Wednesday, July 2, 2014

Waktu Zakat Fitrah

Soalan:

Assalamualaikum.

Kebiasaan di negeri kita ini mengeluarkan Zakat Fitrah apabila tibanya waktu Ramadhan.
Adakah tetap sah Zakat Fitrah kalau dikeluarkan di awal Ramadhan ataupun di bila bila waktu Ramadhan tetapi dengan mengedarkan beras kerana adanya fatwa yang mengatakan tidak sah bagi yang keluarkan Zakat Fitrah lebih awal dan sebelum 2 -3 hari masuknya Aidilfitri. Mohon penjelasan. Saya sudah membaca article 'Ringkasan Zakat Fitrah' tapi masalah waktu membayar Zakat Fitrah terlalu ringkas untuk difahami. Mohon nasihat dan semoga Allah membalas usaha anda dengan kebaikan di dunia dan akhirat.

- Khairul (melalui emel)




Jawapan:

Wa 'alaikumussalaam

Bismillah walhamdulillah was solaatu was salaamu 'alaa man laa nabiya ba'dah wa 'alaa aalhi,
wa ba'du, semoga penjelasan berikut ini akan meleraikan kekusutan dan memberi penerangan yang sejelasnya Insyaa Allah.


A) Bila kewajipannya bermula?

Terbahagi kpd 2 pendapat:

1.Syafi‘ie, Ahmad, Ishaq, Malik (riwayat): 
- Dengan terbenamnya matahari masuk malam Hari Raya, sebab ia bertujuan menyucikan orang puasa dan itulah saat berakhir puasa Ramadan. Bayi yang lahir selepas Maghrib saat itu = tidak wajib.

2.Hanafi, Abu Tsaur, Malik (riwayat): 
- Terbitnya Fajar Hari Raya, sebab ia ibadah terikat dengan Hari Raya maka tidak didahulukan seperti Korban. Maka bayi yang lahir sebelum itu, Wajib atas warisnya (misalnya bapanya) bayar Zakat Fitrahnya (beza dengan pendapat 1, Maghrib malam Hari Raya sudah tidak wajib). Jika telah terbit Fajar (masuk Subuh) pagi Hari Raya, baru bayi itu dilahirkan, maka tidak wajib.

Ini adalah soal "bila mula wajib" (yang mana jika sehingga tamat tempohnya tidak ditunaikan dikira berdosa). Adapun soal afdal (lebih utama) dan harus (diperbolehkan), maka perinciannya seperti berikut:


B) Masa menunaikannya: (Akhir atau tamat tempohnya)

Jumhur Kebanyakan 'ulama: sejurus sebelum Solat ‘Eid, makruh selepas Solat.

Ibn Hazm: Haram lepas Solat.

Ijma‘ (kesepakatan 'Ulama): Haram terbenamnya matahari Hari Raya pertama.


C) Jika ingin tunaikan/bayar lebih awal, maka 'ulama berbeza pendapat

(Awal atau bila boleh mula tunaikan zakat fitrah)

Syafi‘ie: Awal Ramadan (drpd tanggal 1 Ramadhan)

Sebahagian Hambali: Pertengahan Ramadan.

Malik, Ahmad & Ahli Hadis: 1 atau 2 hari sebelum Hari Raya 
- dan inilah pendapat yang paling kuat iaitu 1 atau 2 hari sebelum Hari Raya – zahir Atsar (riwayat) Nafi‘: Ibn ‘Umar buat demikian

Wallaahu a'lam.
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts