Wednesday, July 2, 2014

Galakan untuk Berpuasa (Fadhilatnya) Khususnya pada Bulan Ramadhan

الحمد لله وحده و صلاته و سلامه على نبينا محمد و آله و صحبه ، و على من تمسك بهديه ، و استقام على طريقته إلى يوم الدين .

أما بعد

Terdapat banyak ayat-ayat di dalam Kitab Allah yang Maha Mulia yang jelas menerangkan secara khusus bahawa puasa adalah salah satu ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah (sekaligus menjelaskan keutamaannya), 


Firman Allah:





ertinya: “Sesungguhnya  orang-orang  Islam_ lelaki  dan orang-orang Islam wanita,  lelaki-lelaki yang beriman dan wanita-wanita yang beriman, para lelaki yang patuh dan para wanita yang patuh, para lelaki yang jujur dan para wanita yang jujur, para lelaki yang sabar dan para wanita yang sabar, para lelaki yang khusu’ dan para wanita yang khusu’, para lelaki yang bersedeqah dan para wanita yang bersedeqah, para lelaki yang berpuasa dan para wanita yang berpuasa, para lelaki yang memelihara kemaluannya (dari zina) dan para wanita yang memelihara(nya), para lelaki yang banyak mengingati Allah dan para wanita yang mengingati (Allah), Allah telah sediakan bagi mereka pengampunan dan ganjaran yang hebat.
                                                      [Surah al-Ahzaab: 35]

Firman Allah (yang lainnya):

ertinya: Dan untuk kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui.”
                                                      [Surah al-Baqarah: 184]


Rasulullah telah menjelaskan di dalam as-Sunnah, yang tsabit tulen berasal daripada baginda bahawa puasa itu adalah benteng dari serangan nafsu syahwat, pelindung dari neraka dan bahawasanya Allah Tabaarakas-muhu, telah mengkhaskan satu pintu dari pintu-pintu syurga untuk (ahli) puasa, ia (puasa) menyekat diri dari menuruti hawa nafsu, mengongkongnya dari segala yang disukainya, sehingga ia (diri) menjadi tenang dan demikianlah ganjaran yang melimpah-ruah, kelebihan yang besar yang dijelaskan dengan sejelas-jelasnya dan terperinci oleh hadits-hadits shohih berikut:

1. Puasa adalah pelindung

Rasulullah telah memerintahkan orang yang didesak syahwatnya yang kuat, tetapi belum ada kemampuan untuk bernikah agar berpuasa dan baginda menyifatkannya (puasa) sebagai penyekat bagi syahwat ini, sebab ia mengawal kekuatan anggota bahkan menenangkan setiap anggota. Malah telah sabit buktinya bahawa puasa mempunyai kesan yang menakjubkan dalam memelihara anggota tubuh dan menguatkan kekuatan rohani.

Demikianlah, kerana kesemuanya itu baginda telah bersabda:
ertinya: Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kamu yang mampu maka hendaklah ia berkahwin, sebab ia lebih merendahkan pandangan (dari melihat maksiat), lebih memelihara kemaluan (dari zina) dan barangsiapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa kerana ia menjadi suatu penyekat (syahwat) baginya
Riwayat Imam Al-Bukhaariy (4/106) dan Imam Muslim (1400) daripada Ibn Mas’uud.

Begitu juga, baginda telah memberitakan bahawa syurga dipagari dengan segala perkara yang tidak disenangi, sementara neraka pula dikelilingi berbagai perkara yang disukai nafsu dan syahwat. Maka jika demikian telah jelas kepada mu, wahai saudara Islam ku, bahawa puasa menyekat syahwat, menumpulkan ketajaman nafsu, sedang nafsu syahwat itulah yang menyebabkan orang semakin hampir ke neraka, dengan demikian tentunya puasa itu sendiri adalah benteng di antara orang yang puasa dan neraka, pelindung yang dijadikan sebagai pengalis oleh seseorang hamba dari neraka.

Nabi bersabda: 
ertinya: “Tiada seorang hamba pun yang berpuasa satu hari di dalam jalan Allah kecuali Allah menjauhkan wajahnya dari neraka sejauh 70 kharief” 
Riwayat Imam Al-Bukhaariy (6/35) dan Imam Muslim (1153) daripada Abi Sa’ied Al-Khudriy sedang lafaz ini di sisi Imam Muslim.
Erti 70 kharief ialah : Perjalanan 70 tahun - tentunya perjalanan pengembaraan dengan menunggang unta kerana itulah kenderaan (tunggangan) yang paling masyhur pada zaman Nabi, jarak yang cukup jauh.

Sabda baginda lainnya:
ertinya: “Puasa itu adalah pelindung, yang dapat digunakan oleh seorang hamba untuk melindungi dirinya dari neraka.”
Riwayat Imam Ahmad (3/241) dan (3/297) daripada Jaabir. Begitu juga beliau meriwayatkan daripada ‘Utsmaan bin Abil’Aash (4/22). Hadits ini shohih

Baginda juga telah bersabda:
ertinya: Sesiapa yang berpuasa satu hari di dalam jalan Allah, Allah jadikan di antaranya dan neraka satu parit yang seluas langit dan bumi
Riwayat Imam-imam An-Nasaa-i (4/165), Ibn Hibbaan (mks:232 - Mawaarid) dan Al-Haakim (1/421) dan sanadnya shohih

Ada sebahagian ulama berpendapat bahawa hadits-hadits tersebut menjelaskan tentang keutamaan puasa ketika jihad dan berperang fi Sabilillah. Namun, zahirnya setiap puasa yang ikhlas demi mencari keredhaan Allah, bertepatan menurut penjelasan Rasulullah, maka ia adalah puasa fi Sabilillah.

2. Puasa penyebab masuk syurga

Anda telah ketahui, wahai hamba Allah yang taat, semoga Allah mengurniakan anda taufiq untuk mentaatiNya, bahawasanya puasa menjauhkan ahlinya (yakni orang yang berpuasa) dari neraka, maka ia dengan demikian, mendekatkannya ke syurga. 

Daripada Abi Umaamah katanya:
“Aku telah berkata kepada Rasulullah: Ya Rasulallah, tunjukkanlah kepada ku satu amalan yang dengannya, aku akan dapat masuk syurga. Jawab baginda: “Atas dirimu melakukan puasa, tiada tandingan baginya
Riwayat Imam At-Tirmidzi (1624) dari hadits Abi Umaamah, namun di dalam sanadnya ada kelemahan, iaitu perawi Al-Walied bin Jamiel: Shoduuq Yukhti' - dapat diterima riwayatnya cuma adakalanya beliau silap. Tetapi hadits ini ada penguatnya diriwayatkan oleh Imam ath-Thobaraaniy di dalam Al-Kabier (8/260, 274, 280) dari 2 jalan periwayatan dari al-Qaashim daripada Abi Umaamah.... Maka hadits ini shohih.

3. Ganjaran puasa tiada batasnya
4. Bagi orang yang berpuasa ada 2 kegembiraan
5. Bau mulutnya orang puasa adalah lebih wangi di sisi Allah dari bau misk/musk      (harum kasturi)

Daripada Abi Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:
Allah berfirman: Setiap amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa, kerana ia (puasa) adalah untuk Ku dan Aku yang memberikannya ganjarannya dan puasa itu adalah pelindung. Maka ketika hari puasanya seseorang di antara kamu, janganlah ia melakukan perkara yang memberangsangkan syahwat dan jangan pula ia berteriak-teriak (bertengkar).  Jika  ada  yang  mencercanya  atau ajak bergaduh maka hendaklah ia ucapkan: Sesungguhnya aku ini seorang yang berpuasa. Demi (Allah) Yang jiwa Muhammad di dalam genggaman TanganNya, perubahan bau mulut orang yang berpuasa itu, di sisi Allah, adalah lebih wangi dari harumnya kasturi. Bagi setiap orang yang berpuasa dua kegembiraan yang ia bergembira dengannya; apabila ia berbuka ia gembira dan ketika ia berjumpa Tuhannya (pada Hari Kiamat), ia bergembira dengan puasanya
Riwayat Imam Al-Bukhaariy (4/88) dan Imam Muslim (1151) dan lafaz ini menurut riwayat Imam Al-Bukhaariy.

Di dalam riwayat Imam al-Bukhaariy:
Ia meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya demi (keredhaan) Ku, puasa itu untuk Aku dan Aku yang mengganjarinya dengannya sedang setiap kebaikan itu (digandakan) dengan sepuluh kali semisalnya

Di dalam riwayat Imam Muslim pula:
Setiap amalan anak Adam digandakan, sedang setiap kebaikan itu (digandakan) dengan sepuluh kali semisalnya, sehingga tujuh ratus kali ganda. Firman Allah Ta’aalaa: kecuali puasa, kerana ia untuk Ku dan Aku yang mengganjarinya dengannya. Ia meninggalkan syahwatnya, makanannya dan minumannya demi (mentaati) Ku. Bagi setiap yang berpuasa 2 kegembiraan. Kegembiraan sewaktu berbukanya dan kegembiraan ketika bertemu Tuhannya. Perubahan bau mulut orang yang berpuasa itu, di sisi Allah, adalah lebih wangi dari harumnya kasturi.”


6. Puasa dan Al-Quran kedua-duanya memberi syafa’at

Rasulullah telah bersabda:
ertinya: Puasa dan Al-Quran kedua-duanya memberi syafaat kepada seorang hamba pada Hari Kiamat. Akan berkatalah Si Puasa: Ya Tuhanku, aku telah menghalangnya dari makanan dan syahwat, berilah syafa’at kepadanya dengan ku dan berkata pula al-Quran: Aku telah menghalangnya dari tidur pada waktu malam, berilah syafa’at kepadanya dengan ku. Allah berfirman: Maka kedua-duanya (dibenarkan) memberi syafa’at
Riwayat Ahmad (6626), Al-Haakim (1/554), Abu Nu’aim (8/161) dari banyak jalan periwayatan daripada Huyaiy bin ‘Abdillah, daripada ‘Abdir Rahmaan bin Hubuliy, daripada ‘Abdillah bin ‘Amru dengan sanad yang hasan. Kata Imam Al-Haitsamiy di dalam (Majma’uz Zawaa-id: 3/181) setelah beliau menambah nisbahnya pada Ath-Thobaraaniy di dalam (Al-Kabierah): “Rijaaluhu Rijaalush Shohih” ertinya: Para perawinya adalah para perawi periwayatan yang shohih.

7. Puasa adalah suatu kaffaarah (penebus dosa)

Di antara keistimewaan puasa dari sudut kelebihannya ialah bahawasanya Allah menjadikannya salah satu penebus bagi orang yang melanggar pantang larang ihram dengan bercukur, samada kerana sakit atau darurat, jika ia tidak mampu menyembelih seekor kambing sebagai penebusnya, juga sebagai penebus bagi perbuatan membunuh seorang yang telah berjanji damai dengan umat Islam tanpa sengaja, penebus sumpahan, penebus perbuatan membunuh haiwan buruan ketika berihram dan penebus azh-Zhihaar, Firman-firman Allah yang menjelaskan demikian:

“Dan sempurnakanlah haji dan ‘umrah untuk Allah. Maka jika kamu dikepung (tidak dapat sempurnakannya) maka sembelihlah apa yang mudah kamu jadikan korban...Maka barangsiapa yang sakit atau sakit di kepalanya maka (ia bercukur dan) penebusnya ialah samada puasa atau sedeqah atau korban... Maka barangsiapa yang tidak menemui (haiwan korban atau tidak mampu mengadakannya) maka (sebagai gantinya) puasa 3 hari pada musim hajinya itu dan 7 (hari lagi) apabila kamu telah kembali (ke negeri mu). Itulah 10 (hari) yang sempurna...                                                           [al-Baqarah: 196]
Firman Allah yang lain:
“Dan jika ia (yang terbunuh) dari satu kaum yang di antara kamu dan mereka ada perjanjian damai, maka hendaklah diberikan pampasan yang diserahkan sepenuhnya kepada ahli (keluarga) nya dan pembebasan seorang hamba sahaya wanita yang beriman. Maka barangsiapa yang tidak menemukan/memiliki (hamba) maka (sebagai gantinya) puasa dua bulan berturut-turut sebagai satu taubat kepada Allah dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana                                                                      [an-Nisaa': 92]

Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat juga telah berfirman: 
“Tiadalah dikira Allah dengan bermain-mainnya kamu di dalam sumpahan-sumpahan kamu, akan tetapi Dia mengira apa yang tetap di hati mu dalam persumpahan, (jika kamu langgar) maka penebusnya adalah memberi makan kepada 10 orang miskin dari apa yang sederhana yang biasanya kamu beri makan kepada keluarga mu atau memberi mereka pakaian ataupun memerdekakan seorang hamba. Maka barangsiapa yang tidak menemukan/mampu maka (sebagai gantinya) puasa 3 hari. Demikianlah penebusan sumpahan kamu...                                         [al-Maa-idah: 89]

Begitu juga, Allah Yang Maha Perkasa dan Maha Bijaksana berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan sedang kamu berada di dalam keadaan ihram. Dan sesiapa yang membunuhnya di antara kamu dengan sengaja maka balasan (denda)nya semisal dengan apa yang telah dibunuhnya itu (mengorbankan) dari jenis binatang ternakan..atau penebusnya (iaitu beri) makan (kepada) orang-orang miskin atau yang setimpal dengan itu puasa...”                                                                     [al-Maa-idah: 95]

Demikian juga, Allah yang Maha Lembut lagi Maha Meniliti telah berfirman:
“Dan orang-orang yang menzhihaar isteri-isteri mereka, kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang mereka ucapkan, maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang hamba sebelum kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada mu dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. Barangsiapa yang tidak mendapatkan (hamba), maka (wajib atasnya) berpuasa  dua bulan berturut-turut sebelum keduanya bercampur...”    
                                                          [al-Mujaadilah: 3-4]


Selain dari itu, puasa dan sedeqah juga secara bersama menebus ujian yang dihadapi seseorang dari hartanya, keluarganya ataupun jirannya (sehingga menjadi pengampunan dosa dan juga pahala baginya).

Daripada Hudzaifah bin al-Yamaan katanya: sabda baginda:
“Fitnah seorang lelaki pada keluarganya, hartanya dan jirannya dihapuskan dengan sholat, puasa dan sedeqah.”
Riwayat Imam Al-Bukhaariy (2/7) dan Imam Muslim (144)

Wallahu a'lam - diambil dari Sifat Saum Nabi (terjemahan peribadi).


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts