Monday, November 4, 2013

Persoalan Fikrah dan Manhaj (The Root of the Problem - Salah Hukum kerana kurang Ilmu dan salah gambaran #2)

sambungan daripada: persoalan-fikrah-dan-manhaj-bhg-7c-no-2.

Kedua: Salah Hukum kerana kurang Ilmu dan salah gambaran
(#1. Penentuan siapa Salaf siapa bukan dan syarat-syarat Syeikh Ahmad Bazmool yang dibanggakan puak Tahdzier. )

#2 Permasalahan Muwaazanah.
Sidang pembaca yang dimuliakan, semoga Allah merahmati kita sentiasa.

Bersama kita amati apa yang disebutkan pada bahagian Muqaddimah, ceramah asy-Syaikh al-Albaaniy yang telah ditranskripsi menjadi sebuah buku kecil yang besar manfaatnya, Fiqhul Waaqi':
Sungguh daripada prinsip-prinsip ilmu, amalan dan tarbiyah (pendidikan) adalah Firman Allah :

Ertinya: Dan janganlah engkau mengikut/mengatakan apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan. [1]



Sebab ayat ini menerangkan dasar pendirian yang tepat, lagi berlandaskan Syari‘at, bagi seseorang muslim pada apa jua yang didengarnya, yang dilihatnya dan yang dii‘tiqadkannya (yang menjadi pegangan kepercayaannya); dan segalanya itu  - dengan segala yang terhasil darinya – mesti didirikan atas dasar ilmu dan bukan selainnya…

            Makna ayat tersebut: Janganlah anda mengikuti apa yang anda tiada pengetahuan mengenainya, maka anda tidak akan mengikuti, samada dengan kata-kata atau perbuatan mahupun hati, perkara yang anda tiada pengetahuan tentangnya. Maka Allah melarang kita daripada mengi‘tiqadkan apa-apa pun, melainkan apa yang didapatkan daripada ilmu, tidak pula kita melakukan apa jua amalan, kecuali yang merupakan hasil daripada ilmu, malah tidak pula mengatakan sesuatu tanpa ilmu, bahkan semestinya yang kita katakan adalah apa yang diraih daripada ilmu.

            Justeru, setiap apa yang kita dengarkan, segala yang kita lihat yang mempengaruhi kepercayaan di hati kita, maka hendaknya kita menelitinya, menilaikannya dan bilamana kita telah mengetahuinya dengan bukti keterangannya, barulah kita mengi‘tiqadkannya, mempercayainya. Jika tidak, maka kita tinggalkannya sahaja dalam lingkungan perkara-perkara yang diragui dan disangsikan, kekeliruan ataupun prasangkaan yang tidak diambil kira (di dalam Syari‘at), tidak dinilai dan tidak dii‘tiraf. [2]

            Kesimpulannya, tujuan ayat mulia itu adalah mewasiatkan agar: Jangan mengata manusia atau mengenai susuk peribadi mereka; apa yang anda tidak berpengetahuan mengenainya, sehingga dengannya (mengata tanpa ilmu), anda melemparkan tohmahan yang batil terhadap mereka, mendatangkan persaksian terhadap mereka dengan sesuatu yang tidak benar. [3]

Bukan sahaja golongan JT (Jemaah Tahdzier) telah bersalah di dalam penentuan siapa Salaf dan siapa bukan, serta tidak berkelayakan, bahkan ini satu lagi contoh kekurangan ilmu mereka tetapi malangnya menghukum orang.
 



Semoga dengan Rahmah daripada Allah, mereka ini menjadi faham apa itu Muwaazanah dan bila Muwaazanah itu salah dan bila pula, Ahli Sunnah wal Jama'ah mengamalkan Muwaazanah beza dengan Ahli Bid'ah seperti al-Khawaarij, Mu'tazilah dan Murji-ah. Namun, kata-katanya: "they were upon Tamyee' and Muwaazanah" adalah satu lagi dakwaan, yang saya katakan di sini, perlu dihadirkan bukti, barulah seseorang itu sebenarnya dirahmati Allah, sebagaimana pesanan yang didapatkan dari ayat tadi dan bukannya melulu dalam dakwaan dan tuduhan tanpa bukti. 



Berbincang dengan "students"...entah benar mereka itu para pelajar Ustaz yang dimaksudkannya? Sebagaimana orang mengenali beliau sebagai "murid URD", "menjaja Tazkiyah URD" tetapi kini, telah diketahui sebahagian orang, ia telah mencemuh gurunya, sedang yang lain mungkin sangka ia masih "murid setia"...maksud saya, mudahnya kaitkan nama "Ustaz" padahal tidak berbincang dengan "Ustaz".

Seperti statistics, tanya 4 orang di 4 penjuru/daerah Singapura; Timur, Utara, Selatan, Barat, kemudian simpulkan seluruh masyarakat Singapura di merata Singapura setuju, padahal 4 orang sahaja yang ditanya.
"Defends Ikhwani figures" ...apa "defence" nya, siapa "Ikhwani figures". Mengaku tidak tahu, "I do not know exactly why"...tetapi tega mengeluarkan tuduhan "and that the fitnah of Ikhwanul Muslimin still upon them"???

Sidang pembaca, siapakah di antara Asatizah.sg di kalangan yang ditahdzier (warned against) oleh beliau yang "upon Ikhwanul Muslimin"?
Siapakah yang mengajar menggunakan buku-buku tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin?
Siapakah Ikhwani figures yang Asatizah ini sanjung, jadikan pedoman atau sebut-sebut???

Mereka yang melazimi pengajian Asatizah ini, mengetahui sebaliknya bahawa Asatizah ini, malah menjelaskan perbezaan ketara di antara ajaran Salaf dan 'ulamanya dengan golongan Ikhwanul Muslimin.
Siapa pula di antara kami yang mengajar dan menyanjung atau menggalakkan pengambilan ilmu dari para da'i seperti 'Aa-idh al-Qarnee, Salmaan 'Audah, Safar al-Hawaali, Sayyid Qutb dan yang seperti mereka???
Jika ditanyakan kepada para pelajar yang melazimi pengajian kelas-kelas saya, sudah jelas bagi mereka kedudukan para du'aat tersebut. Ghuraba fi Zamani tidak pernah sekali pun menghadiri pengajian saya.

Menulis di media umum dengan melontarkan tuduhan atas dasar "Zhonn" yakni sangkaan atau assumptions  lagi tanpa bukti, sedangkan Rasulullah telah mengingatkan:

Ø إِيَّاكُمْ وَ الظَّنَّ ! فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيث ×
“Berwaspadalah kamu dari persangkaan! Sebab sesungguhnya persangkaan itu adalah pertuturan yang paling dusta.” [4

Dan saya juga telah menyebutkan Firman Allah dalam Surah al-Hujurat agar kita memeriksa berita dan jauhi persangkaan. "Manhaj Salaf" dakwaan beliau yang beliau berpegang dengannya adalah Manhaj Pertuduhan berdasarkan sangkaan, mencanggahi Manhaj Nabi. Jika benar Mahaj Salaf yang menjadi ikutan dan pegangan seseorang, ia tidak akan menyelisihi pesanan Nabi seperti ini. Berdiam adalah lebih baik baginya daripada menulis perkataan menimbulkan dosa. 

Kini "Muwaazanah" yang dijadikan bahan "Tahdzier". 

Seumpama "ubat", memang dapat membantu, dengan Izin Allah, mengelakkan penyakit, tetapi jika "melampau" dan tidak tahu "kesan" ubat, jadinya perbuatan melampau itu sendiri membahayakan diri. Pakar perubatan suruh makan ubat itu, "2 biji setiap 8 jam" untuk cegah penyakit. Oleh kerana "melampau" dimakannya kerana ikut "tidak tahunya akan kesan sikap pelampauan" untuk mengelak penyakit, tidak menurut "cara pemakanan" panduan Doktor, dimakannya "8 biji setiap 2 jam"....akibatnya??? Inilah pelampauan. 

Maka demikianlah alMuwaazanah menurut pemahaman golongan JT. Memang al-Muwaazanah dicela dan dilarang 'ulama tetapi pada perkara apa dan bila?

Memadai rasanya kita sebutkan di sini daripada Syeikh yang digelarkan Imam al-Jarh wa at-Ta'diel, Syeikh Rabee' bin al-Haadi al-Madkhali sendiri:


قال:( مع أن الشيخين قد اختلفت وجهة نظرهما فابن باز لا يرى الموازنات ، والألباني صرح بأن منهج الموازنات بدعة  وكرر ذلك لكنه يرى أنه في حال الترجمة تذكر الحسنات والسيئات والصواب مع ابن باز والأدلة وكتب الجرح تؤيده

Kata beliau: "walaupun bahawa kedua-dua asy-Syeikh, telah berselisihan pendapat mereka, maka Syeikh Ibn Baaz berpendapat tiada al-Muwaazanaat, dan asy-Syeikh al-Albaaniy juga telah menyatakan dengan jelas bahawa Manhaj al-Muwaazanaat adalah suatu bid'ah dan beliau telah berulangkali mengulanginya, tetapi beliau berpendapat bahawa dalam menyebutkan biografi, disebutkan kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan (seseorang itu) dan kebenaran ada pada Ibn Baaz dan dalil-dalil serta kitab-kitab al-Jarh menyokongnya..." [دفع بَغِيعدنان على علماء السنة و الإيمان : 52]   

Walaupun sebenarnya, pendapat asy-Syeikh Ibn Baaz rahimahullah sebenarnya bukan secara mutlak demikian. Begitu pula asy-Syeikh al-Albaaniy.

Sebab, di dalam Majmuu' Fataawa wa Maqaalaat Mutanawwi'ah: 9/352, asy-Syeikh Ibn Baaz rahimahullah memberi fatwa berikut: 


"الواجب على أهل العلم إنكار البدع والمعاصي الظاهرة بالأدلة الشرعية،وبالترغيب والترهيب والأسلوب الحسن،  ولا يلزم    عند ذلك ذكر حسنات المبتدع،ولكن متى ذكرها الآمر بالمعروف والناهي عن المنكر لمن وقعت البدعة أو المنكر منه، تذكيراً له بأعماله الطيبة، وترغيباً له في التوبة، فذلك حسن، ومن أسباب قبول الدعوة والرجوع إلى التوبة. وفق الله الجميع"

"Yang menjadi kewajipan atas ahli ilmu adalah mengingkari bid'ah-bid'ah dan maksiat-maksiat yang nyata dengan dalil-dalil Syar'iyyah, dan dengan peringatan berupa galakan (pada yang baik) dan ancaman (pada yang buruk) serta dengan cara/pendekatan yang baik, tidak semestinya/wajib pada ketika itu (dalam mengingkari) untuk menyebutkan kebaikan si ahli bid'ah, akan tetapi bila orang yang melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar (yang menegur/mengingkari bid'ah) menyebutkannya (kebaikan) orang yang terjatuh pada perbuatan bid'ah atau yang diingkarinya itu, sebutan sebagai suatu peringatan akan amalannya yang baik sebagai galakan agar ia bertaubat, maka itu adalah baik dan daripada sebab-sebab yang mendorong penerimaan dakwah dan kembali bertaubat. Semoga Allah beri petunjuk kepada semua." ada yang lain, namun untuk meringkaskan, hanya nukilan ini sudah mencukupi, Insyaa Allah.

Adapun Syeikh al-Albaaniy rahimahullah, rasanya telah memadai apa yang dinukilkan daripada beliau sebelum ini.

Maka sebenarnya kedua-dua asy-Syeikh, tunjang golongan yang ingin mengikuti jalan Salaf, tidak berbeza pendapat, memperbolehkan penyebutan "kebaikan" seseorang ketika memberikan biografinya, namun bukannya ketika menjelaskan bid'ah seseorang, supaya difahami bid'ahnya dan supaya jelas kepada orang awam bahawa ia tidak layak diikuti. Sila lihat ini: Bid'ah Muwaazanah oleh Sy.alAlbaani

Kini kita lihat ajaran Salaf yang sebenar:
Kata al-Imam Ibnul Mubaarak (wafat: 181H):

إذَا غَلَبَتْ مَحَاسِنُ الرَّجُلِ عَلَى مَسَاوِئِهِ ، لَمْ تُذْكَرِ المَسَاوِئُ، وَإِذَا غَلَبَتِ المَسَاوِئُ عَنِ المَحَاسِنِ، لَمْ تُذْكَرِ المَحَاسِنُ

"Bila kebaikan seseorang itu lebih banyak daripada keburukannya, maka keburukannya tidak disebut-sebut, dan jika keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya maka kebaikannya tidak disebut-sebut" [Siyar al-A'lam: 8/398]

Kata Imam Besar al-Jarh wa at-Ta'diel zamannya, al-Imam adz-Dzahabi (wafat: 748H):

ثُمَّ إِنَّ الكَبِيْرَ مِنْ أَئِمَّةِ العِلْمِ إِذَا كَثُرَ صَوَابُه، وَعُلِمَ تَحَرِّيهِ لِلْحقِّ وَاتَّسَعَ عِلْمُه، وَظَهَرَ ذَكَاؤُهُ، وَعُرِفَ صَلاَحُه وَوَرَعُه وَاتِّبَاعُه، يُغْفَرُ لَهُ زَلَلُهُ وَلاَ نُضِلِّلْهُ وَنَطرْحُهُ وَنَنسَى مَحَاسِنَه،  
. نَعَم، وَلاَ نَقتَدِي بِهِ فِي بِدعَتِه وَخَطَئِه، وَنَرجُو لَهُ التَّوبَةَ مِنْ ذَلِكَ، 

"Kemudian, sungguh seorang alim besar, jika banyak kebenarannya dan diketahui sifat mencari yang benar pada dirinya, luas ilmunya, jelas nyata kepintarannya, lagi dikenali kebaikannya, wara'nya dan ikutannya (kepada kebenaran), dimaafkan kegelincirannya, kita tidak menghukumkannya sesat atau menyingkirkannya dan melupakan kebaikan-kebaikannya, ya, benar, kita tidak akan mengikutinya dalam bid'ahnya dan kesilapannya dan kita mengharapkan ia bertaubat daripadanya" [as-Siyar: 5/271]

Kata beliau lainnya:

زن الأعمال بالكتاب والسنةوانظر إلى كبيرحسنات المؤمن ولا تعبث بغلطته المغفورة   

"Timbangkanlah/Nilaikanlah amalan-amalan berpandukan al-Kitab dan as-Sunnah dan perhatikanlah pada besarnya kebaikan seorang mukmin dan usahlah persiakannya dengan kesilapannya yang dimaafkan

Kata guru beliau, Mahaguru begitu ramai 'ulama terbilang zamannya, iaitu Syeikhul Islam Ibn Taimiyah (wafat: 728H):

وَإِنَّهُ كَثِيرًا مَا يَجْتَمِعُ فِي الْفِعْلِ الْوَاحِدِ أَوْ فِي الشَّخْصِ الْوَاحِدِ الْأَمْرَانِ – أي: الْحَسَنَات وَالسَّيِّئَات ...وَقَدْ يُمْدَحُالرَّجُلُ بِتَرْكِ بَعْضِ السَّيِّئَاتِ الْبِدْعِيَّةِ والفجورية  
لَكِنْ قَدْ يُسْلَبُ مَعَ ذَلِكَ مَا حُمِدَ بِهِ غَيْرُه عَلَى فِعْلِ بَعْضِ الْحَسَنَاتِ السُّنِّيَّةِ الْبَرِّيَّةِ  
فَهَذَا طَرِيق الْمُوَازَنَةِ وَالْمُعَادَلَةِ  وَمَنْ سَلَكَهكَانَ قَائِمًا بِالْقِسْطِ
  الَّذِي أَنْزَلَ اللَّهُ لَهُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ

"Dan sungguh banyak sekali terhimpunnya pada satu perbuatan atau pada sosok peribadi seseorang, kedua-dua perkara, yakni kebaikan-kebaikan dan keburukan-keburukan...sehinggakan boleh jadi seseorang itu dipuji kerana meninggalkan sebahagian keburukan berupa bid'ah atau kemaksiatan tetapi boleh jadi diburukkan dengannya seseorang selainnya dengan perlakuan sebahagian kebaikan-kebaikan berupa as-Sunnah dan kebajikan, maka inilah jalan al-Muwaazanah dan al-Mu'aadalah dan barangsiapa yang mengambil jalan ini maka ia seorang yang tegak atas keadilan yang dengannya Allah turunkan untuknya al-Kitab dan al-Miezaan (Pertimbangan)..." [Majmuu' Fatawaa: 10/336]

Kata beliau sebagai penutup karya beliau al-'Aqiedah al-Waasithiyah:

 وَهُمْ بِهَذِهِ الْأُصُولِ الثَّلَاثَةِ يَزِنُونَ جَمِيعَ مَا عَلَيْهِ النَّاسُ مِنْ أَقْوَالٍ وَأَعْمَالٍ ظَاهِرَةٍ أَوْ بَاطِنَةٍ مِمَّا لَهُ تَعَلُّقٌ بِالدِّينِ         

"Manakala al-Ijma‘ maka ia adalah Dasar yang Ketiga yang menjadi sandaran dalam ilmu dan agama. Maka mereka membuat pertimbangan dalam penilaian dengan ketiga-tiga Dasar ini (al-Qur’an, as-Sunnah dan al-Ijma‘), segala apa yang berhubung dengan manusia, baik ucapan mahupun amalan, yang zahir mahupun yang batin yang ada kaitannya dengan agama."

Daripada penjelasan ini semua, diharapkan setiap pihak yang berkata tentang "al-Muwaazanah" memahaminya dengan betul, sesuai pemahaman Salafussolih. Usahlah dihukum seseorang dengan ilmu kita yang cetek dan selayaknya kita sedari bahawa orang yang berkata itu kemungkinan besar lebih tahu dari kita dan sepatutnya kita bertanyakan maksudnya, mendapatkan penjelasannya serta mengerti perinciannya, agar tidak menjadi seperti orang yang "phobia - terlalu takut" kepada ular, sehingga tali yang bermanfaat pun ditakutinya dan tidak digunakannya. Padahal yang lebih merbahaya adalah orang yang lidahnya berbelit-belit, licik berputar-belit, memomok-momokkan orang yang takut kepada ular, menakut-nakutkannya dengan tali dan lainnya. Sehingga ada orang kata: "Nampak ular dengan nampak kaki belit, ketuk si kaki belit dulu".
Maka dapat disimpulkan:

  1. Syeikh Rabee' al-Madkhali, memperakui adanya "al-Muwaazanaat" iaitu pendapat Syeikh al-Albaaniy dalam menyebutkan biografi. Beliau tidak setuju, dalam hal Tahdzier untuk mengambil kira al-Muwazaanaat. Telah jelas bahawa jika Ahli Bid'ah daripada kalangan Khawarij, Mu'tzailah, Murji-ah, Jahmiyyah dan lainnya maka tidak dilakukan al-Muwazaanat, berbeza jika di kalangan Ahli Sunnah. Cuma golongan JT, mudah mentabdie' sesama Ahli Sunnah dan tidak memahami serta salah hukum dan aplikasi hukum tabdie', sehingga 'ulama dan du'aat yang dikenali mengajak kepada Sunnah dan menentang bid'ah, dengan mudah mereka jadikan "Ahli Bid'ah/Mubtadi'" (antaranya seperti kes Syeikh Yahya al-Hajooree - JT lainnya menghukum Syeikh al-Ghunaimaan, Syeikh Ibn Jibreen, Syeikh Bakar Abu Zayd, sekalian murid Syeikh al-Albaaniy di Syam dan semua murid Syeikh al-'Utsaimien dan lainnya ramai lagi...mungkin JT.sg belum tahu atau belum "find-out") bila tidak sependapat dengan mereka atau yang mereka dakwakan melakukan "alMuwazanaat" atau membela "Ahli Bid'ah".
  2. Syeikh Ibn Baaz dan Syeikh al-Albaaniy sebenarnya sependapat apabila ditanyakan berkenaan orang-orang tertentu, jika perlu menyebutkan kebaikan mereka, maka disebutkan.
  3. Inilah juga ajaran asal dan sebenar Salafussolih sebagaimana nukilan daripada para Imam terdahulu. Sebenarnya ada banyak lagi nukilan, namun rasanya memadai dan suah jelas. 
  4. Tidak mengamalkan al-Muwazanaat langsung adalah bertentangan dengan ciri Ahli Sunnah sebagaimana penjelasan Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah. Malah diketahui daripada ciri Ahli Bid'ah, golongan yang mudah dan cepat menghukum orang malah menghukum kafir, misalnya al-Khawarij menghukumkan orang Islam pelaku dosa, terkeluar daripada Islam, kafir dan kekal di dalam Neraka. Di sisi Mu'tazilah pula Manzilah bainal Manzilatayn, di dunia ini, kafir tidak mukmin pun bukan dan di Akhirat kekal di Neraka. al-Murji-ah dan al-Jahmiyyah pula sebaliknya, iman sentiasa sempurna, tiada amalan maksiat apa pun boleh menjejas iman. Yang pertengahan adalah Ahli Sunnah wal Jama'ah, menilai manusia dengan pertimbangan al-Quran dan as-Sunnah, tidak sewenangnya menghukum orang, mengeluarkan orang daripada Ahli Sunnah. Berlembut sesama Islam apatah lagi Ahli Sunnahnya, meski tegas terhadap syirik, kufur, bid'ah dan maksiat lainnya. 
  5. Dengan itu semua, mereka yang menghukum orang yang didengarnya menyebutkan tentang muwaazanah (secara mutlaq), yang menghindari sesiapa sahaja yang dianggapnya merbahaya kerana muwaazanah, telah menghukum 'ulama seperti Syeikhul Islam, Ibnul Mubaarak, adz-Dzahabi, Syaikh al-Albaaniy, Syaikh Ibn Baaz (rahimahumullaah liljamie') dan ramai lagi, sebagai merbahaya pada aqidah, kerana mereka semua melakukan al-Muwaazanah, telah "memakan ubat 8 biji setiap 2 jam". Wallahu a'lam.      



[1]  Al-Qur’an; Surah al-‘Isra’: 17:36.
[2]  Usul al-Hidayah: hlm. 97 karangan Ibn BaDies
[3]  Tafsir at-Tabari: 15/87.
[4] Al-Bukhaariy dan Muslim dan diperincikan takhriejnya di dalam kitab saya: “Ghaayatul Maraam Takhriej Al-Halaal wal Haraam” no: (412).


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts