Monday, December 8, 2014

20. Doa ketika melihat Kaabah

Di sisi Kaabah


Perhatian: Tiada doa tertentu ketika melihat Kaabah kerana ia tidak dilakukan oleh Nabi . Pada ketika ini hendaknya diberhentikan bacaan Talbiah.

Apabila melihat Kaabah, dibolehkan mengangkat kedua belah tangan[1] sebagaimana yang dilakukan oleh Ibn ‘Abbas dan berdoa dengan doa ‘Umar:

<   اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ >
    
    maksudnya: “Ya Allah Engkaulah As-Salaam, daripada Mu keselamatan dan hidupkanlah kami wahai Tuhan kami dengan keselamatan.” [2]

Bagi kaum lelaki, hendaknya memakai ihram cara ‘idhthiba’ (mendedahkan bahu kanan dengan menyelitkan hujung kanan kain ihram dari bawah ketiak dan disangkutkan pada bahu kiri) selama di dalam tawaf 7 pusingan.




[1] Perbuatan Ibn ‘Abbas dengan riwayat yang sahih. Adapun riwayat yang menyatakan ia daripada perbuatan Nabi, maka semuanya adalah  tidak sahih – Manasik al-Hajj wa ‘Umrah oleh al-‘Allamah al-Albaniy: 20
[2] Ibid.
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts