Tuesday, April 1, 2014

Keperibadian Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah, Ahmad bin 'Abdul Haleem al-Harraani

الحمد لله رب العالمين و الصلاة و السلام على المبعوث رحمة للعالمين نبينا محمد و على آله و صحبه أجمعين، و بعد:

Baru-baru ini, ada pihak yang mencela dan mengutuk serta tidak tahu menilai dengan adil, peribadi mulia Syeikhul Islam Ibn Taimiyah. Berikut ini buktinya.




Malah diketahui daripada blog dan FBnya, pihak ini berterusan mencela dan mengutuk peribadi mulia Syaikhul Islam. Sehingga ada yang berkongsi dengan saya dan mahukan "pembelaan" terhadap Syaikhul Islam yang dijadikan bahan cercaan pihak ini serta mengharapkan agar dibuktikan segala dakwaan dusta yang dikaitkan dengan sebahagian 'ulama', seperti Imam an-Nawawi (wafat: 676H), Imam adz-Dzahabi (748H) dan selain mereka yang kononnya telah mengkritik dan menghukum kufur terhadap Syeikhul Islam, Ibn Taimiyah.



Yang demikian, semata-mata kerana pihak berkenaan tidak dapat menerima, apa yang telah saya jelaskan (dan masih ada lagi penjelasan) daripada kata-kata para Imam yang menghukumkan Maulid adalah Bid'ah (lihat di sini_12 hari sebelum maulid), bukan Sunnah, maka tidak mungkin menjadi sunnat apatah lagi wajib dalam istilah Hukum Fiqh. Meskipun dikatakan adanya perselisihan samada ia Bid'ah Hasanah (Baik) atau Bid'ah Saiyi-ah (Buruk). Tetapi sepakat 'ulama' ia Bid'ah. Ini link penjelasan sebahagian 'ulama' lainnya: kata-kata 'ulama' menegaskan maulid adalah bid'ah

Saya tidak mengeluarkan identiti penulis blog tersebut, kerana bermaksud agar ia menjadi nasihat umum, pada penulis mahupun sesiapa sahaja yang terikut dan terjebak atau terpengaruh dengan tulisan penulis agar menarik balik dan memperbetul tanggapan terhadap 'ulama seperti Syeikhul Islam dan lainnya. Begitu pula agar bersikap berwaspada daripada melontar kata tanpa taqwa dan berkesudahan mendapat bala' di dunia ini dan azab di Akhirat. Di antara bala bencana terbesar di dunia ini ialah hanyut terus dalam kesesatan dan penyelewengan dan bersekongkol dengan golongan yang menjatuhkan Islam dan saudara Islamnya. Semoga Allah mengurniakan petunjukNya kepada setiap yang ikhlas dan berusaha menghayati keperibadian mulia, mengikuti contoh Rasulullah dan Salafussolih serta 'ulama yang mengikuti jalan Salafussolih.

Sebelum saya memberi seberapa banyak bukti kata-kata 'ulama, yang dengannya menjadi jelas kepada kita bahawa penulis tersebut telah mencanggahi begitu ramai 'ulama, sedangkan beliau bukan 'ulama. Seandainya seorang Ustaz sekalipun, saya dapat mengesan, zahirnya, bukan seorang yang benar-benar berkelulusan atau berilmu. Maka apakah kita dari awal lagi, dengan penilaian hati yang celik, akan mengambil dari seorang yang kita tidak pasti keahliannya, sehingga mencela dan menghukum kafir seorang alim besar yang dipersaksikan kehebatan ilmunya dan keunggulannya di kalangan 'ulama'? Semoga Allah membimbing kita mengenal kaca dari permata. Wallahu a'lam. Saya akan membuat ulasan ringkas terlebih dahulu terhadap kirimannya di dalam blognya tersebut, yang dengan jelas tertera gambar "blog" saya.

Kata beliau:
"sepakat 'Ulama Ahli Sunnah wal jama'ah tidak menerima Ibn Taimiyah dari kalangan Ahli Sunnah...".
Ulasan saya: 

Pertama: 

Sila saudara buktikan kesepakatan itu, dari mana sumbernya. Siapa para imam atau 'ulama' yang menyatakan demikian? Sebab berikut ini akan saya kemukakan kenyataan yang sebenarnya, yang 100% berbeza daripada dakwaan saudara.

Kedua: 

Ahli Sunnah wal Jamaah? Ada baiknya jika saudara bentangkan secara ilmiyah, Siapa Ahli Sunnah wal jamaah dan pengertiannya, dengan nukilan daripada kitab-kitab 'ulama. Khuatir lain Ahli Sunnah pula yang saudara maksudkan. Ahli Sunnah wal Jama'ah adalah seperti yang pernah saya jelaskan...sila lihat: asas2 pegangan ASWJ - erti as-Sunnah. dan erti aljamaah dan siapa ahli sunnah wal jamaah 

Kata beliau lagi:
"Imam Zahabi juga ada menyatakan pembebasan dirinya dari murid..."

Ulasan saya

Tentunya yang anda maksudkan adalah "surat nasihat Imam adz-Dzahabi kepada Syeikhul Islam" yang diedarkan golongan Sufi dan pendendam yang memusuhi Syeikhul Islam, berbeza dengan orang-orang yang adil. Padahal ia adalah surat palsu dan dusta.

Ini jawapannya terhadap Surat tersebut:

1.   Nasihat adalah sesuatu yang disampaikan kepada "yang dinasihati" semasa hayatnya. Kalau sudah meninggal dunia, bukan namanya Nasihat.  Surat yang didakwakan itu ditulis selepas kewafatan Syeikhul Islam. Jika penulis tiada ilmu bahawa adz-Dzahabi wafat 20 tahun (748H) selepas Syeikh dan guru beliau, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, tidak peliklah jika ia dinamakan "Nasihat".

Padahal yang sebenarnya, Imam adz-Dzahabi menulis berikut, selepas kewafatan guru beliau itu:
"Ahmad bin 'Abdul Haliem...si Imam, yang 'Alim, al-Haafiz, Hujjah, yang terunggul pada zamannya, lautan ilmu dalam berbagai bidang ilmu, Taqiyuddien Abul 'Abaas al-Harraani kemudian ad-Dimasyqi" (Mu'jam al-Muhaddatisien hlm. 25)
[Oh, saya lupa, mungkin penulis blog berpendapat bagi diri beliau, sentiasa kita yang hidup, boleh "berbual-bual" dan "mengadu" kepada orang mati di sisi kuburnya, misalnya kubur Abah sekian-sekian.]

Kata beliau pada kesempatan lainnya:
"Aku katakan: Beliau telah dipenjarakan lebih dari sekali dengan tujuan agar dakwah beliau akan terhambat, sebagaimana yang dikehendaki oleh para penentang beliau dan ketajaman lisan dan tulisan beliau akan lenyap - namun, beliau tidak berganjak atau terjejas atau berpatah arah untuk terus menasihati sesiapa pun, sehinggalah beliau wafat di dalam penjara di Penjara Damsyik pada 20 haribulan Dzulqaedah, tahun 728H. Para pengikut dan murid beliau, dikirakan sebagai umat berbilang bangsa, begitu ramai dengan bilangan yang tidak akan diketemukan pada kubur-kubur golongan Sufi, semoga Allah mengampuni dan merahmati beliau, Amien." (al-'Ibar fie Khabar man 'Abar: 4/84).
Ini mencanggahi dakwaan Surat palsu tersebut. Sudah berkali-kali golongan Sufi yang membenci Syeikhul Islam, ditipu dan diperdaya oleh al-Kautsaree. Sila lihat ini: Hadis jaariyah dalam Sahih Muslim bukan hadis lemah-mudtorib

2. Tiada seorang 'alim pun, yang memberi perhatian terhadap semua karya Imam adz-Dzahabi, menyebutkan tentang "nasihat" ini dan penulisannya. Malah yang diketahui, Imam adz-Dzahabi adalah murid setia Syeikhul Islam sehingga akhir hayat Syeikhul Islam Ibn Taimiyah. Kemudiannya, baik sebelum mahupun selepas kewafatan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, beliau menyebutkan dalam semua tulisan-tulisan beliau, pujian dan sanjungan semata-mata terhadap Syeikhul Islam, tiada seperti "surat nasihat" itu. Ia menjadi bukti kepalsuan surat nasihat itu. Sila baca biografi Syeikhul Islam Ibn Taimiyah, yang ditulis adz-Dzahabi di link berikut: Ibn Taymiyyah & adz-Dzahabee's praise

3. Ini adalah daripada dakwaan Ibn Qadhee Shubhah dan tiada seorang alim pun selain as-Sakhaawee, yang sezaman dengan beliau dan sependapat dengan beliau, selaku penentang sebahagian pegangan Syeikhul Islam. Sedangkan tiada bukti daripada kedua-duanya untuk menyandarkan Nasihat tersebut kepada peribadi Imam adz-Dzahabi.

Untuk penjelasan lanjut, sila baca penjelasan panjang lebar di sini: regarding-ibn-taymiyyah-and-the-naseehah-dhahabiyyah-ascribed-to-imaam-adh-dhahabee

Dari awalnya pula: regarding-ibn-taymiyyah-and-the-naseehah-dhahabiyyah part 1 dan selanjutnya: regarding-ibn-taymiyyah-and-the-naseehah-dhahabiyyah Part 2

Imej yang kedua:

Dakwaan penulis FB:
"Sudah beratus 'ulama' aswaja mengkafirkan Ibn Taimiyah...saya kumpulkan hanya sedikit aje"
Ulasan saya: 

Pertama:

Buktikanlah Ratusan 'ulama itu dengan nama-nama mereka dan rujukan-rujukannya sekali...[mungkin anda/Ustaz/Syeikh khuatir kena buang kerja, sebab sibukkan diri cari hujjah mengkafirkan seorang 'alim pada waktu kerja...maka saya sarankan, buatlah di luar waktu kerja...kuliah maghrib atau isyak pun tidak perlu susah-susah cari bahan ilmiyah kalau hanya perlu cerita orang sekian terbang, orang sekian hilang/ghaib, orang sekian masih hidup walaupun telah meninggal dunia...dan yang sewaktu dengannya]. Kalau saya ini, memang sibuk siapkan berbagai nota. Saya takut buat dakwaan tanpa sandaran.

Kedua: 

Kumpulkanlah sebanyak mungkin, jangan sedikit-sedikit sahaja. Seperti halnya di mahkamah, bila pihak polis dan pendakwa bekerjasama hempas pulas cari bukti-bukti sebanyak mungkin untuk membuat pertuduhan. Kalau sedikit sahaja, kalah kes nanti, cuma-cuma kena saman malu di Akhirat oleh Syeikhul Islam dan 'ulama yang menyanjungi beliau.

[Khabarnya, anda/Ustaz/tuan ada teman-teman "polis dalaman", maka lebih mudah untuk bekerjasama. walaupun kebanyakan maklumat, kita boleh dapatkan kerana "open to public". tidak perlu bantuan "polis luaran atau dalaman", "orang nyata" atau "makhluk halus" - cuma adakalanya sebahagian orang awam lebih berilmu dan berasas dalam berhujjah daripada sebahagian bergelar Asatizah...mungkin mereka ini ada "ilmu halus", belajar sungguh-sungguh dan bersanad tapi tidak berijazah ataupun golongan Asatizah itu sebenarnya tiada ilmu bersandaran hanya gelaran...itulah mungkin baiknya pihak MUIS adakan ARS].

Saya juga usaha berikan maklumat mengenai pujian para Imam, 'ulama' terkemuka yang memuji Syeikhul Islam hingga sidang pembaca hanya perlu perbandingkan, menjadi panel hakim atau juri yang adil. Usaha kita pasti mendapat pahala jika ikhlas mencari kebenaran. Sementara ini, (saya perlu masa untuk buat kajian sendiri dan datangkannya, sedangkan rujukan telah sedia ada, walhamdulillaah) cukup dengan yang ini dahulu: pujian-para-ulama-terhadap-syaikhul-islam-ibnu-taimiyah dan ini: haruskah-membenci-ibnu-taimiyyah-padahal-ibnu-hajar-al-asqolaani-dan-para-ulama-syafiiyah-terkmuka-lainnya-telah-memuji-ibnu-taimiyyah-dengan-pujian-setinggi-langit


Dakwaan penulis FB selanjutnya:
"Kerana apa? Ibn Taimiyah adalah 'ulama golongan Karamiyah - iaitu Hindu umat ini - kata Imam Nawawi "

Ulasan saya:

Masyaa Allaah! Syabas! Hebat guna rethoric. Tapi boleh dijelaskan sedikit apa itu "Karamiyah" sebab bunyinya dekat dengan "keramat"...khuatir rethoric macam ini tersalah faham terkena golongan agungkan Keramat@kuburan para Wali dan Haba-ib, yang tentu amat marah kalau Syeikhul Islam Ibn Taimiyah dikaitkan dengan mereka.

Hindu umat ini? Rasanya dulu saya pernah membaca tulisan seorang Ustaz tempatan yang mendatangkan kesimpulan "Agama Hindu adalah agama Ahli Kitab". Seingat saya, saya ada simpan linknya (lain kali saya paparkan, Insyaa Allah). Lagipun, ada di antara Haba-ib yang menyatakan:
"Yahudi, Nasrani umumnya Ahli Kitab, akan masuk Syurga dengan berdalilkan ayat 62 Surah al-Baqarah
[padahal ayat itu sebab turunnya, - sebagaimana sebab turun ayat menjadi hujjah yang kuat di sisi Ustaz yang sama dalam hal mengikuti Rasulullah, - adalah berkenaan guru-guru Salman al-Faarisi yang merupakan pendita-pendita Nasrani yang meninggal dunia sebelum kemunculan Rasulullah], maka dengan kesimpulan Hindu adalah Ahli Kitab, masuk syurga jugalah Ibn Taimiyah, yakni pemahaman menurut kesimpulan Ustaz tersebut.      

Begitu pula Syeikh dari US yang katakan:
"Orang Nasrani ke gereja, orang penyembah patung ke Kuil, mereka semua menyembah Allah pada hakikatnya, kerana semua itu adalah images of God"
Tiada hal  atau masalah jika Syeikhul Islam dihukumkan Hindu sekalipun, jika menurut aqidah orang yang mengi'tiqadkan demikian. Padahal aqidah yang diredhai Allah adalah aqidah ajaran Rasulullah dan para Sahabat, bukan Syeikh US atau lainnya melainkan mereka mengikuti aqidah Asal itu tadi.

"kata Imam Nawawi", mana satu yang dimaksudkan kata Imam Nawawi? Sebab satu ayat, tanpa jelas pangkal hujungnya boleh mengelirukan, misalnya: "Saya makan roti benggali di bawah rumah" apakah maksudnya: "saya makan roti benggali, di bawah rumah - yakni saya makan roti di bawah rumah" ataukah "saya makan roti, benggali di bawah rumah -  yakni saya makan roti, sedangkan ada benggali di bawah rumah saya, mengintai saya agaknya".

Jika maksudnya "Karamiyah adalah Hindu umat ini" adalah pernyataan Imam an-Nawawi. Tinggal disebutkan di mana Imam Nawawi menyatakan demikian; kitabnya, jilid/juzuknya dan halamannya.
Jika maksudnya "Syeikhul Islam 'ulama' Karamiyah" sebagai hukum Imam an-Nawawi terhadap beliau, maka saya katakan berikut:

1. Dulu saya pernah dengar ini, pada tahun 98. Ada seorang bekas penagih dari Terengganu yang dijadikan guru mursyid oleh seorang Ustaz tempatan, mengatakan bahawa Imam Nawawi antara 'ulama yang hukumkan Syeikhul Islam Ibn Taimiyah sesat, pada sesi "mendengarkan kebenaran" yang saya diundang menemui beliau. Saya ketika itu cuma minta dari kitab mana dan dengan rujukannya. Beliau tidak dapat berikan cuma katakan ini sedia diketahui 'ulama.

2. Bagi saya, dakwaan ini sama sahaja dengan cerita yang sebahagian orang katakan: "Imam Syafi'ie telah berdebat dengan Imam Abu Haniefah, sehingga Imam asy-Syafi'ie menjadikan Imam Abu Haniefah terdiam, mati akal tidak dapat menjawab!"....cerita yang membuatkan kita hanya tergelak! Atau Ustazah yang menyalah-nyalahkan "Wahhaabi" bila ditanya, Rasulullah Madzhabnya apa? Jawabnya: "Syafi 'ie lah! Nabi Madzhab Syafi'ie" seorang bergelar Ustazah....

Penjelasannya mengapa ia membuat kita hanya tergelak? Saya pun rethoric juga. Imam Syafi'ie lahir pada tahun 150H, tahun yang sama Imam Abu Haniefah wafat, malah ada yang mengatakan pada hari yang sama. Bagaimana yang seorang lahir dan yang seorang lagi wafat pada tahun yang sama dapat berdebat??? Bacalah Manaqib Imam Syafi'ie karangan Imam al-Baihaqi (wafat 458H) kerana ada disebutkan kelahiran Imam asy-Syafi'ie pada hari yang sama Imam Abu Haniefah wafat. Sedihnya bila mendabik dada sebagai pengikut Syafi'ie dalam Fiqh, kitab Manaqib beliau belum dibaca dan tidak beraqidah dengan aqidah beliau.

Lebih mustahil lagi Rasulullah yang wafat pada tahun 11Hijriyah akan mengikuti Madzhab Imam asy-Syaafi'ie yang lahir pada tahun 150H!!!

Maka dakwaan kononnya Imam Nawawi menghukum sesat Syeikhul Islam, hanyalah satu lagi cerita kelakar seram seperti ini. Kelakar kerana mustahil, seram kerana memperguna nama Imam Nawawi, membuat dusta dan mengaitkannya pula dengan menghukum Syeikhul Islam, jatuh ditimpa tangga dan tersimbar cat atas kepala.

Siapa yang menyangkal bahawa Imam Nawawi wafat pada tahun 676H? Syeikhul Islam Ibn Taimiyah lahir pada tahun 661H. Ketika kewafatan Imam Nawawi, Syeikhul Islam Ibn Taimiyah masih seorang remaja berusia 15 tahun, belum mengajar atau mengeluarkan fatwa pun menurut catatan sejarah. Bagaimana orang yang belum bercakap telah dihukum sesat Karamiyah kerana "kata-katanya" yang belum diucapkan? Apakah GHOSTnya, hantunya Imam Nawawi yang menyatakannya? Ahli Sunnah wal Jama'ah tidak percaya pada kewujudan "hantu" atau "Rijaal al-Ghaib" sebab semuanya Jin.
Oh, saya lupa. Mungkin akan timbul hujjah seperti cerita seorang Ustaz lain mengenai Syeikh Abdul Qadir Jailani. Kononnya, pada usia 11 tahun lagi, beliau sudah tahu beliau akan jadi wali, kenapa? Sebab bila beliau berjalan di pasar, akan ada malaikat yang menyuruh orang-orang ke tepi: "Tepi-tepi Wali nak lalu"...maka mungkin firasat Imam Nawawi yang akan digunakan sebagai hujjah.
Untuk itu, saya tidak dapat jawab. Hanya saya ucapkan: Allaahul Musta'aan.

Wallahu a'lam.
Semoga bermanfaat kepada kita semua.      
Walhamdulillaah 'alaa kulli haal.




 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts