Monday, December 1, 2014

07. Doa ketika memasuki Masjid Nabawi, Masjidil Haram dan masjid- masjid lainnya dengan langkah kanan bacalah:

Dengan langkah kanan memasuki bangunan Masjid, bacalah:

بِـسْـمِ اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى رَسُـوْلِ اللهِ ، 

اَللَّـهُمَّ افْـتَـحْ لِـيْ أَبـْوَابَ رَحْمَـتِكَ


maksudnya: “Dengan nama Allah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, bukakanlah bagi ku pintu-pintu rahmat Mu.” [1]

Perhatian: sebaik sahaja memasuki Masjid An-Nabawi, lakukanlah 2 rakaat solat  Tahiyatul Masjid, sebaik-baiknya di ar-Raudah [terletak di antara kubur Nabi  (asalnya kedudukan rumah Rasulullah bersama isteri baginda, 'Aisyah) dengan Mimbar Nabi .

Berkenaan ar-Raudah ini, baginda pernah menjelaskan kelebihannya (maksudnya): Di antara rumah ku dan mimbar ku adalah sebuah taman daripada taman-taman syurga [2] ] [3]








[1]  Riwayat Muslim: 1/494
[2] Riwayat al-Bukhariy: 3/70 dan Muslim: 2/1010 – namun tidak bererti ada apa-apa petunjuk pada hadis ini bahawa doa di tempat ini mustajab, malah yang utama adalah solat sunnat padanya. Adapun solat Fardu maka yang lebih utama adalah saf paling hadapan dan sebelah kanannya sebagaimana penjelasan ramai ulama terkemuka berpandukan hadis-hadis sahih.
[3]  Sila lihat gambar kawasan ar-Raudah di dalam Masjid Nabawi di bahagian Ilustrasi pada bahagian terakhir buku ini.
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts