang saya ini penyokong Mazhab Asya'irah. Malah saya khuatir juga, mereka yang tidak menempuhi pengajian di Universiti, tidak berguru dengan Masyayikh hanya berlutut di hadapan Ustaz dan nota-notanya, akan terjebak dengan fahaman ini kerana tidak membaca kitab-kitab 'ulama'. Saya prihatin bukan mencela.

    Kalau saya ambil kitab al-I'tishom karangan Imam asy-Syatibi, untuk mengajar, apa pula kata mereka berdua? kalau saya mengajarkan daripada kitab Imam Nawawi dan al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani apa pula hukum mereka terhadap diri saya? Sengaja saya tanya ini semua, kerana mereka tidak dapat faham, muwaazanah Salafussolih dengan Muwaazanah bid'ah, hanya pandai guna perkataan dan baca daripada tulisan dalam bahasa Inggeris, bukan menelaah kitab 'ulama dan mewarisi sikap yang tepat terhadap 'ulama. 

    Berkenaan Syaikh 'Ubayd al-Jaabiree hafizohullaah, kalau mereka yang mengenali saya, apakah saya akan mencela seorang Syaikh yang diketahui mengikuti Manhaj Salaf, lagi mengembalikan penjelasan apa jua perkara kepada pertimbangan al-Quran dan as-Sunnah serta ajaran Salafussolih? Pada diri saya, saudara Islam kita, wajib kita menjaga haknya sesuai dengan ajaran Nabi, tidak menghina, tidak mencerca, inikan seorang 'alim??? Hatta saudara Islam penentang Manhaj pun kita masih mahukan yang baik bagi mereka dan adakalanya dengan tegas menjelaskan kebatilan mereka, dengan bukti-bukti nyata. Sebagaimana Syeikh al-Albaaniy pernah mengungkapkan "Jazaakallaah khairan" kepada al-Ghumari, kerana memberi satu faedah ilmiyah yang benar kepada asy-Syeikh, namun penyelewengan yang dilakukannya tetap diperbetulkan oleh asy-Syeikh. 

    Jika "da'i" ini dimaksudkan adalah saya, saya menuntut pihak yang "membuat dakwaan" ini mengemukakan bukti. Bila saya katakan, apa yang saya katakan, berkenaan isu apa yang saya katakan dan kepada siapa saya katakan, di mana saya katakan, yang demikian terhadap peribadi Syaikh 'Ubayd?

    Apatah lagi untuk saya sampaikan kepada orang yang tidak dikenali, tidak diketahui tahap pemahamannya terhadap Manhaj seperti penulis FB dan muridnya itu.  

    Kalau tidak setuju dengan kesimpulan seseorang 'alim, tiada masalah, Masyayikh pun saling tidak setuju dan adakalanya menyanggah para Imam. Apakah itu dikira celaan? Kalau begitu Ibn 'Umar telah mencela bapanya 'Umar kerana bapanya tersilap dalam melarang orang melaksanakan Haji Tamattu'.

    Syaikh 'Ubayd pun ada "mengata" salah seorang imam besar Salafiyin kurun ini, Syaikh al-Albaaniy: 

    Q1: What about Al-Albaanee's praise of Al-'Izz Ibn 'Abdis-Salaam, that he was a great Shaafi'ee scholar, and so on?
    A1: I posed this question to Shaykh 'Ubayd Al-Jaabiree, who replied:
    "As for Shaykh Al-Albaanee's praise for Al-'Izz, then we will apply our principle, that detailed criticism takes precedence over general praise. The shaykh was not aware of the criticism against him, so he was only speaking based on what he knew. And as Imaam Maalik said, 'Everyone can have their statements accepted or rejected, except the occupant of this grave,' meaning the Messenger of Allaah, sallallaahu 'alayhe wa sallam."

    Apakah dengan itu  Syaikh 'Ubayd hafizohullaah dikira mencela Syaiakh al-Albaaniy???

    Kemungkinan besar, jika benar saya ada menyebut nama Syaikh 'Ubayd, ia hanya kepada golongan pelajar dan teman-teman yang telah lama faham Manhaj, yang rapat, bukan dengan "pelajar baru" atau "orang tidak dikenali" yang akan salah faham...tidak tahulah kalau "pasang telinga". Buat apa berbincang permasalahan besar melibat "Masyayikh" bagi orang yang baru belajar? Itupun khuatir juga yang "pasang telinga" ini hanya dengar sebahagian bukan keseluruhan, malah tersalah dengar. Kemungkinan isu antara beliau dan Syaikh Yahya al-Hajooree, hafizohullaah. Mereka Masyaayikh, kita tahan lidah lebih utama, jangan jadi Ruwaibidhoh.
    Tetapi mengata Syeikh 'Ubayd tanpa hikmah, lagi pula "in anything" adalah satu tohmah jika hendak dikaitkan dengan diri saya. Sungguh sebagaimana pengajaran hadis tadi, pihak yang mendakwa yang perlu datangkan bukti.

    Sungguh mencuit hati, perkara belum jelas, yang telah dinasihatkan oleh sebahagian teman-teman di FB agar  melakukan Tabayyun, secara gopoh-gapah, cepat-cepat sudah ditimbulkan isu "Tahdzier" melalui Youtube pula.

    Kemudian berkenaan "Dr Wahbah az-Zuhaili".(Jika saya da'i yang dikatakan):

    1. Kakak saya seorang berkelulusan Syari'ah Universiti al-Azhar.

    2. Beliau memilih kitab tersebut dengan alasan: 
    a. Ia kitab yang telah diterjemahkan dan mudah difahami berbanding Kitab Klasik seperti Tafseer Ibn Katsier 
    b. Ia mudah didapatkan supaya mudah bagi para peserta kelas mengikuti perbincangan, ada buku. 
    c. Ia adalah Juz ke-28, beliau tumpukan pada permasalahan Fiqh kewanitaan dan Sirah, bukan berkenaan 'Aqiedah. 
    d. Beliau telah memahamkan kedudukan Dr. Wahbah az-Zuhaili dan sebab itu tumpuan hanya pada permasalahan fiqh, tidak menyentuh permasalahan 'Aqiedah. Untuk 'Aqiedah, bolehlah pergi ke kelas-kelas lain, Asatizah yang mengajarkan 'Aqiedah darpada kalangan yang mengusahakan ajaran Salaf.  
    e. Lagipun, di Universiti Madinah dan lainnya, para pensyarah menyarankan pembacaan kitab Usul Fiqh beliau kerana susunannya yang teratur dan pendekatannya yang mudah, terutamanya bagi para pelajar pemula. Maka apa salahnya jika mengambil daripada hukum-hukum Fiqh dan yang menyampaikannya melakukan rujukan kitab-kitab Tafseer dan Fiqh lainnya dan telah mendapat pendedahan tersebut sewaktu pengajian di Universiti?

    3. Perkara ini semua telah beliau jelaskan, saya dengar sendiri rakamannya...tapi Haikal dan gurunya penulis FB, tentu tidak hadir sewaktu dijelaskan ini semua, (kelas Muslimat, kalau hadir pun, boleh kena fitnah), maka terbit tohmahan seperti ini "it's allowed to use the book of Asya'irah, on the grounds that the sister guides them through the book of an innovator, of muwaazanah...His sister is teaching using the book of Wahbah az-Zuhaili, she is teaching books of 'Ashairah", apakah ada kena mengena sebagaimana yang diutarakan dengan yang disebutkan oleh wakil yang bertanya? Jika Haikal pengirim ini tidak setuju dengan cara pihak wakil yang bertanya mengutarakannya, mengapa cepat-cepat post ke Youtube? Jika gurunya menasihatinya, tentunya tidak demikian berlaku, kerana gurunya (jika bukan gurunya sekalipun - teman yang selalu "like" posting-posting FBnya, terutamanya berkenaan Tahdzier) sepatutnya segera Tabayyun lagi bukan post ke Youtube. Wallahu a'lam.

    Bersusah-payah kita adakan kelas dan tempat pengajian, untuk manfaat kaum wanita, Muslimat yang mahukan Manhaj Salaf dan segala yang saya sebutkan tadi, agar berilmu dalam hal-hal hukum kewanitaan...Allah yang melihat dan menilai amalan kita, saya tanyakan golongan ini, apakah yang anda telah usahakan untuk itu semua, sehingga menjadi sibuk menjauhkan orang daripada usaha murni tanpa mengkaji dengan teliti. Semoga Allah mengurnia PetunjukNya kepada setiap yang ikhlas mencari kebenaran. Wallahu a'lam.

    Segalanya ini dijelaskan supaya saudara-saudara saya sesama Islam terpelihara daripada perbuatan sia-sia dengan mengikuti kelompok ini dan daripada berkata tanpa ilmu lagi terlibat dalam perbuatan yang silap dan juga peringatan buat diri peribadi ini.

    Selanjutnya, akan saya paparkan dalil-dalil yang menjadi panduan kita dalam perkara ini dari ajaran sebenar Salafussolih. Insyaa Allah.



    [1] Diriwayatkan oleh Al-Haakim dengan sanad yang bersambung terus sampai kepada Imam Asy-Syafi’ee sendiri; sebagaimana yang ada di dalam “Taariekh Dimasyqi” oleh Ibn ‘Asaakir 15/1/3 dan “I’laamul Muwaqqi’een”: 2/363 dan 364, Al-Ieqaazh mks: 100.      


    [2] HR al-Baihaqiy (Hasan). Kata al-Hafiz di dalam Bulugh al-Maraam: Isnadnya Sahih dan di dalam al-Fath pula: Sebahagian lafaznya tiada dalam Sahihayn...Riwayat al-Bukhariy dan Muslim.
     
    Copyright 2011 al-jamaah.sg
    Template by freethemelayouts