Sunday, February 23, 2014

Persoalan Fikrah dan Manhaj 7c - Terakhir (1) - tambahan terkini (26Feb).

Bismillaah, walhamdulillaah was solaatu was salaam 'alaa Rasuulillaah wa 'alaa aalihi wa sohbihi, wa ba'd.

Sidang pembaca yang sentiasa ikhlas mencari kebenaran, semoga anda semua dirahmati Allah.
Apabila kita berbicara tentang “fatwa”, kita perlu mengetahui kedudukan fatwa itu sendiri di dalam Syari‘at Islam. Berbekalkan ilmu Usul Fiqh, seseorang mengetahui bahawa “fatwa” jika pada perkara yang berakar daripada al-Qur’an dan as-Sunnah atau Ijma‘, adalah fatwa yang sebenarnya wajib diikuti kerana ia semata-mata “ungkapan ‘ulama’” menerangkan hukum Allah yang telah jelas di dalam sumber-sumber itu tadi.
Adapun “fatwa” yang merupakan ijtihaad, daripada perkara yang kembali kepada qiyas dan penilaian, maka ia adalah sesuatu yang tidak “diilzamkan” atau tidak wajib diikuti, malah orang yang mendengarkan atau menerima fatwa itu, dianjurkan untuk mengambil pendapat yang lain, menilai dan memperbandingkan di antara fatwa-fatwa yang ada, atas dasar taqwa dan ilmu, mengembalikan kepada dasar-dasar iaitu al-Quran dan as-Sunnah, serta pedoman ‘ulama, terutamanya yang terdahulu.



1.     Sebagai pendahuluan, daripada rakaman tanggal 28.5.2009, yang saya dapatkan secara peribadi daripada seorang teman yang turut serta, hadir dalam pertemuan dengan asy-Syeikh ‘Ubayd al-Jaabiree, hafizhohullah, beliau telah ditanya berkenaan “Solat Jama‘ antara Jumu’at dan Asar”, maknanya, selepas Solat Jumu‘at bersama Imam, seseorang yang perlu melakukan jama‘ kerana akan bermusafir misalnya (atau sebab lainnya), langsung menunaikan Solat Asarnya, kerana khuatir tidak akan dapat melaksanakan Asar pada waktu Asar kelak. Jawapan beliau, hafizhohullah, “ia diperbolehkan” kerana kemaslahatan. Walaupun asy-Syeikh tidak mengemukakan dalil atau hujjah dalam jawapan beliau, namun, tentunya beliau memandang bahawa Jama‘ adalah suatu Rukhsah dan apabila berlaku sesuatu yang menyempitkan, dibenarkan untuk mengambil Rukhsah yang terkait dengan kesempitan tersebut.
Demikian fatwa beliau.
Namun, jika kita menelaah penjelasan asy-Syeikh al-‘Utsaimien rahimahullah, yang agak panjang lebar beliau bentangkan dengan berbagai dalil dan hujjah beserta sanggahan beliau terhadap pendapat sebahagian ‘ulama’, kesimpulannya, beliau tidak memperbolehkan “Jama‘ di antara Jumu‘at dan Asar” sebab tiada contohnya daripada Rasulullah. Ini bukan pendapat peribadi beliau, malah sebahagian ‘ulama daripada zaman yang terdahulu, dengan berbagai dalil dan hujjah.

2.     Beralih kepada penilaian fatwa daripada sudut yang lain. Begitu pula, daripada dasar dalam mengeluarkan hukum atau fatwa, seseorang itu, semestinya mempunyai gambaran yang menyeluruh terhadap sesuatu yang ingin “dihukumkannya” barulah hukumnya tepat. Lebih jelas dan menyeluruh gambarannya, maka lebih tepat hukumnya,  sebagaimana penjelasan Syeikh al-Albaaniy berikut:
“justeru itu, daripada ungkapan mereka (golongan ‘ulama’ terdahulu) yang masyhur adalah: “الحكم على الشيء فرع عن تصوره” (Pernyataan hukum terhadap sesuatu perkara/permasalahan adalah rentetan/hasil daripada gambaran [yang lengkap menyeluruh] terhadap perkara/permasalahan [yang dihukumkan tersebut]) dan yang demikian itu tentunya tidak dapat dipenuhi dan tercapai kecuali dengan pengetahuan terhadap “al-Waqi‘” (keadaan sekitaran dan semasa) yang menyelubungi perkara/permasalahan yang hendak dikaji hukumnya; dan ini adalah daripada kaedah-kaedah (prinsip-prinsip) mengeluarkan fatwa secara khususnya dan daripada dasar-dasar ilmu secara umumnya.”
[Ringkasnya: seseorang ‘alim akan dapat menghukumkan sesuatu dengan tepat hanya bilamana kita mendapat gambaran yang menyeluruh terhadapnya. Seumpama ungkapan “orang buta diminta menyifatkan gajah” dipegang kaki gajah sahaja, dikatakannya gajah seperti batang pokok, dipegangnya telinga gajah disangkanya daun pisang, begitulah ia akan sifatkan yang salah, hasil gambaran yang tidak lengkap/menyeluruh berbeza dengan orang celik yang melihat keseluruhan seekor gajah – penterjemah]
Maksud saya mengemukakan perbezaan fatwa ini adalah semata-mata untuk kita mengukur sesuatu dengan sikap yang tepat dan menghormati ‘ulama dan tidak pula menghukum golongan yang berpegang dengan pendapat yang lain, fatwa yang lain, dengan sewenangnya “Ahli Bid’ah”. Hanya orang yang cetek ilmu dan terlalu bersemangat biasanya mulutnya celupar – cepat memperkata apa saja isu dan dengan lontaran tohmahan atau penghinaan terhadap pihak lain -  tanpa berpandukan ilmu, cepat menghukum orang. Selalunya, pertimbangannya keliru; pada perkara yang tidak selayaknya ada ruang khilaf, ia tegakkan atau sokong pendapat yang mencanggahi nas yang jelas tegas. Pada perkara yang sebaliknya “ada ruang perbezaan pendapat”, kerana masalah penilaian terhadap dalil yang sama-sama punya sudut kebenaran/kekuatan, bilamana tiada padanya nas yang jelas tegas, dihukum pihak yang tidak sependapat sebagai “Ahli Bid‘ah” atau bukan Ahli Sunnah dan sebagainya. Tin kosong dengan satu ketul batu di dalamnya, memang bising bila digoncang berbeza dengan yang penuh atau hampir penuh. [1]

3.     Bertitik-tolak daripada dasar itu tadi, permasalahan “Ihya’ at-Turots” dan kaitannya dengan Radio Rodja dan Radio Hang, adalah daripada perkara yang tidak selayaknya dihukum sembarangan, keterlibatan atau kaitan seseorang sebagai “Ahli Bid‘ah”. Malangnya, kerana kecetekan ilmu, golongan JT mengambil satu fatwa, menghukum “menyeleweng sekian ramai pihak, antaranya ‘ulama’ yang jauh lebih ‘alim dan lebih mengetahui Salaf sebenar daripada diri mereka, golongan JT. Golongan JT, dengan hanya berbekalkan fatwa sebahagian ‘ulama, tega menghukum  orang, ‘ulama dan Masyayikh sebagai Ahli Bid’ah, Ikhwanee, Suroury dan sebagainya. (Kita telah lihat video sebelum ini, mengenai Syeikh Saalim at-Taweel dihukum sebagai Surury, sila lihat Jika perlu):  https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=1CvAtaIqQwU) [dan kerana pembelaannya terhadap Syeikh Saalim, mencanggahi Syeikh Ahmad Bazmoul, Syeikh Falah al-Mundakar pun telah “dicela”, dan “out you go” – tersingkir dari golongan Salafi (Salafi mereka),  walhal beliau di antara ‘ulama’ yang menjelaskan penyelewengan Ihya’ at-Turots]

[Sebelum saya melanjutkan dengan bukti-bukti, maksud saya mengemukakan ini semua bukan sebagai “pengakuan” dan menerima dakwaan mereka (JT) sebagai sesuatu yang benar, bahawa apa yang mereka kaitkan di antara Radio Hang dan Ihya at-Turots adalah benar. Tidak. Mereka pada hakikatnya mendatangkan tuduhan melulu, sebagaimana “kerja” mereka, tanpa bukti. Bukan pula bermaksud untuk membela “Ihya’ at-Turots”, yang memang terjebak dalam beberapa masalah seperti adanya pengaruh unsur-unsur fahaman Ikhwanul Muslimien dan keterlibatan dengan politik.  Saya juga tidak memandang perkara tersebut kecil, bilamana ‘ulama’ telah menjelaskan bahayanya. Tetapi usahlah kita memandai-mandai menghukum ‘ulama dan tinggalkanlah daripada berbicara tanpa ilmu dan penyelidikan.

Saya mengemukakan ini supaya sidang pembaca tiada kekaburan lagi bahawa mereka mudah membuat tuduhan, tanpa bukti, menghukum orang dan mencerca sesama kaum Muslimin dan terkait sekali celaan mereka terhadap ‘ulama’. Berlagak seperti “alim Dunia” dalam menghukum sesama kaum Muslimien dan ‘Ulama’nya, semuanya kerana semangat meluap tetapi tidak berbekal ilmu dan adab terhadap ilmu dan ‘ulama’.

Walhal, mereka memulakan serangan mereka terhadap Asatizah di sg, bermula dengan dakwaan kononnya “mencela ‘Ulama’”, “mencela Syeikh ‘Ubayd”, padahal mereka tiada bukti, sehingga hari ini dan mereka sendiri yang banyak melakukan celaan terhadap ‘Ulama’. Malah jika mereka tahu, apa yang ada di Internet dalam bahasa Arab, perbuatan mereka dan golongan yang sama seperti mereka, adalah mencela semua ‘ulama’, di Saudi, di Jordan, di Mesir, di Yaman, di Kuwait dan di mana pun, semuanya sudah habis tercela – semua murid Syeikh al-Albaaniy, sekalian murid Syeikh al-‘Utsaimien (termasuk menantunya), ‘Ulama Kibaar Lajnah Fatwa Daa-imah termasuk Muftinya, para murid Syeikh Muqbil – dan mereka hanya bergantung kepada segelintir ‘ulama’ yang seperti diungkapkan oleh seorang di Negeri Barat “penjamin mereka ke Syurga” (di sisi mereka – sedangkan Masyayikh tiada mendidik mereka begitu): Syeikh Rabee’ al-Madkhali, Syeikh Muhammad al-Madkhali, Syeikh ‘Ubayd al-Jaabiree, Syeikh Ahmad Bazmoul, Syeikh Muhammad Bazmoul, Syeikh Muhammad al-Anjari dan penyokong beliau, Aboo Khadeejah di Birmingham dan Nabeel – kedua nama yang terakhir bukan ‘ulama’ pun – tetapi mereka berbangga belajar daripada mereka berdua dan “terikut fatwa” mereka berkenaan waktu Solat Fajar yang salah di sisi kaum Muslimien sedunia dan sg, mereka yang betul, padahal Syeikh Ibn Baz dan Syeikh Aali Syeikh telah menjelaskan perkara ini dan memperbetulkan kesalahan dakwaan pihak segelintir itu.

Terkena pada diri mereka, batang hidung mereka, qaedah yang mereka jadikan sandaran: “know who you take your knowledge from”. Kami ini, sebahagian Asatizah sg, pernah duduk majlis ilmu Syeikh al-‘Utsaimien, Syeikh al-‘Abbaad dan lainnya dan kami tahu “daripada siapa kami ambil ilmu agama kami”. So now I know, you admit it yourselves, taking knowledge from Aboo Khadeejah??? A scholar? Nabeel? A scholar? Sedarlah saudara-saudara Islam ku, kembalilah bertawadhu’ terhadap ilmu dan usah menyombongkan diri dengan menggelar-gelar orang dan mencela-cela orang, apatah lagi ‘ulama’. Bertaubatlah semoga Allah terima taubat kita semua dan tinggalkan ikutan hawa nafsu, mengadakan kelompok sendiri. Mustahil anda tidak tahu apa yang diperkatakan oleh ‘ulama mengenai “‘alim kabier” anda, Aboo Khadeejah. Marilah kita kembali kepada aliran Salafussoleh sejati, bukan Salafi versi Aboo Khadeejah. Hanya Allah yang Mengurnia Petunjuk]

4.     Ini buktinya, kutukan dan dakwaan sebahagian mereka, yang mereka sebarkan, mungkin sekarang ini, pihak yang mengeluarkan kata-kata ini dikira sebagai salah seorang Ketua Salafi sg atau pakarujuk mereka, tetapi dengan mudah mengelak dengan mengatakan: “saya bukan Ustaz/guru”:


[Ulasan terhadap dakwaan ini: “Syeikhs they follow are blinded in their brains and hearts” Penulis ini Masyaa Allah, celik dan tidak buta akal dan hatinya. Ini satu celaan, walaupun saya tidak pasti siapa “Syeikhs” yang dimaksudkan. Katanya: “Radio Hang promoting the speakers …Ihya’ at-Turots” Tanya saya: Siapa dia “speakers” daripada Ihya’ at-Turots??? Ada bukti??? Katanya lagi: “Salafi Ustadz…old nullified fatwa”, Saya tanya: Siapa “Salafi Ustaz tu?” Kalau ikut tweeter Saudara Haikal yang telah menjadi teman baik penulis dakwaan ini, di sg tiada Ustaz Salafi!. Nullified fatwa, tahukah saudara kedudukan fatwa??? Bolehkah saudara Ilzam (paksakan/kenakan hukum) pada orang lain, yang mengikuti fatwa yang lain, bilamana ia daripada Ijtihadiyah, bukan nusus Syara’ dan kemungkinan fatwa yang saudara ikut tidak lebih kuat, malah mungkin lemah berbanding fatwa yang lain. Apakah dengan itu boleh hukum orang lain? Masalahnya, anda keliru tentang kedudukan fatwa.
To take money or work with”, ini lagi satu dakwaan. Siapa yang terima dana? Saya secara peribadi tidak pernah terima dana daripada Ihya at-Turots. Saya telah bertanya kepada Ketua Penyelenggara dan pihak berkenaan Radio Hang, tiada yang pernah terima apa-apa pemberian dana atau kewangan daripada Ihya at-Turots. Mengapakah segera menghukum dan menuduh tanpa bukti??? Akan saya paparkan screenshots mereka.

Syeikh Ubayd memang pernah menfatwakan demikian, jika seandainya beliau ubah fatwa beliau sekalipun, lalu “work with” ini menjadi satu kesalahan, maka dengan berpandukan fatwa beliau anda menghukum Masyayikh? Masyayikh yang menyampaikan dakwah atas undangan Ihya at-Turots? Bagaimana pula dengan ‘ulama yang memuji Ihya at-Turots?
Salam Media, SSBL, al-Fawzan promote and supported them, saya tanya: siapa-siapa mereka itu? Dari sudut apa promote and support? Fatwa mana pula yang digunakan? Apa yang mereka sampaikan dan mereka membawa agenda Ihya at-Turots? Jika mereka yang disebutkan, bekerjasama pada asalnya pada perkara yang baik, mengembangkan ajaran Sunnah agar masyarakat lebih tertarik dan ingin kembali kepada ilmu dan Sunnah, kemudian sebahagian mereka berubah, melakukan kesilapan, lalu tiada lagi usaha sama, apakah terus-terusan dicela dan dimasukkan satu bakul, mereka yang telah berhenti bekerjasama? Jika demikian ‘Umar bin al-Khattaab pun jadi tidak terlepas daripada celaan anda! Yang akan kita lihat kelak.
These Asatizah all of them brought and used fabricated principles, lihatlah hukum pukul rata ini. Sila buktikan dengan ilmiyah apa-apa principles tersebut dan apa pula principles yang anda, wahai penulis bersandarkan kepadanya?
Their students gullible and blind ini saya katakan: mencanggahi ajaran Syeikh Ibn Baz dan ramai lagi…kerana anda suka mencela dan celupar dalam tulisan anda. Semoga Allah beri Petunjuk agar dihilangkan sifat ini pada diri anda. Sungguh kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Sungguh Rasulullah telah mengingatkan buruknya dan bahayanya mulut celupar, yang menjadi salah satu sebab utama ke Neraka. Saya katakan, seperti penutup kata-kata anda:
Allahul Musta’aan benar, semoga Allah membantu diri kita semua menjadi hambaNya yang taat dan tidak mencela sesama saudara Islam tetapi sentiasa mengajak kepada kebaikan dan kebenaran berdasarkan sandaran yang jelas diredhai Allah dan cara yang diredhai Allah. Berbekalkan ilmu, bukan semangat. Cara celaan inikah “Manhaj Salaf” dalam berdakwah yang anda usahakan? Jauhnya Salaf daripada sikap dan keperibadian kebanyakan golongan JT yang hanya mencari kesalahan orang, tidak lihat kesalahan sendiri, mencela dan mengutuk dengan tuduhan melulu tanpa bukti, tanpa nasihat yang baik.  

Ini posting orang yang anda akui sebagai teman baik anda – sungguh pelik mengapa hukum MLM anda tadi, tidak anda kenakan pada diri anda sendiri, yang berbaik dengan orang yang telah menyebutkan berikut:
Jika menurut Manhaj “terkait dan Tahzdier MLM anda” sebagaimana saya sebutkan di notakaki/footnote tadi, beberapa sikap anda berupa percanggahan (contradicting yourself or that other people are binded by your ruling but you yourself are not), semestinya anda telah menjadi sekongkol dengan golongan “Ikhwanul Muslimin” malah pihak yang mencela Salafi. Sungguh hairan mengapa anda tetap berbaik dan menyokong posting-posting penentang aliran Salaf, pencela Salaf yang dengan nyata telah menyatakan Manhaj Ikhwan??? Tetapi anda tidak terkena hukum MLM anda.

Ini posting terkini “teman baik anda”:
Apakah dengan berbaik dengannya, anda yang tidak BODOH, Tidak GULLIBLE, “MY FOOT” (ungkapan favourite anda), dikira Deobandi atau tidak???

Sila lihat: (posting FB golongan JT mengenai Ihya at-Turots dan Tahdzier MLM terhadap semua yang ada “kaitan”)


Ulasan saya: Lihat bagaimana mereka masukkan “satu bakul”. Padahal Ketua Yayasan al-Kahfi yang menyenggarakan segala Dana Radio Hang, telah saya hubungi untuk dapatkan kepastian, sejauh mana kebenaran dakwaan ini. Ternyata Radio Hang tiada kaitan langsung dengan Ihya at-Turots.
Hajooree Mubtadi’? Ini telah kita lihat sikap mereka, mencela seorang alim pewaris ilmu Syeikh Muqbil. Jika beliau ada salah, apa salahnya? Tetapi sehingga hukum Mubtadi’? Dengan kesepakatan ‘ulama? ‘Ulama’ mana? Siapa-siapa? Hanya kerana mencela “Birmingham” beliau dijatuhkan mereka.
Do not come back to the Ulama’: Siapa ‘Ulama yang dimaksudkan? Saya secara peribadi sentiasa ada rujukan orang-orang ‘alim, tapi jika bukan ‘ulama’ mereka, mungkin tidak dikira, meskipun Mufti Saudi sekalipun.
No recommendations. Di kelas pengajian, kelmarin saya telah tunjukkan beberapa tazkiyah yang saya ada daripada Masyayikh, malah “sanad” dan ijaazah.

Ini sekali lagi:

Ulasan saya:
Dangers of Hizbiyyah ala at-Turotsi. Ulasan saya: semua ‘ulama seperti yang akan sidang pembaca lihat antaranya Syeikh Ibn Baaz, Syeikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbaad, Syeikh al-‘Ubaylaan, Syeikh al-Fawzaan, Syeikh as-Sudais yang ada hubungkait dengan Ihya at-Turots sudah jadi Hizbee, Turotsi.

Paparan berikut ini adalah bukti celaan, tohmahan dan dakwaan mereka. Telah kita yakini, Radio Hang tiada kaitan dengan Ihya’ at-Turots. Kemudian Syeikh Ibrahim ar-Ruhailiy dicela, padahal kita akan dengar daripada penjelasan Masyayikh, mereka yang disebutkan, seperti Syeikh al-Halabi juga, bahawa mereka daripada Ahli Sunnah yang tidak ditahdzier. Cooperating and promoting them, saya tanya, Saudara Haikal, anda dapat wahyu mereka cooperate dan promote deviant groups. Jika Ihya at-Turots yang awak maksudkan, awak telah tahdzier Syeikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbaad, Syeikh al-‘Ubaylaan, Syeikh al-Fawzaan, Syeikh as-Sudais malah Masyayikh seperti  Syeikh Ibn Baaz.

Until they come back to the manhaj bi saleem;  Sejak bila yang saya jadi Turotsi padahal tiada kena mengena langsung dengan Ihya at-Turots. Radio Hang juga tiada kaitan. Daripada awal “tiada kesalahan Manhaj” tetapi telah dituduh, disuruh kembali. Sebaiknya beliau yang menarik balik tuduhan ini semua kerana menuduh tanpa bukti. Anda juga tidak boleh terima gaji daripada Kuffaar dan yang lainnya yang terkait “kufur”, “maksiat”, “Wala’”, “musyrik”…jika semua masuk satu bakul. Menurut Tahdzier MLM anda, kerana yang tiada kena mengena pun macam magnet terkait.

Ulasan saya:
Disebutkan dengan nama sebahagian Asatizah…link dengan Hang…Apa masalah Hang? Tiada kena mengena pun dengan Ihya at-Turots. Hang link with Rodja Apakah benar Rodja terima daripada Ihya Turots? Bagaimana pula dengan Syeikh Sulaiman ar-Ruhaili, yang berceramah di Rodja (lihat sini: Syeikh Sulaiman ar-Ruhaili di Rodja) dan ada banyak lagi jika anda buat carian google dan beliau adalah Syeikh yang sama yang menjelaskan “Bahaya Ihya at-Turots”?

Awak lebih tahu kaitan Turots dengan RODJA, sedangklan Syeikh Sulaiman ar-Ruhaili tidak tahu? Anda lebih alim daripada beliau? Mengapa pula terjemahannya seringkas itu, anda sudah dengar keseluruhannya, apa yang disampaikan oleh Syeikh?...oh maaf saya lupa, anda tidak menguasai Bahasa Arab dan belum belajar betul Bahasa Arab...baguslah jika masih usaha belajar di IHDI...tetapi bila pula anda akan "bongkar" dan cela IHDI....mudah-mudahan anda tidak lakukan. Semoga Allah beri Petunjuk menjadikan anda orang yang benar dan telus dalam persahabatan, tahu berterima kasih kepada sesama manusia, berlaku baik pada orang-orang yang berbaik dengan ikhlas kepada anda dan bukan sebaliknya bersekongkol dengan orang-orang Wasithy, Manhaj Ikhwanee, pengutuk Salafi. Lebih banyak mencermin diri daripada maninggi diri. Allahumma Amien.

Syeikh Ibrahim ar-Ruhaili pula disokong Syeikh al-‘Abbaad sebagai Ahli Sunnah dan tidak ditahdzier, tetapi anda yang tiada ilmu seperti Syeikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbaad malah ilmu Syeikh Ibrahim, dengan mudah menghukum ‘Tahdzier” terhadap beliau. Tidak sedar diri??? Mlah Syeikh Sulaiman juga mengingatkan agar jangan mencela Syeikh Ibrahim ar-Ruhaili walaupun beliau menyatakan tidak setuju beliau pada beberapa perkara yang ada pada sikap atau ucapan Syeikh Ibrahim. Tidak tahu ke? Ada di internet Bahasa Arab...kenapa perkara nasihat seperti ini tidak dikeluarkan dan tidak diterjemahkan?
Kembali kepada “tabung bergerak” di mana? Manhaj anda jika bekerja dengan orang kafir bagaimana? Apatah lagi kalau makan gaji daripada majikan Kafir atau terkait hasil Kuffar? Sedangkan anda katakan menurut Manhaj anda, “tidak bermuamalah dengan Hizbiyah dan Ahlul Bid’ah” Siapa  mereka ini yang anda maksudkan? Lancang sungguh mulut dan tangan menulis menghukum orang malah ‘ulama. Anda disokong pula Saudara Mohamed Haikal.

Ikut pernyataan anda ini "Tabung bergerak" maka tentunya pihak Masjid-masjid atau mana-mana persatuan yang mengadakan kutipan dengan tabung pada Hari Jumaat dan ketika adanya ceramah, semuanya tercela. Manhaj tidak betul "bukan saleem" (tidak selamat). Lalu sungguh pelik, mengapa Saudara Haikal, teman baik anda, mengajurkan Ceramah atau Daurah, (yang bagi saya bermanfaat, walhamdulillah - malah menjadi suatu peringatan bagi kalian yang hadir, peri pentingnya kesatuan mereka yang ingin kembali kepada ajaran Salafussolih, bukan mencerca, mengutuk dan mencari-cari kesalahan, malah kesalahan yang tiada tetapi tuduhan dan tohmahan serta fitnah yang tidak berasas untuk memecahbelahkan dan menjadikan orang memandang serong terhadap sebahagian mereka yang berdakwah ke arah penghayatan ajaran Salaf) di salah sebuah Masjid di Utara Singapura??? Masjid sg pula di bawah naungan pihak MUIS, yang menurut JT dulu dan rujukannya sama (Nabeel dan Aboo Khadeejah) dengan JT sekarang, tidak setuju dalam permasalahan Puasa dan waktu solat Subuh, terkait Bid'ah - menurut hukum JT. Mengapa boleh pula dianjurkan dan bermuamalah??? Kesimpulannya, Double Standard - sebab kebanyakan JT tidak lihat di cermin kerana terlalu sibuk cari aib orang lain. Kebanyakan JT telah makan daging beracun 'ulama', sehingga jika tidak berhenti mungkin akan tertutup hati dan orang ramai akan saksikan keburukan JT (Jemaah Tahdzier).


Ini bukti lain, mudah membuat tuduhan:

  

Ulasan saya: Imej pertama: Masjid ar-Raudhah yang Ahli Jawatankuasanya adalah Hamzah Jumat...Sejak bila saya pernah jadi "LPM Masjid atau Jawatankuasanya?" kalau di America, saya khuatir pihak MUIS atau Masjid ar-Raudhah atau diri saya sendiri, telah saman anda, kerana slander. Namun, sebagai saudara Islam, saya hanya perlu menasihatkan anda dan teman-teman anda, cukuplah, jangan tambah dosa membuat fitnah dan tuduhan tanpa penyelidikan. Mencela dan mencerca saudara Islam apatah lagi jika tiada bukti. Pihak yang menerima berita, kembalilah kepada keterangan Nabi: "كفى بالمرئ إثما أن يحدث بكل ما سمع - Cukup seseorang itu dikira seorang pendusta, dengan ia percaya dan berkata apa sahaja yang didengarnya - tanpa menyelidiki"...pengikut ajaran Salaf sebenar akan tunduk pada pesanan dan ancaman Nabi.
Imej kedua: Saya dituduh bermuamalah dengan Ihya at-Turots...telah jelas Hang tiada kaitan dengan Ihya at-Turots. 
Saya tanya: Malah apakah ada dalam penyampaian Rodja atau Hang ataupun iklan-iklannya, pernyataan apa pun daripada mereka bahawa mereka membawa ajaran Ihya at-Turots? Mana buktinya? Apakah ada mereka bawakan fahaman Ikhwanee? Apakah ada mereka sebutkan supaya sokong Ihya at-Turots. Selama saya secara peribadi mendengar kedua-duanya, tiada satu sudut atau bayangan pun sebagai penyokong Ihya at-Turots....berbanding pernyataan 'Ulama yang akan anda lihat pada Perkara: 5. Semoga Allah memberkati dan memberi PetunjukNya kepada mu, kembalilah kepada 'Ulama, seperti penjelasan no: 5.

Ternyata segalanya adalah "Zhon", sangkaan dan bukankah sebahagian Zhonn terhadap sesama Muslim itu dosa dan tercela?

Ulasan saya: "Ada Niat Jahat"...mencanggahi ajaran Nabi perkara Niat tidak diketahui. Malah bilamana tiada tanda-tanda bagaimana mungkin disimpulkan "ada Niat". Apakah anda lebih alim daripada Syeikh al-'Abaad dan Syeikh Sulaiman ar-Ruhaili yang menyatakan mereka yang anda sebutkan sebagai orang-orang ber"niat jahat merosakkan Manhaj Salaf" adalah dalam rumpun Ahli Sunnah?

Semua ada kaitan, semua Turotsi? Saya pernah diminta pihak SalamMedia untuk menganjurkan Workshop, dengan tujuan mendedahkan masyarakat yang lebih cenderung berbahasa Inggeris kepada ikutan Sunnah dan ajaran 'ulama Salaf dalam perihal Solat. Salah ke? Apa yang mereka anjurkan selain itu, tiada kena mengena dengan diri saya dan setelah saya tidak mengadakan usaha sama dengan mereka. 
Saya pernah berceramah di radio Hang, dulu, dan Radio Hang tiada apa-apa kaitan dengan Ihya at-Turots, malah daripada tajuk ceramah anda sudah dapat mengetahui, ajakan dan dorongan agar kembali kepada as-Sunnah. Apakah ada percanggahan dengan ajaran as-Salaf?
Ustadz Firanda, tidak pernah saya ketemui secara peribadi serta tidak pernah saya berbual secara langsung dengan beliau. Saya rasa memadai untuk sesiapa pun mengenali beliau dengan membaca tulisan-tulian beliau dan carilah mana kaitan beliau dengan segalanya itu tadi dan penjelasan beliau hafizhohullaah sendiri.
Rodja??? apa kena mengena dengan saya?
al-Maghrib Institute, pernah saya jelaskan pengasasnya, Muhammad ash-Shareef, teman sekelas saya dahulu ketika di Madinah, malah duduk sebelah saya. Saya tiada kaitan apa pun dengan mereka. 'Abdul Bari Yahya, juga teman sekelas saya, duduk sebelah saya dan saya telah tanya beliau secara peribadi, bagaimana "kaitan" beliau dengan al-Maghrib dan beliau menjelaskan beliau hanya "undangan" untuk menyampaikan siri pengajian dan mereka berdua ini pendakwah, jika benar dan baik (menurut dasar-dasar Islam) kita bantu dan sokong, jika mereka silap kita nasihat dan perbetulkan dengan hikmah bukan mengata di balik keyboard. 
Aahh Yasir Qadhi?...saya tidak pernah kenal beliau dan tiada kaitan dengan beliau dan tidak pernah membela atau menyokong beliau. Jika beliau ada perubahan pada diri beliau seperti meninggalkan Salafiyah, sila lihat penjelasan Syeikh al-'Ubaylan. Caranya pun bagi siapa yang ingin memperbetulkan beliau, cuba nasihati beliau dahulu, peringatkan, beri amaran, jangan sunting-sunting video beliau untuk buat 'aib, walaupun beliau memang ada kesalahan, biar dengan bukti yang benar, hanya pendusta akan buat dusta untuk menjatuhkan orang. Buatlah seperti yang 'ulama lakukan terhadap YQ yang lain...DYQ. Lagipun beliau bukan taraf 'ulama'. 
Benar kita perlu selamatkan orang awam daripada pengaruh orang yang berpengaruh yang menentang ajaran Salaf dan meremehkan apatah lagi menghina. 
Namun, apakah anda sekalian sendiri, wahai pihak JT, terpelihara daripada perbuatan mencela sebahagian 'ulama yang dikenali memperjuang ajaran Salaf? Saya bertanya bukan menghukum...tepuk dada tanya peribadi. Bagi diri saya, pihak yang mewarnai ajaran Salafusoolih dengan warna beliau sendiri, perlu juga didedahkan apatah lagi bila halnya telah didedahkan oleh 'ulama' Pihak yang memperguna kata-kata sebahagian 'ulama untuk mendakwa diri Salaf sebenar sehingga menjatuhkan 'ulama pejuang ajaran Salaf lainnya. 
Allah berpesan: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
Surah al-Maaidah: 8

Beza dengan keadaan sifat munafiq yang dikenali dengan lenggok ucapannya, kata asy-Syeikh al-Albaaniy: Mereka adalah golongan yang menyembunyikan kekufuran dalam diri mereka dan menzahirkan keIslaman mereka. Kekufuran mereka hanya dapat dikesan melalui penelitian terhadap kata-kata mereka yang mencerobohi batas hukum-hukum Syari‘at dengan mendakwa bahawa Syari‘at bercanggah dengan akal dan kenyataan hidup. Sungguh Allah telah menjelaskan kedudukan mereka yang sebenarnya di dalam FirmanNya (yang bermaksud): Apakah orang-orang yang hatinya berpenyakit menyangka bahawa Allah tidak akan mengeluarkan tembelang mereka. Sekiranya Kami menghendaki pasti Kami telah menampakkan kamu akan mereka yang dengannya pasti kamu dapat mengenali mereka dengan tanda-tanda mereka dan pasti kamu akan mengenali mereka pada tuturkata yang licik, dan Allah Maha Mengetahui akan amalan-amalan kamu Contoh-contoh peribadi Munafiq seperti ini begitu ramai pada zaman kita ini, Wallahul Musta‘an. - Talkhies Ahkam al-Jana-iz Bab Solat Jenazah. 

5.   Ini pula 'ulama yang pernah memuji Ihya' at-Turots antaranya asy-Syeikh Ibn Baaz, asy-Syeikh al-‘Utsaimien, rahimahumalLaah, asy-Syeikh Solih al-Fawzaan, asy-Syeikh ‘Abdul Muhsin al-‘Abbaad, asy-Syeikh al-Ubaylaan (murid asy-Syeikh al-Albaaniy dan asy-Syeikh Ibn Baaz), asy-Syeikh ‘Abdur Rahmaan as-Sudais (Imam Masjidil Haram) hafizhohumullaah: http://alturath.blogspot.sg/2010/04/blog-post.html dan sepenuhnya daripada kata-kata mereka, sebab penulis blogspot ini hanya menukilkan sebahagian kata-kata ‘ulama’ tersebut. Sila lihat juga:
dan ini video pujian asy-Syeikh as-Sudais: http://www.youtube.com/watch?v=drVoSj0FaZA

Berikut pula penjelasan daripada asy-Syeikh al-‘Ubaylaan (hafizhohullaah) ketika ditanya mengenai Ihya’ at-Turots (saya ringkaskan):
من الموقع الرسمي للشيخ العبيلان
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
فضيلة الشيخ السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
يعلم الله إني أحبكم في الله ولكن ومن خلال زيارتي اليوم لموقعكم وجد على ماده وهي بعنوان (الدعوة الإسلامية واقع وطموحات) ومن خلال استماعي لبداية هذه المحاضرة وجدت انها تلبية لدعوه جاءتكم من جمعية إحياء التراث وقد عرفة هذه الجمعية أنها حزبيه ومناصره للحزبيين فأرجو من فضيلتكم بياهذا الأمر الذي التبس على لأني سمعت من غير واحد من العلماء السلفيين أنهم بدعوا هذه الجمعيه ومن المشايخ الذين بدعوها: الشيخ ربيع المدخلي وكذالك الشيخ مقبل الوادعي وكذالك الشيخ عبيد الجابر وكذالك الشيخ فلاح إسماعيل مندكار وغيرهم كثير.
والسلام عليكم

Assalaamu ‘alaikum, Syaikh yang dimuliakan, saya telah mendengar audio di website Syeikh, yang mana pada permulaan ceramah, Syeikh sendiri menyatakan bahawa Syeikh menyampaikan ceramah tersebut sebagai menyahut undangan Jam‘iyyah (Persatuan) Ihya at-Turots, sedangkan telah diketahui bahawa Persatuan ini adalah sebuah Persatuan Hizbiyyah (Hizbiyyah – Mengadakan kelompok, memecahbelahkan kaum Muslimien) dan menyokong golongan Hizbiyyien (golongan yang mengadakan kelompok/puak/fahaman/jemaah). Maka saya meminta daripada Syeikh yang dimuliakan, pencerahan terhadap perkara ini, yang menjadikan saya bingung, sebab saya telah mendengar daripada beberapa ‘ulama’ Salafiyien yang menyatakan tabdie’ (terjebak dalam bid‘ah) pada persatuan ini dan di antara Masyayikh yang menyatakan demikian adalah asy-Syeikh Rabee’ al-Madkhaliy, begitu juga Syeikh Muqbil al-Waadi‘ie, Syeikh ‘Ubayd al-Jaabiree serta Syeikh Falah Isma’iel Mundakar dan selain mereka.

الجواب: هذه من الأمور الإجتهادية التي يختلف فيها اهل العلم فالمشايخه الكبار مثل سماحة الشيخ عبدالعزيز بن باز والشيخ محمد العثيمين والشيخ عبدالمحسن العباد والشيخ صالح الفوزان وغيرهم يرونها جمعية سلفية والذي وجهني لإلقاء المحاضرات والدروس التي تنظمها الجمعية في الكويت هو سماحة الشيخ عبدالعزيز بن باز حين كان هو المسؤل عن الدعوة في المملكة وكنت حينها مديرا لمركز الدعوة في حائل وذهبت عدة مرات ولم أرى إلا الخير وأما وجود بعض الدعاة المتعاونين مع الجمعية وعليهم ملاحظات فهذا يوجد عندنا ايضا من ينتسبون الى بعض الجهات العلمية كالجامعات أو الجمعيات الدعوية وهم ليسوا على طريقة كبار العلماء ومع ذلك لم نقل ان الدولة تبنت المنهج الإخواني وخرجت عن الطريقة السلفية ، فهذه من الأمور الإجتهادية التي لايدركها إلا من خاض غمار الدعوة وعرف طريقة الشريعة في المصالح والمفاسد ، فليس الفقه أن تعلم الشر والخير ولكن أن تعلم خير الخيرين وشر الشرين ، وإلى ساعتي هذه لاأعلم أن جمعية إحياء التراث تبنت أودعت من خلال مطبوعاتها ونشراتها غير الدعوة السلفية ، ثم ينبغي أن يعلم أن جمعية إحياء التراث لاتعمل مستقلة بل هي ضمن الجمعيات الخيرية في دولة الكويت ،وهذا أمر ينبغي مراعاته ، ونشاطها وجهودها في مكافحة التنصير ونشر التوحيدو السنة في عشرات الدول في اسيا وافريقيا وغيرها لاينكرة إلا جاحد وفق الله الجميع لما يحبه ويرضاه

Jawapan: Ini adalah daripada permasalahan Ijthadiyah (Ijtihad/pendapat semata-mata) yang diperselisihkan oleh ‘ulama’. Maka di antara Masyayikh Kibaar (yang terkemuka) seperti Syeikh ‘Abdul ‘Aziez bin Baaz dan Syeikh al-‘Utsaimien, ‘Abdul Muhsin al-‘Abbaad dan Syeikh Salih al-Fawzaan dan selain mereka, berpendapat bahawa persatuan ini adalah persatuan Salafiyah dan yang mengarahkan saya untuk menyampaikan ceramah-ceramah dan sesi-sesi pengajian yang dianjurkan oleh persatuan di Kuwait ini, adalah Sohibus Samaahah asy-Syeikh ‘Abdul ‘Aziez bin Baaz sendiri, ketikamana beliau memegang jawatan pengurusan kegiatan dakwah di Saudi dan saya ketika itu memegang jawatan pengurus pusat dakwah di Ha-il dan saya telah pergi berulang kali dan yang saya dapati hanya yang baik sahaja. Adapun adanya sebahagian pendakwah yang bergabung tenaga dengan persatuan ini dan mereka pula terjebak dalam sebahagian perkara yang tidak diingini, maka ini perkara yang ada juga berlaku di tempat kita (Saudi) dan mereka menjadi tenaga pengajar sebahagian Universiti-universiti atau pusat-pusat dakwah dan mereka tidak sama jalannya (Manhajnya) dengan ‘Ulama Besar (Kibaar), namun kita dengan itu, tidak mengatakan bahawa Negara ini menyebarkan Manhaj/fahaman Ikhwanee dan terkeluar daripada jalan Salafiyah. Maka ini adalah daripada permasalahan Ijtihadiyah (masih terbuka kepada pendapat yang berbeza, bukan haram atau bid‘ah yang telah nyata), yang tidak diketahui untuk ditentukan kecuali oleh golongan yang telah “bergelumang” (berkecimpung lama dan berpengalaman lagi berilmu mengenai dakwah) dengan dakwah, yang mengetahui jalan/ketentuan Syari‘ah dalam kemanfaatan dan keburukan. Maka bukannya kefaqihan (mendalamnya ilmu) seseorang itu dengan sekadar ia mengetahui keburukan dan kebaikan sahaja, malah ia mengetahui bahawa kebaikan ada 2 bentuk/derajat dan keburukan juga ada 2 bahagian. Sehingga saat saya (menjelaskan) ini, tidak saya kenali Jam’iyyah Ihya at-Turots ini, menumbuhkan atau menyebarkan, daripada percetakan dan edaran tulisan/buku-bukunya, melainkan Dakwah Salafiyah. Selain itu, perlu diketahui bahawa persatuan Ihya at-Turots ini, tidak bergiat secara bebas persendirian (autonomi), malah ia adalah sebahagian daripada persatuan-persatuan kebajikan Negara Kuwait dan ini suatu perkara yang perlu diambil kira, kegiatannya dan kerjakerasnya dalam menyekat dan membasmi usaha missionaries dan menyebarkan at-Tauhied dan as-Sunnah di puluhan negeri-negeri di Afrika dan Asia dan lainnya dan tiada yang mengingkari perkara ini kecuali orang yang memang bersikap menolak tanpa bukti. Semoga Allah mengurnia Petunjuk kepada semua pada apa yang diredhai dan dicintaiNya.

Kemudian beliau ditanya lagi pada kesempatan yang lain:       
فضيلة الشيخ / عبد الله العبيلان
السلام عليكم ورحمة الله
ألا ترى يا شيخ سلمكم الله أن تزكية الشيخ بن باز و ابن عثيمين رحهمها الله قديمة و مرة عليها عدة سنوات و ربما أن الأمور تغيرت و خاصة أن كثير من المشايخ في الوقت الحالي ينتقدونها و كما جاء في السؤال ان من بينهم الشيخ فلاح إسماعيل و هو كويتي قريب منهم و المسموع عنهم أنهم أصبحوا يميلون أو يتبنون فكر الإخوان المسلمون والله أعلم 
Syeikh al-‘Ubaylaan yang dimuliakan, Assalaamu ‘alaikum…tidakkah Syeikh dapati bahawa pujian/rekomendasi  asy-Syeikh bin Baaz dan ibn al’Utsaimien rahimahumallaah adalah rekomendasi lama (sudah lapuk – atau ungkapan  JT: Dah expire) yang telah berlalu beberapa tahun dan kemungkinan keadaan telah berubah, terutama sekali, bilamana begitu ramai Masyayikh pada masa ini, membuat teguran dan mengecamnya...di antara mereka asy-Syeikh Falah Isma’iel (al-Mundakar) dan beliau seorang (penduduk) Kuwait yang dekat dengan mereka (persatuan ini) dan telah mendengar mengenai mereka bahawa mereka kini cenderung atau mengukuhkan Fikrah Ikhwanul Muslimin, Wallahu a’lam.
الجواب
قال شيخ الإسلام " وأنت إذا تأملت ما يقع من الاختلاف بين هذه الأمة علمائها وعبادها وأمرائها و رؤسائها وجدت أكثره من هذا الضرب الذي هو البغي بتأويل أو بغير تأويل كما بغت الجهمية على المستنة في محنة الصفات والقرآن محنة أحمد وغيره وكما بغت الرافضة على المستنة مرات متعددة وكما بغت الناصبة على علي وأهل بيته وكما قد تبغى المشبهة على المنزهة وكما قد يبغى بعض المستنة اما على بعضهم وإما على نوع من المبتدعة بزيادة على ما أمر الله به وهو الاسراف المذكور في قولهم ربنا اغفر لنا ذنوبنا واسرافنا في أمرنا
وبازاء هذا العدوان تقصير آخرين فيما أمروا به من الحق أو فيما أمروا به من الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر في هذه الأمور كلها فما أحسن ما قال بعض السلف ما أمر الله بأمر الا اعترض الشيطان فيه بأمرين لايبالي بأيهما ظفر غلو أو تقصير فالمعين على الاثم والعدوان بازائه تارك الاعانة على البر والتقوى وفاعل المأمور به وزيادة منهى عنها بازائه تارك المنهى عنه وبعض المأمور به والله يهدينا الصراط المستقيم ولا حول ولا قوة إلا بالله" مجموع الفتاوى ج14/ص482

Jawapan:
Kata Syeikhul Islam: “Jika anda meneliti dengan mendalam pada apa yang berlaku padanya perselisihan di antara sesama umat ini, ‘ulamanya mahupun ahli ibadatnya, para pemimpinnya dan ketua-ketuanya, anda akan dapati bahawa ini adalah daripada bahagian/jenis ini , iaitu pelampauan dengan adanya takwilan ataupun tanpa takwilan, sebagaimana al-Jahmiyah dalam dugaan/ujian permasalahan Sifat (penafian Sifat-Sifat Allah), al-Quran makhluq (Mu’tazilah) dalam ujian Imam Ahmad dan lainnya sebagaimana melampaunya ar-Rafidhah (Syi’ah)…malah sebagaimana golongan yang menisbahkan diri kepada as-Sunnah (Ahli Sunnah) melampau terhadap sebahagian pihak sesama mereka sendiri atau sebahagian golongan Ahli Bid‘ah, (pelampauan) yang melebihi apa yang sebatas yang diperintahkan Allah dan inilah “Israaf – keterlanjuran/berlebihan” yang mereka akui dalam ucapan doa mereka – Rabbaanaa ighfirlanaa dzunuubanaa wa israafanaa. Berlebihan di dalam permusuhan menyebabkan kekurangan pada pemberian hak kepada mereka, (tidak memberikan hak mereka) sebatas apa yang Allah perintahkan,  ataupun di dalam perlaksanaan al-Amr bil Ma‘ruf dan Nahy al-Munkar dalam kesemua perkara ini (ada sahaja pelampauan/berlebihan sehingga tidak menurut batas-batas Allah). Sungguh betapa baiknya apa yang diungkapkan oleh sebahagian Salaf: Tiada suatu perkara yang Allah perintahkan kecuali akan dihalangi Syaitan (perlaksanaannya), dengan 2 perkara (halangan), tidak kira pada mana satu sudut, samada pelampauan batas atau kekurangan tidak menurut batas. Maka orang yang membantu kepada perkara dosa dan permusuhan dengan pelampauannya, dengan sendirinya dikira meninggalkan bantuannya kepada perkara kebajikan dan ketaqwaan. Maka orang yang melakukan perkara yang diperintahkan dan tambahan yang terlarang, dengan pelampauannya (sebenarnya) telah meninggalkan perkara larangan dan sebahagian perkara yang diperintahkan….

وقال "ومما ينبغي أيضا أن يعرف أن الطوائف المنتسبة إلى متبوعين في أصول الدين والكلام على درجات منهم من يكون قد خالف السنة في أصول عظيمة ومنهم من يكون إنما خالف السنة في أمور دقيقة ومن يكون قد رد على غيره من الطوائف الذين هم أبعد عن السنة منه فيكون محمودا فيما رده من الباطل وقاله من الحق لكن يكون قد جاوز العدل في رده بحيث جحد بعض الحق وقال بعض الباطل فيكون قد رد بدعة كبيرة ببدعة أخف منها ورد بالباطل باطلا بباطل أخف منه وهذه حال أكثر أهل الكلام المنتسبين إلى السنة والجماعة ومثل هؤلاء إذا لم يجعلوا ما ابتدعوه قولا يفارقون به جماعة المسلمين يوالون عليه ويعادون كان من نوع الخطأ والله سبحانه وتعالى يغفر للمؤمنين خطأهم في مثل ذلك " مجموع الفتاوى ج3/ص349

Kata beliau lagi: Di antara yang perlu diketahui bahawa golongan yang menisbahkan diri mereka sebagai pengikut Usul ad-Dien dan al-Kalam, ada beberapa tingkatan, ada di antara mereka yang menyelisihi Sunnah pada perkara-perkara dasar yang besar, ada pula yang mencanggahi Sunnah pada perkara-perkara yang kecil atau halus dan berkemungkinan mereka telah menyanggahi pihak lain yang lebih jauh besar percanggahannya terhadap Sunnah, maka mereka terpuji pada sanggahan terhadap kebatilan itu dan kebenaran yang mereka sampaikan, namun mereka telah melampaui batas keadilan/pertengahan, ketikamana mereka sendiri menolak sebahagian perkara kebenaran dan mengatakan perkara yang batil, maka dengan itu, mereka dikira telah menyanggah bid’ah yang besar dengan bid’ah yang kurang atau lebih ringan daripada yang besar itu tadi dan menyanggah kebatilan dengan kebatilan yang kurang daripadanya dan inilah keadaan kebanyakan Ahli Kalam yang menisbahkan diri mereka kepada Ahli Sunnah wal Jamaah, dan seperti mereka ini, jika mereka tidak menjadikan perkara bid‘ah yang mereka cetuskan sebagai satu pendirian yang dikira mengeluarkan diri mereka dari Jamaah kaum Muslimien, tetap diberikan wala’ dan permusuhan adalah daripada bentuk kesalahan, semoga Allah mengampunkan kaum Mukminin pada kesilapan mereka pada yang demikian itu.
والمقصود أن تعلم أن الخير والشر درجات والفقيه هو الذي يعلم خير الخيرين وشر الشرين وهذا من الأمور التي لايكاد يتفطن لها إلا من عرف مقاصد الشريعة وقواعدها العامة والفساد العقدي والأخلاقي انتشر في بلاد المسلمين ، فليس من الحكمة في مثل هذا الواقع أن نتعامل مع الناس على ما كان في زمن الإمام احمد قال الإمام عبد العزيز بن باز " هذا العصر عصر الرفق والحكمة وليس عصر الشدة ،الناس أكثرهم في جهل في غفلة وايثار للدنيا فلا بد من الصبر ولابد من الرفق حتى تصل الدعوة ، وحتى يبلغ الناس وحتى يعلموا ونسأل الله للجميع الهداية "فتاوى الإمام عبدالعزيز8/376

Maksudnya adalah agar anda mengetahui bahawa kebaikan dan keburukan ada tingkatan yang berbeza dan orang yang mempunyai pemahaman mendalam adalah yang mengetahui bahawa yang lebih baik daripada dua kebaikan dan yang lebih buruk daripada 2 keburukan dan pemahaman perkara-perkara seperti ini, hampir sahaja tidak dikuasai pemahamannya kecuali orang yang mengetahui Maqasid asy-Syarie’ah dan Qawa‘idnya yang umum dan kerosakan Aqidah dan akhlaq amat berleluasa di negeri-negeri Islam maka bukannya daripada kebijaksanaan/hikmah dalam keadaan seperti ini untuk memperlakukan manusia seperti halnya zaman Imam Ahmad. Kata al-Imam ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz: Zaman ini adalah zaman kelembutan dan kebijaksanaan bukannya zaman kekerasan, manusia masih ramai yang dalam kejahilan, kelalaian dan melebihkan keduniaan, maka perlu kepada kesabaran dan perlu kepada kelembutan sehingga sampainya dakwah dan sehingga sampai kepada manusia (pengetahuan dan tuntutan agama) dan sehingga mereka mengetahui. Kita memohon kepada Allah PetunjukNya  untuk semua.      

Maka saya ungkapkan kembali, ucapan mereka di FB: Are you telling me you know better than the scholars???
Dan saya katakan: Why would you follow, fatwa of some scholars and not knowing the fatwa of these scholars, the likes of Syeikh al-‘Ubaylaan, Syeikh ‘Abdul Muhsin al–‘Abbaad who always would quote from the principles taught by Syeikhul Islam and Syeikh Ibn Baaz on how to deal with people, among the Muslims and especially those ascribing themselves to Ahlus Sunnah.

Mereka (golongan Jemaah Tahdzier) akan segera mencela Syeikh al-Ubaylan dengan kononnya hujjah daripada Ibn ‘Athoya, padahal apa yang diperkatakan tentang Syeikh adalah dusta bagi sesiapa yang mendengar kata-kata Syeikh sendiri dalam bahasa Arab, yang diputarbelitkan oleh Ibn ‘Athoya.
أن من تساهل في العقيدة أو الالتزام بالسنة وبفهم السلف الصالح للنصوص بسبب العمل السياسي أو غيره , فـلا يجـوز أن يكون إماماً في الدين أو يؤخذ عـنه العلم , قال تعالى:[ وَلَا تُطِعْ مَنْ أَغْفَلْنَا قَلْبَهُ عَنْ ذِكْرِنَا وَاتَّبَعَ هَوَاهُ وَكَانَ أَمْرُهُ فُرُطًا] {الكهف:28} , وقد كان عمر رضي الله عنه وهو الملهم , قد أثنى على ابن ملجم قاتل علي رضي الله عنه , فالقلوب بين اصبعين من اصابع الرحمن يقلبها كيف يشاء , ولو كان عمر رضي الله عنه يعلم انه سيفعل ذلك ما اثنى عليه.
Ini penjelasan beliau mengenai ‘Abdur Rahman pengasas Ihya’ at-Turots yang berubah menjadi orang yang menyibukkan diri dengan politik, supaya jelas bahawa Syeikh tetap berpendapat Ihya at-Turots masih layak dijadikan wadah Dakwah. Terjemahannya: “Di antara sikap meremehkan dalam permasalahan Aqiedah atau beriltizam dengan Sunnahdan Pemahaman as-Salaf as-Solih terhadap nas-nas disebabkan kegiatan politik atau lainnya, maka orang seperti ini tidak layak menjadi ikutan/pemimpin dalam agama atau diambil ilmu daripadanya kerana Allah telah berfirman: (ertinya) Janganlah engkau taati orang yang telah Kami lalaikan hatinya daripada mengingati Kami dan mengikuti hawa nafsunya dan urusannya sentiasa diabaikan (al-Kahfi: 28) 

‘Umar radhiyalLaah ‘anhu dahulunya, sedangkan beliau adalah seorang yang mendapat ilham petunjuk daripada Allah, pernah memuji Ibn Muljim yang (kemudiannya) menjadi pembunuh ‘Ali radhiyalLaah ‘anhu, maka hati manusia di antara Jari jemari Allah boleh berubah menurut apa yang dikehendaki Allah, kalau seandainya ‘Umar tahu apa yang akan dilakukannya (ibn Muljim) tentunya ‘Umar tidak akan memujinya.”

Maksudnya, jika Syeikh dulunya pernah memuji ‘Abdur Rahman, dengan pernyataan beliau ini, sudah memadai untuk difahami ‘Abdur Rahman telah berubah dan tidak layak diikuti. Namun penglibatan beliau dengan Ihya at-Turots, tiada kena mengena dengan perubahannya.


Kesimpulannya: 

  1. Ihya at-Turots...tiada kaitan dengan saya, Radio Hang dan sebagainya.
  2. Jika ada kesalahan pada Ihya at-Turots atau pengasasnya sekalipun, untuk bermuamalah dengan mereka adalah perkara permasalahan "Ijtihadiyah" yang tidak selayaknya dijadikan perbicaraan orang awam, diserahkan kepada 'ulama. Malah bukan pula oleh Asatizah. 
  3. Dalam perkara Ijtihadiyah yang sebenarnya dan pada hakikatnya memang Ijtihadiyah seperti ini (bukan yang mencanggahi nusus Syara' seperti pihak yang mengatakan Riba/hasil Judi/penjualan Arak adalah Halal, yang nyata penyelewengan dan kesesatan...sedang hukum darurat dan kemaslahatan ada perbahasannya tersendiri), tidak selayaknya perbezaan pendapat menjadikan seseorang apatah lagi 'ulama' dihukum terkeluar daripada jalan kebenaran. Seperti yang saya contohkan dalam Pendahuluan tadi...sila lihat: No: 1.    
Wallahu a'lam.



Bersambung...[ulasan terhadap Hukum Syeikh Rabie al-Madkhali hafizhohullah terhadap Radio Rodja dan kaitannya dengan Permasalahan Fatwa yang saya sebutkan pada No: 2 dalam artikel 7c - Terakhir (1). ]

Namun bagi yang pernah mempersoal mengapa ada pihak tidak ikut pesanan Syeikh al-Albaaniy, mengenai Syeikh Rabee' sebagai "penentu" salah benar seseorang Salafi atau bukan...maka sila amati video ini:

Syeikh al-Albaanee on Syeikh Rabee' (Final Testimony)

Ikutilah pesanan Imam Salafiyah sebenar: al-'Allaamah Muhammad Nasiruddien al-Albaaniy, guru Syeikh Rabee' selama 3 tahun ketika di Madinah.



[1] Demikian orang yang cepat “melatah” biar apa isu/perkara pun, ia cepat dan ingin sahaja komen, walhal tiada yang meminta, malah ada yang naik jemu melihat komen-komennya. Begitu pula, jelas kepada kita, sikap gopoh sedemikian, mudah menghukum sebelum meneliti dan tidak berhati-hati yang dengannya menzahirkan “kekurangan taqwa”, apatah lagi bila mulai menghukum orang lain. Lebih mengejutkan lagi, bilamana yang dihukumkannya “haram”, “satu kesalahan besar”, “ignorant-kurang ilmu dan bodoh” (seolah-olah yang memberi gelaran adalah seorang yang berilmu) dan “gullible-senang diperbodohkan/ditipu” (seolah-olah ada pihak memperbodohkan dan menipu pihak yang diberi gelaran ini), tetapi dirinya sendiri melakukannya dan terjebak dalam perkara tersebut. Sungguh amat menghairankan, bagi orang yang tidak kenal dan cukup jelas serta tidak menghairankan bagi yang cukup mengenali “sifat-sifat tin kosong” dan berlagak sombong dalam erti kata simpulan bahasa “bodoh sombong – رجل لا يدري أنه لا يدري”. Ataukah mungkin ini sifat “kemunafikan”? Seumpama seorang yang cakapnya bukan main-main mengenai jihad, menentang kuffaar, asal jumpa sahaja tanya “Syeikh bila nak pergi Jihad?”, katanya ia membenci maksiat dan antaranya musik, tetapi di rumahnya ada piano besar!!! (Ini perkara pengalaman peribadi berhadapan dengan orang seperti ini, bukan permisalan rekaan). Setiap pihak perlu berhati-hati terhadap orang seperti ini, bersemangat dan suka membakar semangat orang lain, cakapnya bukan main, tetapi mungkin seorang “pemasang perangkap”? Orang yang bertaqwa, sentiasa tetap iltizam (konsisten) dengan hukum-hukum yang dii’tikadkannya, halal atau haram, benar atau salah/sesat. Misalnya, dihukumkannya Haram menyiarkan video pendakwah menyampaikan ceramahnya, tapi di FB wall nya ada video mengenai pelakon dan tarian “Gangnam” yang baginya lucu. Main game yang berupa animasi manusia, Avatarnya Batman dan menukil skrip siap dengan gandingan karakter X-men dan lain-lain. Ini Serious Salafi??? Dikenakan hukum “terkeluar daripada Salaf” sesiapa yang bersekongkol dengan “penentang Salaf” atau “Ikhwanee” atau “Suroury”, secara hukum MLM, tetapi dirinya berteman rapat dengan orang seperti itu, malah mengambil kata-katanya seperti “murid lebih lajak dari laju daripada guru” dan seumpamanya, tidak pula dikenakan hukum yang sama pada dirinya??? Saya bukan maksud menghukum orang, tetapi mengajak kita menilai dan semoga diri peribadi orang yang seperti ini pun sedar diri tidak “menepuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih”. Bertaubat dan belajar adab dalam bicara dan dakwah. Sungguh ternyata bukan saya seorang yang menggalakkan beliau pertingkatkan ilmu, tinggikan lagi tawaadhu’ dan pelajari serta amalkan ADAB.

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts