Tuesday, March 10, 2015

05. Kewajipan kerabat si mati





19. Menjadi kewajipan kerabat si mati, apabila mendapat berita kematian saudaranya untuk melakukan 2 perkara berikut: 
Pertama: Bersabar dan redha dengan Taqdir Allah, sebagaimana Firman Allah Ta‘ala:

“Dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sesuatu dari ketakutan dan kelaparan serta kekurangan pada harta, jiwa(kematian) dan buah-buahan, oleh itu, sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpakan dengan suatu musibah mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya kami semua akan kembali. Mereka itulah yang mendapat selawat dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah golongan yang diberi petunjuk .  

Begitu juga petunjuk hadis Anas bin Malik , yang meriwayatkan:
 “Rasulullah  melintas lalu berdekatan dengan seorang wanita yang sedang menangis di sisi sebuah kubur, lalu baginda mengingatkan beliau:
    اتقي الله  و ا صبري   
{Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah} 
Jawab wanita tersebut: Apa pedulimu, engkau tidak ditimpa dengan musibah yang ditimpakan atas diriku! Wanita itu tidak mengenali baginda. Lalu beliau diberitahu bahawa yang menegurnya adalah Rasulullah! Maka beliau pun jadi takut seperti orang yang berhadapan dengan maut, lalu pergi ke rumah baginda dan beliau dapati tiada penjaga atau pengawal pun di pintu baginda lantas berkata: Wahai Rasulallah, Sesungguhnya saya tidak kenal siapa gerangan tuan hamba tadi. Maka jawab baginda: 
    إن الصبر عند أول الصدمة   
{Sesungguhnya kesabaran (yang sebenar) itu adalah pada ketika mula-mula terkena (ujian)}.”  

Kesabaran dalam menghadapi kematian anak-anak, ganjarannya amat besar. Terdapat banyak hadis yang menerangkannya. Saya sebutkan sebahagian darinya:
Pertama:
     ما من مسلمَين يموت لهما ثلاثة من الولد لم يبلغوا ا لحنث إلا أدخلهم الله  وأبويهم الجنة بفضل رحمته ، قال: و يكونون على باب من أبواب الجنة ، فيقال لهم : ادخلوا الجنة ،
 فيقولون : حتى يجيء أبَوانا ، ، فيقال لهم : ادخلوا الجنة أنتم و أبواكم بفضل رحمة  الله    
“Tiada dua orang muslim, yang kematian tiga orang anak mereka berdua yang belum baligh, kecuali pasti Allah akan masukkan kedua ibu bapa mereka itu ke dalam syurga dengan kelebihan rahmatNya, mereka (anak-anak), akan berada di depan pintu dari pintu-pintu syurga, lalu dipersilakan untuk mereka: Masuklah ke dalam syurga dan mereka akan menjawab: Sehingga kedua ibu bapa kami datang (barulah kami akan masuk). Lantas dikatakan kepada mereka: Masuklah ke dalam syurga, kamu semua bersama kedua ibu bapa kamu, dengan kelebihan rahmat Allah.”  
Kedua: 
      أيما امرأة مات لها ثلاثة من الولد كانوا حجابا من النار   
      قالت امرأة : و اثنان ؟    و اثنان   
“Mana-mana wanita yang kematian 3 orang anaknya, maka mereka (anak-anak) akan menjadi pelindung baginya daripada api neraka” Tanya seorang wanita: Dan (yang kematian) 2 orang anak (juga)? “Dan yang kematian 2 orang anak.” 

Kedua: Beristirja’ yakni mengucapkan:
( إِنـَّا لله وَ إِنـَّا إِلَـيْـهِ راجِـعُون)
Sebagaimana yang disebutkan di dalam ayat tadi. Begitu juga ia menambah dengan ucapan berikut:
    اللَّهُمَّ  أْجُـرْنـِي فِي مُـصِـيْـبَـتـِي  وَ أَخْـلِـفْ لِـي خَـيْـراً مـِنـْهـَا   
“Ya Allah, berilah ganjaran kepada ku di dalam menghadapi musibah ini dan gantikanlah bagi ku, yang lebih baik akibatnya daripadanya.”
berdasarkan hadis Ummu Salamah   di dalam Sahih Muslim dan lainnya.

20. Tidak pula menyalahi maksud bersabar dan tuntutannya, jika seseorang wanita itu langsung meninggalkan perbuatan berhias diri, semata-mata kerana berkabung ketika kematian anaknya atau yang lain, selama tidak melebihi 3 hari. Begitulah kecuali jika kematian suaminya, yang mana hendaknya ia berkabung selama 4 bulan 10 hari, kerana hadis Zainab binti Abi Salamah katanya:
“Saya masuk ke rumah Ummu Habiebah  isteri Rasulullah , lantas beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulullah  bersabda:
   لا يحل لامرأة تؤمن بالله و اليوم الآخر[ أن ] تَحِدَّ على ميت فوق ثلاث ، 
إلا على زوج  أربعة أشهر و عشرا   
{Tidak halal wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian lebih dari 3 hari kecuali atas kematian suaminya selama 4 bulan 10 hari}
Kemudian saya masuk ke rumah Zainab binti Jahsyi pula, ketikamana saudara lelakinya meninggal dunia, maka beliau meminta wangian untuk dikenakan pada dirinya, lalu beliau berkata: Sebenarnya saya tidak berhajatkan pada wangi-wangian ini, cuma semata-mata kerana saya telah mendengar Rasulullah  bersabda:… lalu beliau menyampaikan hadis yang sama.”  
21. Namun seandainya seseorang wanita itu tidak berkabung untuk selain suaminya, demi kesenangan hati suaminya dan demi menunaikan permintaannya, maka itu adalah lebih baik baginya serta diharapkan baginya kebaikan yang banyak kerana itu, sebagaimana yang terjadi kepada Ummu Sulaym dan suaminya Abu Talhah Al-Ansariy , di dalam kisah yang panjang, kalau tidak, tentunya telah saya datangkan kisahnya, maka sebaiknya rujuklah kitab asal. 


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts