Wednesday, March 11, 2015

07. An-Na‘yu atau pengumuman yang diharuskan, diperbolehkan









23. Diharuskan untuk mengiklankan kematian seseorang jika ia tidak dicampuri sesuatu yang menyerupai an-Na‘yu kaum Jahiliyah, bahkan hukumnya menjadi wajib jika tiada sesiapa yang akan menguruskan jenazahnya seperti memandikannya, mengkafankannya, solatkan jenazahnya dan lain-lain lagi daripada haknya. Ini berdasarkan hadis Abu Hurairah :
“Bahawasanya Rasulullah  mengumumkan kewafatan an-Najasyi pada hari beliau wafat…”  

24. Digalakkan bagi si pemberitahu akan berita kematian tersebut agar meminta orang-orang yang disampaikan kepadanya berita itu, supaya memohonkan ampunan buat si mati sebagaimana Rasulullah  menyampaikan kepada khalayak ramai di dalam kisah yang mana baginda  melakukan solat jenazah untuk an-Najasyi:
    استغفروا لأخيكم  
“Mohonkanlah ampunan Allah buat saudara kalian.”
[Akan disebutkan hadisnya kelak di bawah perkara no: 60]
Menurut pendapat saya (asy-Syeikh Al-Albaniy): Adapun apa yang lumrahnya diucapkan oleh orang kebanyakan di beberapa negeri pada zaman sekarang misalnya: “al-Fatihah ke atas ruh fulan” adalah bercanggah dengan as-Sunnah yang dikemukakan tadi, maka ia adalah perbuatan bid‘ah tanpa syak lagi , apatah lagi menurut pendapat yang sahih , pahala bacaan Al-Quran tidak sampai kepada orang yang telah meninggal dunia, sebagaimana yang akan diterangkan kelak, Insya’ Allahu Ta’ala.

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts