Thursday, November 27, 2014

02. Doa ketika menaiki kenderaan

Daripada kebiasaan perbuatan Rasulullah, baginda bertakbir (mengucapkan “Allahu akbar”) 3 kali apabila keluar untuk bermusafir sebaik sahaja baginda berada di atas unta tunggangan baginda. Kemudian baginda mengucapkan (berdoa):

  , سُـبْحَـانَ الَّـذِي سَـخَّـرَ لَـنَـا هَـذَا وَمَـا كُـنَّـا لَـهُ

 مُـقْـرِنـِيـنَ وَإِنَّـا إِلَى رَبِّـنَـا لَـمُـنْـقَـلِـبُـونَ  -

maksudnya: “Maha suci Dzat yang telah menundukkan (kenderaan) ini yang kami asalnya tiadalah mampu untuk mengenderainya dan sesungguhnya kami pasti kembali kepada Tuhan kami.” [1]



[1] Riwayat Muslim (as-Sahih: al-Hajj: 2392), at-Tirmidzi (as-Sunan: al-Da‘awat: 3369), Abu Dawud (as-Sunan: al-Jihad: 2232), Ahmad (al-Musnad: 6086), ad-Darimi (as-Sunan: al-Isti’dzan: 2557) – Lafaz ini di sisi periwayatan Imam Muslim.
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts