Wednesday, March 11, 2015

09. Pujian manusia terhadap si mati











26. Pujian segolongan kaum muslimin yang jujur, terhadap si mati, sekurang-kurangnya 2 orang, daripada kalangan jiran-jirannya yang cukup kenal dengannya dan jiran tetangga tersebut adalah orang-orang yang baik yang berilmu, boleh menjadi suatu sebab bagi orang yang meninggal dunia tersebut untuk dimasukkan ke dalam syurga. Ada beberapa hadis mengenainya:

Pertama: Daripada Anas   katanya:
“Suatu jenazah telah diusung lalu di hadapan Nabi  dan ia telah dipuji dengan yang baik, malah semakin ramai yang turut mengatakan yang baik terhadapnya [Kata mereka: Setahu kami, beliau adalah orang yang cinta kepada Allah dan RasulNya] Maka baginda  pun bersabda:
    وجبت ، وجبت ، وجبت  
“{Telah wajiblah (pasti), telah wajiblah, telah wajiblah}.”

Kemudian, satu jenazah yang lain diusung lalu di hadapan baginda  dan ia telah dicela, malah semakin ramai yang turut mengatakan yang buruk terhadapnya [Kata mereka: Seorang yang amat tidak baik dalam agama Allah. Maka baginda  pun bersabda:
    وجبت ، وجبت ، وجبت  
“{Telah wajiblah (pasti), telah wajiblah, telah wajiblah}.”
‘Umar pun bertanya: Aku jadikan ibu dan bapaku sebagai tebusan wahai Rasulullah, apa gerangannya satu jenazah yang diusung lalu telah dipuji dengan yang baik, maka tuan hamba katakan: Telah wajiblah (pasti), telah wajiblah, telah wajiblah, kemudian satu jenazah lain yang telah dicela orang diusung anda pun katakan: Telah wajiblah, telah wajiblah, telah wajiblah. Maka Rasulullah  pun menjawab dengan bersabda:
    من أثنيتم عليه خيرا وجبت له الجنة،  و من أثنيتم عليه  شرا وجبت له النار [الملائكة شهداء الله في السماء و] أنتم شهداء الله في الأرض، أنتم شهداء الله في الأرض، أنتم شهداء الله في الأرض
(و في رواية: و المؤمنون شهداء الله في الأرض)،
[ إن الملائكة تنطق على ألسنة بني آدم بما في المرء من الخير و الشر] 
“{Sesiapa yang kamu puji dengan kebaikan maka telah wajiblah (pasti) baginya syurga dan sesiapa yang kamu cela maka telah wajiblah (pasti) baginya neraka, [para malaikat adalah saksi-saksi Allah di langit dan] kamu adalah saksi-saksi Allah di muka bumi, kamu adalah saksi-saksi Allah di muka bumi, kamu adalah saksi-saksi Allah di muka bumi (di dalam riwayat lain: orang-orang yang beriman adalah saksi-saksi Allah di bumi), [sesungguhnya para malaikat berbicara dengan lisan/lidah-lidah anak Adam terhadap seseorang daripada kebaikan dan keburukan}{Telah wajiblah (pasti), telah wajiblah, telah wajiblah}.”

Kedua: Daripada Abi al-Aswad ad-Diliy katanya:
“Aku tiba di Madinah, sedang ketika itu ia dilanda wabak dan mereka (penduduk Madinah) meninggal dunia silih berganti, maka saya pergi menghadap ‘Umar bin Al-Khattaab (semoga Allah meredhainya), maka lalu di situ satu jenazah yang diusung dan ia telah dipuji dengan yang baik, ‘Umar pun berkata: Telah wajiblah (pastilah- وجبت), maka saya pun bertanya: Apa yang telah wajib, wahai Amirul Mukminin? Jawab beliau: aku ucapkan sebagaimana yang Nabi   sendiri ucapkan:
  أيما مسلم  شهد له أربعة بخير أدخله الله الجنة   قلنا : و ثلاثة ؟. قال :  و ثلاثة 
 قلنا : و اثنان؟ . قال:  و اثنان  ثم لم نسأله في الواحد
“{Sesiapa sahaja dari kaum muslimin, yang kebaikannya dinyatakan oleh 4 orang saksi, pasti Allah akan masukkannya ke dalam syurga} Kami pun bertanya: Kalau hanya 3 orang. Jawab baginda : {begitu juga 3}. Kami bertanya lagi: Kalau 2 orang? {Dan 2 orang juga}. Setelah itu kami tidak tanyakan kalau cuma satu orang bagaimana.”  

Ketiga:

 ما من مسلم يموت فيشهد له أربعة من أهل أبيات جيرانه الأدنيين أنهم لا يعلمون منه إلا خيرا ،
إلا قال الله تعالى و تبارك : قد قبلت قولكم ، أو قال : بشهادتكم ، و غفرت له ما لا تعلمون 
“Tiada seorang muslim yang meninggal dunia dan baginya 4 orang saksi daripada kalangan ahli keluarga jirannya yang terdekat yang membuat penyaksian bahawasanya mereka tidak tahu tentang dirinya kecuali yang baik belaka, kecuali   pastinya Allah   berfirman: Aku telah menerima penyaksian kalian ataupun Dia  berfirman: Dengan penyaksian kalian maka aku telah ampunkannya atas apa yang kamu tidak tahu mengenai dirinya.”

Ketahuilah, bahawa ketiga-tiga hadis tersebut keseluruhannya menunjukkan bahawa penyaksian ini tidak berbentuk khas bagi para Sahabat sahaja, malah ia merangkumi mereka yang datang selepas zaman Sahabat, daripada kalangan mukminin yang menuruti jejak langkah para Sahabat di dalam soal keimanan, ilmu dan kejujuran. Inilah juga yang ditegaskan oleh al-Hafiz Ibn Hajar   di dalam Fath al-Bari, maka ada baiknya dirujuk kata-kata beliau bagi siapa yang menghendakinya untuk penerangan lanjut.

Tambahan pula, pembatasan penyaksian dengan bilangan 4 orang di dalam hadis yang ketiga, zahirnya adalah sebelum hadis ‘Umar yang sebelumnya, yang di dalamnya menyebutkan cukup bilangan 2 orang sahaja dan itulah yang menjadi pegangan.

Demikianlah, adapun ucapan sebahagian orang sejurus selepas solat jenazah: “Apa yang kita katakan tentang jenazah ini? Katakanlah baik belaka!” Maka jemaah pun menjawab “Baik/Salih” atau “Daripada kalangan orang yang baik-baik” dan sebagainya, maka jelas dan pasti, bukan itu yang dimaksudkan dengan hadis tersebut, bahkan ia suatu bid‘ah yang amat buruk, kerana itu bukan daripada amalan para Salafussolih, sebab jemaah yang membuat penyaksian begitu, lumrahnya tidak kenal dengan si mati, bahkan mungkin membuat penyaksian, beza dengan apa yang mereka tahu tentang diri si mati. Semata-mata melaksanakan permintaan orang yang bertanya: Apa kita katakan tentang jenazah ini?, dengan sangkaan mereka bahawa itu akan mendatangkan manfaat buat si mati dan hasil daripada kejahilan mereka bahawa penyaksian yang bermanfaat hanyalah yang bersesuaian dengan hakikat keadaan yang sebenar pada diri si mati, sebagaimana yang dibuktikan dengan sabda baginda   di dalam hadis yang pertama:  “Sesungguhnya para malaikat berbicara dengan lisan/lidah-lidah anak Adam terhadap seseorang daripada kebaikan dan keburukan}”        

[Tambahan: (penterjemah) Hendaklah pihak yang cuba mempertahankan amalan memberikan persaksian sebagai jawapan kepada pertanyaan: “Apa kita katakan tentang jenazah ini?” dengan menjawab dan menjadi saksi: “Baik”, mengambil berat terhadap pesanan Rasulullah  :
     أَلَا أُنَبِّئُكُمْ بِأَكْبَرِ الْكَبَائِرِ؟... الْإِشْرَاكُ بِاللَّهِ وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ   وَكَانَ مُتَّكِئًا فَجَلَسَ
فَقَالَ   أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ أَلَا وَقَوْلُ الزُّورِ وَشَهَادَةُ الزُّورِ   فَمَا زَالَ يَقُولُهَا حَتَّى قُلْتُ لَا يَسْكُتُ
“Mahukah kalian aku sampaikan tentang dosa-dosa yang paling besar?… Mensyirikkan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa…{kata Abi Bakrah: asalnya baginda bertelekan – yakni hampir berbaring – maka baginda pun jadi duduk tegap – kerana kepentingan perkara yang akan disebutkan kerana lumrahnya manusia menganggapnya remeh – menyambung sabda baginda} Ketahuilah, kata-kata dusta dan persaksian palsu, Ketahuilah kata-kata dusta dan persaksian palsu (di antara dosa yang paling besar)  {baginda terus-terusan mengulanginya sehingga aku – dalam sebahagian riwayat: kami – katakan: mungkin baginda tidak akan berhenti mengulanginya}.”
(Riwayat al-Bukhariy: K: al-Adab; 5519 – lafaz ini, 5520, ad-Diyat; 6363, 6408, Muslim: K: al-Ieman; 126, 128 dan para Ahli Hadis lainnya)

Maka membuat penyaksian atau mengemukakan kesaksian ketikamana diminta tetapi dengan kesaksian tanpa pengetahuan dan tidak benar, misalnya jika si mati yang disolatkan itu, mati dalam keadaan sedang bermaksiat dan pada hakikatnya orang yang tidak pernah solat atau berpuasa kerana sikapnya yang tidak mempedulikan hukum-hukum Allah, lalu orang-orang yang telah melakukan solat jenazah ke atasnya membuat penyaksian bahawa ia adalah “hamba Allah yang baik/Salih”, maka mereka telah terjebak di dalam perkara yang Rasulullah  sifatkan “Satu Dosa Besar”.]

Meninggal dunia ketika berlakunya gerhana:

27.   Jika kematian seseorang itu serentak dengan berlakunya gerhana matahari atau bulan, maka itu tidak menunjukkan apa-apa yang istimewa. Beri‘tikad bahawa ia menunjukkan atau petanda keagungan/keistimewaan orang yang meninggal dunia itu adalah suatu kepercayaan khurafat Jahiliyah yang telah dibatalkan oleh Rasulullah   ketikamana anak baginda, Ibrahiem, wafat dan kebetulan ketika itu, gerhana matahari berlaku, maka baginda  menyampaikan khutbah kepada para Sahabat  , memuji dan mengagungkan Allah lalu baginda   bersabda:
 أما بعد ، أيها الناس، إن  أهل الجاهلية كانوا يقولون: إن الشمس و القمر لا يخسفان إلا لموت عظيم
و إنهما آيتان من آيات الله ، لا يخسفان لموت أحد من الناس و لا لحياته،
و لكن يخوف الله به عاده، فإذا رأيتم شيئا من ذلك فافزعوا إلى ذكره و دعائه و استغفاره،
و إلى الصدقة و العتاقة و الصلاة في المساجد حتى تنكشف 
“Adapun selanjutnya, wahai manusia, sesungguhnya ahli (orang-orang) Jahiliyah dahulunya mengatakan: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kecuali dengan sebab kematian seseorang yang agung, padahal sebenarnya kedua-duanya adalah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, tidak gerhana kerana kematian seseorang tidak pula kerana kelahirannya, akan tetapi Allah mengingatkan hamba-hambaNya dengannya (azab dan kekuasaanNya). Maka jika kamu lihat sesuatu seperti yang demikian itu, segeralah dengan penuh kegerunan mengingatiNya, berdoa kepadaNya, memohon ampunanNya dan melakukan sedeqah, memerdekakan hamba dan solat di masjid-masjid sehingga ia (gerhana itu) berakhir.”

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts