Monday, December 8, 2014

22. Solat selepas Tawaf

[1]Setelah selesai 7 pusingan, segera menuju ke Maqam Ibrahim untuk mendirikan 2 raka‘at Solat selepas Tawaf di belakangnya sambil membaca:

وَ اتَّخِذُواْ مِنْ مَّقَامِ إِبْرَاهِيْمَ مُصَلًّى >
      
maksudnya: “Dan ambillah Maqam Ibrahim sebagai tempat solat.”

Bacalah pada rakaat pertama setelah al-Fatihah, surah al-Kafirun 

قل يا أيها الكافرون dan pada rakaat kedua pula al-Ikhlas 

قل هو الله أحد”.


Perhatian: Adapun jika keadaan sesak, tiada salahnya melakukan solat sunnat tawaf di tempat lain. Sebab, jika solat kita mengganggu orang yang sedang bertawaf, kita akan berdosa dan solat kita juga akan terganggu. [2]

Setelah itu, minumlah air Zam-zam sambil berdoa dengan apa saja yang diingini dan kembali mengucup Hajar Aswad jika mampu. Jika tidak, tidak perlu beri isyarat.



[1] Sebagaimana yang diperincikan dalam Mursyid al-Mu‘tamir wa al-Haj wa az-Za-ir: hlm.93.
[2] Ibid., Bughyat al-Mutatawwi‘ fi Solat at-Tatawwu‘ (terjemahan): 189-190


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts