Friday, October 18, 2013

Persoalan Fikrah dan Manhaj (The Root of the Problem - Salah Hukum kerana kurang Ilmu dan salah gambaran)

sambungan daripada: The Root of the Problem - Jemaah Tahzdier SG tiada kelayakan

Bismillaah, walhamdulillaah was solaatu was salaam 'alaa Rasuulillaah wa 'alaa aalihi wa sohbihi, wa ba'd.

Kedua: Salah Hukum kerana kurang Ilmu dan salah gambaran

Sidang pembaca yang budiman, semoga Allah merahmati kita semua dan mengampunkan keterlanjuran kita.

Kali ini, supaya kita lebih jelas tentang permasalahan ini dan tidak dikelirukan lagi, setelah ini, oleh golongan yang tiada kelayakan, yang membicarakan sesuatu tanpa ilmu, namun tetap ingin membicarakan apa yang bukan dalam bidang ilmu mereka, malah mencerca sebahagian 'ulama dengan keterbatasan ilmu mereka, maka izinkan saya menjelaskan, dengan contoh-contoh, nukilan daripada kata-kata mereka sendiri, bagaimana, kekurangan ilmu ini menjadi penyebab kepada "salah hukum", "gambaran keliru" dan "memihak tanpa bukti dan keterangan yang nyata", namun tega membuat kesimpulan: siapa "Ahli Sunnah", siapa "penentang Ahli Sunnah", siapa kabier (major scholar), siapa bukan, siapa yang "amanah, boleh dipercayai" dan siapa pula "mubtadi', wajib ditahdzier, tercela". Siapa "Salafi" dan siapa pula "bukan Salafi, Hizbi, Suroury, Ikhwaanee....(tiada henti)".



Mudah-mudahan dengan contoh-contoh, sebagaimana juga kata al-Hafiz dan ulama lainnya: "bil mitsaal ittadhohal maqaal" dengan permisalan, penyampaian menjadi jelas. Dengan itu, saya harapkan, semoga Allah mengurniakan Taufieq kepada saya dan sidang pembaca yang dimuliakan, kita tidak khuatir golongan mentahdzier mengata kita sebagai "bukan atas Manhaj Salaf", "menyeleweng" dan sebagainya, kerana hukum mereka tidak tepat malah jauh tersasar tidak menepati kebenaran. Yang mereka lakukan hanyalah "bagai meludah ke langit" kerana keadaan mereka yang boleh kita sifatkan "kalau mata kail hanya sejengkal, jangan lautan hendak diduga" dan sungguh dalam perkara ini, "menentukan siapa Salaf siapa bukan" mereka banyak tersilap. Bahkan, peribadi-peribadi mereka sendiri dan cara-cara mereka, tidak menepati sifat Ahli Sunnah wal Jamaah ataupun Salafussolih, terhadap sesama kaum Muslimien, apatah lagi sesama mereka yang berusaha menjayakan as-Sunnah dan ajaran Salaf. Sepatutnya mereka "ukur baju di badan sendiri" yakni sedar diri.

#1. Penentuan siapa Salaf siapa bukan dan syarat-syarat Syeikh Ahmad Bazmool yang dibanggakan puak Tahdzier. 

Perlu difahamkan, Syeikh Ahmad 'Umar Bazmool bukan Syeikh Muhammad Umar Bazmool (abang). Syeikh Muhammad adalah abang dan sekaligus guru yang mendidik Syeikh Ahmad. Syeikh Muhammad dilihat berpotensi menjadi salah seorang Kibar 'Ulama pada masa hadapan. Kedudukan adiknya, Syeikh Muhammad, tidak setaraf dengan abangnya, meskipun kedua-duanya ahli ilmu.
Bukti-bukti daripada "kesimpulan" JT:





















Demikian penjelasan beliau, hafizohullaah, berkenaan seorang Da'i Salafi dan syarat-syaratnya iaitu:
1. 'Ulama' menyatakan beliau seorang Salafi dan berilmu.
2. Beliau berilmu maka layak mengajar.

Seandainya, maksud yang difahami daripada syarat-syarat ini adalah membantu memastikan seseorang da'i itu mengajar yang benar sesuai ajaran Salafussolih, maka kita katakan tujuannya baik dan ia membantu mencapai maksud daripada kegelinciran daripada Manhaj Salaf. Walhamdulillah. Tetapi jika ia bertujuan mengeluarkan seseorang daripada golongan yang menyampaikan ajaran Islam yang benar, yang asal dan tulen, itulah ertikata lain "ajaran Salaf", "ajaran Ahli Sunnah", yang berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafussolih terhadap keduanya, dengan segala dalil-dalil dan rujukannya, maka ia perlu diteliti, sebab syarat ini menjadi sebab disalahgunakan orang yang tidak berilmu menolak kelayakan orang-orang yang berkelayakan dan menjadikan "terhalang" sesiapa sahaja untuk menyampaikan ilmu yang diperlukan masyarakat. Malangnya, inilah yang berlaku dan banyak terjadi, sehingga seolah-olah, mereka (Jemaah Tahdzier) mengambil alih Syeikh Bazmool, menentukan siapa layak dan siapa tidak layak, atas dasar Tazkiyah. Walhal adakalanya, orang yang mereka cuba jatuhkan ada Tazkiyah, malah ada sanad dalam mendapatkan ilmu dan menyampaikan, tetapi mereka tidak usul periksa, mendakwa beliau tiada Tazkiyah.

Persoalannya, siapa pula yang memberi Tazkiyah/rekomendasi pada Golongan Tahdzier untuk menjadi panel yang menentukan siapa "layak mengajar atau tidak", "Salafi atau bukan"??? A'jabul 'Ajaaib!!!

Apakah tidak cukup kita sudah ada "ARS" di sg ni, kini ada pihak yang mahukan lebih dengan "SRS"@Salafi Recognition Scheme di sg dengan "Ahli Panel"nya golongan yang tiada syahaadah, wa laa tazkiyah, wa laa syai-aa??? wa Faaqidhu asy-Syai-i laa yu'thie. Lebih buruk lagi, sebahagian mereka ni, "Salafi" dengan dakwaan, tetapi suka main games, tattoo belum buang, akhlaq buruk, kerja masih bersumber syubhat, masih bersekongkol dan bekerjasama dengan sebahagian orang yang dikenali anti Salaf, tidak menjaga batas pergaulan lelaki wanita, masih berpakaian menampakkan bentuk badan, the list goes on, sebelum mereka benar-benar menjadi "Salafi" dan yang paling utama, ILMU Salaf pun belum ada, sehingga lain ajaran Salaf, lain pula Salafi mereka. Saya ada "screenshots" nya, tapi rasanya tidak perlu didedahkan.

Ini juga musykil dan syarat yang tiada dhobitnya, malah saya tanya, apa dalilnya daripada nas al-Quran, as-Sunnah, amalan Sahabat dan Salafussolih?

Sebagaimana yang pernah saya jelaskan, kisah seorang da'i di Sri Lanka dan India, yang mana, golongan yang tidak berkelayakan (ketikamana mereka tidak setuju dengan beliau pada suatu perkara ranting/isu fiqh - asalnya belajar mendapatkan ilmu daripada beliau dan dikira di antara pendakwah Salafi yang terbaik) mendakwa: "Beliau tiada tazkiyah, maka tidak layak mengajar". Beliau kemudian membuktikan kepada mereka: "Beliau ada Tazkiyah daripada Syeikh Rabee' al-Madkhali".

Mereka menolaknya: "Tazkiyah itu sudah tiada nilai! sebab Syeikh Rabee' tidak tahu perubahan beliau, tidak atas Manhaj lagi (kira-kira macam sudah expire)".

Da'i ini kemudian mendapatkan Tazkiyah baru daripada Syeikh Rabee' ketika menunaikan ibadah Haji. Tapi mereka tetap menolak dengan kata mereka: "Syeikh Rabee' tidak tahu menahu perubahan beliau maka tazkiyah itu tiada erti!" Ternyata, golongan Tahdzier lebih banyak "menyalahgunakan" daripada kemanfaatan yang dimaksudkan. Malah Syeikh Ahmad Bazmool pun terperangkap sendiri dengan syarat beliau ini, sedangkan itu bukan suatu celaan terhadap beliau, seorang alim yang mengajar di Masjidil Haram dan Universiti Umm al-Qura, dengan Tazkiyah Syeikh al-Fawzaan. tapi seperti kata Imam Malik: "setiap orang adakalanya benar dan adakalanya salah, dalam berijtihad. Diterima dan tertolak" begitu juga para Imam Salafussolih lainnya telah menyatakan yang sama (sila rujuk Muqaddimah Sifat Solat Nabi). Akan saya buktikan, dengan sebuah video, Insyaa Allah.

Meskipun saya bersetuju pada satu sudut, iaitu, biarpun seseorang itu telah mendapat Tazkiyah, malah Syahaadah (certificate) sebagai graduan Universiti sekian, seseorang itu tetap terdedah kepada perubahan. Ia boleh menjadi penentang terhadap "ajaran" yang ia terima daripada guru-gurunya, malah menjatuhkan dan menghukum sesat institusi tempat pengajiannya sekaligus para gurunya yang dengannya ia meraih "syahaadah"nya atau tazkiyahnya. Oleh itu, dhobitnya adalah seperti yang disebutkan oleh Syeikhul Islam (yang akan disebutkan di bawah - a) dan video yang telah saya muatkan pada kiriman/posting yang lalu, berkenaan "Worshipping personalities..." penjelasan Syaikh al-Albaaniy rahimahullaah. Maka bukan Tazkiyah atau Syahaadah penentu utama, ia hanya membantu atau wasielah atau alat, menentukan seseorang di atas kebenaran dan Manhaj yang tepat atau sebaliknya.

Kalau kita meletakkan syarat beliau (Syeikh Ahmad Bazmool) ini dalam pertimbangan, bagaimanakah untuk seseorang dibenarkan menyampaikan kepada masyarakatnya, ilmu Islam yang ada pada diri beliau, seperti Rukun Islam dan Rukun Iman, pada masyarakatnya yang belum Islam, di daerah yang tiada orang Islam? Ataupun dalam erti kata lain; menyebarkan ajaran Salaf di tempat yang masih belum mengenal ajaran Salaf?

Untuk pengetahuan pembaca, teman-teman sebilik saya dahulu, asrama Universiti Madinah, seorang daripada Madagascar,  ibu bapanya ketika itu masih Nasrani dan masyarakatnya ramai yang masih belum Islam. Ada seorang lagi Joekia namanya, orang Papua New Guinea, orang Islam sedang masyarakatnya orang Asli yang belum mengenal Islam. Mereka memeluk agama Islam dan pihak Kerajaan Saudi memberi mereka peluang belajar agar dapat menyebarkan ajaran Islam dan menambahkan lagi bilangan umat Islam. Apakah mereka perlu Tazkiyah? Seorang tamat pengajian yang seorang lagi kecundang separuh jalan. Tetapi mereka telah sekurang-kurangnya meraih ilmu dasar Rukun Iman dan Rukun Islam. Apakah ada beza ajaran Salaf dan ajaran Islam yang asal, pada Rukun Iman dan Rukun Islam dan tuntutannya? Jika ada yang membezakannya, maka di manakah akan berdirinya dan tegaknya "Salaf" kalau bukan daripada "Salafussolih"???

Carikanlah satu nas, al-Quran, as-Sunnah dan lainnya dalam penetapan syarat Tazkiyah. Sungguh yang kita ada adalah kata-kata Imam Muhammad bin Sirien (wafat 110H):
"Ketikamana tercetusnya fitnah, mereka buat tuntutan: Sebutkan siapa-siapa para perawi kamu? Maka dilihat periwayatan Ahli Sunnah, maka diterima hadisnya dan diteliti periwayatan Ahli Bid'ah, maka tidak diterima periwayatannya".
Ahli Sunnah adalah Salafussolih. Beza dengan yang mendakwa Ahli Sunnah tetapi menyimpang dari jalan Salafussolih. Ahli Sunnah dikenali dan begitu juga Ahli Bid'ah diketahui. Tetapi mana nas-nya, "mesti ada Tazkiyah, sebagai seorang Salaf" untuk mengajar? Maka ini perkara "pendapat" seorang alim. Yang sedihnya, perincian beliau, mempersoal kedudukan Masyayikh yang diberikan amanah untuk mengajar di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, seolah-olah, 'ulama tidak memastikan atau leka dalam memberi kelayakan dan kursi mengajar kepada Masyayikh, termasuk diri beliau.

Kita dapati daripada selain beliau (maka saya jelaskan ini bukan seolah-olah saya lebih alim daripada beliau, tetapi kita dikurniakan ilmu dan kemampuan mengkaji, dengan kelulusan yang kita raih dan dituntut mengikuti kebenaran dan bukan bertaqlied atau ghuluw - mengikuti seseorang dan membela biarpun ia mencanggahi kebenaran dan asal ajaran al-Quran dan as-Sunnah):
         
a. Kata Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullaah (bahagian terakhir al-Wasitiyah):

[Fasal: Kemudian (selain dari itu), daripada Jalan Ahlis Sunnah wal Jama‘ah; Mengikuti kesan-kesan peninggalan (ajaran – ilmu warisan) Rasulullah pada batin dan zahir, dan ikutan jalannya as-Sabiqien al-Awwalien daripada kalangan al-Muhajirien dan al-Ansar serta menuruti wasiat Rasulullah , yang mana baginda telah bersabda:
“Menjadi kewajipan kalian, bermati-matian dalam berpegang dengan Sunnah (jalan ajaran) ku dan Sunnah al-Khulafa’ ar-Rasyidien al-Mahdiyien (yang diberi petunjuk) selepas ku, berpeganglah dengannya (sunnah-sunnah itu) dan gigitlah ia (sunnah-sunnah itu) dengan igi geraham (ertinya pegang kuat sekuat-kuatnya), dan waspadalah kalian daripada segala perkara rekaan baru sebab setiap satu rekaan baru (dalam urusan agama) adalah bid‘ah dan setiap bid‘ah adalah kesesatan”.

Dan mereka juga mengetahui bahawa Kalam (perkataan/pembicaraan) yang paling benar adalah Kalam Allah (Firman atau penjelasan Allah), dan panduan yang terbaik adalah panduan Muhammad dan mereka (Ahlis Sunnah wal Jama‘ah) mendahulukan Kalam Allah atas percakapan sesiapa pun dari kalangan manusia serta mereka mengutamakan panduan Muhammad atas panduan setiap seseorang yang lain yang dengan ini mereka digelarkan Ahli al-Kitab wa as-Sunnah dan dinamakan Ahli al-Jama‘ah, kerana al-Jama‘ah itu adalah kesatuan dan lawannya (kebalikan daripadanya) adalah perpecahan, meskipun lafaz perkataan “al-Jama‘ah” itu sendiri merupakan satu nama/gelaran bagi kaum/golongan yang bersatu-padu itu sendiri.

Manakala al-Ijma‘ maka ia adalah Dasar yang Ketiga yang menjadi sandaran dalam ilmu dan agama. Maka mereka membuat pertimbangan dalam penilaian dengan ketiga-tiga Dasar ini (al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma‘), segala apa yang berhubung dengan manusia, baik ucapan mahupun amalan, yang zahir mahupun yang batin yang ada kaitannya dengan agama. Al-Ijma‘ yang tetap, yang menjadi sandaran adalah apa menjadi sandaran as-Salaf as-Salih, sebab selepas (zaman) mereka berlaku banyak perselisihan dan ummat juga bertebaran.]

Daripada penjelasan beliau, manusia diukur dengan ketiga-tiga dasar dan kata-kata setiap orang dikembalikan pada ketiga-tiga dasar itu tadi.

Sabda Rasulullah:
"Apa halnya dengan segolongan lelaki yang membuat syarat-syarat yang tiada di dalam Kitab Allah Ta’aalaa! Apa sahaja syarat yang tiada di dalam Kitab Allah, maka ia batal/batil, biarpun sampai 100 syarat. " HR al-Bukhaariy dan Muslim
b. Penjelasan Syeikh 'Abdul Muhsin al-'Abbaad hafizohullaah:

سئل الشيخ العلامة المحدث عبدالمحسن العباد حفظه الله:
هل يشترط فيمن أراد أن يدعو إلى الله تبارك وتعالى أن تكون معه تزكية من قبل أهل العلم ؟
ما ينبغي للإنسان أنه يقدم على الكلام و كلام الناس إلا أن يكون ذا علم، ولا يلزم أن تكون معه تزكية ... لا يلزم أن يكون معه تزكية. لكن إذا كان مجهول أمره، وأنه – يعني – الناس غير مرتاحين إليه وأرادوا أن يتعرفوا، وهو مجهول عندهم، وأرادوا أن يعرفوه عن طريق بعض الناس المعروفين الذين أتى بشيء يبين أنه أهل وأنه يُستفاد منه هذا قد .. يعني يكون هناك يعني ... وإلا إذا كان الإنسان عنده قدرة، وعنده تمكُّن، ولا يكون عنده محذور، يجوز وإن لم يكن معه تزكية.
وكل من كان عنده شيء من العلم يأتي به، والرسول قال ( بلغوا عني ولو آية ). نعم.
يقول في تتمة سؤاله: وإذا لم يشترط أن يكون معه تزكية فكيف نعرف هل الداعية مؤهلا للدعوة خاصة إذا لم يدرس على أيدي العلماء ؟
إذا كان الإنسان مجهول يُتوقف في أمره، وإذا كان معلوم؛ أنه معروف بفائدته، سواءٌ كان عُرف أنه كان درس وعنده دراسات وعنده مؤهلات، وقد يكون الإنسان يحصل هذا بالاعتياد والدراسات الخاصة، ليس بلازم أن يكون الإنسان عنده شهادة يعني متخرج من كلية، أو أنه ملازم شيخ مدد طويلة، من كان عنده شيء من العلم ومتمكن فيه، ولو كان فائدة أخذها من عالم فإنه يبلغها لغيره.

شرح سنن ابن ماجة، الشريط رقم 248 ( المادة الصوتية في المرفقات ).

[Syeikh al-'Allaamah al-Muhaddits, 'Abdul Muhsin al-'Abbaad hafizohullaah telah ditanya:
Apakah disyaratkan bagi seseorang yang ingin berdakwah kepada jalan Allah bahawa ia telah mendapatkan Tazkiyah daripada golongan ahli ilmu?

Jawapan beliau:

Tidak selayaknya bagi seseorang insan untuk berbicara dan menyampaikan kepada orang ramai (dalam menyampaikan ilmu agama) kecuali jika ia seorang yang berilmu dan tidak semestinya ia ada Tazkiyah (rekomendasi)...tidak semestinya (bukan syarat) ia ada Tazkiyah (rekomendasi daripada golongan ahli ilmu). Tetapi jika ia seorang yang tidak diketahui latarbelakangnya (samada berilmu atau tidak), sedangkan orang ramai pula tidak merasa tenteram dengannya dan mereka mahu lebih mengenaliinya, sedangkan ia seorang yang tidak diketahui (berkelayakan atau tidak) di sisi mereka dan mereka mahu mengenalinya (dari sudut itu) melalui beberapa orang yang diketahui sebagai golongan yang dapat memperjelaskan kedudukannya sebagai seorang yang layak dan dapat diambil faedah/ilmu daripada dirinya dan ini...yakni jika ada di tempatnya (golongan yang dapat memperjelaskan), dan kalau tidak, maka seseorang yang punya kemampuan dan ia ada kemantapan dan tiada pula pada dirinya apa-apa yang dikhuatiri, maka diperbolehkan baginya (untuk menyampaikan ilmu) walaupun ia tidak ada Tazkiyah.

Malah setiap orang yang ada sesuatu ilmu (daripada ilmu syar'ie) maka hendaklah ia menyampaikannya kerana Rasulullah telah bersabda: "بلغوا عني ولو آية"  sampaikanlah daripada ku walaupun sepotong ayat, ya demikianlah.

Ditanyakan sebagai penyempurnaan dan lanjutan daripada soalannya itu tadi: Jika tidak disyaratkan ia mendapatkan Tazkiyah, maka bagaimana kita mengetahui bahawa si pendakwah itu layak untuk berdakwah, khususnya jika ia tidak pernah menuntut ilmu daripada 'ulama'?

Jika seseorang insan itu tidak diketahui (kedudukannya layak atau tidak) maka hendaklah digantungkan dahulu (penentuan samada ia layak atau tidak). Maka jika telah diketahui, bahawa ia seorang yang ada ilmu, samada dengan diketahui bahawa ia telah menuntut ilmu dan telah melalui pengajian dan mempunyai keahlian dan seseorang insan itu kemungkinan mendapatkan ini (kelayakan menyampaikan ilmu) melalui dengan kelaziman dan pengajian khusus dan tidak semestinya ia memiliki syahaadah (sijil), yakni lulusan/graduan daripada sekian-sekian kuliah, ataupun ia melazimi seseorang Syaikh (guru) beberapa tahun lamanya, bahkan barangsiapa yang mempunyai sesuatu ilmu dan ia mantap pada pengetahuan tersebut, meskipun ia suatu faedah ilmiyah yang didapatkan daripada satu orang alim sekalipun, maka semestinya ia menyampaikannya kepada yang lain.

(nukilan dari kelas pengajian: Syarah Sunan Ibn Maajah  rakaman (kaset) no: 248.]

Daripada penjelasan salah seorang Kibaar 'Ulama, Tazkiyah bukan satu kemestian dan beliau mendatangkan dalilnya daripada sabda Rasulullah, sebuah hadis yang sahih, hadis no: 2837 Kitab Sahih al-Jaami'. Maka sebagaimana yangtelah saya sebutkan, pensyaratan Tazkiyah memerlukan dalil, nas Qura'ni, hadis sahih atau Ijma' atau kata-kata 'ulama Salafussolih terdahulu.

c. Kata Syeikh al-'Utsaimien rahimahullah:

وقال الشيخ العلامة الفقيه محمد بن صالح العثيمين رحمه الله:

  أيها الأخوة إن لنيل العلم طريقين أحدهماأن يتلقى طالب العلم ذلك من الكتب الموثوق بها والتي ألفها علماء مرضيون بعلمهم وأمانتهم، والثانيأن يتلقى ذلك من معلم موثوق به علماً وديانة وهذا الطريق أعني الطريق الثاني أسلم من الخطأ وأسرع في التحصيل وأثبت في العلم لأن الطريق الأول طريق التلقي من الكتب قد يضل فيه الطالب وهو لا يدري إما لسوء فهمه أو قصور علمه أو لغير ذلك ولأن الطريق الثانية تكون فيه المناقشة والأخذ والرد بين الطالب والعالم فينفتح للطالب بذلك إي بالمناقشة أبواب كبيرة في الفهم والتحقيق وكيفية الدفاع عن الأقوال الصحيحة ورد الأقوال الضعيفة وإذا جمع الطالب بين الطريقين التلقي من الكتب ومن المعلمين كان ذلك أكمل وأتم

خطبة مكتوبة على موقع الشيخ رحمه الله بعنوان: الحث علي طلب العلم الشرعي ومتى يكون فرض عين ومتى يكون فرض كفاية

[asy-Syeikh al-'Allaamah al-Faqieh, Muhammad bin Solih al-'Utsaimien semoga Allah merahmati beliau telah menegaskan:

Wahai saudara sekalian, sungguh pencapaian ilmu itu ada 2 jalan/cara.

Salah satu daripadanya: Seorang pelajar itu mendapatkan ilmu daripada kitab-kitab yang terjamin dipercayai dan yang telah dikarang oleh 'ulama yang ilmu serta sifat amanah mereka diredhai.

Kedua: Ia mendapatkan yang demikian itu daripada seorang 'alim yang dipercayai dari sudut ilmu dan kebaikan agamanya (amanah) dan jalan ini, yakni yang kedua adalah lebih selamat daripada kesalahan dan lebih cepat dalam mendapatkannya dan lebih kukuh dalam kemantapan ilmu....(tidak diterjemahkan)...dan apabila seorang pelajar telah menggabungkan kedua-dua jalan pencapaian ilmu dari kitab-kitab dan dari para ilmuwan, maka itulah yang paling sempurna dan paling mencukupkan.

Khutbah yang termaktub di laman sesawang asy-Syeikh dengan judul: Galakan kepada pencarian ilmu syar'ie....]

Saya teringat kata-kata nasihat dan panduan salah seorang pensyarah yang amat saya kagumi, guru Usul Fiqh tahun kedua, asy-Syeikh al-Qaa-idiy kata beliau (terjemahannya):

Kalian sekarang ini belum mendapatkan ilmu pada hakikatnya, tetapi sekarang ini kalian mendapatkan kunci, kunci yang membantu kalian membuka gedung-gedung ilmu peninggalan ulama. Sekarang ini, sewaktu kalian mengikuti pengajian, kalian belajar bagaimana untuk memahami tulisan dan ungkapan 'ulama'. Bila kalian pulang nanti, siapa yang menggunakan "kunci" ini ketika ditanya masyarakat, ditanya itu dan ini, barulah keika itu ia meraih ilmu sebenar. Saya nasihatkan anda sekalian, apabila pulang, adakanlah perpustakaan peribadi kalian di rumah, kerana pada ketika itu, walaupun anda sendirian, dengan menelaah kitab-kitab 'ulama, seolah-olah kalian ketika itu sedang duduk di majlis 'ulama tersebut, majlis Imam-imam 4 Madzhab, majlis ilmu Syeikhul Islam dan para muridnya dan lain-lain, seperti yang dijelaskan asy-Syeikh al-'Utsaimien.

Semoga dengan penjelasan ini, sidang pembaca sudah yakin bahawa "Tazkiyah" bukanlah satu syarat bagi seseorang untuk menyampaikan ilmu. Memadai sebagaimana yang dijelaskan oleh kedua-dua Kibaar, Syeikh al-'Abbaad hafizohullaah dan Syeikh al-'Utsaimien rahimahullaah. Malah penjelasan Syeikhul Islam sudah cukup terang dan nyata bahawa biarpun bertazkiyah atau tiada tazkiyah, ada sijil atau tiada, telah berguru lama ataupun tidak berguru secara melazimi, setiap muslim dipertimbangkan, kebenaran dan ketelusannya atau sebaliknya menyimpangnya atau tersesatnya, semuanya pada 3 dasar utama, Firman Allah, sabda Rasulullah dan Ijma' yang disepakati Salafussolih zaman Salaf. Mengambil kata-kata seseorang, melebihi batas wahyu dan Ijma' yang sah, sebagai penentu salah benar seseorang adalah jalan ahli bid'ah bukan jalan Ahli Sunnah.

Setidak-tidaknya, kita mendapatkan kesimpulan bahawa perkara Tazkiyah sebagai syarat ini adalah perkara Ijtihaadiyah, fatwa sebahagian ulama, yang boleh diambil atau ditolak dengan mengambil pendapat yang lebih kuat bersandarkan dalil. Wallahu a'lam.

Sila lihat video ini, bagaimana nyata kesilapan Syeikh Ahmad Bazmool hafizohullah dalam "menjatuhkan 2 orang Syeikh di Kuwait" dan sikap kita yang tidak dapat menerima Jarh beliau berbanding Ta'diel dan Tazkiyah 'ulama lain, begitu pula, biarpun seorang alim, selaku seorang manusia, beliau telah tersilap dengan satu kesilapan yang besar dalam hal ini, bukan saya yang katakan, tetapi seorang Syeikh lain. Beliau pun bukan daripada "kabier" atau seorang daripada "kibaar 'ulama'" @ major scholars, kerana tidak dikenali Masyayikh (sila lihat di dalam video ini minit 2:38). Berbanding jika Syeikh 'Abdul Muhsin al-'Abbaad, Mufti Aali asy-Syeikh hafizohullaah disebut.

Saya menyatakan demikian kerana ada terbaca, seorang yang baru belajar, tidak tahu bahasa Arab, sewenangnya memberi julukan "2 orang Syeikh Kabier" menjatuhkan Syeikh Yahya...Katanya: "2 big scholars refuting the same guy? Enough said!"

Are you one of those who are in the SRS (Salafi Recognition Scheme) Advisory Board??? Allahul Musta'aan. Ini sama halnya dengan Syeikh Ahmad Bazmool yang disangkanya "big/major" scholar dan yang seorang lagi yang dianggap demikian, boleh jadi mencukupi untuk "menendang" seorang Syeikh seperti dalam video ini keluar daripada Manhaj atau digelar "mubtadi'", "ikhwanee" atau "Suroury" atau "turotsi" dan sebagainya. Orang baru belajar, tiada ilmu, mengeluarkan Masyayikh daripada Manhaj???  Betul-betul "meludah ke langit" malah ini mungkin "buang kahak ke langit".
        

Saya perjelaskan, sebagaimana yang telah sidang pembaca sendiri ketahui, di dalam penjelasan saya mengenai Manhaj ini, saya telah peringatkan agar kita tidak "memihak" kepada Syeikh itu atau Syeikh ini, kita berpihak kepada kebenaran dan kebenaran itu adalah ajaran al-Quran, as-Sunnah dan ajaran Salafussolih.

Bilamana mereka daripada kalangan ahli ilmu yang dikenali oleh 'ulama' sebagai memperjuangkan Manhaj Salaf, kita tidak akan sewenangnya "bertaqlied" secara membuta tuli kerana tidak cukup ilmu dan info, dan tidak pula "ghuluw" memihak sebahagian Syeikh biarpun sebenarnya beliau tersilap, segalanya yang saya utarakan hanyalah untuk kita mendapatkan pendedahan yang adil. Namun berulangkali saya akan sekali lagi didakwa mencela Syeikh sekian dan sekian. Kenapa mereka takut bila kita kemukakan daripada tulisan penjelasan Ahmad Banajah dan al-Uloom??? Hujjah mereka, ini semua telah ditahdzier!!! Telitilah siapa yang "mentahdzier" mereka? Apa sandarannya? Nilaikanlah dengan adil. Artikel-artikel serta penjelasan Masyayikh yang menjelaskan kedudukan SPUBS sebagai tidak boleh dipercayai, yang secara kebetulan telah anda lihat ada di posting yang lalu, ketika saya mengajak kita menilai kedudukan Syeikh Yahya dan bagaimana ada unsur beliau difitnah, bukan saya yang membuat apa-apa komentar terhadap mereka malah sebahagian Masyayikh dan pendakwah.

SPUBS = Ahli Sunnah & Salafiyah???

Usahlah SPUBS yang dijadikan penentu, siapa Ahli Sunnah dan siapa bukan Salaf, kerana SPUBS tiada 'ulama' di SPUBS. Malah jika Syeikh Rabee' mengetahui cara-cara mereka, SPUBS juga akan ditahdzier oleh beliau hafizohullaah.

Pendirian saya amat jelas, kita tidak layak memperkata Masyayikh, hanya wajib kita nilaikan setiap seorang dengan penilaian yang telah dijelaskan oleh Syeikhul Islam.

Jadi saya mengajak anda sekalian wahai Jemaah Tahzdier, untuk menilai, bukan untuk jadikan anda tremble, stumble, in trouble. Kalau feel terrible...itu mudah-mudahan pengorak langkah agar anda memberhentikan cacian dan celaan terhadap sesama muslim, apatah lagi 'ulama yang layak dibela.

Anda masih tiada ilmu untuk menentukan Siapa 'Alim Salafi Hakiki dan siapa pula bukan untuk anda sekalian menuduh orang lain sebagai penentang Salafiyah. Ini sama juga dengan dakwaan mereka yang mengaku diri Ahli Sunnah, tetapi Ahli Sunnah = 'Asyaairah, kemudian siap sahaja yang menentang "Ahli Sunnah" (padahal Asyaairah) dan tidak mengikuti alirannya, bukan Ahli Sunnah dan terkeluar daripada Ahli Sunnah.

Maka jika mereka mengeluarkan pernyataan: Bahaya awak akan jatuh pada Hizbiyyah...bukan nasihat, kemudian memperguna kata-kata Syeikh sekian dan sekian: "The one who hates the scholars of Salafiyah is a misguided innovator and hypocrite", this carries no weight to us, ia bukan untuk kita, kita yang mengikuti ajaran Salaf yang asal, tetapi untuk mereka yang memilih-milih Masyayikh tanpa ilmu, mereka yang jadi Hizbi, Hizbi SPUBS, Hizbi 'ulama sekian. Kalau kita kembalikan kepada mereka: "Awak memusuhi dan mencela Syaikh Yahya al-Hajooree, anak murid terkemuka Syeikh Muqbil yang diredhai beliau sampai akhir hayatnya, mengutuk semua anak-anak murid Syeikh al-'Utsaimien, mempersalah Syeikh al-'Abbaad, mengata Syeikh al-Ghunaimaan, menjatuhkan kesemua murid-murid Syaikh al-Albaaniy di Jordan/Syam, Syeikh Bakar Abu Zayd, Syeikh Ibn Jibrien, malah Syeikh Ibn Baaz dan Syeikh al-Albaaniy (akan datang bukti-buktinya jika perlu) dan ramai Masyayikh lainnya" sehingga hanya Masyyikh tertentu pilihan anda tanpa ilmu dan bukti dan tanpa keterangan yang nyata dan tanpa keadilan, secara ghuluw dan taqlied, SIAPA YANG sudah menjadi HIZBI, puak tertentu sahaja betul tapi bukan penilaiannya atas dasar-dasar yang benar seperti yang dijelaskan Syeikhul Islam dan siapa yang mengikuti jalan yang lurus, jalan Salaf sebenar?

Saya dan teman-teman yang sama-sama mengikuti pengajian menurut ajaran Salafussolih, dengan segala kitab-kitab rujukan kami, tiada "pilih bulu", tiada "evolution" kerana ajaran itu satu dan kebenaran itu satu, Salaf yang asal yang satu sehingga kami tidak mencela 'ulama dan sewenangnya "mengeluarkan" apatah lagi "menendang" sebahagian besar 'ulama daripada "Ahli Sunnah" mahupun "Salafiyah".

Tanpa ilmu, JT mengikuti secara taqlied dan ghuluw dalam menjatuhkan 'ulama Salafiyah yang begitu ramai, hanya 'ulama tertentu ikutan mereka dan setiap yang memperkata SPUBS atau salah seorang alim anutan mereka, akan dihukum mubtadi', ikhwaanee, suroury dan gelaran buruk lainnya. Mereka "evolve" mencela Asatizah, orang lain, para pendakwah seluruh dunia dan sebagaimana yang sidang pembaca sendiri telah saksikan, "Masyaayikh". Tapi tanpa egan silu mereka akan katakan, 'ulama yang kami bela, yang sebenarnya adalah golongan Salafiyah, sebagai ahli bid'ah, padahal yang mereka lakukan ini adalah bid'ah, ciri-ciri Hizbi.

Semoga Allah membimbing kita semua, diri saya, sidang pembaca dan Hizbu at-Tahdzier daripada sikap menceroboh maruah saudara Islam dan menjadikan kita hamba-hambaNya yang tunduk pada keteranganNya. Allahumma Amien.

Sebelum mengakhiri, sidang pembaca yang mengetahui usaha dakwah kami, mengetahui kami bukan golongan yang meletak "harga" dan menetapkan bayaran sekian-sekian.

Misalnya, saya kenali Ustadz Zahir Kasir, penyampaian beliau setiap Khamis di Radio adalah tanpa apa-apa bayaran.

Sewaktu Ustaz Murad Said menganjurkan Seminar Aqidah, saya begitu gembira bila mendapat tahu beliau pesan kepada teman-teman pihak penganjur, seminar itu tanpa yuran atau apa-apa bayaran, kita mahukan penyampaian ilmu secara percuma, malah kos penjilidan nota (book binding) pun kita usaha tanggung.
Malah tiada tabung bergerak pun...yang ada kotak bergerak untuk isi kertas soalan.

Malah di "Centre" yang kami jadikan wadah perkongsian ilmu pun, jika dilihat, tiada tabung bergerak dan sedapat mungkin kelas percuma, hanya penjualan buku dengan harga yang amat minimal sahaja yang ada.

Kami bertauliah dan punya kesedaran, tidak mahu memberatkan para peserta. Jika ada apa-apa charges, adakalanya daripada pihak penganjur seperti masjid atau lainnya, bukan kami. Saya menjelaskan ini kerana ada pihak yang membuat dakwaan-dakwaan seperti berikut, saya tidak sertakan "tweets" yang lain, kerana sudah maklum, namun ini cara "menyimbah minyak di api yang marak" atau "tambah-tambah lauk dan perencah Masala":


Yang saya tahu dan dengan bukti berikut, inilah pihak yang tiada kelayakan, laa Tazkiyah, wa laa Syahaadah, wa laa..., tetapi mengajar, kemudian meletakkan "fee" seperti yang disebutkan dalam tweets.


Saya selitkan ini, demi menolak tohmahan demi tohmahan dan agar kita "tidak pilih bulu" dan berlaku adil dan mengingati bahawa setiap yang kita katakan akan dipertanggungjawabkan oleh Allah.

Kata-kata Imam Muhammad ibn Sirien: "Hendaklah kamu tahu dari siapa kamu ambil agama kamu". "Opposing Usool and the Manhaj of Salafiyah" which one, what???
 
Sama-sama kita berwaspada, mengingati pesanan Rasulullaah ini:

Akan datang kepada manusia tahun-tahun penuh penipuan, si penipu dipercayai, yang benar didustakan, pengkhianat diberikan amanah, yang amanah dianggap khianat dan berbicaranya al-Ruwaibidhoh. Apa itu al-Ruwaibidhoh? Seorang yang remeh (insignificant) berbicara tentang perkara yang umum (isu besar) (as-Sahihah: 1887) 
Mereka inilah "para pendakwah ke pintu-pintu neraka"

Kata orang: "Ada 2 cara anda menaikkan diri anda, satu dengan kemuliaan diri peribadi anda orang muliakan anda, ini terpuji dan yang satu cara lagi, dengan cuba memijak atas kepala orang-orang lain untuk naik tinggi atas orang lain"

Wallahu a'lam.

Bersambung...Muwaazanah..Radio Rodja/Hang dan Ihyaa at-Turots.        

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts