Monday, December 8, 2014

Himpunan Doa-doa daripada al-Qur’an dan as-Sunnah as-Sahihah

Himpunan Doa-doa daripada al-Qur’an dan as-Sunnah as-Sahihah

Syarat-syarat ketika berdoa:
1.   Ikhlas
2.   Mutaba‘ah (mengikut Sunnah Nabi)
3.   Yakin kepada Allah bahawa Allah akan memperkenankan doa dan Maha Pemurah, tidak mempersia-siakan amalan hambaNya  
4.   Hati yang sedar dan penuh tumpuan  
5.   Bersungguh-sungguh dalam permintaannya kepada Tuhannya


Di antara Adab-adab dalam berdoa: Mulakan dengan:

الْحَمْدُ ِلله رَبِّ الْعَالَمِيْنَ اَللَّهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ وَ بَارِكْ عَلىَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ 
مُحَمَّدٍ، يَا رَبِّي لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَ عَظِيْمِ سُلْطَانِكَ

Diakhiri dengan:

وَ صَلَّى الله ُعَلىَ مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ سَلَّمْ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن


Antara doa-doa yang terbaik untuk dipintakan kepada Allah:

·        رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنْ الْخَاسِرِينَ
"Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".[1]

·        رَبِّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَسْأَلَكَ مَا لَيْسَ لِي بِهِ عِلْمٌ وَإِلَّا تَغْفِرْ لِي 

وَتَرْحَمْنِي أَكُنْ مِنْ الْخَاسِرِينَ
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi". [2]

·        رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَنْ دَخَلَ بَيْتِي مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ 

وَالْمُؤْمِنَاتِ
"Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); "[3]

·        رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
"Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan kedua ibu bapaku serta orang-orang yang beriman, pada hari perhitungan amal"[4]

·        رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ 

وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".[5]

·        رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.[6]

·        رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
"Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu golongkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)".[7]

·        رَبَّنَا لَا تَجْعَلْنَا فِتْنَةً لِلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ وَنَجِّنَا بِرَحْمَتِكَ مِنْ الْقَوْمِ 

الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir".[8]

·        رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا

عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Ampunkanlah dosa-dosa kami dan perbuatan kami yang melampau dalam urusan kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami (dalam perjuangan); dan tolonglah kami mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.[9]

·        رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
"Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan ugama kami".[10]

·        رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً

إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang Maha Pengurnia lagi melimpah-limpah pemberianNya.[11]

·        رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
"Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa”.[12]

·        رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ 

فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu".[13]

·        رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا 

كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ 

عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".[14]

·        رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".[15]

·        رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ وَتُبْ عَلَيْنَا

إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui; dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani".[16]

·        اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
“Ya Allah, sungguh aku mohon kepadaMu agar dikurniakan Petunjuk, Taqwa, Pemeliharaan maruah dan rasa cukup dengan KurniaanMu”. [17]

·        اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَالْهَرَمِ وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ وَمِنْ 

فِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى 

وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْفَقْرِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ 

اللَّهُمَّ اغْسِلْ عَنِّي خَطَايَايَ بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّ قَلْبِي مِنَ الْخَطَايَا 

كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا 

بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ
“Ya Allah, sungguh aku mohon Perlindungan Mu daripada sifat malas dan nyanyuk, daripada dosa dan bebanan hutang, daripada fitnah kubur dan azab kubur, daripada keburukan fitnah kekayaan dan aku juga berlindung kepada Mu daripada fitnah kemiskinan dan aku berlindung kepada Mu daripada fitnah al-Masih ad-Dajjal. Ya Allah, sucikanlah daku daripada kesalahan-kesalahanku dengan air, salju dan air batu dan bersihkanlah hatiku daripada dosa-dosa sebagaimana Engkau bersihkan pakaian putih daripada kotoran dan jauhkanlah di antara diri ku dan dosa-dosa ku sejauh mana Engkau telah pisahkan di antara Timur dan Barat.”[18]

·        اللَّهُمَّ أَصْلِحْ لِي دِينِي الَّذِي هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِي وَأَصْلِحْ لِي 

دُنْيَايَ الَّتِي فِيهَا مَعَاشِي وَأَصْلِحْ لِي آخِرَتِي الَّتِي فِيهَا مَعَادِي 

وَاجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِي فِي كُلِّ خَيْرٍ وَاجْعَلِ الْمَوْتَ رَاحَةً لِي مِنْ كُلِّ شَرٍّ
“Ya Allah, perbaikkan bagi ku agama ku yang merupakan pegangan pelindung ku dan perbaikkan bagi ku dunia ku yang menjadi tempat usaha selama hidup ku dan perbaikkan bagi ku akhirat ku yang menjadi tempat kembali ku dan jadikanlah kehidupan ini bagi ku suatu penambahan pada segala yang baik-baik belaka dan jadikanlah bagi ku kematian itu sebagai suatu kerehatan daripada setiap keburukan.”[19]

·        اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِي تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا 

أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ 

وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ وَمِنْ دَعْوَةٍ لَا يُسْتَجَابُ لَهَا
“Ya Allah, kurniakanlah jiwa ku ketaqwaannya, sucikanlah ia sesungguhnya Engkau sahaja sebaik-baik yang Mensucikannya, Engkaulah Penguasanya yang Membantu dan Membelanya dan juga Penjaganya. Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak dapat khusyu‘ dan takut (kepada Mu) dan daripada nafsu yang sentiasa rakus dan daripada doa yang tidak diperkenankan.” [20]

·        اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ 

وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
“Ya Allah, sungguh aku mohon perlindungan Mu daripada hilangnya kurniaan Ni‘mat Mu dan berubahnya pemberian Kesejahteraan Mu dan kedatangan pembalasan hukuman Mu secara mendadak dan daripada segala kemurkaanMu.[21]

·        اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا عَمِلْتُ وَشَرِّ مَا لَمْ أَعْمَلْ
“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepada Mu daripada keburukan setiap apa yang telah aku lakukan dan keburukan apa sahaja yang belum aku lakukan.” [22]

·        اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
“Ya Allah, Tuhan yang memutar balikkan hati-hati manusia, arahkan hati-hati kami kepada ketaatan kepada Mu.” [23]

·        اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا أَللَّهُ [بِأَنَّكَ] الْوَاحِدُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ 

الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي 

إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
“Ya Allah, sungguh aku mohon kepada Mu, ya Allah, Tuhan yang Satu, yang Esa, Tempat bergantung yang Mutlaq, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada satu apa pun yang setara denganNya, agar Engkau ampunkan dosa-dosa ku kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [24]

·        اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ 

وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ 

وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَعُوذُ بِكَ 

مِنَ النَّارِ وَمَا قَرَّبَ إِلَيْهَا مِنْ قَوْلٍ أَوْ عَمَلٍ وَأَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ مَا 

سَأَلَكَ عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ (نَبِيُّكَ) مُحَمَّدٌ وَأَسْتَعِيذُكَ مِمَّا اسْتَعَاذَكَ مِنْهُ 

عَبْدُكَ وَرَسُولُكَ مُحَمَّدٌ  وَأَسْأَلُكَ مَا قَضَيْتَ لِي مِنْ أَمْرٍ أَنْ تَجْعَلَ 

عَاقِبَتَهُ رَشَدًا [خَيْراً ]
“Ya Allah aku pohon kepada Mu segala kebaikan, baik pada masa terdekat mahupun jangka panjang, baik yang aku tahu atau yang tidak aku ketahuinya dan aku berlindung kepada Mu daripada segala keburukan baik pada masa terdekat mahupun jangka panjang, baik yang aku tahu atau yang tidak aku ketahuinya dan aku pinta kepada Mu (agar dimasukkan ke) syurga dan apa-apa sahaja yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun amalan dan aku berlindung kepadaMu daripada Neraka dan apa-apa sahaja yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan mahupun amalan dan aku mohon kepada Mu apa jua kebaikan yang telah dipintakan kepada Mu oleh hamba dan utusan (rasul/nabi) Mu, Muhammad dan aku memohon perlindugan Mu apa jua keburukan yang telah dipinta perlindungannya daripadanya kepada Mu oleh hamba dan utusan (rasul/nabi)Mu, Muhammad dan aku mohon agar apa sahaja yang Engkau telah tetapkan dengan Qada’ Mu untukku agar Engkau jadikan semua kesudahannya [kebaikan belaka] terpimpin (dengan BimbinganMu).” [25]

·        اللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَا يَحُول ُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعَاصِيكَ 

وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَا بِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِينِ مَا تُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مُصِيبَاتِ 

الدُّنْيَا وَمَتِّعْنَا بِأَسْمَاعِنَا وَأَبْصَارِنَا وَقُوَّتِنَا مَا أَحْيَيْتَنَا وَاجْعَلْهُ الْوَارِثَ مِنَّا 

وَاجْعَلْ ثَأْرَنَا عَلَى مَنْ ظَلَمَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى مَنْ عَادَانَا وَلَا تَجْعَلْ مُصِيبَتَنَا

فِي دِينِنَا وَلَا تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّنَا وَلَا مَبْلَغَ عِلْمِنَا وَلَا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا

مَنْ لَا يَرْحَمُنَا
“Ya Allah, berikan bahagian kepada kami daripada sifat takut kepada Mu, apa yang menghalang kami daripada perbuatan maksiat/derhaka terhadap Mu dan daripada sifat taat kepada Mu apa yang mencapaikan kami ke Syurga Mu dan daripada sifat yakin apa yang menjadikan kami merasa mudah menghadapi segala musibah keduniaan, dan jadikan kami memanfaatkan pada yang baik, pendengaran kami, penglihatan kami dan tenaga kekuatan kami selama Engkau menghidupkan kami dan jadikannya kekal bagi kami hingga saat kematian kami dan jadikanlah balasan dan kemarahan kami ke atas orang yang menzalimi kami dengan kami tidak berlaku zalim dan bantulah kami mengatasi golongan yang memusuhi kami dan janganlah Kau jadikan musibah kecelakaan kami itu pada urusan agama kami dan jangan pula Engkau jadikan Dunia sebagai tumpuan yang utama dan terbesar kami dan bukan pula tujuan dan matlamat (dalam pencarian) ilmu kami serta jangan Engkau biarkan orang yang tiada belas ihsan menguasai kami.[26]

·        اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِي بِيَدِكَ 

مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ 

نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي 

عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي وَنُورَ صَدْرِي وَجِلَاءَ حُزْنِي 

وَذَهَابَ هَمِّي
“Ya Allah, sungguh aku adalah hambaMu, anak kepada hamba lelaki Mu dan hamba perempuan Mu, ubun-ubun kepala ku di Tangan Mu, segala Ketentuan Mu tetap berlaku atas diriku, sungguh Maha Adil segala Qada’ Mu untuk ku, aku bermohon dengan setiap Nama Mu yang menjadi Milik Mu, samada yang Engkau namakan Dzat Mu Yang Mulia dengan Nama itu, atau Engkau telah ajarkan Nama itu kepada salah satu daripada ciptaan Mu, ataupun yang telah Engkau turunkan dalam Kitab Mu mahupun apa yang Engkau selindungi dengan Ilmu Ghaib di sisi Mu, agar Engkau menjadikan al-Qur’an sumber pancuran hatiku dan cahaya penerang dadaku, pelenyap kesedihan ku dan penghapus kegusaran ku.[27]

·        اللَّهُمَّ بِعِلْمِكَ الْغَيْبَ وَقُدْرَتِكَ عَلَى الْخَلْقِ أَحْيِنِي مَا 

عَلِمْتَ الْحَيَاةَ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا عَلِمْتَ الْوَفَاةَ خَيْرًا لِي اللَّهُمَّ 

وَأَسْأَلُكَ خَشْيَتَكَ فِي الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ وَأَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا 

وَالْغَضَبِ وَأَسْأَلُكَ الْقَصْدَ فِي الْفَقْرِ وَالْغِنَى وَأَسْأَلُكَ نَعِيمًا لَا يَنْفَدُ وَأَسْأَلُكَ 

قُرَّةَ عَيْنٍ لَا تَنْقَطِعُ وَأَسْأَلُكَ الرِّضَاءَ بَعْدَ الْقَضَاءِ وَأَسْأَلُكَ بَرْدَ الْعَيْشِ بَعْدَ 

الْمَوْتِ وَأَسْأَلُكَ لَذَّةَ النَّظَرِ إِلَى وَجْهِكَ وَالشَّوْقَ إِلَى لِقَائِكَ فِي غَيْرِ ضَرَّاءَ 

مُضِرَّةٍ وَلَا فِتْنَةٍ مُضِلَّةٍ اللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِينَةِ الْإِيمَانِ وَاجْعَلْنَا هُدَاةً مُهْتَدِينَ

“Ya Allah, dengan Ilmu Mu yang Mengetahui segala yang Ghaib dan Kuasa Mu ke atas segala ciptaan Mu, hidupkanlah aku terus selama mana yang Engkau Mengetahui kehidupan itu baik bagi ku dan matikanlah aku ketikamana yang Engkau Mengetahui kematian itu lebih baik bagi ku. Ya Allah, aku pinta kepada Mu agar dikurniakan ketakutan kepada Mu pada keadaan terselindung mahupun nyata, ucapan yang benar tidak kira ketika senang mahupun marah. Aku mohon kepadaMu kesederhanaan dalam kemiskinan dan kekayaan. Aku minta kepada Mu agar dikurnia perkara-perkara “penyejuk mata” yang tiada putusnya dan aku mohon kepada Mu sifat redha selepas datangnya Qada’ (TakdirMu) dan sungguh aku menagih kehidupan yang nyaman menyenangkan selepas kematian serta aku mohon kepada Mu dianugerahi kelazatan menatap Wajah Mu dan kerinduan kepada Pertemuan dengan Mu tanpa ada kesusahan yang memudaratkan mahupun fitnah yang menyesatkan. Ya Allah, hiasilah kami dengan perhiasan iman dan jadikan kami golongan yang diberi petunjuk lagi menjadi pedoman kepada yang lain.” [28]



[1] Surah al-A‘raf: 7:23
[2] Surah Hud: 11:47
[3] Surah Nuh: 71:28
[4] Surah Ibrahim: 14:41
[5] Surah an-Naml: 27:19
[6] Surah Ibrahiem: 14:40
[7] Surah Ali-‘Imran: 3:53
[8] Surah Yunus: 10:85-86
[9] Surah Ali-‘Imran: 3:147
[10] Surah al-Kahfi: 18:10
[11]Surah Ali-‘Imran: 3:8
[12] Surah al-Furqan: 25:74
[13] Surah al-Hasyr: 59:10
[14] Surah al-Baqarah: 2:286
[15] Surah al-Baqarah: 2:201
[16] Surah al-Baqarah: 2:127 dan 128
[17] HR Muslim (4898)
[18] HR al-Bukhariy (5891), dan Muslim (4877)
[19] HR Muslim (4897)
[20] HR Muslim (4899)
[21] HR Muslim (4899)
[22] HR Muslim (4891, 4892 dan 4893)
[23] HR Muslim (4797)
[24] HR Abu Dawud (835, 1276), an-Nasa-i (1284)
[25] HR Ibn Majah (3836 [nabi], [kebaikan]), Ahmad (23870 [nabi], [kebaikan], 23984 [rasul][ terpimpin] ) – Sahih Ibn Majah: 2/327.
[26] HR at-Tirmidzi (3424) – penjelasan makna-maknanya dpd (al-Mubarakfuri): Tuhfat al-Ahwadzi: 9/379-381 - Sahih at-Tirmidzi: 3/168
[27] HR Ahmad (3528, 4091) – Takhriej al-Kalim at-Toiyib: hlm.73 (Sahih)
[28] HR an-Nasa-i (1288 & 1289) dan Ahmad (17605 – dengan lafaz “Mahdiyien” pada perkataan akhirnya) - Sahih an-Nasa-i: 1/280-281
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts