Wednesday, March 11, 2015

10. Memandikan mayat












28. Apabila berlaku kematian seorang muslim, maka menjadi kewajipan segolongan daripada umat Islam untuk segera memandikannya. Mengenai menyegerakan kewajipan memandikannya, maka dalilnya telah pun disebutkan sebelum ini di bawah tajuk yang ketiga (no: 17). Adapun perihal kewajipan memandikannya, maka ia berdasarkan perintah baginda  di dalam beberapa hadis:

Pertama: Sabda baginda   di dalam kisah orang yang mati dalam keadaan ihram kerana diinjak-injak untanya sendiri:
    اغسلوه بماء و سدر ...  
“Mandikanlah jenazahnya dengan air bercampur bidara….”
Hadisnya telah disebutkan dengan lengkap di dalam (no: 17) bahagian (d).


Kedua: Sabda baginda  ketikamana memerintahkan agar anak baginda Zainab   dimandikan:
    اغسلنها ثلاثا ، أو خمسا ، أو سبعا ...أو أكثر من ذلك...  
“Mandikanlah kamu semua akan jenazahnya sebanyak 3 kali atau lima kali ataupun 7 kali…atau lebih dari itu...”
Hadisnya akan disebutkan dengan sepenuhnya di dalam perbahasan selanjutnya.

29. Hendaklah diteliti perkara-perkara berikut ketika memandikannya:
Pertama: memandikannya sebanyak 3 kali mandian/siraman atau lebih sebagaimana yang dirasakan patut oleh yang memandikannya.

Kedua: mandian itu diganjilkan bilangannya (dijadikan witir).

Ketiga: agar dicampurkan dengan bidara pada sebahagian mandiannya. Boleh juga digunakan selain bidara daripada bahan-bahan pencuci yang harum seperti sabun.

Keempat: agar mencampurkan mandiannya yang terakhir dengan sedikit wangi-wangian dan kapur barus adalah lebih utama.

Kelima: meleraikan tocang dan membasuhnya dengan baik.

Keenam: menyisir rambutnya kemudian membiarkannya lurus dan kemas.

Ketujuh: menjadikan rambutnya 3 ikatan/tocang bagi jenazah wanita dan melepaskannya ke bahagian belakang badannya.

Kelapan: memulakan permandiannya dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudhunya dahulu.

Kesembilan: memastikan yang memandikan jenazah lelaki adalah kaum lelaki dan jenazah wanita kaum wanita kecuali pada keadaan tertentu yang akan disebutkan kelak.

Dalilnya bagi perkara-perkara yang telah dijelaskan tadi adalah hadis Ummu ‘Atiyyah    yang mana beliau telah meriwayatkan:
“Rasulullah   masuk menemui kami, ketika kami memandikan anak baginda   [Zainab ] lantas baginda   bersabda:
     اغسلنها ثلاثا ، أو خمسا ، [أو سبعا]، أو أكثر من ذلك ، إن رأيتن ذلك.  [قالت : قلت : وترا ؟ قال :  نعم]، و اجعلن في الآخرة كافورا أو شيئا من كافور ، فإذا فرغتن فآذني  . فلما فرغنا آذناه ، فألقى إلينا حَقوَة فقال :  أشعرنها إياه  تعني إزاره  [ قالت : و مشطناها ثلاثة قرون ] ،
(و في رواية : نقضنه ثم غسلنه) ، [فضفرنا شعرها ثلاثة أثلاث : قَرنَيها و ناصيتها  و ألقيناها خلفها] ،
[ قالت : و قال لنا :   ابدَأْن بميامنها و مواضع الوضوء منها...  
“{Mandikanlah kamu semua akan jenazahnya sebanyak 3 kali atau 5 kali [ataupun 7 kali], atau lebih dari itu, jika kamu rasakan perlu} Saya pun bertanya: Witir (yakni bilangan yang ganjil)? Jawab baginda: {Ya, dan jadikan mandian yang terakhir itu dengan kapur barus atau dengan sedikit campuran kapur barus. Apabila kamu telah selesai, panggillah saya masuk}. Maka apabila kami telah selesai, kami pun memanggil baginda . Lalu baginda  mencampakkan kepada kami kain beliau sambil bersabda: {Balutkannya (langsung pada jasadnya) dengannya} maksud baginda kain baginda itu. Maka kami pun menyisirkan rambutnya tiga bahagian, [di dalam riwayat yang lain: kami leraikan kemudian kami basuh (rambut)nya] lalu kami jadikannya 3 tocang : 2 dari bahagian tepi kepalanya dan 1 dari bahagian ubun-ubunnya lalu kami lepaskan semuanya ke belakang tubuhnya. Baginda pun bersabda kepada kami: {Mulakan dengan bahagian kanan badannya dan anggota-anggota wudu’nya}.”  

Kesepuluh: Memandikannya dengan menggunakan sepotong kain (beralas) atau yang seumpamanya (seperti sarung tangan) dengan ada alas yang menutupi tubuhnya selepas menanggalkan keseluruhan pakaiannya, sebab itulah yang diamalkan pada zaman Nabi  sebagaimana yang diterangkan oleh hadis ‘A-isyah  :
“Sewaktu mereka hendak memandikan Rasulullah , kata mereka: Demi Allah kita tidak pasti, apakah kita akan menanggalkan pakaian Rasulullah  sebagaimana kita perlakukan dengan jenazah kita yang lain, atau kita mandikan baginda dengan pakaian baginda tidak ditanggalkan? Pada waktu mereka berselisih itu, mereka jadi mengantuk dengan Kehendak Allah, sehingga tiada seorang pun di antara mereka yang sedar sampai dagunya mencecah dadanya sendiri  . Kemudian ada seseorang yang mengatakan kepada mereka daripada satu penjuru rumah, tidak diketahui siapa gerangannya: Mandikanlah Nabi dengan pakaian baginda tidak ditanggalkan. Maka mereka pun mula memandikan Rasulullah , sedang pakaian baginda masih melekat pada tubuh baginda, mereka menuangkan air pada pakaian baginda  dan mereka menggosok-gosok baginda dengan sepotong kain, tidak dengan tangan mereka tanpa alas.”  

‘A-isyah   sering kali menyatakan:
" لو استقبلت من أمري ما استدبرت ما غسله إلا نساؤه "
“Seandainya saya hadapi lagi perkara itu pada masa hadapan, apa yang telah saya laluinya (kewafatan baginda dan permandiannya) , tiada orang lain yang memandikan baginda kecuali isteri-isteri baginda sahaja”

Kesebelas: Tujuan di sebalik menutupi jasadnya dan penggunaan sepotong kain ialah supaya auratnya tidak dilihat dan tidak pula disentuh secara sentuhan kulit bertemu kulit. Aurat orang lelaki adalah di antara pusatnya dan kedua lututnya menurut pendapat yang betul dan benar: berdasarkan sabda baginda :
     ما بين السرة و الركبة عورة  
“Di antara pusat dan kedua lutut adalah aurat.”  
Begitu juga sabda baginda :
     الفخذ عورة  
“Peha adalah aurat.”  

Adapun wanita sesama wanita muslimah, maka tentunya ia (wanita) adalah aurat  kecuali bahagian yang merupakan “perhiasan” baginya iaitu kepala dan telinganya, leher dan bahagian atas dadanya: tempat tergantungnya loket rantai, lengannya : (ad-Damlaj: di mana gelang dipakai), kaki dan bahagian bawah betisnya: (al-Khalkhal: gelang kaki) dan selain itu adalah aurat, tidak boleh wanita lain – seperti halnya mahram – untuk melihatnya dan tidak pula untuk mendedahkannya berdasarkan Firman Allah yang amat jelas:
 


“Dan janganlah mereka (wanita mukminaat) memperlihatkan perhiasan mereka kecuali apa yang zahir darinya dan hendaklah mereka menutupi dengan melabuhkan tudung mereka akan bahagian dada-dada mereka dan jangan pula mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka atau bapa-bapa mereka atau anak-anak mereka atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak kepada saudara-saudara mereka (tersebut) atau anak-anak kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka atau wanita-wanita mereka (Muslimat)…”


Kedua belas: Dikecualikan daripada perkara yang ke-4 , orang yang meninggal dalam keadaan ihram (muhrim), sebab jenazahnya tidak boleh dikenakan wangian berdasarkan hadis yang telah disebutkan sebentar tadi:
     لا تُحْنِطُوه ، و في رواية : و لا تُطَيِّبُوه ...فإنه يبعث يوم القيامة ملبيا  
“Janganlah kalian menyapu minyak padanya dan di dalam riwayat lain dan janganlah kalian mengenakan wangi-wangian padanya…sebab ia akan dibangkitkan pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan bertalbiah.”

Ketiga belas: Dikecualikan daripada perkara yang ke-9 , suami isteri, sebab pasangan suami isteri boleh memandikan antara satu sama lain, kerana tiada dalil yang melarang, dan menurut hukum asal ia adalah harus, apatah lagi bila ia disokong dengan 2 buah hadis:

Pertama: hadis ‘A-isyah   yang telah disebutkan tadi:
" لو كنت استقبلت من أمري ما استدبرت ما غسل  النبي غير نسائه "
“Seandainya saya hadapi lagi perkara itu pada masa hadapan, apa yang telah saya laluinya (kewafatan baginda dan permandiannya), tiada yang memandikan Nabi selain isteri-isteri baginda”


Kedua: dari ‘A-isyah  juga:
“Rasulullah  pulang ke rumah ku selepas mengiringi jenazah di Perkuburan al-Baqie‘, sedang aku ketika itu sakit kepala (pening) sambil mengeluh: Aduh sakitnya kepalaku! Maka sabda baginda :
     بل أنا و رأساه ! ما ضَرَّكِ لو متِّ قبلي فغسلتك ، و كفنتك ، ثم صليت عليك و دفنتك  
“Bahkan aku yang sakit kepala.  Apa yang merisaukanmu kalau anda mati dahulu sebelum ku lalu aku sendiri yang memandikan (jenazah) mu, mengkafankanmu dan menyembahyangkanmu serta mengebumikanmu”

Keempat belas: Hendaknya yang memandikannya adalah orang yang paling mengetahui permandian menurut as-Sunnah. Apatah lagi jika orang tersebut daripada kalangan ahli keluarganya yang terdekat atau kaum kerabatnya. Sebab, yang memandikan Nabi   adalah daripada kalangan mereka seperti yang kami sebutkan tadi . Sungguh, ‘Aliy  telah berkata:
" غسلت رسول الله ، فجعلت أنظر ما يكون من الميت ، فلم أر شيئا ، و كان طيبا حيا و ميتا "
“Saya telah memandikan Rasulullah , maka saya melihat-lihat apa yang biasanya ada pada jenazah (perubahan), namun tiada sesuatu yang kelihatan, sungguh baginda  berupa baik sewaktu hidup mahupun setelah wafat”

30. Bagi orang yang memandikan ganjaran yang besar jika ia menyempurnakan 2 syarat:
Pertama: Menutup segala keaiban jenazah yang dimandikannya dan tidak berbicara dengan seseorang pun daripada apa jua perkara yang kurang baik yang dilihatnya. Berdasarkan sabda baginda:
     من غسل مسلما فكتم عليه غفر له الله أربعين مرة ، و من حفر له فأجَنَّه أجري عليه كأجر مسكن أسكنه إياه إلى يوم القيامة ، و من كفنه كساه الله يوم القيامة من سندسِ و استبرق الجنة  
“Barangsiapa yang memandikan jenazah seorang muslim, lalu ia menutupi keaibannya, Allah ampuninya baginya 40 kali dan barangsiapa yang menggalikan (lubang kubur) untuknya lalu mengebumikannya, ganjarannya berterusan selama kekalnya tempat jenazah itu disemadikan sehingga Hari Kiamat, dan sesiapa yang mengkafankannya akan dikurniakan Allah dengan pakaian syurga bersutera halus dan sutera tebal pada Hari Kiamat kelak”

Kedua: Ia mengharapkan Wajah Allah dengan amalannya itu, bukan kerana ganjaran duniawi tidak pula ucapan terima kasih, menurut apa yang ditetapkan di dalam Syari‘at bahawa Allah   tidak akan menerima sesuatu ibadat kecuali dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk Wajah Allah yang Maha Mulia. Dalil-dalil yang menegaskan perkara ini amat banyak sekali di dalam Al-Quran dan as-Sunnah, cukuplah dengan kita menyebutkan 2 daripadanya; Firman Allah  :
i.


“Katakanlah (wahai Muhammad): Aku hanyalah seorang manusia seperti kamu diwahyukan kepada ku bahawasanya Tuhan kamu adalah Tuhan yang satu/Esa. Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia beramal dengan amalan yang salih dan jangan ia berlaku syirik di dalam ibadatnya kepada Tuhannya sesuatu apa pun”  
Yakni, janganlah ia maksudkan selain Wajah Allah  dengan ibadatnya itu.

ii. Sabda baginda  :
   إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امريء ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله و رسوله فهجرته إلى الله و رسوله و من كانت هجرته إلى الدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه  
“Hanyasanya amalan-amalan itu adalah dengan niat-niatnya dan hanyasanya bagi setiap orang apa yang ia niatkan. Maka barangsiapa yang hijrahnya untuk Allah dan RasulNya maka hijrahnya adalah untuk Allah dan RasulNya dan barangsiapa yang hijrahnya untuk keduniaan yang ingin didapatkannya atau wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah untuk apa yang diniatkan dengan hijrahnya.”

31. Adalah digalakkan (sunnat) bagi orang yang memandikan jenazah untuk mandi selepas itu berdasarkan sabda Rasulullah  :
     من غسل ميتا فليغتسل ، و من حمله فليتوضأ  
“Barangsiapa yang memandikan jenazah, maka hendaklah ia mandi dan barangsiapa yang mengusungnya hendaklah ia berwudu’.”

Zahirnya dan asal segala perintah adalah wajib, namun kami tidak menghukumkan demikian (wajib tetapi sunnat sahaja) kerana 2 hadis:


Pertama: Sabda baginda:
    ليس عليكم في غَسل ميتتكم غُسل إذا غسلتموه، فإن ميتتكم ليس بنجس فحسبكم أن تغسلوا أيديكم  
“Tidak wajib mandi atas kalian yang telah memandikan jenazah, sebab jenazah (muslimin) bukan najis. Cukuplah dengan sekadar kamu mencuci kedua tangan kamu.”  

Kedua: Kata Ibn ‘Umar  :
" كنا نغسل الميت ، فمنا من يغتسل و منا من لا يغتسل "
“Dahulu kami biasa memandikan jenazah, maka ada di antara kami yang mandi selepas itu dan ada pula yang tidak mandi selepasnya iaitu (selepas memandikan jenazah)”

32. Adalah tidak disyari‘atkan memandikan orang yang mati syahied yang terbunuh di dalam pertempuran walaupun semua yang hadir sepakat mengetahui bahawa beliau berada dalam keadaan junub. Terdapat banyak hadis mengenainya:
Pertama: Daripada Jabir  kata beliau: Nabi   telah bersabda:
     ادفنوهم في دمائهم  - يعني يوم أُحد – و لم يغسلهم. (و في رواية) فقال:
     أنا شهيد على هؤلاء  ، لُفُّوهم في دمائهم ، فإنه ليس جريح يُجرح [ في الله ] إلا جاء و جرحه يوم القيامة يَدْمى ، لونه لون الدم ، و ريحه ريح المسك 
و في رواية       و لا تغسلوهم ، فإن كل جرح يفوح مسكا يوم القيامة ، و لم يصل عليهم 
“{Kebumikanlah mereka dengan darah-darah mereka} – yakni pada Hari Uhud – dan baginda tidak memandikan mereka. Di dalam riwayat lain: baginda bersabda: {Akulah saksi ke atas mereka, Kafankan mereka dengan darah-darah mereka, sebab tiada suatu luka pun yang mereka alami [demi Allah] kecuali ia datang pada Hari Kiamat dengan keadaan lukanya itu mengalir darah, warnanya warna darah sedang baunya harum kasturi} Dan di dalam riwayat lain: {Janganlah kalian mandikan mereka, sebab setiap liang luka akan mengeluarkan bau kasturi pada Hari Kiamat, dan baginda tidak melakukan sholat jenazah untuk mereka.”

Kedua: Daripada Abi Barzah :
“Bahawasanya, suatu ketika, dalam salah satu peperangan, Allah telah mengurniakan Nabi  dengan harta rampasan perang, maka baginda  bersabda kepada para Sahabat :
    هل تفقدون من أَحد ؟   قالوا:  نعم، فُلانا، و فلانا، و فلانا. ثم قال :    هل تَفْقِدون من أحد ؟ 
قالوا: لا، قال  :    لكني أفقد جُلَيْبِيباً فاطْلبوه   فطُلب في القتلى، فوجدوه إلى جَنَب سبعةٍ قَتَلهم ثم قتلوه!  فأتى النبي   ، فوقف عليه فقال :
      قتل سبعة ثم قتلوه! هذا مني ، و أنا منه ، هذا مني ، و أنا منه    [قالها مرتين أو ثلاثا] ، [ثم قال بذراعيه هكذا فبسطهما ]، قال: فوضعه على ساعديه ، ليس له سرير إلا ساعدي النبي   قال: فحفر له و وضع في فبره . و لم يذكر غسلا
“{ِApakah kalian ada kehilangan seseorang?} Jawab mereka: Ya, si fulan dan si fulan serta si fulan. Kemudian baginda   bertanya lagi: {Adakah kamu ada kehilangan sesiapa lagi?} Jawab mereka: Tidak. Sabda baginda : {Tapi, aku kehilangan Julaibieb, maka carilah beliau}. Maka beliau pun dicari di antara mereka yang terbunuh, maka para Sahabat akhirnya menemuinya di sebelah 7 orang yang ditewaskannya lalu mereka (7 orang musuh itu) membunuhnya. Maka baginda  pun datang dan berdiri di hadapan jenazahnya seraya bersabda: {Beliau telah membunuh 7 orang kemudian mereka membunuhnya pula. Beliau ini sebahagian dari ku dan aku sebahagian darinya, beliau sebahagian dari ku dan aku juga sebahagian darinya}, [baginda mengulangnya 2 atau 3 kali]. [Kemudian baginda menghulurkan kedua tangan baginda ] lalu meletakkannya di atas kedua lengan baginda , sedang tiada suatu alas pun pada tubuhnya selain kedua lengan baginda  yang mengangkatnya. Maka digalikan sebuah lubang untuknya dan baginda meletakannya di dalam kuburnya. Di dalam kisah ini, tiada disebutkan yang beliau dimandikan.”

Ketiga: Daripada ‘Abdillah bin az-Zubayr   di dalam kisah Uhud dan mati syahiednya Hanzolah bin Abi ‘Amir, kata beliau :
“Nabi   bersabda kepada para Sahabat :
     إن صاحبكم تغسله الملائكة ، فاسألوا صاحبته   ، فقالت:  خرج و هو جنب لما سمع الهائعة فقال رسول الله  :    لذلك غسلته الملائكة  
{Sesungguhnya sahabat kalian ini telah dimandikan oleh para malaikat, maka tanyalah kepada isterinya} Maka kata isterinya: Beliau bergegas keluar ketika mendengar al-Ha-i-‘ah . Maka Rasulullah pun bersabda: {Sebab itulah beliau dimandikan para Malaikat}.”

 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts