Saturday, September 14, 2013

Isu-isu semasa_September 2013 (Tahdzier mentahdzier kini satu fitnah terhadap Ahlis Sunnah)

Assalaamu 'alaykum wa rahmatullaah wa barakaatuh,

Sidang pembaca yang budiman sekalian,

Bismillah walhamdulillaah, was solaatu wassalaam 'alaa Rasuulillaah, wa ba'd,

Setelah kiriman isu yang baru sahaja saya kirimkan semalam (islamiq.sg difitnah), sedang saya masih lagi menyiapkan 7c daripada perbahasan tentang Manhaj, dengan matlamat saya, agar mereka yang menjadikan Tahdzier mentahdzier kerja dakwah mereka yang utama dan terpenting, sedar diri dan kembali belajar agama dengan tekun dan betul serta yang lebih utama bagi saya ialah menyelamatkan ikhwah dan akhawat yang baru ingin mengenali as-Sunnah dan ajaran Salafussoleh sebenar, terpelihara dan terselamat daripada fitnah ini, saya diberitahu adanya pihak yang daripada dulu berselindung, kini mula menyatakan dirinya yang sebenar dalam tweeternya.




"Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi)...Surah Yusuf: 51

"Ikhwaanee" yang dipromosikan oleh pihak Islamiq adalah saya, kerana artikel saya berkenaan "Manhaj" yang bersiri telah beliau sebutkan dan Da'i Singapore itu juga adalah saya. Dari sudut mana di sisi beliau saya "terbukti" seorang "ikhwaanee" ataukah sekali lagi, lontaran liar sembunyi tangan, terhadap saudara seagama?

Fahamilah sidang pembaca yang budiman, semoga Allah merahmati kita semua, tujuan dan matlamat saya adalah menasihati golongan ini, kerana "history repeats itself" pada golongan ini, yang akhirnya mereka saling mentahdzier di antara sesama mereka dan mungkin malu untuk belajar semula selepas itu dan terputus hubungan langsung dengan ilmu sebenar dan 'ulama sebenar. Malah ada yang menjadi "salafitaubat" istilahnya, memusuhi sesiapa sahaja yang mengajak kepada ajaran Salafussoleh atau menggelar diri "Salafi".

Itulah juga sebabnya, saya menerangkan panjang lebar mengenai perkara ini, demi menyelamatkan mereka yang baru berminat daripada terjebak dalam kebingungan dan sifat melampau dalam usaha mengenali ajaran Salafussoleh, dalam artikel bersiri mengenai "Manhaj".

Saya telah katakan, selepas 7c (yang terakhir), saya tidak akan meneruskan lagi perbahasan ini, kerana mudah-mudahan yang telah disampaikan sebagai pengajaran dan contoh kes-kes yang lalu, sudah memadai dan fitnah ini tidak akan berakhir, kerana yang terjerumus ke dalamnya akan "membela diri" dan sukar menerima nasihat, melainkan yang ikhlas dan berilmu serta berhikmah.

Bacalah tulisan Syeikh 'Abdul Muhsin al-'Abbaad al-Badar hafizohullaah, guru kepada asy-Syeikh Rabie' al-Madkhali dan ramai lagi Masyayikh, sungguh saya amat bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk belajar di bawah bimbingan beliau sebagai guru pensyarah Kuliah ketika di Madinah dahulu. Mahaguru Hadiets yang mengajar sekian lama di Masjid Nabawi, yang sungguh sekarang ini sudah amat lanjut usia beliau.

Sila baca: cautioning against the heresy and tribulation of the era.pdf
dan yang ini: manhaj assalafee Sharh Rifqaan Abdul-Muhsin.doc
serta ini:  gentleness-o-ahlus-sunnah.
ia lebih baik daripada anda membaca tulisan saya yang bersiri mengenai Manhaj.

Ini nasihat emas daripada Syeikh Solih as-Suhaimi:
Advice to those who are Hasty in Making Tabdie' n Boycotting
supaya tinggalkan perkara "tahdzier" ini dan tuntutlah ilmu. Minta maaf bagi yang tidak dapat memahami bahasa Arab dan hanya bergantung kepada terjemahan bahasa Inggeris.

Pihak tersebut yang bergelar "SalafixxxxxSG", ternyata adalah pihak yang sama yang upload video yang "membicarakan berkenaan Da'i yang mencela Syaikh 'Ubayd". Berbagai nama dan gelaran mereka gunakan. Tidak pelik, GFH...saya ulangi, GFH bukan GFZ, (kerana apa yang saya sebut dan apa yang dijawab oleh al-Akh 'Abdullah al-Lahmaamee, diambil "out of context" dengan nyata, bukan saya beralasan: "awak salah faham maksud saya") juga demikian yakni Gibriel Fuoad H, berselindung di balik berbagai nama. Saya tidak mahu saudara Islam saya, bergelumang dengan dosa fitnah dan sibuk membela diri. Saya bukan bermaksud membela diri di sini, cuma menjelaskan apa yang sebenarnya dan apa pula kesimpulan dan yang out of context. Pesan Rasulullah:
"انصر أخاك ظالماً أو مظلوماً، فقال: رجل يا رسول الله صلى الله عليه وسلم أنصره إذ كان مظلوماً، أفرأيت إذا كان ظالماً كيف أنصره؟! قال: تحجزه أو تمنعه من الظلم، فإن ذلك نصره. "
ertinya: "Bantulah saudara (Islam) mu yang melakukan kezaliman dan (saudara Islammu) yang dizalimi" maka seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, saya akan bantu saudara yang dizalimi, tapi bagaimana saya akan membantu yang menzalimi, si penzalim? Jawab baginda: "Anda menghalanginya daripada kezaliman yang dilakukannya, itulah bentuk bantuan kepadanya" HR al-Bukhaariy, Ahmad dan at-Tirmidzi  dan lainnya rahimahumullaah dan ini lafaz periwayatan al-Bukhariy.
Maka inilah usaha saya membantu saudara yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi.

Penjelasan no: 1

Di dalam video yang menjadi modal utama SalafixxxxxSG:
al-Akh al-Lahmaamee menjawab, kesimpulannya: Syeikh 'Ubayd hafizohullah bukan ma'sum (tiada silap) tetapi mengatakan beliau tiada hikmah "in anything" and "everything" adalah suatu pernyataan yang memburukkan beliau yang amat besar kesalahannya. al-Akh al-Lahmaamee menjawabnya dengan jawapan umum, "siapa cela Syeikh 'Ubayd, seorang alim dengan celaan begitu sekali adalah seorang yang menyimpang atau bersalah" dan saya setuju dengan kesimpulan beliau itu.

Adapun jika ia pergeseran di antara sesama Syeikh yang setaraf Syeikh 'Ubayd, saya tidak masuk campur kerana pendirian saya, mereka jauh lebih 'alim dan pergeseran antara 'ulama, yuthwa wa laa yurwa - diketepikan tidak diriwayatkan untuk diambil kira.

Jelas kini, yang Saudara Haikal (pengirim video) ini maksudkan, mudah-mudahan Allah beri petunjuk kepada beliau, adalah diri saya.

Sebagaimana ajaran hadis Rasulullah yang telah disebutkan, pihak yang dituduh wajib bersumpah, maka saya bersumpah dengan Nama Allah yang Maha Agung, saya yang dimaksudkan dengan da'i tersebut, tidak pernah mencela Syaikh 'Ubayd di hadapan akh Haikal (pengirim video) ataupun Gurunya, GFZ@Mikhail (bukan Gorbachev)@Abu Muaz.

Menurut ajaran as-Sunnah dan yang dijadikan pegangan dalam Kehakiman Islam, bukan "words against words" dan bukan pula hypothetical 'ala BFF (Batman's Fan Forever mungkin, sebab banyak quote daripada Batman di Wall beliau), pihak yang membuat dakwaan perlu datangkan bukti. Semoga saudara EE berpegang dengan ajaran Sunnah, begitu juga sahabat yang main-main dengan hypothesis, berhenti daripada takwilan dan andaian, kembali kepada ajaran as-Sunnah.

Bagi saya, beliau merubah perkataan saya menjadi "celaan" sehingga jika didengarkan dengan teliti, "in anything in everthing" adalah jawapan yang diberikan pihak bertanya bila al-akh al-Lahmaamee tanya "no hikmah in what?". Saya tidak pernah kata begitu dan itu bukan kata-kata saya.

Seperti Sept 11, mereka asyik ulang-ulang mengenai video ini, untuk menghukum saya bersalah, mencela Syeikh 'Ubayd, lalu mengaitkan Asatizah di SG yang lainnya, sebagai tidak layak diikuti, padahal untuk mensabitkan saya ada mencela Syeikh 'Ubayd, GFZ seorang sahaja pendakwanya, yang katakan beliau dengar saya cela, sedangkan beliau sehingga kini tidak mampu ungkapkan "apa yang saya kata".

Biarlah sidang pembaca blog dan FB serta tweets, dapatkan beliau untuk sebutkan "apa perkataan yang saya ucapkan terhadap Syeikh 'Ubayd" (jika benar saya cela - padahal saya tidak mencela) sehingga sidang pembaca dapat menghukum dengan tepat: "Ia celaan atau bukan celaan terhadap Syeikh 'Ubayd". Saya waktu itu, baru kali kedua bersemuka dengan GFZ@Mikhail@Abu Muadz, akh Haikal tiada di situ. Kali pertama GFZ jumpa saya di RKM (Rumah Kebajikan Muhammadiyah), tempat beliau bertugas.

Wahai saudara-saudara Islamku, GFZ dan Haikal, silalah kalian berdua ungkapkan perkataan saya: tidak perlu recording, saksi lain pun tiada (akh Suffiyan dan akh Ilham, telah beredar dari Raimah - ketika itu, sewaktu anda, saudara GFZ, tunjukkan kepada saya powerpoint presentation yang anda siapkan) dan itulah saat nya anda timbulkan sebagai "dakwaan" saya mencela Syaikh 'Ubayd.

Penjelasan no: 2  (daripada tweets...SalafixxxxxSG)
Pertama saya amat bersyukur kerana pihak SalafixxxxxSG menjelaskan ia telah membaca tulisan bersiri saya. Begitu juga teman-temannya. Namun sesiapa sahaja dipersilakan membaca semula, tulisan saya itu semua dan perhatikanlah,
  1. Apakah ada saya samakan Dr Wahbah az-Zuhaili to al-Hafiz Ibn Hajar? Carilah atau "words taken out of context"? Tetapi ketahuilah sidang pembaca, daripada pengalaman apa yang berlaku pada golongan sibuk mentahdzier ini, tanpa nasihat baik terlebih dahulu, sebahagian mereka sampai mengharamkan kitab-kitab Imam an-Nawawi dan Ibn Hajar. Sayangnya, pihak SalafixxxxxSG mungkin baru berjinak dalam mentahdzier, tidak tahu ke mana "mentahdzier" ini akan membawanya dan teman-temannya. Semoga Allah memberi petunjukNya kepada yang ikhlas dan jujur.
  2. Tuduhan dalam video itu "menyebarkan ajaran Asya-irah" telah pun saya jawab...sila baca. Kenapa saudara Haikal tersebut dengan segera "upload" video itu dan jadikannya sebagai hujjah, saya pun tidak tahu..."apa grudge beliau terhadap saya"? Atas nama membela ajaran Salaf??? tetapi membuat tuduhan yang tidak berasas?
  3. Saya tidak kata Syaikh Anjari "taajir"...sila baca semula...saya hanya mengulang perkataan Syeikh saya, kerana ingin kepastian...beza dengan saya kata "taajir"...sila baca lagi...tetapi dijadikan bahan celaan terhadap saya...sedangkan ramai pun tidak kenal siapa Syeikh al-Anjari. Kisah yang sepatutnya menjadi i'tibar, malangnya diambil untuk dijadikan modal celaan terhadap saya...sekali lagi...Laa haulaa wa laa quwwata illaa billaah. Tak habis-habis...
  4. Saya mengata Abu Khadeejah@Abdul Wahid Alam?...wahai saudara Islamku...dari awal video itu diupload hingga sekarang ini, awak telah mengata saya dan menuduh saya pada apa yang saya tidak buat...kenapa awak bela Abu Khadeejah pula? Saya tidak mengata beliau...cuba buktikan, bahagian mana yang saya secara peribadi mengata beliau? Saya usahakan ini sebagai nasihat buat anda dan teman-teman anda agar tidak berterusan mengata saudara Islamnya tanpa bukti. "No muslim will accuse his brother of"...sungguh cantik ungkapan yang tinggal diletakkan di hadapan cermin. "Seorang mukmin cermin bagi saudaranya"
  5. "filled with lies"...Allahumma fasyhad...siapa yang lying all this while? Ittaqillaah ya akhi!
  6. Saya mention by name...kerana posted by Haikal di youtube.  
Kedua, dalam pada saya bersyukur kerana tulisan saya tidak sia-sia, dibaca, (dan Alhamdulillah, saya amat bergembira kerana saudara EE pun masih sudi membaca, malah menggalakkan saya tulis lebih banyak - dengan harapan beliau terima nasihat dan memikirkan lagi dan saya percaya, itulah juga yang dimahukan sahabat-sahabat yang prihatin terhadap beliau, selaku saudara Islam, MEMPERKAYA ILMU & HIKMAH dan akan dapat "link" yang sahih, yang telah ada, Insyaa Allah) saya menyesali sikap mereka ini. Tanpa mereka sedari, dengan semangat kerja Tahdzier mereka ini, mereka telah:
  • Memecahbelahkan golongan yang ingin kembali kepada ajaran Salafussoleh, dengan paksaan dan hukuman atas setiap yang tidak ikut kumpulan mereka
  • Menjadikan kaum muslimien samada yang ingin mengenali Manhaj Salafussoleh yang suci atau yang inginkan pencarian kebenaran, jadinya melihat "golongan Salaf" atau "yang ingin kembali kepada ajaran Salaf" atau "Salafi/Salafy" adalah golongan yang bercakaran antara satu sama lain. Jika sidang pembaca kembalikan kepada pesanan Syeikh al-Albaaniy, Mufti Saudi kini asy-Syeikh 'Abdul Aziez Aali Syeikh, Syeikh al-'Utsaimien, Syeikh Ibn Baaz dan yang masih hidup Syeikh 'Abdul Muhsin al-'Abbaad, Syeikh Salih al-Fawzaan...hum haqieqatan Kibaar 'Ulama' Kibaar Salafiyien, merekalah 'Ulama Salaf yang dijadikan sandaran mengenali Salaf sebenar...dan lainnya yang seManhaj dengan mereka...berbeza yang sibukkan diri dengan at-Tahdzier, memasukkan satu bakul atau Multi-Level (awak duduk satu majlis dengan "orang yang slender Syaikh sekian" anda telah jadi sama dengannya, walaupun tidak slender...ini multi-level Tahdzier and Jarh).
  • Menghukum sesama Islam dengan cercaan dan celaan bukan nasihat dan sangka baik...sehingga celaan itu mungkin kena diri ibu bapa mereka dan ahli keluarga mereka sendiri "yang bukan Salafi" yang patut ditahdzier. Padahal ajaran Islam dan didikan Salaf mengajar kita berdakwah dengan ilmu, hikmah dan kesantunan, bukan memandang rendah terhadap saudara Islam kita, malah mengajak mereka ke arah kebaikan dan ketaatan. kindness to Parents by Sheikh Mukhtar Syingqithie
  • Mereka mewujudkan "Salafi exclusive" yang akhirnya dianggap lebih mulia dan lebih tinggi daripada sekalian yang telah ditahdzier atau mengikuti yang ditahdzier, apatah lagi orang awam...sehingga ada Syeikh tertentu sahaja yang mereka ikuti...menjadi satu golongan HIZBI, berbeza dengan ajaran Salafussoleh sebenar yang dakwahnya bermanfaat untuk semua dan berkasih sayang sesama Islam dalam pada tegas menerangkan kebenaran, hak-hak Allah dan RasulNya serta hak-hak sesama Islam.
  • Sebahagian mereka, lupa pencarian ilmu yang lebih utama, telah mula sibuk "memandu manusia", membimbing, siapa yang layak diterima, siapa pula yang tidak layak dan mesti ditinggalkan. Sayangnya kalaulah mereka hafal hadis 40, atau sebahagiannya, ambil pengajarannya, telah baca kitab Aqiedah Wasitiyah sampai akhirnya, pasti mereka sibukkan diri mencari ilmu dan mengikuti perkara yang disebutkan tadi dalam usaha dakwah. Malah jika Usul Dakwah mereka ikuti, perlu ilmu, perlu hikmah dalam berdakwah.
  • Menjadikan golongan yang tidak setuju atau kurang senang kepada perkembangan Dakwah yang mengajak kembali kepada ajaran Nabi dan para Sahabat serta umumnya Salafussoleh, melihat dengan gembira, keterbelakangnya usaha dakwah ini....namun Allah Pengurnia Taufiq, memberi Petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki dengan IzinNya ke jalan yang lurus, pada ada yang mereka pertikaikan. at-Tho-ifah al-Mansuurah, kita semua usaha ke arah itu...yang tidak terjejas atau terkesan dengan sesiapa pun yang menghalanginya, mencanggahinya dan mencelanya. 
Setelah ini saya tidak perlu lagi menerangkan kedudukan saya, kerana telah jelas dalam penjelasan saya yang bersiri, hanya tinggal bahagian 7c untuk kita sama-sama mengikuti ajaran Salafussolih yang sebenar, bukan Salafi basa basi kaki mentahdzier. Bagi diri saya, saya jelas Allah Maha Mengetahui...para Malaikat tetap menulis...malah semasa saya menulis inipun, para Malaikat mencatat...benar salahnya seseorang, berusaha mengamalkan sikap "ibaadur Rahmaan..." yang Allah ingatkan pada akhir Surah al-Furqaan. Walhamdulillah saya tidak terjejas, hanya usaha selamatkan pihak yang menuduh saya dan lainnya daripada kesalahan...semoga Allah mengampunkan kita semua. (Pada kesempatan ini, saya mengajak semua saudara seagama saya, agar memulakan tulisan di Blog, FB, tweeter dengan Bismillah pujian bagi Allah dan Selawat atas Rasulullah, dengan harapan agar diberkati tulisan kita oleh Allah dan tidak menjadi satu fitnah)

Saya menulis ini kerana "telah nyata Da'i yang dimaksudkan" (oleh pengirim video youtube bernama Haikal), adalah diri saya. Begitu juga yang pengirim Tweet SalafixxxxxSG maksudkan dan "mention by name" yang saya buat adalah nama "Haikal" pengirim video youtube itu, itu sahaja. Dan jika anda lihat ini, dalam tulisan Arab (yang saya blanco/erase tu kerana mahu samakan SalafixxxxxSG) termaktub nama Muhammad Haikal Marican al-Hindi.

Pihak yang membuat dakwaan terhadap diri saya, yang perlu membuktikan pada orang-orang yang telah dikirimkannya "tahdzier" terhadap Islamiq dan terhadap Da'i Singapore yang dikatakan mencela Syeikh 'Ubayd, yang dituduh menyebarkan ajaran Asya'irah itu, seorang "ikhwaanee", ya, bukti-bukti terhadap segala dakwaannya.
Sungguh sedih, seandainya GFZ menegur saya dan menasihati saya dari awal, pada ketika ia anggap "saya mencela Syaikh 'Ubayd" dan saya dinasihati oleh saudara Haikal agar jangan menyebar ajaran Asya'irah (sebagaimana menurut persangkaannya)...bukan dengan kiriman video yang digembar-gemburkan sebagai modal. Mungkin yang lebih baik kita semua telah dapatkan.

Maka kini saya ingin minta jasa baik pihak SalafixxxxxSG dan saudara Haikal serta "mentor" beliau, akh GFZ dan teman-teman mereka yang amat prihatin terhadap Dakwah Salaf di Singapura ini, yang mana mengingatkan agar berwaspada (itu erti Tahdzier) daripada mana-mana Da'i yang merbahaya, menjadi tugas utama mereka, semoga Allah membalas kebaikan mereka dan usaha baik serta ikhlas mereka, dengarnya ada seorang Da'i yang telah ditahdzier oleh salah seorang 'Alim besar di Yaman, AKAN BERCERAMAH DI SINGAPURA.

Sebelum saya dituduh lagi sebagai "mentahdzier" "mengata" "mencerca" dsbgnya...dalam kata-kata saya itu tadi, saya kata, adanya Orang Alim Besar, yang telah mentahdzier...BUKAN SAYA, malah saya minta jasa baik antum, saudara seagama saya, agar buat sesuatu demi menyelamatkan Dakwah Salafiyah di SG daripada dicemari seorang yang telah ditahdzier 'Alim tersebut dan beberapa pihak lain. Saya dahului dengan "Baarakallahu fiekum". (Orang 'Alim di Yaman ini dalam satu perbualan tele-link di antara beliau dan Syeikh Rabie' al-Madkhaliy hafizohullah wa saddada khuthoohu, telah diminta oleh Syeikh Rabie' untuk menggantikan Syeikh Rabie' memimpin pengajian beliau. Pengi'tirafan Syeikh Rabie' sendiri)
Sila lihat "ceramah yang akan dianjurkan dan penyampainya":

Ini link videonya: Syeikh Yahya al-Hajouri 'Alim Besar Yaman mentahdzier Ustadz Luqman

Kerana jika orang seperti saya, yang tidak pernah ada "tahdzier" daripada mana-mana 'ulama , hanya bermodalkan video itu sahaja yang masih belum terbukti lagi dan tidak benar-benar terkait diri saya, saudara-saudara sekalian amat begitu prihatin "bahayanya" saya ini kepada Manhaj Salaf dan Dakwah Salaf di Singapura, begitu juga Asatizah yang lainnya, tentunya, seorang yang telah ditahdzier 'alim kabier seperti ini lebih utama saudara-saudara sekalian buat sesuatu. Semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua dan usaha kalian.

Sungguh Singapura sudah tiada seorang pun yang mengusahakan Dakwah agar kembali kepada ajaran Salafussoleh daripada kalangan yang bergelar Asatizah, menurut pandangan mereka yang mentahdzier...dan telah muncul "Imam-imam" Jarh wa Ta'diel, yang menjadi penentu siapa layak berdakwah di Singapura dan siapa pula yang tidak sepatutnya diberikan kelayakan, sedang kebanyakan "Imam-imam jadi-jadian" ini tanpa sijil kelulusan atau pengiktirafan malah tidak pernah menempuhi pengajian Islam di mana-mana Universiti atau Akademi atau Instituisi mana pun.
Lagi pula usaha ini akan lebih digiatkan...usaha dakwah dengan ilmu dan hikmah ke arah Tauhid dan ajaran Salafussoleh atau penambahan senarai para da'i yang ditahdzier?...oleh saudara SalafixxxxxSG dan saudara Haikal serta "mentor" beliau, akh GFZ dan teman-teman mereka.

Namun, di sebalik segalanya ini, saya telah meluangkan masa, semoga Allah menerimanya sebagai amalan baik, untuk memperjelas perkara "Salafy" yang membingungkan dan bezanya dengan golongan kaum Muslimien yang ingin mendapatkan keredhaan Allah dengan mengikuti Salafussoleh pada Ilmu, Iman, Amal, Ihsan, Ikhlas, Akhlaq, Penguruan Hartanya, Pendidikan keluarganya, Mu'amalah dengan sesama Muslim, dan hubungan dengan selain Muslim serta segenap sudut cara hidupnya. Dalam usaha membantu saudara sesama Islam menyelamatkan diri daripada sudut-sudut Fitnah dan Kekeliruan pada akhir zaman ini.
Semoga mereka yang telah terkesan sedikit sebanyak, dengan "kekecohan Salafy" ini dapat kembalikan penilaian mereka kepada yang tepat dan benar berpandukan ajaran al-Quran dan as-Sunnah berteraskan panduan Salafussoleh, para Sahabat Nabi, sehingga kita semua sama-sama dirahmati Allah, saling hormat menghormati dan nasihat menasihati pada yang diredhai Allah. Allahummaa Amien.

Wallahu Waliyut Taufieq.
Dengan memohon maaf, saya sudahi dengan Wallahu 'alam.
Wassollaallaahu 'alaa Nabiyyina Muhammad  wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa sallama taslieman katsieraa.
.

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts