Tuesday, March 10, 2015

03. Apa yang perlu dilakukan oleh hadirin sejurus selepas kematian







14. Apabila ia telah menghembuskan nafas yang terakhir dan pasti ruhnya telah diambil  maka mereka yang hadir perlu melakukan perkara-perkara berikut :
a. agar menutupkan kedua matanya sekiranya terbuka dan:
b. agar mendoakannya kerana hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah :
"دخل رسول الله   على أبي سلمة ، و قد شق بصره ، فأغمضه ثم قال:
   إن الروح إذا قبض تبعه البصر ، [فضج ناس من أهله] فقال: لا تدعوا على أنفسكم
إلا بخير ، فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون   ثم قال:
  اَللَّـهُمَّ اغْـفِـرْ لِـأَبي سلمة ، وَ ارْفَـعْ دَرَجَــتَـهُ فِـي الْـمَـهْـدِِيِـيـن ، وَ اخْـلُـفْـهُ فـي عـَقـِبـِهِ فـِي الْـغَـابِـرِيْـن ،
وَ اغْـفِـرْ لَـنَـا وَ لَـهُ يَـا رَبَّ الْـعَـالَـمِـيـن ، وَ افْـسَـحْ لَـهُ فِـي قَـبْـرِهِ ، وََنَـوِّرْ لَـهُ فِـيِـه  
“Rasulullah   masuk menziarahi Abu Salamah, sedang ketika itu kedua matanya terbuka (selepas nyawanya diambil-malaikat maut) maka baginda pun menutupkan kedua matanya lalu bersabda:
{Sesungguhnya ruh itu apabila ia diambil, pandangan mata akan mengekorinya} maka ada orang dari kalangan ahli keluarganya yang mula meraung menangis, lantas baginda pun bersabda: {Jangan kalian berdoa atas diri kalian kecuali yang baik sahaja sebab para malaikat mengaminkan apa yang kamu ucapkan} Kemudian baginda berdoa dengan bersabda: {Ya Allah ampunkanlah Abu Salamah  , tinggikanlah derajatnya di kalangan mereka yang diberi petunjuk, dan peliharalah (sebagai penggantinya) zuriat-zuriatnya dari mereka yang ditinggalkan, ampunilah kami dan dirinya wahai Tuhan Pentadbir seluruh alam, luaskanlah kuburnya baginya dan terangilah beliau dengan cahaya di dalamnya}.”

c. agar menutup jenazahnya dengan kain yang menutupi seluruh badannya berdasarkan hadis ‘A-isyah:
"أن رسول الله  حين تُوفي سجّي بِبُرْدِ حِبَرَةٍ "
“Sesungguhnya Rasulullah  ketika wafat, baginda telah diselubungkan dengan kain al-Hibarah.”

d. Ini (jenazah diselubungkan) adalah untuk selain orang yang meninggal ketika ihram, sebab orang yang muhrim (dalam ihram) tidak ditutup kepalanya dan mukanya berdasarkan hadis Ibn ‘Abbas   kata beliau:
“Ketikamana seorang lelaki sedang berwuquf di ‘Arafah, beliau telah terhumban daripada haiwan tunggangannya dan diinjaknya (oleh haiwan itu, sehingga mengakibatkan beliau meninggal dunia) maka baginda bersabda:
 اغْسِلُوه  بماء و سِدر ، و كَفِّنوه في ثوبين، ( و في رواية : في ثوبيه  [اللذَين أحرم فيهما]...) و لا تُحَنِّطوه،  (و في رواية : وَ لاَ  تُطَيِّبُوه ) و لا تُخَمِّروا رأسه [ و لا وجهه ] ؛ فإنه يُبعث يوم القيامة مُلَبّيا 
“Mandikanlah ia dengan air dan bidara dan kafankanlah ia dengan kedua kain kafan (kain ihramnya) dan jangan kamu kenakan wangi-wangian padanya dan jangan pula kamu tutup kepalanya dan wajahnya, sebab ia dibangkitkan kelak pada Hari Kiamat, dalam keadaan ia bertalbiah.”

e. agar bersegera pula menguruskan jenazahnya dan untuk mengeluarkannya setelah jelas kematiannya kerana hadis Abi Hurairah   yang marfu‘ hukumnya:
 أسرعوا بالجنازة ... 
“Segerakanlah penyelenggaraan jenazah.”

f. agar mengebumikannya di dalam negeri di mana ia meninggal dunia dan tidak usah dipindahkan ke negeri lain, sebab yang demikian itu bercanggah dengan maksud suruhan  bersegera di dalam penyenggaraannya, sebagaimana yang diperintahkan di dalam hadis Abi Hurairah   tadi.
Sebab itulah ‘A-isyah   berkata, sewaktu salah seorang saudaranya meninggal dunia di (lembah) Wadi Al-Habasyah lalu dipindahkan ke tempat lain:
" ما أجد في نفسي ، أو يحزنني في نفسي إلا أني وددت أنه كان دفن في مكانه "
“Tiada yang aku sedihkan kecuali sebabnya aku ingin sekali ia dikebumikan di tempatnya  (di mana ia meninggal).”

Kata al-Imam an-Nawawi   di dalam kitab beliau al-Adzkar:
" و إذا أوصى بأن ينقل إلى بلد آخر لا تنفذ وصيته
فإن النقل حرام على المذهب الصحيح المختار الذي قاله الأكثرون  ، و صرح به المحققون "
“Dan jika ia berwasiat agar ia dipindahkan ke negeri lain maka wasiatnya itu tidak dilaksanakan sebab perpindahan ini adalah haram menurut keterangan pendapat yang sahih/tepat yang terpilih/lebih utama, yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama dan para muhaqqiq pun menegaskan demikian dengan jelas.”

g. agar sebahagian di antara mereka bersegera untuk melunaskan hutangnya dengan apa jua hartanya yang ada, walaupun sekiranya terpaksa digunakan sampai habis. Namun, seandainya ia tidak punya harta, maka pihak berkuasa di negerinya yang bertanggungjawab membantu melunaskannya bagi pihaknya, jika berat tanggungannya. Jika pihak berkuasanya tidak melakukan yang sedemikian itu, lalu ada di antara mereka yang hadir ingin membantu, maka ia diharuskan. Terdapat banyak hadis yang menerangkan masalah ini, yang anda boleh lihat sendiri ada dalam buku yang asal.

Daripada kitab asal asy-Syeikh al-Albaniy  tersebut:
i. Daripada Sa‘ad bin al-Atwal: Bahawasanya saudara lelakinya meninggal dunia meninggalkan 300 dirham, di samping beliau meninggalkan keluarganya yang bergantung padanya, katanya:  “Maka aku pun berhasrat untuk menafqahkan harta itu kepada keluarganya tersebut, maka Rasulullah  menjelaskan kepada ku:   إن أخاك محبوس بدينه [فاذهب] فاقض عنه  
{Sesungguhnya saudaramu terperangkap (terikat amalannya) dengan hutangnya. Pergilah dan lunaskanlah untuknya}
Maka aku pun pergi untuk melunaskan untuknya kemudian aku menemui Nabi dan menjelaskan: Wahai Rasulullah, saya telah pun melunaskannya untuknya kecuali 2 dinar yang dituntut oleh seorang wanita sedangkan beliau tidak punya bukti (untuk isbatkan adanya hutang). Jawab baginda:
 أعطِها فإنها مُحِقّةٌ  وفي رواية : صادقة 
{Berikanlah kepadanya kerana beliau berhak (dlm riwayat lain: jujur)}”
ii. Daripada ‘A-isyah   katanya: Rasulullah   telah bersabda:
 مَن حَمَلَ من أُمّتي دَيناً ، ثم جَهَدَ في قضائه  فمات و لم يَقْضِه فأنا وليُّه 
“Barangsiapa dari kalangan umat ku yang menanggung hutang, kemudian ia berusaha sungguh-sungguh untuk melunaskannya, namun ia meninggal dunia sebelum ia lunaskannya, maka sesungguhnya akulah walinya (penanggungnya).”
[Riwayat Ahmad (6/74) dengan isnadnya Sahih menurut syarat asy-Syaikhain (al-Bukhari dan Muslim)]

* * *



 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts