Saturday, July 2, 2016

Wudhu' dan memasukkan sesuatu ke dalam "rongga" ketika Puasa

Soalan:
Adakah wudu’ di hari puasa berbeza dengan hari biasa? Ada setengah pihak mengatakan waktu berkumur-kumur dilarang memasuki seluruh air di dalam mulut.


Jawapan:
الحمد لله رب العالمين ، و الصلاة و السلام على سيد المرسلين ، و على آله و صحبه أجمعين
أما بعد

Wudu’ ketika berpuasa memang ada sedikit perbezaan dengan sewaktu tidak berpuasa. Namun perbezaannya adalah pada sudut “tidak berlebihan” sahaja iaitu ketika berkumur-kumur dan menyedut air memasukkannya ke dalam hidung. Bukannya tidak berkumur-kumur langsung atau tidak menyedut air sedikit pun. Berikut adalah dalil-dalilnya:

Rasulullah (sollalLaahu 'alaihi wa sallam) sendiri berkumur-kumur dan beristinsyaq; yakni menyedut air ke dalam hidung untuk membersihkannya, ketika baginda berpuasa, cuma baginda melarang daripada menyedut dengan sungguh-sungguh atau terlampau kuat.
 “...dan bersungguh-sungguh (berlebihanlah) dalam melakukan istinsyaq kecuali jika anda sedang berpuasa.”[1]
‘Umar (radhiyalLaahu 'anhu) menceritakan: “Kerana sangking gembira, aku mencium (isteriku) sedang aku dalam keadaan berpuasa. Lalu aku adukan kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, aku telah melakukan sesuatu yang berat. Aku mencium (isteriku) ketika aku berpuasa. Sabda baginda: {Bagaimana jika engkau berkumur-kumur ketika berpuasa?}” [2]

Demikianlah Rasulullah membuat qiyas hukum ciuman orang yang berpuasa kepada hukum berkumur-kumur ketika berpuasa, iaitu keduanya adalah pendahuluan yang akhirnya boleh meembatalkan puasa, tetapi pada zatnya tidak membatalkan. Demikianlah Rasulullahsaws membuat qiyas hukum ciuman orang yang berpuasa kepada hukum berkumur-kumur ketika berpuasa, iaitu keduanya adalah pendahuluan yang akhirnya boleh membatalkan puasa, tetapi pada zatnya tidak membatalkan.

Dengan itu, sekaligus difahami hukumnya adalah diperbolehkan untuk membersihkan hidung atau telinga seseorang dengan jari (maaf, bahasa kasarnya, korek hidung atau korek telinga) kerana erti "rongga - الجوف" yang lebih tepat di sisi ulama adalah apa yang melepasi kerongkongan sampai ke perut (stomach - الأمعاء). Sebagaimana kebanyakan masalah yang difatwakan asy-Syeikh Ibn Baaz dan asy-Syeikh al-'Utsaimien dan 'ulama' lain sebelum mereka berdua (rahimahumullaah).
Wallaahua'lam.



[1] Riwayat at-Tirmidzi (3/146), Abu Daud (2/308), Ahmad (4/32), Ibn Abi Syaibah (3/101), Ibn Majah (407) dan an-Nasa-i (no: 87) daripada Laqiet bin Sabrah dan sanadnya sahih.
[2]  Riwayat Abu Dawud; as-Sunan: 2/779-780, 8-Kitab Puasa, 23-Bab Mencium bagi orang yang berpuasa hadis no: 2385, Ahmad; al-Musnad: 1/21 dan al-kim al-Mustadrak: 1/431 dengan menghukumkannya Sahih.
 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts