Thursday, December 4, 2014

14. Bertalbiah sejurus selepas Ihram

Bertalbiah selepas niat adalah sunnah Nabi (sollalLaahu 'alaihi wa sallam), begitu pula setiap kali memulakan perjalanan semula selepas berhenti di sebuah tempat persinggahan, yakni selama masih belum sampai di sisi Kaabah dan lafaznya ialah:


لَـبَّـيْكَ اللَّـهُمَّ لَـبَّـيْكَ ، لَـبَّـيْكَ لاَ شَـرِيْـكَ لَـكَ لَـبَّـيْكَ ، 
إِنَّ الْحَـمْـدَ وَ النِّـعْـمَـةَ لَـكَ وَ الْمُـلْـكَ، لاَ شَـرِيْـكَ لـَكَ


maksudnya: “Aku menyahut seruanMu Ya Allah, aku menyahut seruanMu tiada sekutu bagi Mu aku menyahut seruanMu. Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan adalah milik Mu. Tiada sekutu bagi Mu.”[1]




[1]  Riwayat al-Bukhariy: 3/408 dan Muslim: 2/841
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts