Thursday, December 4, 2014

15. Niat dan Penjelasan Lanjut (b) Umrah/Haji Badal

b. umrah/haji mewakili yang lain (badal)

Syaratnya:
Pertama: orang yang melakukan “badal” ini mestilah orang yang telah yakni pernah melaksanakan ibadah umrah/haji untuk dirinya sendiri.
Kedua: Hanya 1 orang sahaja yang boleh diwakilinya
KetigaIa menjatuhkan niat berikut:

 لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ عُمْرَةً عَنْ .......

maksudnya:“Aku menyahut seruan Mu Ya Allah, dengan melakukan ibadah umrah mewakili…(sebutkan nama orang yang diwakilinya itu).”

KeempatSegala pantang larang dan kewajipan ditanggung olehnya bukan ke atas pihak yang diwakilinya.

Yang demikian berasaskan kepada hadis Ibn ‘Abbas: Bahawasanya Rasulullah telah mendengar seorang lelaki mengucapkan: “Labbaika ‘an Syubrumah (aku sahut seruanMu untuk/bagi pihak Syubrumah)”, maka baginda bertanya kepadanya: “Siapa Syubrumah?” Jawab lelaki itu: “Saudara saya – atau  kerabat saya” Tanya Nabi lagi: “Pernahkah anda tunaikan haji buat diri mu sendiri?” Jawabnya: “Tidak (pernah). Sabda baginda: “Buat haji untuk diri mu sendiri dahulu, kemudian (baru boleh anda buat) untuk Syubrumah (pada musim/tahun haji yang lain)[1]


[1]Riwayat Ahmad, Abu Dawud dan Ibn Majah. al-Albaniy menghukumkannya Sahih. – Sahih Abie Dawud: 1/34 dan al-Irwa’: 4/171.

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts