Monday, September 16, 2013

Perbezaan antara Iblis, Jinn dan Syaitan




بسم الله
والحمد لله و الصلاة و السلام على رسول الله و بعد

Sidang pembaca yang budiman, semoga Allah merahmati saya dan anda sekalian sentiasa. Atas permintaan sebahagian pihak, saya kongsi bersama penyampaian berkenaan tajuk tersebut di sini. Semoga bermanfaat.

Perbezaan antara Iblis, Jinn dan Syaitan

Pendahuluan
Seseorang insan atau umumnya bangsa manusia, jika tidak kembali kepada keterangan Ilahi, pasti terkapai-kapai dan mencari-cari penjelasan terhadap perkara-perkara yang ada di sekelilingnya, selama ia hidup di alam dunia ini.

Persoalan mereka terhadap perkara-perkara seperti ini, apabila terjawab melalui keterangan al-Quran, telah mendorong sebahagian daripada mereka untuk beriman kepada Allah selepas Taufiq dan HidayatNya.

Seseorang insan atau umumnya bangsa manusia, jika tidak kembali kepada keterangan Ilahi, pasti terkapai-kapai dan mencari-cari penjelasan terhadap perkara-perkara yang ada di sekelilingnya, selama ia hidup di alam dunia ini.


Di antara perkara-perkara yang menjadi persoalan mereka adalah:

Dari mana?
Iaitu dari mana asal-usul manusia dan asal-usul kehidupannya di dunia ini?

Di mana sekarang ini?
Iaitu di mana manusia sekarang ini; iaitu di alam dunia. Maka apa tujuan dan fungsinya manusia hidup selama di dunia ini dan adakah bumi lain dan hidupan lain yang hidup seperti manusia, selama manusia hidup di dunia ini?

Ke mana?
Iaitu apakah kesudahan manusia setelah manusia itu mati daripada kehidupan di dunia ini. Apakah di sana ada alam lain dan kehidupan lain setelah kematian seperti yang dipercayai berbagai agama? Ada roh? Ada hantu? Ada jelmaan? Ada dimensi?

Maka terbahagilah manusia kepada 2 golongan yang utama:
1. hidup terkapai-kapai, penuh kehairanan dan Kebingungan mempercayai perkara-perkara khurafat dan tahayul lantaran kesimpulan-kesimpulan hasil penilaian akal mereka yang cetek atau permainan ilusi yang dipermainkan syaitan. Atau dikuasai kepercayaan kepada doktrin-doktrin para saintis yang gila pengaruh dan penguasaan global di permukaan bumi 
2. Golongan yang beriman dan mendapat penjelasan memuaskan daripada Tuhan Yang Maha Mengetahui, Pencipta segala sesuatu, yang berusaha berpegang kuat dengan ajaran agamanya berdasarkan ilmu dan iman serta amal yang mantap, tidak akan hidup kebingungan atau terpedaya seperti itu.

    Sungguh, seseorang yang telah dikurniakan iman oleh Allah, yang menyatakan diri sebagai seorang Islam, selayaknya bersyukur dengan kesyukuran yang sebenar-benarnya kepada Allah atas ni‘mat Iman dan Islam, Petunjuk Allah. 

    Petunjuk Allah, yang menyelamatkannya daripada keadaan terkapai-kapai, penuh kehairanan dan kebingungan, kepercayaan kepada khurafat dan tahayul atau dipermainkan syaitan ataupun dikuasai kepercayaan kepada doktrin-doktrin para saintis yang gila pengaruh dan penguasaan global di permukaan bumi, yang semuanya itu dinampakkan seperti suatu hakikat dalam dunia perfileman, sehingga mempengaruhi manusia untuk mempercayai apa yang diperlihatkan kepadanya, meski jika tidak sampai pada tahap meyakini. (The world of make believe).


    vDinosaur (Makhluk purbakala – manusia dari monyet)
    vMutant (manusia + haiwan – proses evolusi – asalnya manusia dari monyet)
    vAliens (makhluk asing) 
    vDemi Gods (separuh manusia separuh Tuhan – fahaman Nasrani)
    vSihir, Ilmu Hitam (Harry Potter)
    vManusia serigala/haiwan jadian
    vZombies (Mayat bernyawa/hidup)
    vUnderworld (Alam lain)
    vCiptaan Manusia menandingi ciptaan Allah (Robot berperasaan, Clone juga demikian dsbgnya) dll

    Segalanya itu adalah dakyah-dakyah dan khayalan imaginasi rekaan ahli seni semata-mata!!!    

    Firman Allah menjelaskan penciptaan manusia:
    Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia (berperingkat) dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya; oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.” Sungguh Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui Wahyu dan kemampuan menilai dengan akal) jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat),ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau derhaka). [Surah al-Insan: 76: 2-3]

    Ayat ini sekaligus mengingatkan kita bahawa kita sentiasa diuji dengan pendengaran dan penglihatan kita, apakah kita bersyukur  dan kembali kepada keterangan Allah yang MahaMengetahui serta patuh kepadaNya ataukah kita terpedaya dengan apa yang kita lihat dan kita dengar, sehingga jatuh kecundang kepada kekufuran dengan mempercayai dan bergantung kepada khurafat, tahayyul, andaian yang batil serta keraguan.

    Allah telah berfirman, mengingatkan kita:
    Dan janganlah engkau mengikut/mengatakan apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan… penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya (dipertanggungjawabkan pada Hari Kiamat). [Surah al-Israa’: 17: 36]

    Maka dalam membicarakan tentang apa yang ada di sekeliling kita daripada berbagai Alam yang wujud, namun tidak dapat kita jangkau dengan deria kita, kita hanya bergantung kepada penjelasan Wahyu; al-Quran dan as-Sunnah.

    Di antara yang wujud di sekeliling kita yang kita ketahui melalui pemberitahuan daripada Allah yang Maha Mengetahui sekaligus segala yang berlaku, yang di luar jangakuan deria kita adalah:

    o       Malaikat dan
    o       Jin (serta Iblis dan Syaitan

    Sebelum kita meneruskan perbahasan berkenaan dua Alam makhluk ciptaan Allah ini dan lainnya yang ghaib bagi kita, di luar jangkauan deria kita, sebaiknya kita memahami beberapa dasar berikut:
    1. Apa yang kita tidak lihat dengan mata kita, tidak kita dengar dengan telinga kita, tidak semestinya “tidak wujud”. Sepertimana kuman, cahaya berwarna-warni, suara semut, bunyian di udara berupa getaran soundwaves. 
    2. Malaikat dan Jin adalah 2 makhluk Allah, alam mereka berbeza daripada alam kita dan di luar jangkauan kita, kecuali bila Allah mengizinkan; misalnya bagi seorang Nabi melihat itu semua, atau mereka menjelma dalam rupa bentuk yang dapat dilihat manusia 
    3. Pada asalnya atau secara umumnya, kita tidak dapat  menjangkaui mereka dengan deria kita, melainkan dengan keadaan jelmaan tadi

      Firman Allah:
      “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu (Adam dan Hawa) dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka  Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.” [Surah al-A‘raaf: 7: 27]

      Dengan itu, manusia tidak dapat melihat golongan Jin pada rupa bentuk asal mereka.
      Iblis adalah daripada golongan Jin. Firman Allah menjelaskan siapa Iblis:
      “Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu…”

      Syaitan adalah setiap Jin yang derhaka. Yang demikian kerana perkataan “Syaitan” bererti:
       “كلُّ متمرِّد مفسد -قبيح” iaitu “setiap yang degil tidak mahu taat lagi mengganggu dan merosak – bersifat buruk dan hodoh seperti halnya penjenayah.”[al-Mu‘jam al-Wasieth: شطن] – Manusia pun ada yang menjadi Syaitan dalam bahasa Arab.
      Firman Allah:
      ertinya: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu." [Surah al-An'aam: 6: 112]

      Firman Allah menyifatkan Iblis, ketika ia derhaka: 
      • al-Baqarah ayat 34: Iblis dan ayat 36: Syaitan, 
      • Al-A‘raaf ayat 11: Iblis dan ayat 20: Syaitan
      • Al-Israa’ ayat 61: Iblis dan ayat 64: Syaitan
      • Ta-ha ayat 116: Iblis dan ayat 120: Syaitan
      Iblis adalah ketua Syaitan:

      Firman Allah menyifatkan Iblis sebagai ketua: 
      “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka...” [Surah al-A‘raaf: 7: 27]
      “Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai pemimpin selain daripadaKu?.”[Surah al-Kahfi: 18: 50]

      Rasulullah juga telah bersabda:
      إن إبليس يضع عرشه على الماء ثم يبعث سراياه، فأدناهم منه منزلة أعظمهم فتنةertinya: “Sesungguhnya, Iblis menempatkan singgahsananya di atas air (laut) kemudian ia mengutuskan bala tenteranya dan yang paling dekat kedudukan mereka (kepada Iblis) adalah yang paling besar fitnahnya” [Sahih Muslim dari Jaabir]

      Berbeza dengan Jin secara umumnya, ada yang Islam, ada yang Solih, berbeza-beza aliran:
      Firman Allah:
      ertinya: “`Dan sesungguhnya ada di antara kami golongan yang Solih, dan ada pula yang tidak demikian; Kami menurut jalan dan cara yang berlainan.” [Surah al-Jinn: 72: 11]

      Ada yang Islam;

      Firman Allah:
      ertinya: “`Dan sesungguhnya ada di antara kami yang berugama Islam, dan ada pula yang kufur derhaka menyeleweng;…” [Surah al-Jinn: 72: 14]

      Kesimpulan:
      1. Iblis adalah daripada golongan Jin dan ketua mereka. 
      2. Syaitan adalah Jin yang Kafir, maka tidak semua Jin adalah Syaitan malah Syaitan boleh berupa Jin mahupun (penggunaan bahasa) manusia.
      3. Jin ada yang Islam malah Jin Solih 
      4. Manusia tidak dapat melihat mereka pada rupa bentuk asal mereka. Segala yang manusia lihat adalah jelmaan mereka. Semua yang manusia lihat, di sisi seorang muslim; yang pelik-pelik; adalah makhluk asing, hantu (dengan berbagai gelaran/rupa) adalah jelmaan Jin.


        Wallahu a‘lam. Sekian. Terima kasih.



        Untuk bacaan lanjut:

         
        Copyright 2011 al-jamaah.sg
        Template by freethemelayouts