Friday, October 11, 2013

Persoalan Fikrah dan Manhaj (The Root of the Problem - Jemaah Tahzdier SG tiada kelayakan)

sambungan dpd (Bhg. 7c) No: 1 (Ujian dan Hikmahnya 2) 

Bismillah walhamdulillaah, was solaatu was salaam 'alaa Rasuulillaah, wa ba'd.

Sidang pembaca yang dimuliakan, semoga Allah merahmati kita semua.

Sekali lagi, saya menyatakan kesyukuran kepada Allah. Semoga Allah membalas anda sekalian yang menunjukkan rasa prihatin terhadap diri saya, atas dasar ukhuwah fillaah. Saya amat berharap, ada yang dapat menyampaikan mana yang perlu, daripada tulisan bersiri saya ini, kepada teman-teman yang tidak dapat membaca dalam Bahasa Melayu. Baarakallaahu fiekum.


Saya juga mengambil kesempatan ini, sekali lagi mengingatkan kepada ikhwah dan akhawat, agar jangan "engage" mereka. Biar apa celaan, cemuhan dan tohmahan yang dikatakan terhadap diri kita, bersabarlah kerana Allah yang Maha Mengetahui, siapa di atas kebenaran dan kita berusaha menuruti pedoman Salaf; nas-nas al-Quran, as-Sunnah dan pemahaman para Sahabat terhadap keduanya.


Sama-sama kita mengambil pengajaran daripada Firman Allah (ertinya): 
"Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata"...."

Rasulullah juga telah bersabda: 
“Tahukah kamu siapa itu muflis?” Jawab para Sahabat: Orang muflis di kalangan kami adalah orang yang kehabisan dirham (wang) dan tiada barang kepunyaan sesuatu apa pun. Sabda baginda lagi: “Sesungguhnya orang muflis daripada kalangan umat ku adalah yang datang pada Hari Kiamat dengan (amalan pahala) solatnya, puasanya, zakatnya dan pada masa yang sama ia juga datang sedang ia telah mencerca si ini (orang sekian), mentohmah yang lain, memakan harta yang lain tanpa hak, menumpahkan darah (mencederakan atau membunuh tanpa hak) si ini, memukul pula si ini, maka pihak-pihak (yang dizaliminya) tersebut diberikan daripada pahala amalan-amalannya (sebagai ganti rugi) dan jika ia telah kehabisan pahala, dipikulkan ke atas dirinya dosa-dosa pihak-pihak tersebut sehingga ia kemudiannya dihumbankan ke dalam Neraka” [1]

Ertinya: "Seorang muslim adalah seorang yang kaum muslimien lainnya terpelihara daripada (keburukan) lidahnya dan tangannya". [2]


Doa pada setiap pagi yang diajarkan oleh Rasulullah, maknanya:
"Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, wahai Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan (Penentu) segala sesuatu dan yang memilikinya. Aku Bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali Engkau. Aku berlindung kepada Mu daripada keburukan diriku dan keburukan Syaitan dan bala tenteranya dan daripada menimpakan atas diri ku sendiri suatu keburukan atau mendorong seorang muslim lainnya kepadanya (keburukan itu)"

Oleh itu, biar apapun yang dikatakan terhadap diri kita, usahlah kita "melayankan" sehingga kita pula dikhuatiri berkata tanpa bukti dan membalas celaan dengan celaan. Semoga kita dapat menjadi manusia beriman yang mulia, dimuliakan oleh Allah jauh daripada mulut yang celupar, suka mencela dan mengata, lebih buruk lagi pada yang kita tiada ilmu tentangnya. Bersabarlah kerana ganjaran orang yang bersabar, tiada batasnya di sisi Allah. Ambillah teladan sikap Imam al-Bukhaariy, baik dalam hal menghadapi fitnah mahupun dalam hal mengkritik perawi, memelihara asal ajaran Rasulullah namun tidak pula diri sendiri jatuh kepada percanggahan terhadap ajaran Nabi dengan mencela atau mencerca sesama Muslim. Semuanya tanpa pelampauan.


Sekali lagi saya ulangi, bahawa tulisan bersiri saya ini, berkenaan Manhaj, diharapkan:

1. Ia menjadi satu amalan solih, usaha membantu saudara seagama, agar tetap mencintai Manhaj Salafussolih. Mengetahui sejarah golongan yang menyatakan diri Salafy, tetapi lebih banyak mencemuh, mengkritik, mengata, mencari-cari silap malah mencela daripada mengembangkan dakwah, bahkan menjejas dan merosak dakwah. Semoga dengan "sejarah" kita tidak salah langkah pada masa hadapan dan tahu ciri-ciri serta kesudahannya golongan ini. Menjadi benteng kukuh yang dengannya kita teruskan berpegangan dengan ajaran suci murni lagi mulia, yang diredhai Allah, ajaran Salafussolih sebenar. Tidak gentar dengan "tahdzier-tahdzier" yang tidak berasas. Beza dengan Tahzdier ikhlas yang bernas lagi menurut cara Salaf.. 
2. Supaya "nama baik" dan kesucian ajaran Salaf tidak tercemar. Kaum muslimien umumnya dapat membezakan "Salafy Tahdzier" daripada mereka yang ikhlas berusaha mengikuti ajaran Salafussolih yang asal, tulen. Tiada kaitan perkataan atau gelaran "Salaf" dengan sifat "cela-mencela" dan mencari-cari aib dan silap serta mentohmah. 
Ajaran Salaf yang sebenar, memulakan dengan sikap saling menghormati sesama Islam, saling membantu ke arah ketaqwaan dan bila perlu menegur dan menasihati dengan cara yang baik dan dengan hujjah yang nyata serta bukti-bukti yang kukuh atas dasar sikap memelihara agama secara menyeluruh, bukan tertumpu hanya pada "memelihara manhaj" tetapi tidak menjaga batas-batas Allah dalam kehormatan dan kasih sayang sesama Islam, apatah lagi Ahlis Sunnah. Bilamana tumpuan hanya pada "pemeliharaan Manhaj" menurut dakwaan mereka, tetapi dengan itu melanggar batas-batas "kehormatan saudara seagama", itu dengan sendirinya, mencanggahi Manhaj Salaf itu sendiri. 
3. Agar mereka berhenti daripada "cara" mereka ini dan benar-benar kembali dengan kesedaran Manhaj Salaf sebenar dan tidak menjadi penyebab bahan ejekan dan contoh buruk golongan Salafi atau golongan yang ingin kembali kepada ajaran Salaf.

Setelah itu, selesainya bah. 7c ini, saya bermohon kepada Allah, agar Allah memperkenan bahawa saya telah berusaha menyampaikan kepada semua, apa yang termampu, demi mencapai ketiga-tiga matlamat itu tadi. 

Setelah itu, petunjuk adalah milik Allah, Hidaayah Taufiqiyah, setelah usaha kita dengan Hidayah Irsyadiyah.

Maka kini, pada pandangan saya, kita amati "the root of this matter". Apa punca permasalahan ini daripada akarnya, supaya kita tidak terjejas dengan "fitnah" ini dan memahaminya dengan pemahaman sempurna.

Pertama: Golongan Tahdzier.sg bukan golongan berkelayakan.

Kata al-Hafiz Ibn Hajar al- 'Asqalaaniy dan 'ulama lainnya: "من تكلم في غير فنه أتى بالعجائب" ertinya: "Sesiapa yang berbicara, bukan dalam bidang yang dikuasainya, pasti mendatangkan perkara yang pelik-pelik". 

Sidang pembaca hanya perlu menilaikan, mereka, golongan mentahdzier, atau JT (bukan Jetty atau Ceti [Ah Long/Tai Long zaman dahulu berbangsa India - tapi Jemaah Tahdzier) atau gelaran lainnya "Hizbu at-Tahdzier", (saya tidak bermaksud menggelar mereka tetapi "nature" kerja mereka, seperti halnya the Engineer, the Mechanic, the Carpenter - sebagaimana 'Ulama dahulu juga digelarkan al-Jassas, an-Najjaar dan sebagainya - kerana JT atau Hizbu Tahdzier di website, FB, Tweeter etc tidak berkongsi ilmu yang bermanfaat, malah semata-mata: Si fulan mubtadi', ikhwaanee, suroury, 
not upon Salaf. and the list goes on, ..conclusion "don't take knowledge from them" i.e "tahdzier - warning against")  yang mengaku diri mereka Salafy dan selain mereka Hizbi, mereka ini, bukan daripada golongan "berkelulusan" dan berkelayakan. Ini pengakuan salah seorang di antara mereka sendiri.


 

Imej yang pertama dan kedua kurang 6 bulan yang lalu. Tetapi kini (imej ketiga):



Jelas, pengakuan peribadi. Saya harap sidang pembaca dapat mengingati, beliau menyatakan: "but no ghuluw or taqlied" (tiada pelampauan atau mengikut membuta tuli) dan dapat perbandingkan juga "the shift" atau ada yang sebut "evolution", daripada asalnya menghormati, merekomendasi, malah menggelarkan dengan gelaran "my Ustaz" iaitu URD (Ustaz Rasul Dahri, hafizohullah)...siapa pun tahu. Kini, guru dan Ustaznya sendiri pun beliau "tahzdier" (quote: "sila ambil perhatian dan peringatkan..."), malah gelaran "Ustaz" pun sudah tiada. Mereka boleh dengan mudah membuat pengakuan bahawa mereka bukan guru, tidak layak mengajar, tiada pelajar, tetapi, kenapa mereka berkata tentang urusan agama yang bukan bidang mereka??? Apakah mereka "mencampakkan batu sembunyi tangan", menjadikan permasalahan agama yang membingungkan sebahagian orang sebagai "permainan", mengata itu dan ini, si dia tu dan si dia ni, kemudian tidak bertanggungjawab, dengan hujjah, saya bukan guru agama, saya tiada murid. Sungguh pelik, seperti kata al-Hafiz Ibn Hajar. Bukankah lebih baik diam dari awal, jika sedar diri tiada kelayakan???

Seandainya saya ini "pengikut" atau "students" kepada Saudara GFZ ni, saya akan "marah", "bingung" dan "hilang kepercayaan" pada beliau. Betapa tidak, baru 3 bulan lalu, suruh belajar dengan Ustaz sekian, dengannya akan kenal Manhaj malah (quote) "This may take several years". Selang 3 bulan berlalu, diperingatkan, Ustaz tersebut tidak boleh dipercayai Manhajnya, tinggalkan dia. Saya akan tanya, awak ni sendiri kenal dan faham apa itu Manhaj atau tidak? Baru 3 bulan lalu, Ustaz itu atas Manhaj, selang 3 bulan Ustaz itu bahaya, mesti ditinggalkan. Belum apa-apa Syeikh pula ada yang Mubtadi' (ahli Bid'ah), tidak boleh diikuti. Awak sendiri??? Awak fikir ini seperti "main game" ke???

Ternyata sebahagian mereka yang begini sifatnya, "mentahdzier", di wall FBnya penuh dengan game yang dimainnya dan mungkin diminatinya....Fitnah Book...anda luang masa main game, ada pula yang promote GTA, Batman,...pelakon Hollywood pun dijadikan teladan, dan seterusnya???...Itu semua tidak perlu Tahdzier?....Timbul pertanyaan: "kamu sekalian Salafy Gamers?", "keyboard warriors", Allahul Musta'an....Ittaqullaah, Ittaqullaah! Mana pergi nasihat para Imam Salaf tentang usah luang masa pada yang tidak berfaedah....tak penting mungkin...yang penting "Tahdzier", "Tahdzier", "Tahdzier" terhadap para da'i dan 'ulama', orang-orang yang sibukkan masanya dengan berbagai kerja dakwah.

'Ulama pula anda "take side" dalam pertelingkahan di antara mereka, sehingga kalian kutuk seorang Syeikh yakni Syeikh Yahya al-Hajooree, sedangkan anda tidak mampu berbahasa Arab untuk menilaikan apa yang telah dijelaskan oleh beliau. Ilmu anda berbanding ilmu beliau???.

Telah saya katakan dalam kiriman saya, pokok perkaranya: Syeikh Rabee' telah mengi'tiraf Syeikh Yahya. Telah ada Ta'diel. Adapun apa yang berlaku setelah itu, daripada Syeikh Rabee' sendiri, menjatuhkan Syeikh Yahya adalah perkara lumrah...betapa ramai yang dijatuhkan Syeikh Rabee'. Apakah dengan hukum Syeikh Rabee' dan beberapa Syeikh lain, kita anggap Syeikh Yahya "tiada ilmu" dan "tidak dihormati", "Ahli Bid'ah" bukan "Ahli Sunnah", padahal masih ramai Masyayikh lain yang tidak menjatuhkan beliau dan menghormati beliau. Apa pula dasarnya, buktinya dan apakah kita dengar sebelah pihak sahaja?

Inikan bukan seperti minat yang ada pada diri anda, seperti di Wall anda, saudara Haikal, "peminat Liverpool", anda boleh pilih menyebelahi dan menyokong Liverpool dan tidak suka Manchester atau Chelsea atau sebagainya. Ini maruah dan kedudukan seorang muslim, seorang 'alim bukan soal "fanatic team bola".

Nilaikanlah sidang pembaca, golongan yang mampu menilai, mereka ini "Salafy tahdzier Asatizah dan Masyayikh dalam Bab Ilmu Agama", tetapi peminat Kuffar dan penyokong Kuffaar dalam Bab atau Arena Bola dan lainnya??? Tuubuu ila Allaah! Maka Syeikh yang patut ditahdzier atau diri kalian lebih utama ditahzdier??? Saya timbulkan ini semua agar kalian bertaubat dan letakkan cermin di hadapan diri kalian, daripada mengata, mengutuk dan mencela orang, sudahkah Salafy 100% diri aku sendiri? Apa ilmu yang ada pada diri aku sendiri untuk mencerca, mengata orang yang lebih berilmu tanpa benar-benar mengetahui di mana silap beliau atau bid'ah beliau? Bukankah dengan sekadar bacaan di internet, yang dikemukakan satu pihak, yang jelasnya, ingin menjatuhkan Syeikh Yahya, kiranya itu satu bentuk Taqlied dan ghuluw (pelampauan) memihak satu pihak dan tidak berlaku adil?

Saya mengajak anda sekalian agar membuktikan dan berkorban demi menjadi Salafy 100%, bukan tujuan saya untuk "expose", agar anda juga sedar, adakalanya kita tidak sedar bagaimana diri kita sendiri.
Ada orang pernah tanya saya, kemusykilan, "Apa hukumnya seorang Wali (bapa) nikah, orangnya bertatoo? Sah ke? Jawapan saya:
1. Pernikahan yang dilakukan seorang Fasiq telah dihukumkan  'ulama nikah yang tidak sah. 
2. Namun hanya kerana ber"tattoo" kita tidak boleh sewenangnya hukum seseorang itu fasiq. Melainkan kalau kita ini cepat menghukum orang tanpa usul periksa. Meskipun benar, hukum dasar "seorang bertatto adalah seorang fasiq dan seorang fasiq, tidak diterima persaksiannya". Namun, kemungkinan si bapa pengantin perempuan itu telah pun bertaubat, tetapi belum atau tidak dapat membuang tattoo-nya. 
3. Sebaiknya, seorang yang bertattoo usaha menghilangkan tattoo-nya agar tidak timbul syak wasangka seperti ini dan pengorbanannya menghilangkan tattoo-nya itu semoga dikurniakan pahala serta menjadi bukti kepada "taubat"nya. Tentunya hadirin yang menyaksikan pernikahan itu lebih rasa yakin akan taubatnya si Wali, dengan lihat kesan pembuangan tattoo.

Mengenai Syeikh Yahya al-Hajooree yang dengan seenaknya sebahagian pihak gelar mubtadi' ahli Bid'ah atau "mahjur", dengarkanlah dan bacalah ini:

A-Sincere-Advice-and-a-Clarification-by-Ahmad-Banajah

Beautiful Conversation between Sy.Yahya & Sy.Rabee'

Lofty Advice to the Father Syeikh Rabee' hafizohullah
 
Ketahuilah sidang pembaca, saya mengeluarkan yang berikut ini untuk memahamkan perkara sebenar. Seseorang sewajarnya mengatakan tentang diri peribadinya sahaja, ia tahu atau tidak tahu, bukan mendakwa orang lain tidak tahu tanpa usul periksa atau keterangan yang nyata, kerana ada orang mendakwa saya tidak tahu cerita, walhal, beliau berani berpihak dan mencela seorang alim.

Bagi saya, ini di antara sesama 'alim, kita jangan berpihak pada mana-mana, apatah lagi mencela satu pihak, kerana mereka Masyayikh,; Syeikh 'Ubayd mahupun Syeikh Yahya, lebih berilmu daripada kita dan lebih tahu pertelingkahan di antara mereka serta sebab-sebabnya.

Clear Refutation of the Treatise of Falsehood "Scholars on Syaikh Yahya"
Hijrah ke Birmingham?
A-Series-of-Refutations

Oleh kerana Syeikh Yahya mengata mereka (secara indirect kerana komen fatwa Syeikh 'Ubayd), mereka inilah sebenarnya yang menjatuhkan Syeikh Yahya. Anda yang membaca dalam Bahasa Inggeris sahaja, tidak akan dapat mendengar daripada kedua-dua belah pihak. Di dalam Bahasa Arab, ada lebih banyak lagi bahan bacaan bagi perkara ini, ringkasnya "seperti tiada kesudahan" dan sikap kita, yang lebih selamat, tidak mengata mana-mana pihak, yang tidak mendatangkan faedah. Maka hukum kalian terhadap Syeikh Yahya tidak adil, kerana hanya mendengar daripada satu pihak, biar seandainya beratus video dan penjelasan yang anda kirimkan.

Kesimpulannya, usahlah kita dengan ilmu terbatas, menghukum dan menyebelahi pihak ini atau itu, apatah lagi perselisihan di antara Masyayikh.

-Scholars-on-Shaykh-Yahya-A-Brief-Revisit

Sidang pembaca, saya harap ini bukan menjadi penyebab untuk anda "keliru" dan "kebingungan". Jangan pula menjadi punca anda mencela mana-mana 'ulama'. Saya semata-mata ingin membuktikan, kerja tahdzier ini dan saling mengata di antara 'ulama, bukan medan kita dan bilamana kita tidak tahu duduk perkara sebenar dan sukar pula menilai, siapa benar siapa salah, apakah memperkatakan dan memihak kepada salah satu 'alim menjadikan kita golongan yang benar? Lagipun kita tidak punya ilmu yang dengannya kita boleh menganggap si fulan alim sebagai "Kibaar 'Ulama'" "Imam Jarh wa Ta'diel" dan sebagainya.

Ini adalah nasihat emas daripada seorang yang terkenal bermanhaj Salaf; asy-Syaikh al-Albaaniy rahimahullaah:

Ini videonya: 

Usahlah kita sibukkan diri pada perkara yang di luar keahlian dan kelayakan kita, tetapi setiap seorang dinilaikan kembali kata-katanya mengenai agama ini, bukan orang itu dan orang ini, malah kepada dasar-dasarnya. Sehinggakan, untuk "mengata seseorang" sebagai seorang yang membawa penyelewengan semuanya dengan bukti-bukti yang nyata sebagaimana ajaran Salafussolih sebenar bukan kelompok Salafiyah dan dalam pada masa yang sama, tidak menganggap diri lebih mulia daripada orang yang dijelaskan penyewelengannya, hanya semata-mata usaha meninggikan yang benar atas kebatilan dan menyelamatkan saudara Islam lainnya dari kebatilan. 

Demikianlah keadaan kebanyakan daripada mereka yang menyibukkan diri dengan 'Tahdzier" di sg, bukan daripada golongan berkelulusan.

Bandingkanlah kami, Asatizah sg yang dikritik dan dinyatakan "bahaya - warned against" (di-tahdzier) berkelulusan daripada sekian-sekian University/Akademi sedangkan mereka tiada kelulusan dalam pengajian Islam, tidak mampu berbahasa Arab atau membaca dalam Bahasa Arab. Kalau saya misalnya, telah lulus UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) peringkat Sarjana/Masters, yang paling lantang dan sibuk mentahdzier di antara mereka, hanya lulus RKM (Rumah Kebajikan Muhammadiyah). Saya bukan menghina atau menyombong diri dengan kelulusan, tetapi kita tentu dapat membezakan "Doktor perubatan terlatih" dengan "penjual ubat di kaki lima" yang adakalanya "jual racun", walaupun dakwaannya "jual penawar". Saya malah mengajak mereka ini, pertingkatkan ilmu dengan belajar Mengaji al-Quran, belajar Bahasa Arab, menelaah Ilmu Hadis, setelah itu baca kitab-kitab 'ulama dalam bahasa Arab. Semoga mereka terima galakan saya. Ini tidak, mereka sebut satu riwayat mereka baru baca, sangka kita tidak pernah baca.

Mereka tahu satu "tahdzier" 'ulama, mereka sangka pihak yang ditahdzier tiada jawapan...sebab mereka hanya merujuk dengan keterbatasan mereka, tapi tanpa segan silu mengata orang kononnya tidak tahu. Mereka melanggar hukum berniaga di dalam Masjid, tidak tahu, lalu salahkan kami, kami tidak pernah sampaikan, padahal para pelajar yang mengikuti pengajian yang kami sampaikan sekian lama, telah lama tahu hukum itu dan yang lain-lain, sebab telah kami jelaskan, tanpa menghiraukan pihak-pihak tertentu yang kurang senang.   

Sebagai satu permisalan: Dalam bidang perubatan, seorang pakar bedah, melakukan pembedahan dengan matlamat utamanya menyelamatkan orang yang dibedah. Itu pakar pembedahan. Tetapi tiba-tiba datang yang bukan ahlinya, tidak pernah terlatih, tidak dibenarkan masuk bilik pembedahan, tetapi menceroboh ingin membantu proses pembedahan. Ia pun mengambil gunting, ingin potong bahagian yang "disangkanya" dengan "tiada ilmunya" sebagai bahagian pembuluh darah "artery" yang mesti dipotong, "untuk menyelamatkan" orang yang dibedah itu. Pakar itu cuba menahan, mengatakan: "Itu tidak boleh dipotong, orang ini akan mati", tetapi diteruskan juga, kerana si penceroboh "TIDAK TAHU", "TIADA ILMU", hanya sangka-sangka tetapi menceroboh, konon ingin bantu...Apa akibatnya??? Bayangkanlah kalau nasib kita di akhirat yang menjadi pokok perbicaraannya. 

Perumpamaan lain: Seorang yang ingin selamatkan orang ramai, cuba mematikan "bom jangka" (time-bomb), padahal skuad pemusnah bom telah ada. Ia pun memotong wayar yang salah tanpa pengetahuan sehingga membinasakan diri dan orang lain di sekitarnya, termasuk ahli-ahli skuad yang terlatih. Oleh itu, usahlah dibiarkan mereka bertindak sembarangan. Itulah sebabnya saya menulis ini semua, jika masih ada yang boleh terkeliru dengan kerja "tahdzieran" mereka ini...padahal sebenarnya, mudah untuk memahami kedudukan sebenar, bagaimana menuntut ilmu dan daripada siapa kita belajar.

Saya menyampaikan dengan ilmu dan dasar serta bukti-bukti, mereka dengan "assumptions". Sehingga dikatakan oleh seorang teman,
"disebabkan mereka telah mentahdzier Ustaz-ustaz, semua Ustaz-Ustaz (yang mereka sebutkan namanya, bagi mereka, tidak layak menyampaikan/berkongsi ilmu) selama 2 minggu,  tutup kelas masing-masing, kita beri peluang mereka yang "cuba menjatuhkan" Ustaz-ustaz mengajar dan kita tanya mereka berbagai persoalan. Setelah itu kita bandingkan, siapa yang lebih utama untuk tidak menyampaikan dan diam". 

Hujjah mereka: "Ustaz-ustaz itu tiada link dengan 'ulama".  

Bagi diri saya, saya telah jelaskan saya ada link, malah bukan satu link, berbagai link. Masalahnya, Syeikh dan 'ulama, yang saya ada link dengan mereka, tidak dii'tiraf golongan Tahdzier ini, meskipun terkenal sebagai pengikut dan pejuang ajaran Salaf dan mereka, golongan Tahdzier yang tidak mengenali. 

Cuma persoalannya sekali lagi, link ini untuk apa? Kalau untuk menjatuhkan pendakwah sekian, alim sekian. Syeikh sekian, itu bukan ajaran Kibaar 'Ulama' yang ramai, walhamdulillaah.

Kalau untuk belajar agama, kami pun mengajar dengan 'ilmu yang kami raih dengan ada kelulusan. Jika kami "ada salah" dalam ajaran kami, sila jelaskan "salahnya". Ataukah dengan ilmu anda, kami "salah", padahal anda yang salah faham? Ataupun anda tidak dapat memahami. Apa pun, maksud saya, nasihatilah kami dengan bukti-bukti yang nyata. Bukan dengan cara "puts words into someone's mouth" atau "assumptions after assumptions" atau "masukkan dalam 1 bakul", kemudian sebarkan melalui media. Kami akui kami dan juga kalian, manusia yang tidak lepas daripada kesilapan. Namun cara kalian ini, bukan cara yang diajarkan Salafussolih.

Telah saya buktikan, dengan tidak menguasai bahasa Arab, hanya berbekalkan apa yang ada di internet, bahan-bahan terjemahan, apatah lagi penyelewengan fakta, pembacaan kalian terhad. Akan saya buktikan lagi. Insyaa Allah.

Namun dengan berbekalkan itu tadi: 
- Dengan mudah setelah itu, mereka menggelarkan Syeikh sekian "Alim Besar", "Syeikh sekian telah mendapat pengiktirafan", sebaliknya Syeikh Sekian "Sufi", Syeikh/Da'i sekian "Mubtadi'" (pencetus Bid'ah dan Ahli Bid'ah), malah Syeikh sekian "Setan"...Mereka adakalanya tidak kenal pun dengan Syeikh-syeikh ini yang mereka kecam dan kutuk. Tanyalah diri kita, apakah kelayakan mereka yang mengutuk dan mengecam? Kalau sekadar dakwaan, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahhaab, pun telah diperkatakan...namun penilaian yang adil adalah dengan melihat kata-kata mereka sendiri, dalam tulisan mereka dan penyampaian mereka, bukan dengan apa yang orang "perkatakan" terhadap mereka. Kesimpulannya, "anda atas Manhaj, jika bersama Syeikh-syeikh sekian" dan "anda terkeluar Manhaj jika tidak bersama Syeikh-syeikh sekian".  
- Seorang yang baru belajar peringkat kindergarten, menghukum seorang Professor sebagai tiada kelayakan. Anda (di peringkat Kindergarten), layak ke? Mereka akan jawab (tanpa menyedari peringkat mereka), Guru/Teacher sekian telah nyatakan Prof. itu tidak layak. Masalahnya, awak baru kindergarten, sebab itu awak anggap "Teacher Secondary" school boleh hukum Prof tak layak. Saya tak persalahkan awak, kerana tidak tahu, bagaimana hendak mengukur kelayakan seseorang, pada peringkat awak, tapi salahnya anda tidak sedar diri dan terpedaya dengan seorang "teacher secondary". Bukankah lebih baik, memang ajaran Islam yang merupakan perkara dasar, "kata yang baik atau diam sahaja lebih baik", malah untuk awak menghukum teacher secondary pun tidak patut. 
Bagi saya, pendek kata, awak pergilah belajar betul-betul dulu, ilmu-ilmu asas seperti al-Quran dan Usul Tafsir, Aqeedah dengan segala sandarannya, menggunakan kitab 'ulama mu'tabar dengan Syarahnya daripada 'ulama juga, pelajari as-Sunnah (Hafaz dulu kitab Hadis 40), belajar mengaji dan Tajwied...itu semua tidak perlu Tazkiyah, kalau orang sudah ada kelulusan dalam bidang itu semua. Ini baru duduk di Yaman sekejap, terkial-kial belajar Bahasa Arab, sudah  tidak tahan dengan keadaan kemiskinan di sana, asyik ulang-ulang cakap "kaya dunia" Asatizah sg, meletakkan fee sekian-sekian...siapa tu? Tidak sebut nama tapi campak kata-kata cemuhan dan tohmahan...padahal yang kata itu pun masih kaya dunia, rumah di sg disewakan. Insyaa Allah tak caj sesen pun bila nanti (seandainya) kembali selepas pengajian di Yaman, mengajar di sg. Kita nantikan.   
Dengan mudah pula hukum Syeikh Muhammad al-Mukhtar asy-Syingqitie, sebagai seorang beraliran Sufi padahal ketinggian kefasihan bahasa Arabnya Masyaa Allah, yang telah diberi pengiktirafan 'Ulama Kibaar di Saudi. Malah "Kitab beliau "Ahkaamul Jaraahah" sewaktu "viva", telah diperakui oleh Masyayikh pemeriksa dan supervisor beliau sebagai cerminan ketinggian ilmu pihak yang mengkajinya, iaitu Syeikh Muhammad Mukhtar. Hanya bergantung pada kata-kata Syeikh Rabee' al-Madkhali yang telah menjelaskan bahawa beliau tidak pernah membaca tulisannya, mendengar penyampaiannya dan tidak kenal beliau secara peribadi, cuma dikatakan bahawa beliau bersama-sama dengan kaum Sufi, mendampingi mereka, beliau tidak tahu membezakan hadis lemah daripada hadis sahih, maka jika demikian beliau juga Sufi. Ini bukan Jarh Mufassal. Ini Jarh "kemungkinan" dengan "dikatakan", "jika demikian"...dengar semula video tu. Lagipun Syeikh mengakui "tidak tahu", "tidak kenal" dan dalam ilmu Jarh wa Ta'diel, ta'diel yang mengetahui diutamakan daripadanya dan Kibaar 'ulama lain mengenali beliau dan telah mengi'tiraf beliau. Seolah-olah Syeikh hanya mengingatkan, jika kamu dapati dakwaan itu benar, maka barulah kalian hindari beliau. Sekarang di mana bukti-buktinya beliau Sufi, beliau tidak tahu kedudukan hadis, padahal pengajian beliau di Masjid Nabawi dihadiri para pensyarah yang mengajar Mustolahul Hadis dan lainnya. 
- Mereka suka menggunakan syarat-syarat yang dikemukakan oleh Syeikh Ahmad Bazmul, sebagai sandaran mereka. Begitu juga "muwaazanah". Begitu juga "tahdzier" sebahagian 'ulama terhadap Persatuan tertentu tanpa mengambil kira implikasinya terhadap sebahagian Masyayikh, siapa "kabier" siapa bukan dan lain-lain, yang akan saya jelaskan dalam "Kedua: Salah Hukum kerana kurang Ilmu dan salah gambaran"
Kesimpulannya, orang yang tidak berkelayakan, tidak selayaknya berkata itu dan ini apatah lagi menjadi penghukum. Dalam dunia ini, kita sedia maklum...dan mereka (Jemaah Tahdzier) sendiri berpegang dengannya seperti yang akan saya perlihatkan kelak...maka sepatutnya mereka aplikasikan hukum yang sama pada diri mereka dan berhenti daripada menimbulkan kekecohan dan kebingunan apatah lagi "dosa".
Semoga Allah kurniakan PetunjukNya kepada kita; diri saya dan sidang pembaca serta ikhwah "Jemaah Tahdzier"

Wallahu a'lam.
  
Bersambung...


[1] Hadis riwayat Muslim (Sahih Muslim: al-Birr wa as-Silah wa al-Adab: Bab Tahrim az-Zulm 4678), at-Tirmidzi (Sunan at-Tirmidzi: Sifat al-Qiyamah wa ar-Raqa-iq wa al-Wara‘: 2342) dan‘ulama hadis yang lain. 
[2] Hadis riwayat Muslim daripada Jaabir. al-Bukhaariy, Abu Dawud, an-Nasa-i dan lainnya - Sahih al-Jaami': 6809
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts