Saturday, July 2, 2016

Ringkasan Tatacara Solat Eid @ Hari Raya

الحمد لله وحده و الصلاة و السلام على من لا نبي بعده و على آله و صحبه و من تبع هداه 
أما بعد

  1. Jemaah bertakbir Hari Raya (Sunnahnya sendirian bukan jama'i  - bukan serentak satu suara atau dibimbing. Namun tiada salahnya untuk ada seseorang melantangkan Takbirnya, sebagai mengingatkan yang lain agar bertakbir dan bukan untuk dibimbingnya - perbuatan Umar RadhiyalLaahu 'anhu semasa berkhemah di Mina ketika Haji) sehingga kedatangan Imam (afdhal di Tanah Lapang).
  2. Setibanya Imam, Takbir dihentikan dan Saf diluruskan (Sunnahnya tiada apa-apa seruan; sila lihat: Tiada Azan, Iqamah atau seruan lainnya ).
  3. Solat dimulakan.

Tatacara Solat:

  1. Imam berniat di dalam hati Solat Eid bertakbiratul Ihram (mengangkat kedua tangan), para makmum segera berniat masing-masing dan mengikuti Imam.
  2. Membaca Doa Iftitah yang ringkas (masing-masing Imam & Makmum) 
  3. Bertakbir "AlLaahu akbar" 7 kali (diperselisihkan samada mengangkat kedua tangan atau hanya diletakkan tangan kanan atas kiri di bahagian depan badan seperti berdiri sedang membaca al-Fatihah & Surah). Begitu juga lafaz-lafaz pujian kepada Allah misalnya "SubhaanalLaah walhamdulillaah..." dibaca atau diam sahaja pada setiap kali selepas Takbir yang 7 kali (ada pendapat 6 kali Takbir dan Mazhab Hanafi Takbir 3 kali selepas selesai baca Surah sebelum Ruku') 
  4. Imam membaca al-Fatihah dan surah (antara surah yang menurut Sunnah adalah Surah al-A'laa "Sabbihisma rabbika..." secara Jahar/lantang) dan seterusnya Solat seperti biasa.
  5.  Bertakbir 5 kali selepas Takbir bangun ke Rakaat Kedua dari Raka'at pertama.
  6. Imam membaca al-Fatihah dan surah (antara surah yang menurut Sunnah adalah Surah al-Ghaasyiyah)
  7. Solat seperti biasa hingga selesai.

Khutbah selepas Solat
  1. Langsung Imam menyampaikan Khutbah (1 atau 2 Khutbah diperselisihkan oleh 'Ulama')
  2. Antara isi Khutbah adalah Galakan bersedekah. 
Bersurai, bersalaman dan saling mendoakan agar amalan diterima Allah "TaqabballaLaah minna wa minkum" (amalan Sahabat - sila lihat: di sini) dengan pulang mengambil jalan lain dari jalan yang ditempuhi ketika datang ke Tanah Lapang untuk Solat Eid (Sunnah dan hukumnya Sunnat, seperti penjelasannya di sini).

Semoga Allah terima Solat Eid kita sebagai Solat yang Ikhlas dan menuruti Sunnah Rasulullah. Ameen. 
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts