Thursday, December 4, 2014

13. Berihram untuk Umrah - Memulakan keadaan Ihram, selaku Tetamu Allah

Apabila telah menaiki semula kenderaan ketika kenderaan mula bergerak (dengan Niat di hati, berihram untuk melaksanakan 'Umrah), ucapkanlah pengisytiharaan memulakan Ihram untuk melaksanakan umrah (bukan melafazkan niat) sebagai berikut:


لَـبَّـيْكَ اللَّـهُمَّ عُمْـرَةً

maksudnya: “Aku menyahut seruan Mu Ya Allah, dengan melakukan  ibadah umrah.”

(Kata Ibn ‘Umar meriwayatkan: Tiadalah Rasulullah  memulakan keadaan berihram kecuali daripada sebatang pokok iaitu ketika unta baginda hendak mula bergerak (meninggalkan Miqat). [1]




[1] Riwayat al-Bukhariy: 3/412 (no: 1552, 1541, 1554), Muslim: 2/843 (no:1186).

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts