Wednesday, June 11, 2014

Hukum ‘Umrah Berulangkali dpd Masjid ‘A-isyah@Tan‘iem & lainnya bagi yang berada di Mekkah

Hukum ‘Umrah daripada Masjid ‘A-isyah @ Tan‘iem, al-Ji’ranah, al-Hudaibiyah dan sempadan Tanah Haram lainnya (terjemahan daripada Majmu‘ Fatawa: Juz 26 hlm 248-263)

Syaikhul Islam al-Imam Taqiyuddin al-Harrani (wafat 728H), ketika memberi penjelasan kepada pertanyaan orang, yang diajukan kepada beliau secara spontan, mengenai Jenis Haji yang mana satukah lebih afdal untuk dilakukan (samada Tamattu‘, Qiran atau Ifrad), telah menyentuh berkenaan “takwilan” yang dibuat sebahagian pihak, yang sebenarnya tidak bertepatan dengan perlaksanaan Haji Nabi  dan para Sahabat. Maka ketika beliau menjelaskan “takwilan/pemahaman atau tafsiran yang tidak tepat” tentang cara perlaksanaan Haji yang tidak bersesuaian dengan Sunnah Nabi tersebut, beliau menegaskan:


Tidak ada seorang pun pada zaman Nabi  yang melaksanakan ‘Umrah dengan cara ia keluar daripada kawasan Haram Mekkah ke Perbatasan Halal (yakni kawasan luar Tanah Haram) kecuali ‘A-isyah seorang sahaja. Maka para ahli Fiqh yang meneliti hadis: seperti Imam Ahmad dan ‘Ulama lainnya mengambil hukum sunnahnya melakukan demikian itu secara umumnya, meskipun sebahagian ‘Ulama yang sependapat dengan mereka ini (sunnahnya melakukan Umrah cara ‘A-isyah) dan begitu juga ‘Ulama lainnya yang tidak sependapat (yang menganggapnya bukan sunnah) dengan mereka, berlainan pendapat dalam takwil/pemahamannya (‘Umrah daripada Tan‘iem ini), yang mana mereka tidak pernah mengenali adanya umrah begitu, justeru tidak menganggapnya sunnah, kerana tidak menemukan sunnah ini (keterangan hadis ‘A-isyah ini).

Di antara takwilan tersebut: Mereka berpendapat adalah mustahab (digalakkan sahaja – bukannya sunnat dengan keterangan Sunnah Nabi) bagi kaum muslimien agar melaksanakan Haji sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi  kepada para Sahabat, iaitu bilamana semua riwayat secara keseluruhannya menunjukkan bahawa baginda  menyuruh mereka agar bertahallul daripada Ihram mereka (yang awal) dan menjadikannya (Haji yang mereka kerjakan adalah Haji) Tamattu‘, mereka (‘ulama tersebut berasaskan kepada pemahaman mereka dalam hal ini) memandang baik (mustahab) agar dilaksanakan Haji secara Tamattu‘, bagi sesiapa yang ingin melakukan 2 nusuk (Haji dan ‘Umrah) secara bergandingan, dalam satu perjalanan bermusafir (ke kota Mekkah daripada tanah airnya) dan berihram pada “Bulan-bulan Haji”  (musim haji – Syawwal, Dzulqaedah dan Dzulhijjah) sesuai dengan perintah baginda. Mereka dengan itu juga memahami (menyimpulkan) bahawa sesiapa yang menunaikan Haji secara Ifrad (tiada ‘Umrah) dan melaksanakan ‘Umrah selepas ia bertahallul (daripada Haji Ifradnya) daripada Tanah Halal (luar kawasan Tanah Haram Mekkah), - biarpun mereka (golongan ‘ulama ini) mengatakannya Harus/diperbolehkan melakukan ‘Umrah sedemikian – namun sebenarnya tiada seorang pun pada zaman Rasulullah yang melakukan demikian kecuali ‘‘A-isyah….[1]

(berikut ini nas beliau dalam Bahasa Arab yang lebih menjurus kepada penerangan: Apakah jenis Haji yang Nabi laksanakan; Haji Tamattu‘ atau Haji Qiran ataupun Haji Ifrad? 

Diterjemahkan bahagian awalnya sahaja untuk diketahui bahawa tiada seorang pun yang melakukannya pada zaman Nabi kecuali ‘A-isyah dan ‘A-isyah sebenarnya telah melaksanakan Haji sahaja dan tidak dapat tunaikan ‘Umrah kerana ketika awal sampai Mekkah daripada Madinah untuk menunaikan Haji bersama Nabi  – Hijjat al-Wada‘, beliau kedatangan haid. Manakala Nabi dan para Sahabat, pada zaman Nabi, tidak pernah melakukan seperti perbuatan ‘A-isyah. Agar diketahui juga bahawa inilah punca perbahasan dan pertikaian ‘Ulama dalam masalah ini “Umrah Tan‘iem atau ‘Umrah Masjid ‘A-isyah”. Selayaknya, hanya wanita yang keadaannya seperti ‘A-isyah sahaja yang melakukan seperti ‘Umrah ‘A-isyah ini manakala orang lainnya, terutamanya kaum lelaki, sepatutnya menuruti Nabi dan para Sahabat dan tidak melakukannya, Wallahu a‘lam).

        
َلَا اعْتَمَرَ أَحَدٌ قَطُّ عَلَى عَهْدِهِ عُمْرَةً يَخْرُجُ فِيهَا مِنْ الْحَرَمِ إلَى الْحِلِّ إلَّا عَائِشَةَ وَحْدَهَا . فَأَخَذَ فُقَهَاءُ الْحَدِيثِ : كَأَحْمَدَ وَغَيْرِهِ بِسُنَّتِهِ فِي ذَلِكَ كُلِّهِ وَإِنْ كَانَ مِنْهُمْ وَمِنْ غَيْرِهِمْ مَنْ قَدْ يُخَالِفُ بَعْضَ ذَلِكَ بِتَأْوِيلِ تَخْفَى عَلَيْهِ  فِيهِ السُّنَّةُ . فَمِنْ ذَلِكَ أَنَّهُمْ اسْتَحَبُّوا لِلْمُسْلِمِينَ أَنْ يَحُجُّوا كَمَا أَمَرَ النَّبِيُّ  أَصْحَابَهُ وَلَمَّا اتَّفَقَتْ جَمِيعُ الرِّوَايَاتِ عَلَى أَنَّهُ أَمَرَ أَصْحَابَهُ بِأَنْ يُحِلُّوا مِنْ إحْرَامِهِمْ وَيَجْعَلُوهَا مُتْعَةً اسْتَحَبُّوا الْمُتْعَةَ لِمَنْ جَمَعَ بَيْنَ النسكين فِي سَفْرَةٍ وَاحِدَةٍ وَأَحْرَمَ فِي أَشْهُرِ الْحَجِّ . كَمَا أَمَرَ بِهِ النَّبِيُّ . وَعَلِمُوا أَنَّ مَنْ أَفْرَدَ الْحَجَّ وَاعْتَمَرَ عَقِبَهُ مِنْ الْحِلِّ - وَإِنْ قَالُوا : إنَّهُ جَائِزٌ - فَإِنَّهُ لَمْ يَفْعَلْهُ أَحَدٌ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ إلَّا عَائِشَةَ عَلَى قَوْلِ مَنْ يَقُولُ : إنَّهَا رَفَضَتْ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمَتْ بِالْحَجِّ كَمَا يَقُولُهُ الْكُوفِيُّونَ .
وَأَمَّا عَلَى قَوْلِ أَكْثَرِ الْفُقَهَاءِ : أَنَّهَا صَارَتْ قَارِنَةً : فَلَا عَائِشَةُ وَلَا غَيْرُهَا فَعَلَ ذَلِكَ . وَكَذَلِكَ عَلِمُوا أَنَّ مَنْ لَمْ يَسُقْ الْهَدْيَ . وَقَرَنَ بَيْنَ النسكين لَا يَفْعَلُهُ . وَإِنْ قَالَ أَكْثَرُهُمْ - كَأَحْمَدَ وَغَيْرِهِ - إنَّهُ جَائِزٌ . فَإِنَّهُ لَمْ يَفْعَلْهُ أَحَدٌ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ إلَّا عَائِشَةَ عَلَى قَوْلِ مَنْ قَالَ : إنَّهَا كَانَتْ قَارِنَةً .

Abul ‘Abbas telah ditanya: Yang manakah yang lebih afdal bagi seseorang yang berada di Mekkah: Perbanyakkan Tawaf di sisi Ka‘bah atau ia keluar ke Tanah Halal untuk kembali (ke Tanah Haram) semula melakukan ‘Umrah? Apakah daripada perkara yang mustahab (digalakkan) untuk seseorang yang berada di Mekkah memperbanyakkan perlaksanaan ‘Umrah dalam bulan Ramadan atau pada bulan lainnya ataukah lebih digalakkan untuk ia perbanyakkan Tawaf sahaja? Demikian juga umumnya perbuatan memperbanyakkan perlaksanaan ‘Umrah bagi selain penduduk Kota Mekkah? Adakah boleh dijadikan sebagai satu sandaran, perlaksanaan ‘Umrah daripada Ji‘ranah dan Hudaibiyah yang dilakukan oleh Nabi bagi orang yang melaksanakan ‘Umrah dari (dalam) Kota Mekkah sebagaimana halnya perintah Nabi kepada ‘A-isyah agar melaksanakan ‘Umrah daripada Tan‘iem? Sabda Nabi: “Umrah di bulan Ramadan menyamai perlaksanaan Haji”, adakah yang dimaksudkan adalah ‘Umrah Ufuqiyah (datang daripada tanah air) atau ia merangkumi penduduk Mekkah juga yang hanya perlu keluar daripada Tanah Haram Mekkah ke perbatasan Tanah Halal lalu melaksanakan ‘Umrah dari situ pada bulan Ramadan?

Maka beliau pun menjawab: Adapun bagi sesiapa yang berada di Mekkah samada penduduk Mekkah, yang tinggal di sekitarnya mahupun orang luar yang mendatanginya dan selain itu, maka yang afdal (lebih utama) baginya adalah melakukan Tawaf di sisi Ka‘bah.daripada melaksanakan ‘Umrah dan sama sahaja samada ia keluar ke sempadan Tanah Halal yang terdekat iaitu Tan‘iem yang kemudiannya dibina di situ (padahal asalnya tiada) masjid yang digelar orang “Masajid ‘A-isyah” ataupun ia keluar ke sempadan paling jauh seperti Ji‘ranah atau Hudaibiyah ataupun tempat lainnya (yang merupakan Tanah Halal luar batasan Tanah Haram) dan ini[2] adalah 1 perkara yang disepakati oleh golongan Salaf umat ini[3] dan setahu saya, tiada seorang pun daripada para Imam (terkemuka) umat Islam yang pendapatnya berbeza atau bercanggah mengenai ‘Umrah Makkiyah ini[4].
Adapun melaksanakan ‘Umrah daripada Miqat: iaitu dengan ia pergi ke Miqat lalu berihram daripada sana ataupun ia pulang ke tanah airnya, kemudian ia memulakan perjalanan bermusafir daripada tanah airnya untuk menunaikan ‘Umrah, maka ini bukan daripada permasalahan ‘Umrah Makkiyah malah ia adalah ‘Umrah yang sempurna lengkap dan yang diperbincangkan sekarang ini, bukannya jenis (‘Umrah sempurna) ini. Yang ini (untuk kembali ke Miqat atau tanah air lalu kembali melaksanakan ‘Umrah baru) ada perselisihan pendapat mengenainya: iaitu adakah untuk tetap di Mekkah afdal daripadanya? Ataukah pulang ke tanah air atau miqat afdal? Akan dibentangkan pendapat segolongan (‘ulama) yang memandang bahawa tetap di Mekkah lebih afdal untuk memperbanyakkan Tawaf daripada kembali semula untuk menunaikan ‘Umrah yang baru daripada Miqat.
Yang menjadi perbahasannya di sini ialah:
1.               Apakah dimakruhkan bagi penduduk kota Mekkah untuk keluar (ke Tanah Halal) untuk menunaikan ‘Umrah ataupun tidak?
2.               Adakah dimakruhkan bagi orang pendatang, yang (asalnya) disyari‘atkan baginya perlaksanaan ‘Umrah daripada tanah airnya, lebih daripada 1 kali dalam 1 tahun yang sama atau tidak dimakruhkan ke atasnya?
3.               Adakah mustahab (digalakkan) perbanyakkan perlaksanaan ‘Umrah (umumnya) ataupun tidak?

Adapun soal “Tawaf di sisi Ka‘bah afdal daripada ‘Umrah” bagi sesiapa yang berada di Mekkah, maka ini adalah di antara perkara yang tiada kesamarannya lagi bagi setiap peribadi yang mempunyai ilmu tentang Sunnah Rasulullah dan Sunnah Khulafa’ baginda[5], ajaran peninggalan (berupa tauladan) para Sahabat dan golongan Salaf ummat ini serta para imamnya. Yang demikian itu kerana Tawaf keliling Ka‘bah adalah daripada ibadat yang paling afdal dan qurubat (mendekatkan diri kepada Allah) yang terbaik yang disyari‘atkan Allah Ta‘ala di dalam KitabNya dan melalui lisan nabiNya dan ia merupakan ibadat yang teragung bagi ahli Mekkah, maksud saya, siapa sahaja yang berada di Mekkah, baik penduduknya mahupun selain penduduknya (yakni pendatang). Di antara ibadah mereka yang sentiasa dilakukan, yang berulang-ulang kali dilaksanakan, ibadah yang istimewa bagi mereka berbanding dengan orang selain ahli Mekkah, begitu juga orang-orang di Mekkah pada zaman Rasulullah, zaman Khulafa’ baginda dan zaman Sahabat, sentiasa berTawaf keliling Ka‘bah pada setiap masa dan memperbanyakkannya.

            Demikian juga arahan Nabi kepada para penjaga dan pemegang amanah yang menguruskan Baitullah agar mereka tidak menghalang seseorang pun daripada melakukannya (Tawaf) pada bila-bila masa, sebagaimana Jubayr bin Mut‘im meriwayatkan bahawasanya Nabi telah bersabda:
, يا بني عبد مناف لا تمنعوا أحدا طاف بهذا البيت و صلى فيه أية ساعة شاء من ليل أو نهار -
Ertinya: Wahai Bani ‘Abdu Manaf, jangan kalian halangi seseorang pun berTawaf sekeliling Baitullah ini dan solat di dalamnya (MasjidilHaram) pada bila-bila masa sahaja yang ia kehendaki pada waktu malam ataupun siang.
Diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab Sahihnya dan juga Ahli Sunan antaranya Abu Dawud, at-Tirmidzi, an-Nasa-i, Ibn Majah dan lainnya.

Allah telah berfirman kepada khalilNya (teman sejatiNya – Nabi Ibrahiem), Imam para hambaNya yang lurus yang telah diperintahkanNya agar membina Ka‘bah dan menyeru manusia supaya datang melaksanakan Haji:
Ertinya: (Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haram dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap berada di dalamnya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud.

Dan di dalam ayat yang lain:
Ertinya: [Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu,] dan bersihkanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan solat).

Maka Allah telah menyebutkan 3 jenis: Tawaf, I‘tikaf dan Ruku‘ beserta Sujud, maka Allah mengkhususkan yang paling khusus (istimewa) peringkat demi peringkat dengan yang paling utama dalam keistimewaannya disebutkan dahulu, sebab Tawaf tidak disyari‘atkan kecuali di sisi Ka‘bah dengan kesepakatan kaum Muslimien. Lantaran itu, mereka bersepakat menghukum jatuh sesatnya orang yang berTawaf di selainnya, misalnya tawaf di sekeliling as-Sakhrah (batu di al-Quds – di bawah Kubah “Dome of the Rock”) atau keliling bilik/maqam Nabi ataupun sekeliling masjid-masjid yang dibina di Arafah, Mina atau lainnya ataupun di kubur Syeikh-syiekh tertentu, sebahagian Ahli Bait….Adapun I‘tikaf pula maka ia disyari‘atkan di masjid-masjid dan tidak boleh di tempat lain. Begitu pula Ruku‘ dan Sujud, maka ia disyari‘atkan untuk dilakukan di mana-mana muka bumi secara umumnya[6] sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi:
, جعلت لي الأرض مسجدا و طَهورا فأيما رجل من أمتي أدركته الصلاة فعنده مسجده و طَهوره -
Ertinya: Dijadikan bagi ku muka bumi ini tempat sujud (solat) dan bahan kebersihan (bagi seorang muslim – antaranya tayammum). Maka sesiapa sahaja daripada umat ku yang tiba waktu solatnya, ada di sisinya tempat solatnya dan bahan kebersihannya.

Segalanya yang disebutkan tadi adalah perkara-pekara yang disepakati (‘ulama) kaum Muslimien.

(Penterjemah: Kemudian beliau mengemukakan berbagai dalil menunjukkan bagaimana syari‘at telah menetapkan Tawaf sebagai amalan yang paling utama dan paling banyak dituntut dalam perlaksanaan ibadat Haji; Tawaf Qudum, Tawaf Ifadah, Tawaf Wada, sedangkan amalan lainnya kebanyakannya hanya 1 tuntutan sahaja. Malah ia juga dapat dilaksanakan secara terpisah tersendiri tanpa hubungkait dengan Umrah atau Haji – Tawaf Sunnat - berbeza dengan manasik lainnya seperti Ihram, Wuquf dan lainnya. Kemudian beliau menyambung penjelasan beliau:)

Digalakkan juga melakukan Tawaf ketika hari-hari berada di Mina (mendatangi Masjidil Haram) dan pada bila-bila pun secara umumnya.

Adapun perlaksanaan ‘Umrah bagi ahli Mekkah dengan ia keluar ke Tanah Halal maka perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun pada zaman Rasulullah kecuali ‘A-isyah ketika Haji Wada‘ padahal bukan Nabi yang menyuruhnya melakukan ‘Umrah tersebut, malah cuma mengizinkan beliau semata-mata setelah beliau meminta izin baginda, sebagaimana yang akan kami sebutkan kelak, Insya Allah.

Sementara kesemua para Sahabat yang menyertai Haji baginda (yang pertama dan terakhir itu) tiada seorang pun di antara mereka yang keluar, baik sebelum Haji mahupun selepasnya, tidak ke Tan‘iem atau Hudaibiyah atau al-Ji‘ranah atau tempat (sempadan Tanah Halal) lainnya untuk melaksanakan ‘Umrah. Demikian juga Ahli Mekkah daripada kalangan penduduknya, tiada seorang pun yang keluar ke Tanah Halal demi melaksanakan ‘Umrah. Ini adalah perkara yang disepakati dan diketahui oleh semua ‘ulama yang berpengetahuan berkenaan Sunnah baginda dan Syari‘ah ajaran baginda.

Begitu juga para Sahabat baginda yang berada di Mekkah (yang bukan penduduknya) sejak daripada Fat-hu Mekkah (Pembukaan kota Mekkah) pada bulan Ramadan tahun ke-8 Hijriyah sehinggalah baginda wafat, tidak seorang pun di antara mereka yang melaksanakan ‘Umrah daripada Tanah Haram Mekkah untuk ke Tanah Halal lalu berniat di sana (Tanah Halal).

Malahan Nabi sendiri tidak pernah walau sekali pun, melaksanakan ‘Umrah ketika baginda berada di Mekkah, samada (dengan berihram) daripada Hudaibiyah, Ji‘ranah atau lainnya, bahkan baginda hanya melalukan 4 kali ‘Umrah (sepanjang hayat baginda selaku Nabi Allah), 3 kali secara tersendiri (‘Umrah sahaja) dan 1 kali berserta Haji. Kesemua ‘Umrah baginda dengan perjalanan mendatangi Mekkah (dari luar) dan bukannya (dari dalam kota Mekkah) keluar ke Tanah Halal.

Adapun ‘Umrah Hudaibiyah, baginda memulakan ‘Umrah tersebut daripada Dzul Hulaifah – Miqat penduduk Madinah – baginda dan kesemua para Sahabat baginda yang membai‘at (sumpah janji taat setia) dalam ‘Umrah tersebut di bawah pohon tertentu, kemudian apabila mereka dihalang kaum Musyrikien daripada mendatangi Ka‘bah, baginda bertahalul membatalkannya dan melakukan ‘Umrah Qada’ (gantian) pada tahun hadapannya….kemudian pada tahun hadapannya iaitu Tahun ke-7 Hijriyah, selepas penaklukan Khaibar…baginda tunaikan bersama para Sahabat ‘Umrah yang dikenali sebagai “’Umrah Qada’” dan ia berlaku pada bulan Dzulqaedah Tahun 7H (dan kesemua ‘Umrah Nabi pada bulan Dzulqaedah menunjukkan bahawa harus hukumnya melakukan pada musim Haji/bulan-bulan Haji – ringkasan penterjemah) dan untuk ‘Umrah Qada’iyah (Qada’) ini juga baginda berihram daripada DzilHulaifah, masuk ke kota Mekkah dan tetap berada di Mekkah selama 3 hari, mengahwini Maimunah binti al-Harits pada tahun itu.

Bilamana penduduk Mekkah (Kuffar Quraisy ketika itu) mencerobohi perjanjian mereka dengan umat Islam pada tahun 8H, Nabi memimpin umat Islam (dalam 1 gerakan ofensif) datang dengan bala tentera lebih kurang 10 ribu perajurit, ke Mekkah (mengepungnya), Perang Fath Mekkah pada bulan Ramadan, memasuki Mekkah dalam keadaan “halal” (tanpa ihram) dengan bertutup kepala (serban dan pakaian askar). Baginda berTawaf keliling Ka‘bah, tetap berada di Mekkah 17 malam dan tidak sekali pun baginda melakukan ‘Umrah waktu masuk ke Mekkah pada kali ini (Fath Mekkah). Kemudian baginda menerima berita bahawa Hawazin telah mengumpul kekuatan mereka, maka Rasulullah memimpin tentera ke Hunain dan mengepung Ta-if setelah itu, namun tidak menaklukinya dan membahagikan harta rampasan perang Hunain di Ji‘ranah dan ketika itulah baginda memulakan ‘Umrah di Ji‘ranah, sedang baginda bertujuan mendatangi Mekkah ketika itu dan bukannya keluar daripada Tanah Haram ke Ji‘ranah.

Maka demikian hukumnya setiap orang yang memulakan ibadah Haji atau ‘Umrah sedang ia berada di suatu tempat yang belum melepasi batas Miqat (di dalam zon Miqat dan bukan luar zonnya - penterjemah) maka ia berihram daripada tempatnya itu. Sebagaimana yang ada dalam kedua-dua Kitab Sahih (al-Bukhariy dan Muslim): daripada Ibn ‘Abbas katanya:
,وقت رسول الله لأهل المدينة ذي الحليفة و لأهل الشام الجحفة و لأهل نجد قرن النازل و لأهل اليمن يلملم هن لهن و لمن أتى عليهن من غير أهلهن ممن كان يريد الحج و العمرة و من كان دونهن فَمُهَلُّه من أهله و كذلك أهل مكة يُهِلُّون منها -
Ertinya: Rasulullah  telah menetapkan Miqat Penduduk Madinah Dzul Hulaifah, orang-orang Syam pula, miqatnya al-Juhfah, Penduduk Najed miqatnya Qarn al-Manazil, miqat ahli Yemen adalah Yalamlam.  Miqat-miqat tersebut adalah untuk ahli-ahlinya (para penduduk kota-kota tersebut) dan bagi setiap yang mendatanginya/melaluinya (miqat-miqat tersebut) daripada mereka yang bukan daripada ahlinya (para penduduk kota-kota tersebut), bagi setiap yang bermaksud melaksanakan umrah dan haji dan sesiapa yang tinggal dalam kawasan tersebut (lebih dekat ke Mekkah daripada batas Miqat) maka tempat ia berihram adalah daripada tempat tinggalnya dan begitu pula penduduk Mekkah memulakannya (Haji/’Umrahnya) daripadanya (kota Mekkah).

Maka Nabi hanya memulakan ‘Umrah daripada Ji‘ranah setelah baginda pergi berperang dan bukannya ke Ji‘ranah dengan maksud atau tujuan semata-mata untuk melakukan ‘Umrah.

Kemudian pada halaman 264-266, beliau menyimpulkan:
فَصْلٌ وَهَذَا الَّذِي ذَكَرْنَاهُ مِمَّا يَدُلُّ عَلَى أَنَّ الطَّوَافَ أَفْضَلُ فَهُوَ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ الِاعْتِمَارَ مِنْ مَكَّةَ وَتَرْكَ الطَّوَافِ لَيْسَ بِمُسْتَحَبِّ ; بَلْ الْمُسْتَحَبُّ هُوَ الطَّوَافُ دُونَ الِاعْتِمَارِ ; بَلْ الِاعْتِمَارُ فِيهِ حِينَئِذٍ هُوَ بِدْعَةٌ لَمْ يَفْعَلْهُ السَّلَفُ وَلَمْ يُؤْمَرْ بِهَا فِي الْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَلَا قَامَ دَلِيلٌ شَرْعِيٌّ عَلَى اسْتِحْبَابِهَا وَمَا كَانَ كَذَلِكَ فَهُوَ مِنْ الْبِدَعِ الْمَكْرُوهَةِ بِاتِّفَاقِ الْعُلَمَاءِ . وَلِهَذَا كَانَ السَّلَفُ وَالْأَئِمَّةُ يَنْهَوْنَ عَنْ ذَلِكَ فَرَوَى سَعِيدٌ فِي سُنَنِهِ عَنْ طاوس أَجَلِّ أَصْحَابِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : الَّذِينَ يَعْتَمِرُونَ مِنْ التَّنْعِيمِ مَا أَدْرِي أَيُؤْجَرُونَ عَلَيْهَا أَمْ يُعَذَّبُونَ ؟ قِيلَ : فَلِمَ يُعَذَّبُونَ ؟ قَالَ : لِأَنَّهُ يَدَعُ الطَّوَافَ بِالْبَيْتِ وَيَخْرُجُ إلَى أَرْبَعَةِ أَمْيَالٍ وَيَجِيءُ . وَإِلَى أَنْ يَجِيءَ مِنْ أَرْبَعَةِ أَمْيَالٍ قَدْ طَافَ مِائَتَيْ طَوَافٍ وَكُلَّمَا طَافَ بِالْبَيْتِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ أَنْ يَمْشِيَ فِي غَيْرِ شَيْءٍ . قَالَ أَبُو طَالِبٍ : قِيلَ : لِأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ . مَا تَقُولُ فِي عُمْرَةِ الْمُحْرِمِ ؟ فَقَالَ أَيُّ شَيْءٍ فِيهَا ؟ الْعُمْرَةُ عِنْدِي الَّتِي تَعْمِدُ لَهَا مِنْ مَنْزِلِك . قَالَ اللَّهُ :  { وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ } وَقَالَتْ عَائِشَةَ : إنَّمَا الْعُمْرَةُ عَلَى قَدْرِهِ ; يَعْنِي عَلَى قَدْرِ النَّصَبِ وَالنَّفَقَةِ . وَذَكَرَ حَدِيثَ عَلِيٍّ وَعُمَرَ : إنَّمَا إتْمَامُهَا أَنْ تُحْرِمَ بِهَا مِنْ دويرة أَهْلِك . قَالَ أَبُو طَالِبٍ : قُلْت لِأَحْمَدَ قَالَ طاوس : الَّذِينَ يَعْتَمِرُونَ مَنْ التَّنْعِيمِ لَا أَدْرِي يُؤْجَرُونَ ؟ أَوْ يُعَذَّبُونَ ؟ قِيلَ لَهُ : لِمَ يُعَذَّبُونَ ؟ قَالَ : لِأَنَّهُ تَرَكَ الطَّوَافَ بِالْبَيْتِ وَيَخْرُجُ إلَى أَرْبَعَةِ أَمْيَالٍ وَيَخْرُجُ إلَى أَنْ يَجِيءَ مِنْ أَرْبَعَةِ أَمْيَالٍ قَدْ طَافَ مِائَتَيْ طَوَافٍ وَكُلَّمَا طَافَ بِالْبَيْتِ كَانَ أَفْضَلَ مِنْ أَنْ يَمْشِيَ فِي غَيْرِ شَيْءٍ . فَقَدْ أَقَرَّ أَحْمَد قَوْلَ طاوس هَذَا الَّذِي اسْتَشْهَدَ بِهِ أَبُو طَالِبٍ لِقَوْلِهِ رَوَاهُ أَبُو بَكْرٍ فِي الشَّافِي . وَذَكَرَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ بِإِسْنَادِهِ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ : سُئِلَ عَلِيٌّ وَعُمَرَ وَعَائِشَةُ عَنْ الْعُمْرَةِ لَيْلَةَ الْحَصْبَةِ فَقَالَ عُمَرُ : هِيَ خَيْرٌ مِنْ لَا شَيْءَ وَقَالَ هِيَ خَيْرٌ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ وَقَالَتْ عَائِشَةَ : الْعُمْرَةُ عَلَى قَدْرِ النَّفَقَةِ ؟ وَعَنْ عَائِشَةَ أَيْضًا قَالَتْ : لَأَنْ أَصُومَ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ أَوْ أَتَصَدَّقَ عَلَى عَشَرَةِ مَسَاكِينَ أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ أَنْ أَعْتَمِرَ الْعُمْرَةَ الَّتِي اعْتَمَرْت مِنْ التَّنْعِيمِ . وَقَالَ طاوس : فَمَنْ اعْتَمَرَ بَعْدَ الْحَجِّ مَا أَدْرِي أَيُعَذَّبُونَ عَلَيْهَا أَمْ يُؤْجَرُونَ ؟ وَقَالَ عَطَاءُ بْنُ السَّائِبِ : اعْتَمَرْنَا بَعْدَ الْحَجِّ فَعَابَ ذَلِكَ عَلَيْنَا سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ . وَقَدْ أَجَازَهَا آخَرُونَ ; لَكِنْ لَمْ يَفْعَلُوهَا وَعَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ أَنَّهُ سَأَلَهَا  سَائِلٌ عَنْ الْعُمْرَةِ بَعْدَ الْحَجِّ فَأَمَرَتْهُ بِهَا . وَسُئِلَ عَطَاءٌ عَنْ عُمْرَةِ التَّنْعِيمِ فَقَالَ : هِيَ تَامَّةٌ وَمُجْزِئَةٌ . وَعَنْ الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ قَالَ : عُمْرَةُ الْمُحْرِمِ تَامَّةٌ وَرَوَى عَبْدُ الرَّزَّاقِ فِي مُصَنَّفِهِ : قَالَ أَخْبَرَنِي مَنْ سَمِعَ عَطَاءٌ يَقُولُ : طَوَافُ سَبْعٍ خَيْرٌ لَك مِنْ سَفَرِك إلَى الْمَدِينَةِ قَالَ : فَآتِي جُدَّةَ قَالَ : لَا إنَّمَا أُمِرْتُمْ بِالطَّوَافِ قَالَ : قُلْت : فَأَخْرُجُ إلَى الشَّجَرَةِ فَأَعْتَمِرُ مِنْهَا ؟ قَالَ : لَا . قَالَ : وَقَالَ بَعْضُ الْعُلَمَاءِ مَا زَالَتْ قَدَمَايَ مُنْذُ قَدِمْت مَكَّةَ قَالَ قُلْت : فَالِاخْتِلَافُ أَحَبُّ إلَيْك مِنْ الْجَوَازِ قَالَ : لَا بَلْ الِاخْتِلَافُ . قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ : أَخْبَرَنِي أَبِي قَالَ : قُلْت لِلْمُثَنَّى : إنِّي أُرِيدُ أَنْ آتِيَ الْمَدِينَةَ قَالَ : لَا تَفْعَلْ سَمِعْت عَطَاءٌ سَأَلَهُ رَجُلٌ فَقَالَ لَهُ : طَوَافُ سَبْعٍ بِالْبَيْتِ خَيْرٌ لَك مِنْ سَفَرِك إلَى الْمَدِينَةِ . وَرَوَى أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ فِي " الْمُصَنَّفِ " حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَسْلَمَ المنقري قَالَ : قُلْت لِعَطَاءِ : أَخْرُجُ إلَى الْمَدِينَةِ أُهِلُّ بِعُمْرَةِ مِنْ مِيقَاتِ النَّبِيِّ  قَالَ : طَوَافُك بِالْبَيْتِ أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ سَفَرِك إلَى الْمَدِينَةِ . وَقَالَ : حَدَّثَنَا وَكِيعٌ ثِنَا عُمَرُ بْنُ زَرٍّ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ : طَوَافُك بِالْبَيْتِ أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ سَفَرِك إلَى الْمَدِينَةِ وَقَالَ : حَدَّثَنَا إسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ عَنْ عَطَاءٌ قَالَ : الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ أَحَبُّ إلَيَّ مِنْ الْخُرُوجِ إلَى الْعُمْرَةِ .
Apa yang kami sebutkan tadi di antara dalil-dalil bukti yang menunjukkan bahawa Tawaf adalah lebih utama/afdal dan sekaligus membuktikan bahawa melakukan ‘Umrah daripada Mekkah dan meninggalkan Tawaf[7] bukanlah sesuatu yang digalakkan, bahkan yang digalakkan adalah Tawaf tanpa melakukan ‘Umrah. Malah ‘Umrah yang sedemikian[8] telah menjadi bid‘ah kerana ia tidak pernah diamalkan  …  

Kesimpulannya (daripada penterjemah): Syeikhul Islam telah memberi jawapan panjang lebar. Yang sempat diterjemahkan hanyalah 3 muka surat daripada 7 halaman kesemuanya berupa jawapan beliau terhadap soalan-soalan tersebut. Namun rasanya memadai bahawa ‘Umrah daripada Ji‘ranah atau Hudaibiyah atau Masjid ‘A-isyah (Tan‘iem) tiada asalnya dalam Sunnah Nabi, bagi orang yang telah berada di Mekkah. Maka pihak yang melakukan demikian semata-mata melakukan Qiyas dengan apa yang dilakukan oleh ‘A-isyah. Yang sebenarnya, yang lebih utama dilakukan adalah Tawaf sahaja. Wallahu a‘lam.
وَسُئِلَ أَبُو الْعَبَّاسِ أَيُّمَا أَفْضَلُ لِمَنْ كَانَ بِمَكَّةَ : الطَّوَافُ بِالْبَيْتِ ؟ أَوْ الْخُرُوجُ إلَى الْحِلِّ لِيَعْتَمِرَ مِنْهُ وَيَعُودَ ؟ وَهَلْ يُسْتَحَبُّ لِمَنْ كَانَ بِمَكَّةَ كَثْرَةُ الِاعْتِمَارِ فِي رَمَضَانَ أَوْ فِي غَيْرِهِ أَوْ الطَّوَافُ بَدَلَ ذَلِكَ ؟ وَكَذَلِكَ كَثْرَةُ الِاعْتِمَارِ لِغَيْرِ الْمَكِّيِّ : هَلْ هُوَ مُسْتَحَبٌّ ؟ وَهَلْ فِي اعْتِمَارِ النَّبِيِّ  مِنْ الْجِعْرَانَةِ وَفِي عُمْرَةِ الْحُدَيْبِيَةِ مُسْتَنَدٌ لِمَنْ يَعْتَمِرُ مِنْ مَكَّةَ كَمَا فِي أَمْرِهِ لِعَائِشَةَ أَنْ تَعْتَمِرَ مَنْ التَّنْعِيمِ ؟ وَقَوْلُ النَّبِيِّ { عُمْرَةٌ فِي رَمَضَانَ تَعْدِلُ حَجَّةً } هَلْ هِيَ عُمْرَةُ الْأُفُقِيِّ ؟ أَوْ تَتَنَاوَلُ الْمَكِّيَّ الَّذِي يَخْرُجُ إلَى الْحِلِّ لِيَعْتَمِرَ فِي رَمَضَانَ ؟

فَأَجَابَ : أَمَّا مَنْ كَانَ بِمَكَّةَ مِنْ مُسْتَوْطِنٍ وَمُجَاوِرٍ وَقَادِمٍ وَغَيْرِهِمْ فَإِنَّ طَوَافَهُ بِالْبَيْتِ أَفْضَلُ لَهُ مِنْ الْعُمْرَةِ وَسَوَاءٌ خَرَجَ فِي ذَلِكَ إلَى أَدْنَى الْحِلِّ وَهُوَ التَّنْعِيمُ الَّذِي أُحْدِثَ فِيهِ الْمَسَاجِدُ الَّتِي تُسَمَّى " مَسَاجِدَ عَائِشَةَ " أَوْ أَقْصَى الْحِلِّ مِنْ أَيِّ جَوَانِبِ الْحَرَمِ سَوَاءٌ كَانَ مِنْ جِهَةِ " الْجِعْرَانَةِ " أَوْ " الْحُدَيْبِيَةِ " أَوْ غَيْرِ ذَلِكَ وَهَذَا الْمُتَّفَقُ عَلَيْهِ بَيْنَ سَلَفِ الْأُمَّةِ وَمَا أَعْلَمُ فِيهِ مُخَالِفًا مِنْ أَئِمَّةِ الْإِسْلَامِ فِي الْعُمْرَةِ الْمَكِّيَّةِ .  وَأَمَّا الْعُمْرَةُ مِنْ الْمِيقَاتِ : بِأَنْ يَذْهَبَ إلَى الْمِيقَاتِ فَيُحْرِمَ مِنْهُ أَوْ يَرْجِعَ إلَى بَلَدِهِ ثُمَّ يُنْشِئَ السَّفَرَ مِنْهُ لِلْعُمْرَةِ فَهَذِهِ لَيْسَتْ عُمْرَةً مَكِّيَّةً بَلْ هَذِهِ عُمْرَةٌ تَامَّةٌ وَلَيْسَ الْكَلَامُ هُنَا فِيهَا . وَهَذِهِ فِيهَا نِزَاعٌ : هَلْ الْمُقَامُ بِمَكَّةَ أَفْضَلُ مِنْهَا ؟ أَمْ الرُّجُوعُ إلَى بَلَدِهِ أَوْ الْمِيقَاتِ أَفْضَلُ ؟ وَسَيَأْتِي كَلَامُ بَعْضِ مَنْ رَجَّحَ الْمُقَامَ بِمَكَّةَ لِلطَّوَافِ عَلَى الرُّجُوعِ لِلْعُمْرَةِ مِنْ الْمِيقَاتِ . وَإِنَّمَا النِّزَاعُ فِي أَنَّهُ هَلْ يَكْرَهُ لِلْمَكِّيِّ الْخُرُوجُ لِلِاعْتِمَارِ مِنْ الْحِلِّ أَمْ لَا ؟ وَهَلْ يُكْرَهُ أَنْ يَعْتَمِرَ مَنْ تُشْرَعُ لَهُ الْعُمْرَةُ كَالْأُفُقِيِّ فِي الْعَامِ أَكْثَرَ مِنْ عُمْرَةٍ أَمْ لَا ؟ وَهَلْ يُسْتَحَبُّ كَثْرَةُ الِاعْتِمَارِ أَمْ لَا ؟ . فَأَمَّا كَوْنُ الطَّوَافِ بِالْبَيْتِ أَفْضَلَ مِنْ الْعُمْرَةِ لِمَنْ كَانَ بِمَكَّةَ فَهَذَا مِمَّا لَا يَسْتَرِيبُ فِيهِ مَنْ كَانَ عَالِمًا بِسُنَّةِ رَسُولِ اللَّهِ وَسُنَّةِ خُلَفَائِهِ وَآثَارِ الصَّحَابَةِ وَسَلَفِ الْأُمَّةِ وَأَئِمَّتِهَا وَذَلِكَ أَنَّ الطَّوَافَ بِالْبَيْتِ مِنْ أَفْضَلِ الْعِبَادَاتِ وَالْقُرُبَاتِ الَّتِي شَرَعَهَا اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ وَعَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِ  وَهُوَ مِنْ أَعْظَمِ عِبَادَةِ أَهْلِ مَكَّةَ أَعْنِي مَنْ كَانَ بِمَكَّةَ مُسْتَوْطِنًا أَوْ غَيْرَ مُسْتَوْطِنٍ وَمِنْ عِبَادَاتِهِمْ الدَّائِمَةِ الرَّاتِبَةِ الَّتِي امْتَازُوا بِهَا عَلَى سَائِرِ أَهْلِ الْأَمْصَارِ وَمَا زَالَ أَهْلُ مَكَّةَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ وَخُلَفَائِهِ وَأَصْحَابِهِ رضي الله عنهم - يَطُوفُونَ بِالْبَيْتِ فِي كُلِّ  وَقْتٍ وَيُكْثِرُونَ ذَلِكَ



[1] Majmu‘ Fatawa: Juz 26 hlm: 163
[2] Bahawasanya Tawaf afdal daripada Umrah bagi orang tersebut
[3] para Sahabat Nabi dan at-Tabi‘ien serta Atba‘–at-Tabi‘ien
[4]‘Umrah yang dilakukan orang yang berada di Mekkah, penduduknya, pendatang dan yang tinggal di sekitarannya
[5]  Yakni yang orang awam biasa ungkapkan: Khulafa’ Rasyidien dan yang dimaksudkan dengan ungkapan beliau adalah para Sahabat terkemuka yang menjadi pengganti baginda memimpim umat Islam iaitu “Abu Bakar as-Siddiq, ‘Umar bin al-Khattab, ‘Utsman bin ‘Affan dan ‘Aliy bin Abie Talib, semoga Allah meredhai mereka semuanya.  
[6] Maksud beliau hukumnya yang bersifat umum dan hukum asalnya kecuali yang dinyatakan terlarang seperti di kuburan, tandas, di tempat orang lalu-lalang dan sebagainya.
[7] Meskipun benar dalam ‘Umrah yang dilakukan ada Tawaf, tetapi tentunya dengan banyak masa yang diperuntukkan untuk ‘Umrah Tan‘iem, dengan sendirinya akan terhalang daripada melaksanakan lebih banyak Tawaf. Kepenatannya juga tidak sama, sedangkan jika ia sesuatu yang ada asalnya daripada Nabi, maka tiada salahnya bahkan baik untuk berpenat lelah, namun sayangnya, ia bukan berasal daripada perbuatan Nabi, maka dikhuatiri menjadi amalan sia-sia berbanding dengan yang telah pasti daripada ajaran baginda. Lagipun, yang afdal bagi orang yang melaksanakan ‘Umrah adalah bercukur (botak) maka jika telah kerjakan yang pertama (‘Umrah dpd tanah air dan cukur botak), ada apa lagi yang tinggal di kepala. Tambahan pula, kita akan rasa “ada yang tidak kena” pada seseorang yang kita perhatikan asyik  keluar masuk masjid setiap 5 minit, hanya untuk perbanyakkan solat “Tahiyatul Masjid”, maka bandingkanlah dengan yang telah botak, cuba botakkan kepalanya lagi dan asyik keluar masuk Tanah Haram.
[8] Berulang-ulang melakukannya dengan keluar masuk Tanah Haram Mekkah. Bermakna, ‘Umrah yang Sunnah adalah 1 kali sahaja yang berupa 1 perjalanan bermusafir ke Mekkah. Selain itu dikira bid‘ah. Adapun soal mengulangi ‘Umrah dengan bermusafir daripada tanah air lebih daripada 1 kali dalam setahun, maka ada perbezaan pendapat ‘Ulama.  
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts