Tuesday, March 10, 2015

06. Apa yang diharamkan ke atas kerabat si mati












22. Rasulullah  telah mengharamkan beberapa perkara yang dahulunya, bahkan sekarang ini, dilakukan oleh kerabat si mati. Oleh itu perlu diketahui perkara-perkara tersebut untuk mengelakkannya, maka perlulah dijelaskan:
a) An-Niyahah (Meraung, mendabik-dabik dada dan menampar muka sendiri):
Terdapat banyak hadis yang menjelaskan larangan ini yang boleh dilihat di dalam kitab asal. Antaranya ialah sabda baginda :
    اثنان في الناس هما بهم كفر: الطعن في النسب ، و النياحة علي الميت    الحديث
“2 perkara yang ada pada manusia yang dengannya mereka kufur, mencerca keturunan (menuduh seseorang sebagai anak haram) dan meraung tunjuk perasaan di atas kematian seseorang.”  

b) Menampar-nampar muka
c) dan mengoyakkan kocek; kerana sabda baginda :
    ليس منا من لَطَم الخُدُود ، و شَقّ الجيوب ، و دّعى بدعوى الجاهلية  
“Bukan daripada kalangan kami (umat Islam) orang yang menyepak-tampar muka sendiri dan yang mengoyakkan kocek (pakaian) dan juga yang membuat dakwaan dengan pendakwaan Jahiliyah.”

d) Mencukur atau menggunting rambut, berdasarkan hadis Abi Burdah bin Abi Musa katanya:
“Abu Musa pengsan sewaktu beliau sakit, sedang pada waktu itu, kepala beliau berada di riba salah seorang wanita daripada kalangan ahli keluarganya, maka seorang wanita (lain) daripada kalangan ahli keluarganya meraung , namun beliau tidak dapat berkata apa-apa ketika itu (kerana telah pengsan). Apabila beliau sedar semula, beliau menegaskan: Aku berlepas diri, tiada kena mengena, dengan orang yang Rasulullah sendiri berlepas diri daripadanya, sebab Rasulullah  berlepas diri dari as-Saliqah , al-Haliqah   dan asy-Syaqqah .”

e) Meleraikan rambut berdasarkan hadis salah seorang wanita yang telah berbai‘at kepada Rasulullah   katanya:
“Di antara perkara kebajikan yang Rasulullah  ambil perjanjiannya daripada kami, yang dengannya kami berjanji tidak akan mendurhakai baginda  ialah kami tidak akan menyepak-nyepak muka kerana suatu kematian, tidak pula berdoa meminta kecelakaan, tidak mengoyak-ngoyakkan saku atau baju dan tidak pula sengaja meleraikan rambut kerananya (kematian seseorang)”

f) Membiarkan janggut (tidak memotongnya dan membiarkannya tampak tidak terurus) selama beberapa hari sebagai tanda sedih atas kematian. Apabila telah berlalu hari-hari berkabung tersebut, mereka pun mencukurnya. Perbuatan ini serupa dengan maksud meleraikan atau membiarkan rambut tidak terurus. Tambahan pula ia adalah suatu bid‘ah dan Rasulullah  telah bersabda:
    كل بدعة ضلالة ، و كل ضلالة في النار  
“Setiap bid’ah itu sesat dan setiap yang sesat tempatnya di neraka.”  

Sebagaimana yang sedia diketahui bahawa menghias diri dengan mencukur janggut sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan umat Islam adalah suatu maksiat yang zahir dan nyata dengan kesepakatan para Imam 4 Madzhab dan yang lainnya, kerana ia suatu perbuatan yang bercanggah dengan dalil-dalil Syar‘iyah sebagaimana yang telah saya jelaskan (dengan terperinci) di dalam Adab Az-Zifaf  .

g) Mengiklankan kematiannya melalui mimbar-mimbar masjid dan sebagainya, sebab itu boleh dikira “an-Na‘yu    [النعي], padahal telah jelas sabit daripada Hudzaifah bin Al-Yaman  , yang mana beliau akan mengatakan setiap kali ada kematian:
“Janganlah kalian, walau seorang pun di antara kalian, mengiklankan/mengumumkan kematian ku, sebab aku khuatir ia dikira an-Na‘yu, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah   melarang perbuatan an-Na‘yu.”

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts