Monday, December 8, 2014

Tatacara Solat Jenazah (Panduan Ringkas untuk Jemaah Haji & Umrah)

Panduan Solat Jenazah seringkasnya:

1.      Dengan Niat di hati (solatkan jenazah), mengangkat kedua tangan untuk Takbir pertama sahaja
2.      Takbir Pertama: Membaca al-Fatihah
3.      Takbir Kedua: Berselawat;

اللَّـهُمَّ صَلِّ عَلَى مُـحَـمَّـدٍ ، وَ عَلَى آلِ مُـحَـمَّـدٍ ،كَمَا 
صَـلَّـيْـتَ عَلَى آلِ إِبْـرَاهِـيْـمَ، إِنَّـكَ حَـمِـيْـدٌ مـَجـِيـْدٌ،
اللَّـهُمَّ بَــارِكْ عَلَى مُـحَـمَّـدٍ ، وَ عَلَى آلِ مُـحَـمَّـدٍ  
كـَمـا بَـارَكْـتَ عَلَى آلِ إِبْـرَاهِـيْـمَ ، إِنَّــكَ حَـمِـيْـدٌ مَـجِـيْـدٌ


4.      Takbir Ketiga: Mendoakan si Mati (tidak perlu tukarkan lafaznya; lelaki atau perempuan, dengan niat solatkan "si mati");

اللَّـهُـمَّ اغْـفِـرْ لَـهُ وَ ارْحَـمْـهُ ، وَ عَـافِـهِ وَ اعْـفُ عَـنْـهُ ، وَ أَكـْرِمْ نُـزُلَـهُ ،
 وَ وَسِّــعْ مُـدْخَـلَـهُ ، وَ اغْـسِـلْـهُ بِـالْـمَـاءِ وَ الـثَّـلْـجِ وَ الْـبَـرَدِ ،
وَ نَـقِّـهِ مِـنَ الْـخَـطَـايَـا كَـمَـا  نَـقَّـيْـتَ الـثَّـوْبَ الأَبْـيَـضَ مِـنَ الـدَّ نَـسِ ،
 وَ أَبْـدِلْـهُ دَاراً خَــيْـراً مـِنْ دَارِهِ وَ أَهْـلاً خَــيْـراً مِـنْ أَهْـلِـهِ ،
 وَ زَوْجــاً خَــيْراً مِـنْ زَوْجِــهِ ، وَ أَدْخِــلْـهُ الْـجَـنَّـةَ ،
 وَ أَعِـذْ هُ مِـنْ عَـذَابِ الْـقَـبْـرِ ، وَ مِـنْ عَـذَابِ الـنَّــارِ

Boleh juga baca doa berikut, terutama jika solatkan anak kecil iaitu bila diserukan: الصلاة على الطفل...”:

اللَّـهُـمَّ اغْـفِـرْ لِـحَـيِّـنَـا وَ  مَـيِّـتِـنَـا وَ شَـاهِـدِنَـا 

وَ غَـائِـبِـنَـا، وَ صَـغِـيْـرِنَـا وَ كَـبِـيْـرِنَـا ،

وَ ذَكَـرِنَـا وَ أُنْــثَـانَـا، الـلَّـهُـمَّ مَـنْ أَحْـيَـيْـتَـهُ 

مِـنَّـا فَـأَحْـيِـهِ عَـلَى الْإِسْـلاَمِ ، وَ مَـنْ تَـوَفَّـيْـتَـهُ 

مِـنَّـا فَـتَـوَفَّـهُ عَلَى الْإِيْـمَـانِ ، اللَّـهُـمَّ لاَ تَـحْـرِمْـنَـا 

أَجْـرَهُ ، وَ لاَ تُـضِـلَّـنَـا بَـعـْـدَهُ

5.    Takbir Keempat: Memberi Salam 1 kali (paling muka ke bahu kanan sahaja) atau 2 kali (kanan dan kiri), ikut imam.
      
Daripada Ibn Mas‘ud: “Tiga perkara yang Rasulullah biasa melakukannya dan telah ditinggalkan oleh manusia. Salah satu daripadanya adalah memberi salam di dalam solat jenazah sepertimana memberi salam dalam solat lainnya.”[1]




[1] Riwayat Imam al-Baihaqiy (4/43) dengan sanad yang Hasan. Hadis Abu Hurairah:“Bahawasanya Rasulullah  melakukan solat jenazah bertakbir 4 kali dan memberi salam sekali sahaja.” Riwayat al-Imam ad-Daraqutniy (191), al-Hakim (1/360) dan al-Baihaqiy (4/43).
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts