Monday, May 9, 2016

Hadis kisah Israa' & Mi'raaj yang Sahih

الحمد لله رب العالمين ، و الصلاة و السلام على سيد المرسلين ، و على آله و صحبه أجمعين
أما بعد:

Oleh kerana banyak yang diperkatakan orang mengenai Israa' & Mi'raaj, malah baru-baru ini, ada pihak yang mengajukan soalan kepada saya apakah benar:

  1. Nabi telah mendengar suara Abu Bakar menenangkan baginda ketika dalam perjalanan ke Sidratul Muntahaa,
  2. Allah sembahyang sebelum Nabi masuk menemui Allah di Sidratul Muntahaa.
  3. Lafaz Tahiyyat Allah ajarkan kepada Nabi ketika itu. dan macam-macam lagi,

Maka dilampirkan di sini secara noktah-noktah penting, kisah Israa' sebagaimana yang ada dalam riwayat-riwayat yang Sahih, seperti yang dikumpulkan dan dipastikan kesahihannya oleh 'Alim terkemuka bidang hadis zaman ini, iaitu asy-Syaikh Muhammad Naasiruddin al-Albaaniy rahimahullaah rahmatan waasi'ah.



1.1         Erti Isra’: Perjalanan Malam – merangkumi; a: Makkah ke Baitul Maqdis, b: Ke Langit            Erti Mi‘raj: Perjalan naik ke langit
1.2          Kisah Perjalanannya: Daripada Anas: Abu Dzar menceritakan bahawa Rasulullah telah bersabda: Atap rumahku terbuka ketika itu aku di Makkah, lalu turunlah malaikat Jibril dan ia membedah dadaku, lalu mencucinya dgn air Zam-zam. Kemudian membawa bejana dari emas penuh berisi hikmah dan iman. Lalu ia tuangkan ke dadaku dan menjahitnya kembali. Kemudian menarik tanganku dan naik ke langit.
1.3     Disiapkan untukku Buraq; haiwan tunggangan berwarna putih, lebih tinggi daripada keldai dan lebih rendah daripada bighal (pony). Kalau melangkah, kecepatannya sejauh mata memandang. Aku menunganginya sampai ke Baitul Maqdis. Kemudian aku tambatkannya di gelang pintu Masjid yang digunakan para nabi untuk menambatnya. Lalu aku masuk masjid dan masuk waktu solat dan aku pun solat 2 rakaat (sebagai imam) lalu keluar. Jibril membawakan aku 2 gelas segelas berisi khamar dan segelas lagi berisi susu. Aku memilih susu dan katanya: Kau telah memilih Fitrah.
1.4          Kemudian menarik tanganku naik ke langit.
1.5        Ketika sampai langit dunia (1) Jibril menitahkan: Bukalah! Dijawab penjaga langit Siapa ini? Jawabnya: Ini Jibril. Ditanya lagi: Apakah ada bersamamu seseorang yang lain? Jawabnya: Ya dan yang bersamaku adalah Muhammad. Apakah dia diutus untuk itu? Ya bukalah! Malaikat pun mengucapkan Selamat datang.
-                Ketika sampai berada di atas langit dunia – Aku bertemu seorang lelaki (sempurna perawakanya), di sebelah kiri dan kanannya ada kelompok warna hitam. Bila ia lihat ke kanan, ia tertawa. Bila lihat ke kiri, ia menangis.
-             Jibril: Ini Adam bapa mu, ucapkanlah salam kpdnya. Lalu aku memberi salam dan ia menjawab salam dan berkata: Selamat datang nabi yang solih, anak yang solih.
-                Aku bertanya apakah tompok hitam itu? Jawab Jibril: Ruh anak-anaknya, kanan ahli syurga kiri ahli neraka.
-          Aku lihat: Orang-orang yang kuku-kuku mereka berupa tembaga tajam dan mereka mencakar dada dan wajah mereka. Bila aku tanyakan, jawab Jibril: Mereka itu orang-orang yang memakan daging manusia iaitu banyak mengumpat dan membuat tohmahan terhadap maruah orang-orang.
-             Aku lihat sekumpulan lelaki digunting lidahnya dgn Gunting Neraka dan aku diberitahu mereka itu adalah para khatib (ahli pidato) yang menyuruh orang berbuat kebaikan tapi mereka sendiri lupa dan tidak melakukannya.   
1.6           Ketika sampai langit kedua (2): (sama = minta izin dibukakan pintu langit)
-           Aku bertemu dan memberi salam kepada Nabi Yahya dan Isa dan mereka mendoakan kebaikan untukku.
1.7    Langit ketiga (3) – Aku bertemu Nabi Yusuf dan beliau telah dikurniakan separuh daripada keseluruhan ketampanan manusia. (Memberi salam,menjawab salam  dan mendoakan)
1.8          Langit ke-4: Nabi Idris “و رفعناه مكانا عليا (Surah Maryam: 57) (sama)
1.9          Langit ke-5: Nabi Harun (sama)
1.10      Langit ke-6: Nabi Musa (sama) Setelah aku berlalu, Musa menangis. Bila ditanya mengapa, jawabnya: Pemuda ini ummatnya lebih ramai masuk syurga dan lebih utama daripada ummat ku.
-             Sepanjang perjalanan daripada 1 langit ke langit yang 1 lagi: para Malaikat berpesan: Perintahkan ummat mu agar berbekam. (hadis ini riwayat Ibn Majah: 3479 – do‘ief tapi dgn riwayat sokongan ia Hasan lighairihi)
1.11      Langit ke-7: Nabi Ibrahim sedang bersandar belakang badannya di Baitul Ma‘mur
-                (riwayat az-Zuhri dan Syariek = lemah – mereka sebutkan di langit ke-6) – sama; salam & doa – beliau berpesan: sampaikan salam ku buat ummat mu dan beritahu mereka: Syurga itu tanahnya bagus, airnya segar, datarannya adalah lembah dan tanamannya adalah subhanallah, alhamdulillah, laa ilaaha illa Allah dan Allahu akbar (riwayat Tirmidzi 3462 sanad hadis ini do‘ief tapi disokong riwayat-riwayat lain menjadi Hasan lighairihi)
-                Baitul Ma‘mur – Jibril terangkan: Inilah Baitul Ma‘mur, 70 ribu malaikat masuk beribadat ke dalamnya tidak keluar lagi setiap hari.
-            Jibril berikan pilihan minuman khamar, susu dan madu – Aku pilih susu lalu katanya: Susu adalah Fitrah. Kamu dan ummat mu berada di atasnya (fitrah)
1.12      Dibawa Jibril sampai ke Sidrat al-Muntaha (pohon Sidrah di puncak ketinggian) buahnya seperti kendi (buyung) dan daunnya seperti telinga gajah. Kemudian dengan titah Allah ia tertutup dan mermacam-macam warna menutupinya – warna-warna yang tidak dapat disifatkan oleh seorang makhluk pun – teramat indah. (Riwayat lain: berubah menjadi Yaquut = Ruby atau Zamrud=Emerald. Atau semacamnya. Di bawah batangnya (Sidrah) ada 4 sungai. 2 sungai yang tidak kelihatan (terselindung di dalam) dan 2 sungai kelihatan. Maka aku bertanya kepada Jibril. Jawabnya: Adapun 2 sungai yang tidak kelihatan adalah di dalam syurga dan lagi 2 sungai yang kelihatan adalah Furat (Euphrates) dan Nil (Nile)
1.13      Ketika itu (menurut riwayat Ibn Mas‘ud) Nabi melihat Jibril dalam bentuknya yang asli dengan 600 sayapnya yang indah  daripada bulu-bulu sayapnya bertaburan mutiara dan yaquut. “لقد رأى من آيآت ربه الكبرى” (Surah an-Najm: 18)
1.14      Kemudian aku dinaikkan ke al-Mustawa dan aku dengar geseran pena (al-Qalam)
1.15      Kemudian aku dimasukkan ke Syurga, di sana ada mahligai-mahligai mutiara dan tanahnya kasturi. (riwayat lain: ketika aku di syurga aku mendatangi sebuah sungai yang kedua tebingnya ada kubah-kubah daripada mutiara. Maka aku bertanya: Ini apa wahai Jibril? Jawabnya: Ini ialah Kautsar yang Allah berikan pada mu. Ternyata tanahnya kasturi yg sangat harum dan kerikilnya mutiara.
1.16      Kemudian aku berhadapan dengan Allah dan Dia mewajibkan 50 kali solat sehari semalam ke atas umatku.
1.17      Lalu aku kembali (berangkat pulang) dengan Titah itu sehinga aku melewati Musa. Lalu dia bertanya: Apa yang telah Allah berikan kepadamu? Aku menjawab: Dia telah mewajibkan 50 kali solat atas umatku. Ujarnya: Aku lebih tahu tentang manusia daripada mu (riwayat lain: aku lebih berpengalaman dengan manusia sebelum mu) Sesungguhnya aku telah memperbaiki Bani Israel dgn susah payah Sesungguhnya umat mu tidak terdaya melaksanakannya. Kembalilah ke Rabbmu dan mohon kepadanya keringanan. Lalu aku kembali ke Rabb ku dan mohon kepadanya: Wahai Rabb ku ringankanlah buat umat ku. Lalu Dia mengurangkannya 5 (jadi 45) – Kemudian kisah ulang-aliknya Nabi. Sehinga akhirnya dikurangkan menjadi 5. Lalu Allah berfirman: Wahai Muhammad, Kewajipan itu 5 kali solat sehari semalam. Setiap 1 solat (pahalanya) 10, sehingga menjadi 50 solat. Dan Barangsiapa berniat dengan 1 kebaikan, ditulis baginya 1 kebaikan. Jika dia telah mengamalkannya, ditulis untuknya 10 kebaikan. Barangsiapa berniat dgn 1 keburukan, tetapi dia belum melakukannya, tidak ditulis sesuatu apa pun. Jika dia melakukannya ditulis 1 keburukan. Lalu aku kembali kepada Musa aku beritakan kepadanya lalu katanya: Kembalilah kepada Rabbmu, sesungguhnya umat mu tidak mampu melakukannya. Maka aku menjawab: Aku malu kepada Rabb ku kerana telah berulang kali kembali kepadaNya. Tetapi aku redha dan terima.
1.18      Lalu Allah berfirman: Kewajipan solat itu 5 kali tetapi pahalanya 50 solat. Firman Titah Ku tidak berubah (riwayat lain: Setelah aku selesai, ada suara penyeru yang berseru: Aku telah menetapkan ketetapanKu dan ia telah meringankan hambaKu dan Aku akan membalas 1 kebaikan dgn 10 kali ganda.

Hadis-hadis dan riwayat-riwayat tersebut adalah sahih yang dihimpunkan oleh asy-Syeikh al-Albaniy di dalam kitab beliau al-Isra’ daripada periwayatan: Bukhari (Sahih Bukhari no: 349, 1636, 3207, 3342, 3393, 3430, 3887, 6581) Muslim (no: 164, 259, 263, 264, 265, 276, 278, 279, 282), Ahmad (3/128,148, 164, 248,  4/207-210), at-Tirmidzi (no: 3131), Ibn Jarier (15/3, 15/15, 27/53), an-Nasa-i (Qiyam al-Lail) dan lainnya.

2.1  Tarikh berlakunya Isra: Benar: ‘Ulama selisih – Ibn Katsier (al-Bidayah: 3/119): 1 tahun sebelum Hijrah, bulan Rabi ‘ul Awal, as-Suddi: 16 bulan sebelum Hijrah, bulan Dzulqaedah, al-Hafiz Abdul Ghani al-Maqdisi: (dgn sanad lemah) 27 Rejab (semuanya ini disebutkan oleh Ibn Katsier). As-Safarini: dpd al-Waqidi: 17 Ramadhan tahun 12 kenabian, 18 bulan sebelum Hijrah. Daripada gurunya pula: 17 Rabi’ul Awwal 1 tahun sebelum Hijrah. Ibn Hazm memutuskan sama. Demikian pendapat Ibn Abbas & A-isyah. As-Safarini sebutkan dpd Ibnul Jauzi: Rabi ‘ul Awwal atau Rejab atau Ramadan. Al-Hafiz Ibn Hajar (Fathul Bari: 7/203): ‘Ulama berbeza pendapat sehingga lebih dpd 10 pendapat. 
2.2 Keliru: Tarikhnya kononnya pasti 27 Rejab. Dan diadakan sambutan perayaan atau amalan bersempena dengannya.    
2.3    Keliru: Pembelahan dada lebih dpd 2 kali, Isra’ ruh sahaja, Isra’ dalam mimpi, kekeliruan ahli sains. Buraq: ½ wanita ½ kuda. I’tiqad ada orang boleh terbang (Rajawali) padahal Nabi terbang dgn naik Buraq. Nabi lihat Allah (padahal riwayat Sahih Muslim, Nabi menjawab soalan 'Ai-syah bertanyakan samada Nabi dapat melihat Allah dan jawab Nabi: Cahaya yang amat terang menyilaukan, bagaimana dapat aku lihat Tuhanku?. Adanya golongan manusia penghuni Neraka yang telah pun berada di dalam Neraka (padahal hanya setelah berlaku Kiamat baru adanya penghuni Neraka daripada kalangan manusia). Cerita-cerita tokok tambah Nenek, Masyitah, ahli neraka dll.    

Setelah pembentangan ini, sesiapa yang menceritakan itu dan ini mengenai Peristiwa Israa' dan Mi'raaj dituntut mendatangkan sandarannya, dalil berupa hadis-hadis yang telah dipastikan Sahih oleh 'Ulama Ahli Hadis. Tanpa dalil, ceritanya tertolak, malah bila ia mengaitkan cerita rekaannya pada peristiwa yang terkait diri mulia dan agung Rasulullah, ia telah menjadi seorang yang menempah tempat di Neraka. Sila baca: senarai-kitab-hadis-hadis-lemah-palsu



 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts