Monday, December 8, 2014

19. Ketika memasuki Masjidil Haram

Masuk ke Masjidil Haram dengan langkah kanan dan doa masuk masjid:

بِـسْـمِ اللهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ ، وَ الصَّلاَةُ وَ السَّلاَمُ عَلَى رَسُـوْلِ اللهِ ، 


اَللَّـهُمَّ افْـتَـحْ لِـيْ أَبـْوَابَ رَحْمَـتِكَ

      
maksudnya: “Dengan nama Allah, segala pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas Rasulullah. Ya Allah, bukakanlah bagi ku pintu-pintu rahmat Mu.”. [1]



Sekiranya belum solat sesuatu dari solat fardhu ketika di dalam perjalanan, maka tunaikanlah solat dahulu. Setelah itu, langsung menuju ke sisi Kaabah dan pastikan daripada arah mana mendatangi Kaabah, agar mudah keluar untuk pulang nanti.

Perhatian: Adapun apa yang dikatakan oleh sebahagian orang bahawa Masjidil Haram tiada solat Tahiyatul Masjid di dalamnya, maka itu adalah silap.
Solat Tahiyatul Masjid tidak dikerjakan oleh mereka yang masuk Masjidil Haram untuk Tawaf. Sebabnya, Tawaf adalah lebih utama. Lagipun, mereka akan lakukan 2 rakaat Solat Sunnat selepas Tawaf.

Tetapi, jika mereka memasuki Masjidil Haram bukan untuk Tawaf, maka sayugianya mereka lakukan 2 rakaat Tahiyatul Masjid. Jika masjid yang lain disyari‘atkan dan dituntut Tahiyatul Masjid, masakan masjid yang paling utama di muka bumi tidak disyari‘atkan Tahiyatul Masjid padanya?

Adapun hadis yang menjadi buah mulut orang:

" تحية البيت الطواف"

Maksudnya: Tahiyah (memuliakan) Ka‘bah adalah dengan melakukan Tawaf (yang disimpulkan: tiada tahiyat masjid, maka yang dilakukan samada tawaf atau masuk langsung duduk tanpa solat tahiyatul masjid)”

Maka ia adalah sebuah hadis yang tidak ada asalnya – hadis palsu dusta.[2]




[1]  Riwayat Muslim: 1/494
[2]  Silsilah al-Ahadiets ad-Da‘iefah: hadis no: 1012, Bughyat al-Mutatawwi‘ fi Solat at-Tatawwu‘ (terjemahan): 111. 

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts