Thursday, August 7, 2014

Hukum Pekerjaan yang terkait Perusahaan Menghasilkan Arak

Assalamualaikum Ustaz.. 

Maaf saya bertanya dalam bahasa English, kerana saya tak begitu fasih untuk bertanya dalam bahasa Melayu. Saya sangat berharap Ustaz bokeh membantu saya. Jika Ustaz tak keberatan.. Jazakallahu khair..
I am currently working as an office administrator in a company, and this company deals with providing services and plants to industrial factories - cleaning up the emission of carbon dioxide and even storing co2 for further usage. What I am concern is that a small number of the factories are breweries.. I sometimes have to apply visa to send the engineer to service the co2 plants which are being used by the breweries..
Is my job then becomes haram? Even though the main service provided by the company I am working for deals only with the carbon dioxide.
Jazakallahu khair for your advice..
Juxxxx Jxxxxx



Jawapan:

Wa'alaikumussalaam,

Bismillaah walhamdulillaah was solaatu was salaamu 'alaa Rasuulillaah wa ba'd,

Daripada ‘Abdullah bin Buraydah daripada bapanya katanya:

Rasulullah telah bersabda:
“Barangsiapa yang sengaja menahan (tidak memetik, tidak mengambil hasil) tanaman anggurnya pada ketika pengambilan hasil tanaman agar ia dapat menjualnya kelak kepada orang yang (membelinya untuk) membuat arak, maka sungguh ia telah mencampakkan dirinya sendiri ke dalam neraka sedang ia mengetahuinya.” 
Riwayat Imam at-Tabaraniy di dalam al-Awsat dengan Isnad yang berderajat Hasan.

1. Pada umumnya, hadis ini menunjukkan pengharaman perbuatan tersebut, biarpun pembeli anggur tersebut adalah daripada golongan yang mengakui dan diketahui meminum arak, iaitu golongan Ahli Kitab daripada kaum Yahudi dan Nasrani (bukan haram penjualannya sesama muslim sahaja), yang demikian kerana golongan Kafir juga diperintahkan dan dipertanggungjawabkan ke atas mereka segala ketentuan Usul Syari‘at (yakni perkara pokok ajaran Syari‘at, cabang-cabangnya, segala perintah dan begitu juga larangannya.

2. Kata Syeikhul Islam: Ia (penjualannya) adalah haram meskipun seandainya ia hanya berupa sangkaan yang kuat (di sisi si penjual) dengan adanya tanda-tandanya (bahawa ia akan digunakan untuk pembikinan arak) dan itulah yang nyata daripada nas Imam Ahmad dan di dalam al-Insaf dinyatakan bahawa inilah yang benar (daripada pendapat Imam Ahmad).

3. Firman Allah:

Ertinya: dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. (Al-Qur’an, Surah al-Ma’idah: 5:2)
Kata Imam Ibn al-Qayyim:

Telah nyata dalil-dalil Syari‘at yang membuktikan bahawa matlamat atau tujuan diambil kira dalam perlaksanaan aqad-aqad dan ia ada kesannya terhadap aqad daripada sudut sah dan fasidnya serta halal dan haramnya.
4. Diqiyaskan kepadanya setiap apa yang membantu dan menjurus ke arah maksiat seperti alat-alat hiburan dan muzik, menyewakan/mempersewakan ruang untuk pusat minuman keras yang menjual/menyediakan arak dan rokok, penyewaan rumahnya yang dipersewakan kepada orang yang menjadikannya sarang pelacuran dan perkara-perkara yang merosak dan meruntuhkan akhlaq ataupun bertugas di badan-badan atau syarikat yang menguruskan riba dan banyak lagi, maka segalanya itu adalah haram ke atas seseorang itu bilamana ia yakin ataupun mempunyai sangkaan yang kuat dengan selok-belok yang menjurus kepada perkara-perkara yang haram itu.

5. Ada beberapa perkara yang boleh digunakan pada jalan kebaikan dan boleh pula disalahgunakan pada keburukan, misalnya radio dan televisyen serta bahan rakaman dan seumpamanya, maka ini semua tidak haram sebab dalam pada ia ada padanya keburukan namun padanya juga terdapat kebaikan dan kemaslahatan dan banyak benda/perkara yang ada padanya mafsadah/keburukan dan kemaslahatan.

Perkara-perkara atau benda-benda seperti ini tidak ditentukan hukumnya sebagai haram semata-mata secara mutlak, malah anda akan hanya menghukumkannya haram bilamana anda mengetahui dengan pasti ataupun anda punya sangkaan yang kuat bahawa pembelinya tidak membelinya kecuali untuk melakukan dan mendapatkan yang haram sahaja semata-mata. (Tawdiehul Ahkaam: hadis no: 696)
  
WalLahu a‘lam

Daripada nukilan itu tadi,

1. keadaan saudari sebenarnya tidak kena mengena dengan "pembikinan arak" sebab saudari menyatakan: "the engineer to service the co2 plants which are being used by the breweries" plants yang digunakan tersebut bukan untuk pembikinan arak. Pekerjaan saudari tidak terkait yang haram pada sudut ini.

2. Adapun jika "plants" tersebut adalah salah satu bahan pembikinan arak maka ada sudut "bantu membantu membuat arak" dan jika demikian, maka hukumnya haram.

3. Jika keadaannya adalah seperti no: 2 itu tadi, saudari boleh membuat rayuan kepada pihak majikan untuk mengecualikan saudari daripada "peranan permohonan visa" sedangkan tugas yang lain tidak terjejas. Sebagaimana seorang kenalan saya melakukan demikian. Beliau seorang designer pelukis iklan, beliau meminta dikecualikan daripada melukis yang haram dan majikan beliau memahami dan mengizinkan.

Wallahu a'lam
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts