Wednesday, March 4, 2015

02. Mentalqienkan orang yang nazak (memujuknya agar mengucap)



 

13. Apabila telah zahir kelihatan bahawa seseorang itu sedang nazak (المحـتَـضِـر), maka hendaknya mereka yang berada di samping orang yang sedang nazak itu, melakukan perkara-perkara berikut:
a. agar mentalqienkan (yakni berbisik kepadanya, memujuknya agar mengucapkan) lafaz syahadah sebagaimana sabda Rasulullah  :
   لقنوا موتاكم لا إله إلا الله ،[ من كان آخركلامه لا إله إلا الله عند الموت دخل الجنة يوما من الدهر ، 
و إن أصابه قبل ذلك ما أصابه ] 
“Pujuklah orang yang menghadapi maut (sedang nazak) di kalangan kamu dengan [لا إله إلا الله - Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah]. Barangsiapa yang ucapan terakhirnya pada saat kematiannya adalah [لا إله إلا الله] ia masuk ke syurga satu hari dari masa, walaupun ia telah melakukan berbagai perkara sebelumnya.”  
b. agar mendoakannya dan tidak mengatakan atau mengucapkan sesuatu yang buruk di sisinya kerana sabda baginda :
  إذا حضرتم المريض أو الميت ، فقولوا خيرا ؛ فإن الملائكة يؤمِّنون على ما تقولون  
“Jika kamu menziarahi orang sakit atau jenazah, maka katakanlah yang baik belaka kerana para malaikat mengaminkan (mengucapkan: Amien) atas apa sahaja yang kamu ucapkan.”  
14. Bukanlah maksud talqien itu dengan menyebutkan lafaz syahadah untuk diperdengarkan kepada orang yang nazak, sebagaimana yang disangkakan oleh sebahagian pihak, akan tetapi, yang sebenarnya ialah perintah dan pujukan agar ia mengucapkannya. Ini adalah bersandarkan kepada hadis Anas  :
" أن رسول الله   عاد رجلا من الأنصار فقال   يا خال ، قل : لا إله إلا الله  
ففال : أ خال أو عم ؟  فقال :  بل خال  فقال : فخير لي أن أقول لا إله إلا الله؟ 
فقال النبي  :  نعم 
“Bahawasanya Nabi   menziarahi seorang lelaki dari kalangan Ansar yang sedang sakit lalu bersabda: {Wahai bapa saudara (sebelah ibu) ku, ucapkanlah: لا إله إلا الله - Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah}. Tanya beliau: Apakah bapa saudara daripada sebelah ibu atau bapa saudara daripada sebelah ayah?  Maka baginda bersabda: {Bahkan bapa saudara daripada sebelah ibu}. Tanya beliau pula: Apakah baik bagi ku untuk mengucapkan لا إله إلا الله?  Jawab baginda: {Ya}.”  
15. Adapun mengenai bacaan Surah Ya-sin di sisinya, begitu pula menghadapkannya ke arah kiblat, maka tiada suatu riwayat hadis yang sah/Sahih mengenainya. Malah sebaliknya ia dibenci oleh Sa‘ied bin al-Musaiyib  , sehingga beliau katakan: “Bukankah jenazah itu adalah jenazah seorang muslim?!” 
Daripada Zur‘ah bin ‘Abdir Rahman bahawasanya beliau hadir ketika Sa‘ied bin al-Musaiyib sakit sedang di sisinya Abu Salamah bin ‘Abdir Rahman, Sa‘ied jatuh pengsan, maka Abu Salamah memerintahkan agar katilnya di hadapkan ke arah kiblat, lalu Sa‘ied pun tersedar lalu mengatakan: “Kamu ubah tempat pembaringan ku!?” Jawab mereka: Ya. Beliau pun memandang ke arah Abu Salamah lantas berkata: “Aku rasa tentunya daripada kepandaian anda (yang memandai-mandai)?” Jawab Abu Salamah: Aku yang menyuruh mereka! Maka Sa‘ied pun kemudian memerintahkan agar katilnya dikembalikan ke kedudukan asalnya (tidak menghala ke kiblat).
16. Adalah sesuatu yang harus bagi seseorang muslim untuk menghadiri saat kematian orang kafir, untuk menyampaikan dakwah mengajaknya memeluk agama Islam , dengan harapan mudah-mudahan ia memeluk Islam. Demikianlah yang diterangkan oleh hadis Anas  kata beliau:
" كان غلام يهودي يخدم النبي  فمرضى . فأتاه النبي   يعوده ، فقعد عند رأسه ، 
فقال له:   أسلم  ، فنظر إلى أبيه و هو عنده.  فقال له: أطع أبا القاسم  فأسلم ، 
فخرج النبي  و هو يقول:  الحمد لله الذي أنقذه من النار  
[فلما مات قال : صلوا على صاحبكم   ]"    
“Ada seorang anak Yahudi yang pernah berkhidmat kepada Nabi   jatuh sakit. Maka Nabi   pun datang menziarahinya lalu duduk di sisi kepala anak tersebut sambil mengucapkan: {Anutilah agama Islam}. Maka anak itu pun menoleh ke arah bapanya yang berada di sisi
nya, lalu bapanya pun berkata kepadanya: Taatilah (Turutilah perintah) Aba al-Qasim . Maka ia pun masuk Islam. Setelah itu Nabi   keluar seraya bersabda: {Alhamdulillah (Segala pujian bagi Allah) yang telah Menyelamatkannya daripada neraka}. Apabila anak itu meninggal dunia, baginda bersabda menitahkan: {Solatlah kalian ke atas jenazah saudara kamu}.”


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts