Tuesday, December 24, 2013

Apakah Bayaran Sewa Rumah Termasuk Nafkah Isteri?

Soalan:

Salam ustad

Adakah si suami membayar sewa rumah itu termasuk dlm nafkah isteri?

(Melalui Facebook)

Jawapan:

Ya. Bayaran sewa rumah untuk isteri tinggal di rumah itu adalah dpd "nafkah" suami pd isterinya.

Ini termasuk daripada (Surah an-Nisaa: 4:19) "dan bergaullah kamu dengan isteri kamu dengan cara yang baik" dan "Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)." (at-Talaaq: 65: 6).

Maka pakaian, tempat tinggal dan makan minum serta keperluan jasmani (kesihatan/rawatan dan nafkah batin) dan rohani (didikan agama) adalah tanggungan suami dan daripada pemberian nafkah yang wajib ke atasnya.

Manakala si isteri wajib mentaati suaminya dalam segala hal, kecuali maksiat kepada Allah berupa pelanggaran hukum Syara'. Soal nafkah cukup atau tidak, kembali kepada 'uruf (adat yang dikatakan masyarakat - cukup atau tidak) dan kemampuan suami dan si isteri wajib bersabar membantu suami jika mampu pada arah kebaikan dan kerukunan hidup mereka bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab mereka.

Sekiranya ada yang dirasakan suami ataupun isteri sebagai "pengabaian" tanggungjawab alah satu pihak pada pihak yang satu lagi, sebaiknya mereka huraikan dengan mengambil wakil, yang bijak yang berusaha ke arah kebaikan dan perdamaian mereka berdua, si suami isteri, mewakili pihak masing-masing yang dapat mengusahakan penyelesaian dan huraian masalah yang menjadi punca "ketidakpuasan" di antara mereka.

Sepatutnya, masalah selesai dengan 2 wakil, malah 1 orang yang bijak dan adil yang menyelesaikan "pertelingkahan" suami isteri. Hanya bila wakil tidak dapat selesaikan, barulah mereka mengadukan kepada pihak berwenang, Mahkamah Syariah.

Wallahu a'lam
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts