Saturday, September 28, 2013

Persoalan Fikrah dan Manhaj (Bhg.7c) No: 1 (Ujian dan Hikmahnya)


sambungan daripada Persoalan Fikrah dan Manhaj (Bhg.7b)



Mengikuti as-Salaf dan bukan mengadakan kelompok Salafy

Sidang pembaca yang  saya  muliakan, inilah bahagian terakhir, daripada siri pembentangan berkenaan Manhaj dan juga Fikrah. Namun, atas nasihat beberapa teman sidang pembaca, saya akan membahagikannya kepada beberapa bahagian agar tidak dirasakan panjang dan berat, memakan masa untuk membacanya. Semoga bermanfaat dan mudah-mudahan Allah mengurniakan PetunjukNya, Amien.

  1. Ujian yang dihadapi, fitnah yang berlaku dan sikap kita mencontohi para Sahabat dan para Imam, Salafussolih sebenar, dalam menghadapinya serta kesan atau akibat yang baik dalam meneladani Salafussolih.  


Pada kesempatan ini, saya merakamkan kesyukuran saya kepada Allah. Kemudian penghargaan saya yang amat tinggi kepada teman-teman yang banyak mendoakan, mahupun mereka yang berusaha menasihati golongan "Jemaah Tahdzier" (yang sehingga kini hanya mengulang ungkapan - ulang tayang ala Sept 11 - tuduhan demi tuduhan dan "name calling" - berbagai "label" dan gelaran - tanpa mengemukakan bukti  dakwaan-dakwaan terhadap orang-orang yang dicemuh dan dicela), serta teman-teman yang mengingatkan saya agar bersabar menghadapi "ujian" ini dan permintaan agar usah dilayan "jemaah" tersebut. 

Walhamdulillah, saya juga meminta agar teman-teman tidak lagi berusaha menasihatkan mereka, berbincang dengan mereka (engage in discussion/debate), sebab mereka seperti tidak menilai semula dan semakin menyemarakkan lagi tindakan mereka. Kesimpulannya, mafsadahnya (keburukan) lebih besar dari maslahahnya (kebaikan), maaf seperti "semakin celupar" dalam kata-kata mereka. Dalam bidang Dakwah, Usul Dakwah dan dalam mengingkari kemungkaran dan beramar ma'ruf, bilamana hanya ada mafsadah dan tiada manfaat/maslahah, hendaklah ditinggalkan usaha itu, sebagaimana pengajaran yang dijelaskan 'ulama melalui ayat al-An 'aam: 108. Selama mana kita mendorong mereka ke arah kebaikan, maka usahakan terus namun, bilamana kita seperti menjadi pendorong kepada dosa dan kesalahan, maka hendaknya kita hentikan. Wallahu a'lam. 

Adapun apa yang kita hadapi, selaku segolongan umat Islam yang ingin mencari kebenaran dan kebenaran bukan di tangan manusia ketentuannya, malah kebenaran adalah daripada Allah dan Rasul. Benar dan salahnya kita adalah dengan berpanduan kepada al-Quran, as-Sunnah dan ajaran Salafussolih sebenar, para Sahabat dan para Imam terdahulu, bukan "kebenaran baru", yang tidak berpandukan keterangan panduan itu semua, malah semata-mata "kata orang itu", "kata orang ini", adakalanya ia sebenarnya hanyalah perkara yang terbuka kepada ijtihad 'ulama dan mereka berbeza pendapat, tetapi satu pendapat dijadikan seperti nas al-Qur'an atau hadis Nabi atau Ijma '. 

Meskipun jika saya "layankan" syarat-syarat mereka, bukankah telah saya jelaskan juga bahawa saya ada contact/hubungan dengan Masyayikh dan orang alim, bila perlu untuk bertanya itu dan ini? Sayangnya, mereka ada "orang-orang alim tertentu" sahaja, baru bergelar Salafy. Saya juga ada Tazkiyah/Rekomendasi, malah "sanad" yang berupa pengesahan untuk menyampaikan/berkongsi ilmu, tapi "jemaah" ini mahukan rekomendasi daripada Syeikh-syeikh tertentu sahaja, mereka yang menentukannya, maka akhirnya mereka seperti "acting Masyaayikh" panel yang menentukan siapa layak dan tidak layak untuk menyampaikan ilmu di Singapura, Johor dan mungkin Batam.

Harapan saya, wahai saudara seagama yang baru mengenal Manhaj atau yang mencari-cari kebenaran, yang sudah mula nampak keunggulan ajaran Salafussolih, usahlah anda terkesan, terjejas atau kebingungan malah tidak usah pula berputus asa atau khuatir dan apatah lagi sampai meninggalkan ikutan terhadap ajaran mulia Salafussolih, semata-mata kerana perbuatan dan tingkah laku sebahagian yang mengaku dan mendakwa diri Salafy tetapi kerja utamanya "mencari kesilapan" orang yang ingin menyebarkan ajaran Salafussolih dan mengabaikan pembetulan "kesilapan" golongan yang menentang pemeliharaan as-Sunnah. 

Anggaplah Salafussolih tiada kena mengena dengan sikap mereka ini, lihatlah dan kajilah ajaran asal Salafussolih dan usahlah dipedulikan "kebingungan" yang dicetuskan oleh "Salafy" hari ini. Sebagaimana halnya Islam, agama sempurna yang penuh keindahan dan kesejahteraan serta keadilan. Usahlah dilihat pada penganut agama Islam sebagai "cerminan" ajaran Islam sebenar, yang mana sebahagian mereka hanya memburukkan nama Islam. Begitulah juga "ajaran Salafussolih" yang diburukkan oleh sebahagian yang mengaku dan mendakwa diri Salafy atau pengikut ajaran Salafussolih. "Jauh panggang dari api", "Salaf fi wadin wa hum fi wadin", ajaran Salafussolih tiada kena mengena dengan mereka dan slogan-slogan mereka. Bertenanglah kerana Allah yang Maha Mengetahui siapa yang di atas kebenaran dan yang sebaliknya. Allah yang akan mengadili di antara para hambaNya pada Hari Kiamat.
Firman Allah:

لِمَا اخْـتَلَفُواْ فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَ اللهُ يَهْدِيْ مَن يَّشآءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ  
“Terhadap apa yang mereka perselisihkan daripada kebenaran dengan izinNya dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus.” [1]

Anggaplah ini satu ujian, "no pain no gain", jika kita hendak mendapatkan syurga, mengikuti kebenaran, perlu ada cabaran. Sirah Nabi bersama para Sahabat dan para nabi terdahulu cukup menjadi bukti pengajaran bagi kita untuk menyedari hakikat tersebut. Bukankah kita yang meminta Allah dalam setiap rakaat bacaan al-Fatihah kita, agar Allah tunjukkan kita "Jalan yang Lurus? Jalan orang-orang yang telah Allah kurniakan ni'mat kepada mereka", iaitu jalan para Nabi, Siddiqien, Syuhada ('Ulama') dan Solihien. Kalau Nabi Musa yang mendapat wahyu, terpaksa bersusah payah untuk mendapat pengajaran daripada Nabi Khidhir (Surah al-Kahfi: 62 ke atas dan Hadis Sahih al-Bukhaariy - Ahaadiets al-Anbiyaa'), tentunya orang yang inginkan ilmu yang benar, perlu melalui ujian. Malah manusia sedia tahu dan menerimanya, bilamana mereka mengadakan berbagai ujian untuk meluluskan para pelajar untuk belajar ke peringkat lebih tinggi. Maka "episod" ini adalah dalam Qada' dan Qadar Allah, bilamana kita selama ini sudah "selesa" dengan mengenali kebenaran, berpandukan ajaran Salafussolih, Allah meninggikan lagi derajat dan kefahaman kita terhadap agama ini, ajaran Salafussolih. Mudah-mudahan, kita "lulus" dan keluar dari ujian ini, dengan keadaan kita lebih mantap dan lebih melihat "hasil" usaha kita. 

Pada satu sudut, saya berterima kasih juga kepada mereka, "jemaah Tahzdier", kerana dengan "cetusan episod" mereka ini, yang lebih hebat daripada yang telah saya kisahkan sebelum ini (di kalangan Ikhwah Indian Muslim), semakin ramai yang berminat mengetahui "ajaran sebenar Salaf", semakin ramai yang menghadiri pengajian di tempat-tempat kami berkongsi ilmu, semakin baik penilaian teman-teman (Ikhwah dan akhawat) yang mengikuti pengajian-pengajian, Walhamdulillah! 

Seperti apa yang berlaku dengan peristiwa "Sept 11", ramai yang bukan Islam jadi ingin tahu , malah menganut Islam setelah mengenalinya dengan lebih baik dan jujur. Tanpa kita melupakan, bahagian yang menyedihkan, namun itu Sunnatullaah, adanya yang menbenci Islam dan menamakan Islam dengan berbagai nama dan gelaran buruk, maka begitu juga kita akan mendapati, sedihnya, malangnya, saudara seagama kita yang menjadi "penentang" ajaran mulia Salafussolih kerana terkeliru dengan yang lainnya. Ada yang dengan sinis, menuntut kita menyediakan 10 atau 20 tahun punya pelan bertindak (action plan), melihat "kekecohan ini" di kalangan "Salafis", sedangkan bagi saya, amalkanlah yang telah sedia ada daripada ajaran yang sudah jelas. Kalau yang sudah sedia ada tidak diamalkan, bila membuat majlis peribadi sahaja sudah banyak kemungkaran, malah diabaikan dan ditentang  perkara yang sudah jelas dalam ajaran Islam, bukan "versi Salafi", usahlah membuat tuntutan berat, yang akan hanya memberatkan orang-orang yang lemah, yang tidak mampu mengamalkan. "Action plan" Islam seumur hidup, bukan 10 years..

Yang penting, kita bersabar dalam menghadapi ujian dan melihat pada sudut  kesan yang baik, iman kita kepada Qada' dan Qadar Allah. Pesan Nabi: 
عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله خير ، و ليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سرّاءُ شكر فكان خيرا له و إن أصابته ضرّاءُ صبر فكان خيرا له      
“Sungguh mengagumkan keadaan orang yang beriman, sebab semua keadaannya adalah baik belaka dan itu tiada pada yang lain, hanya ada pada orang yang beriman. Jika ia ditimpa kesenangan, ia bersyukur, maka itulah kebaikan baginya dan sekiranya ia ditimpa suatu kesempitan, ia bersabar, maka itu juga adalah yang baik baginya.”  

[Riwayat al-Imam Muslim]

Semoga kita sama-sama dapat berusaha menjadi mukmin sedemikian sifatnya, semoga Allah memperkenan. 

Sama-sama kita mengambil contoh daripada para Sahabat dan para Imam Salafussolih sebenar.
Mereka telah menghadapi ujian yang jauh lebih dahsyat. Timbulnya golongan al-Khawaarij yang memerangi para Sahabat dan kaum Muslimien lainnya  dan menghalalkan darah umat Islam selain mereka. 
Ada 2 pengajaran yang ingin saya sebutkan di sini:

Pertama: Sikap Sahabat, antaranya 'Ali bin Abie Tolib radhiyalLaah 'anhu, Khalifah Raasyidah yang ke-4. Ketika beliau ditanya mengenai al-Khawaarij oleh sebahagian kaum Muslimien;
"Apakah mereka orang-orang kafir (Islam murtad yang telah kufur)?" 
Jawab 'Aliy: "minal kufri farruu - mereka adalah kaum yang melarikan diri jauh-jauh daripada kekufuran (kufur menurut fahaman mereka)". 
Lalu apakah mereka munafiq? 
Jawab Aliy: "Allah telah menyifatkan kaum munafiq dengan FirmanNya: و إذا قاموا إلى الصلاة قاموا كسالى  - bila mereka berdiri solat, mereka berdiri malas-malas" (yakni maksud 'Aliy, kaum Khawaarij terkenal Ahli ibadat, tidak bermalasan dalam Ibadat, maka bagaimana hendak dihukumkan mereka munafiq kerana tidak kena pada diri mereka). 
Mereka tanya lagi: Lalu atas dasar apa anda memerangi mereka? 
Jawab Aliy: "Kerana mereka puak yang melampau" (yakni mereka tidak mengikuti batas-batas Allah dan Rasul dalam berbicara tentang agama dan bersikap terhadap sesama Muslim/Mukmin).

Lihatlah, sidang pembaca yang budiman, bagaimana tidak sewenangnya seorang Sahabat mulia menghukum "orang- orang yang mengaku diri Islam", yakni Khawaarij  dengan hukum Kafir. Menjaga lidah beliau radhiyalLaah 'anhu dan memahami bahawa mereka adalah puak melampau. Malah tidak menghukum mereka munafiq pun. Yang jelas bagi beliau radhiyalLaah 'anhu dan orang lain, mereka memang melampaui batas-batas yang telah ditentukan Allah dan Rasul.

Begitu juga diriwayatkan bahawa Ibn 'Umar ketika sampai di sebuah daerah, orang-orang berkerumun untuk bertanya kepada beliau:
"Governor/Ketua Wilayah kami, Mukhtar bin Abi 'Ubayd, mendakwa bahawa dia didatangi Wahyu. 
Jawab Ibn 'Umar: "Benar, kata dia" (manusia semuanya tentu terkejut, bagaimana mungkin seorang Sahabat Nabi boleh berkata begitu, sedangkan Wahyu telah terhenti dengan kewafatan Nabi), lalu beliau menyambung dengan membacakan ayat ini: 
"و إن الشياطين ليوحون إلى أوليائهم"  ertinya: "Sungguh Syaitan-syaitan memberi Wahyu kepada Wali-walinya (para Wali Syaitan)"
Barulah mereka lega. Maksudnya, lihat sikap Sahabat, meskipun jelas orang ini "Ahli Bid'ah lagi sesat, tetapi para Sahabat bijak memelihara lidah mereka, berat menghukum kafir dan sebagainya. Tidak semudahnya mereka menghukum dengan kata-kata "tabdie'" (mubtadi' - ahli bid'ah).
  
Oleh itu, sama-samalah kita pelihara lidah kita, daripada mengata sesama saudara Islam kita. Khawaarij dan Mukhtar bin Abie 'Ubayd tentunya lebih berat kedudukannya, namun para Sahabat berhati-hati menjaga lidah mereka. Inikan untuk kita katakan yang tidak baik terhadap saudara kita, yang terutamanya secara zahirnya berusaha menuruti panduan al-Quran dan as-Sunnah. Ini tentunya berbeza dengan sikap Salaf bila menerangkan "fahaman" bukan peribadi orang-orang tertentu. Benar mereka menegaskan al-Jahmi, al-Mu'tazili dan lainnya Ahlul Ahwaa' dan Ahlul Bid'ah. Adakalanya orang yang kurang ilmu, tidak memahami, kerana kurang melakukan muthola'ah dan mujaalasah ajaran 'ulama', tidak membezakan di antara hukum peribadi dan hukum fahaman.
   
Atas dasar ini, apabila seorang teman bertanya, samada baik untuk beliau hadiri ceramah Ustaz Luqman Ba'abduh, saya katakan pada beliau, saya bersangka baik terhadap beliau dan kita tidak selayaknya mencemuh saudara Islam kita sembarangan. Seseorang yang ada Tazkiyah, seperti diri saya pun masih berkemungkinan salah, biar dari siapa pun Tazkiyah itu. Malah ada yang boleh katakan "Tazkiyah" itu sudah "expire", belum "renew" (seperti yang telah saya ceritakan).

Sesiapa pun dikembalikan kata-katanya, penyampaiannya kepada dasar al-Quran dan as-Sunnah, sepertimana kata Imam Malik: 
"Tiada seorang pun selepas Nabi kecuali semestinya diambil atau tertolak pendapatnya melainkan Nabi "[2]
Adapun kiriman saya itu, hanya untuk melihat sikap "jemaah" yang begitu prihatin sehingga mentahdzier Asatizah di sg, tetapi mengapa tidak mentahdzier seseorang yang telah ditahdzier seorang 'alim di Yaman dan beberapa orang 'alim atau Asatidzah di Indonesia, sedangkan jika dibandingkan, Asatizah sg. setahu saya, tiada seorang Alim pun yang telah mengeluarkan "Tahdzier"?. Saya hanya bermaksud untuk mereka memeriksa diri dan menilai semula perbuatan mereka, itu sahaja, tiada maksud saya untuk "mengata" apatah lagi "merendahkan" beliau, seorang Ustadz. 

Ternyata mereka beralasan dengan jalan mencerca Syeikh Yahya, menghukum seorang Syeikh sedangkan mereka tidak dilantik untuk menghukum. Kalau di antara Syeikh-syeikh, itu hak mereka. Syeikh Yahya al-Hajooree, pernah sampai pada kedudukan yang mana Syeikh Rabee' meminta beliau menggantikan Syeikh Rabee' mengajar kelas Syeikh Rabee'. Walau seandainya Syeikh Rabee' berubah pendirian, atas sebab-sebab tertentu, tapi bukankah kedudukan seperti itu, cukup bagi diri kita, ketinggian kedudukan dan tahap ilmu Syeikh Yahya al-Hajooree?  Bukankah sebaiknya kita "tahan lidah" kita, apatah lagi kita tidak tahu dengan jelas sesuatu perkara? Syeikh Yahya telah pun menjelaskan "putar belit" dan "merubah perkataan" yang dilakukan sebahagian pihak untuk "menjatuhkan" beliau. Jika anda mampu membaca dalam Bahasa Arab, bukan bergantung kepada terjemahan, begitu banyak di internet dalam Bahasa Arab, yang telah menjernihkan nama Syeikh Yahya. 

Misalnya, satu video yang adanya penyelewengan fakta; Syaikh Solih al-Fawzaan hafizhohullaah, telah ditanya mengenai seorang "guru" yang mengajar (pihak penterjemah muatkan dalam "bracket" Yahya) sesuatu yang silap dalam permasalahan 'aqiedah, maka Syeikh al-Fawzaan menjawab secara umum, bahayanya guru sedemikian, tetapi penterjemah memuatkan bracket pada jawapan beliau dengan (Yahya al-Hajooree). Maka persoalannya, dengan jujur, Syaikh al-Fawzaan yang menyatakan Syeikh Yahya atau pihak penterjemah? 

Namun kemudian saya rasa, memadai penjelasan Syeikh al-Wasabi ini: 

Dan sikap serta ajaran Syeikh Solih al-Fawzaan untuk kita ikuti.

Ini persaksian Syeikh Rabee' terhadap ilmu Syeikh Yahya al-Hajooree:
Shaikh Rabee' asked Shaikh Yahya Al Haajoori to give a class via telelink at the time when he is giving classes and this is the audio. The part where Shaikh Rabee' asks Shaikh Yahya to give the class is from 33 minutes 43 seconds - Telelink between Sy.Rabie' al-Madkhali & Sy.Yahya al-HajooriThis is the full audio: Full Audio telelink Sy.Rabie & Sy.YahyahafidzohumalLaah 
Now what is so ironic is to assume that Shaikh Rabee' would ask an alleged Hadadi/deviant to give a class, via tele-link, which would be broadcast in his own home!!

Apa yang saya utarakan, hanyalah yang ada terjemahan...sedangkan terlalu banyak website bahasa Arab yang menjelaskan dengan lebih jelas segala apa yang berlaku antara Masyayikh dan yang utama bagi kita ialah tidak memperkata apa yang kita tiada ilmu tentangnya. Pesan Rasulullah: 
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam..." Hadis Sahih)
Malangnya beberapa peribadi daripada "Jemaah Tahdzier": 

 

yakni selepas saya mengirimkan berkenaan Ustadz Luqman, untuk mereka menilai sikap mereka, seperti yang telah saya jelaskan, tiada satu pun "kata-kata" saya yang mencela beliau. 
Sekali lagi, ada yang "puts words into someone's mouth":


 

Tanya saya: "Siapa yang attack Ustaz Luqman??? Yang saya kirim itu "attack", "warns against"...big words. Siapa dari kalangan "local Asatizah" yang promote "Yasir Qadhi"...sekali lagi saya tuntut quote us. Siapa yang inform beliau bahawa semua local Asatizah "detached" from scholars??? Ada tanya secara peribadi kepada semua local Asatizah? Atau satu Ustaz diketahui begitu, yang lain "assumed" sama sahaja, satu bakul? Sudah beberapa kali dijelaskan kami ada link, kami ada Masyayikh yang kami hubungi, apa masalahnya??? Siapa yang dakwa tanpa selidik dan bukti?

Allahul Musta'an...nasihat memang baik saudara tetapi usahlah "dihiasi" dengan dakwaan dan tuduhan tanpa bukti dan siasatan. Saya tidak guna kata "saudara berdusta" haasya lillaah...saya hanya minta saudara buktikan dan saya bukan melayan dan usahlah tambah-tambah cerita lain melainkan dengan bukti.

Malah sebelum posting saya itu, ada di antara mereka yang telah menyatakan ini:

 

Sungguh "evolve" seperti evolution kata seorang teman, daripada para Asatizah local, Du'aat (para pendakwah) international, kini ke tahap "Masyayikh" Syeikh-Syeikh yang jauh lebih berilmu daripada Asatizah...telah dicela. Mana bukti saya cela...tetapi lihatlah sendiri saudara-saudara sidang pembaca dan pihak yang mencela. 

Ambillah nasihat Syeikh Solih al-Fawzaan.  

Wallahu a'lam.

Kedua: (Kesan baiknya ujian ini dan meneladani sikap Salaf) ...bersambung di sini





 [1]    Al-Baqarah: 213 
[2] Kata-kata ini dinisbahkan kepada Imam Maalik dan ia masyhur demikian di sisi ulamaa mutakhir (zaman kebelakangan) dan ia telah dijelaskan benar shohih daripada beliau oleh Ibn ‘Abdil Haadi di dalam “Irsyaadus Saalik”: 227/1, Ibn ‘Abdil Barr juga telah meriwayatkannya di dalam Al-Jaami’: 2/91, Ibn Hazm di dalam Usuulul Ahkaam: 6/145, 179 dari kata-kata Al-Hakam bin ‘Utaibah dan Mujaahid serta disebutkan juga oleh Taqiyuddien As-Subki di dalam Al-Fataawaa: 1/148 daripada kata-kata Ibn ‘Abbaas dengan rasa kagum terhadap kandungannya, kemudian beliau berkata: Dan Mujaahid telah mengambil kata-kata ini daripada Ibn ‘Abbaas dan Maalik pula mengambil daripada mereka berdua, semoga Allah meredhai beliau dan menjadi masyhur daripada Maalik.
Komentarku: Kemudian Imam Ahmad mewarisinya daripada mereka semua, sungguh Abu Dawud telah berkata di dalam Masaa-il Al-Imam Ahmad (mks: 276): Aku telah mendengar Ahmad berkata: Tiada seorang pun kecuali pendapatnya diterima atau ditolak selain Nabi.


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts