Monday, December 1, 2014

08. Tatacara Ziarah Kubur Nabi & kedua Sahabat Teragung, Abu Bakar & Umar

Sewaktu menziarahi Kubur Nabi (sollalLaahu 'alaihi wa sallam)  dan kedua Sahabat; Abu Bakar as-Siddiq dan ‘Umar bin al-Khattab (radhiyalLaahu 'anhumaa) lakukanlah yang berikut:


i.  dari ar-Raudah dengan menjadikan kiblat di sebelah kanan, Hujrah (tempat kubur) di sebelah kiri jalan menuju ke kawasan Hujrah (kamar kuburan - ada 3 bahagian jeriji berwarna emas, hanya yang tengah sahaja yang terdapat ketiga- tiga kubur yang mulia - Sila lihat gambar di bawah).


ii.  Apabila berada di hadapan kubur, dengan menoleh ke kiri ke arah kubur, sedang kiblat masih di sebelah kanan dan kubur di sebelah kiri, dengan suara dan cara yang penuh beradab dan insaf, ucapkanlah:


اَلسَّـلاَمُ عَـلَـيْكَ أَيُّـهَا النَّـبِيُّ وَ رَحْـمَةُ اللهِ وَ بَرَكاَتُـهُ ،


 اَللَّـهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّـيْتَ عَلَى  آلِ 


إِبْـرَاهِـيْمَ إِنَّـكَ حَـمِيْدٌ مَـجِـيْدٌ ، اَللَّـهُمَّ بَـارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ 


وَ عَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَـارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْـرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ 


      maksudnya: “Salam sejahtera ke atas mu wahai Nabi, semoga rahmat dan keberkahan kurniaan dari Allah dikurniakan ke atas mu. Ya Allah, kurniakanlah kesejahteraan dan rahmat Mu kepada Muhammad dan keluarga serta umat Muhammad sebagaimana yang telah Engkau kurniakan kepada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia dan kurniakanlah keberkahan kepada Muhammad dan keluarga serta umat Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.”


iii.    Kemudian langkah setapak ke hadapan lalu ucapkan:


اَلسَّـلاَمُ عَلَـيْكَ يَـا خَـلِيْـفَـةَ رَسُـوْلِ اللهِ أَبَـا بَكْـرٍ 


الصِّـدَّيْـقِ رَضِـيَ اللهُ عَـنْكَ 

      maksudnya: “Salam kesejahteraan buat mu wahai Khalifah Rasulullah Abu Bakar as-Siddieq, semoga Allah senantiasa redha ke atas mu.”

iv.    kemudian langkah lagi setapak dan ucapkanlah:

اَلسَّـلاَمُ عَـلَيـْكَ يَـا أَمِـيْرَ الْمٌؤْمِـنِـيْنَ عُمَرَ بْنِ الْخَـطَّابِ


 رَضِيَ اللهُ عَـنْكَ 


    ertinya: “Salam kesejahteraan ke atas mu wahai ketua mukminin, ‘Umar bin al-Khattab, semoga Allah sentiasa meredhai mu.”

v. Beredar dari situ dengan tenang dan rasa rendah diri serta insaf kerana kita baru sahaja selesai menziarahi insan-insan yang paling mulia di sisi Allah lagi dikasihinya, yang telah dijamin tempat mereka di syurga, semasa mereka masih di dunia ini, sedangkan kita tidak tahu, samada kita akan diselamatkan dari azab kubur dan azab neraka Allah ataupun tidak. Semoga Allah merahmati kita semua dan menjadikan kita dapat mendampingi mereka di Akhirat kelak, dengan rahmatNya yang Maha Luas.[1]








[1] Diringkaskan dan diterjemahkan daripada penerangan kitab Mursyid al-Mu‘tamir wa al-Haj wa az-Za-ir oleh Sa ‘ied bin Wahf al-Qahtaniy: hlm. 137-140 dan Majmu‘ Fatawa al-‘Allamah Ibn Baz.   
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts