Thursday, December 4, 2014

15. Niat dan Penjelasan Lanjut (d) Bersyarat selepas berniat Ihram

d. bersyarat bagi yang khuatir sakit/terhalang sehingga tidak dapat menyempurnakan 'Umrah atau Hajinya

Perkara ini digalakkan untuk dilakukan oleh orang yang sakit ketika akan berihram atau yang diselubungi kekhuatiran tidak dapat menyempurnakan umrah/hajinya iaitu Nabi mengajarkan agar ia mengucapkan sejurus selepas berniat ihram:

فـَإِنْ حَـبَسَـنِي حَـابِـسٌ فَمَحِـلِّي حَـيْثُ حَـبَـسْـتَـنِي 


Maksudnya: seandainya aku dihalangi oleh suatu halangan (sehingga tidak mampu menyempurnakan umrah/haji yang telah aku niatkan ini) maka tempat aku bertahallul (halal daripada segala pantang larang ihram) adalah di mana sahaja Kau jadikan aku terhalang (tidak dapat menyempurnakan ibadah ini) [1]

Biasanya mereka yang berpegang pada kefahaman bahawa “Wanita haid tidak boleh jatuhkan niat” mengajarkan syarat ini kepada wanita yang bersih ketika ihram, tetapi khuatir akan mengalami haid sebelum sampai ke kota Mekkah. Namun telah dijelaskan bahawa ajaran yang demikian itu, tidak menepati as-Sunnah.


[1] Riwayat al-Bukhaari dan Muslim


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts