Friday, May 19, 2017

Jadual Pengajian & Cuti sempena/Lessons Schedule for Ramadhan & Eid 2017

Assalaamu 'alaikum wa rahmatullaah.

Bismillaah walhamdulillaah was solaatu was salaam 'alaa Rasuulillaah wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa man waalaah, wa ba'd.

Ikhwatie wa akhawaatie, saudara2 dan saudari2 sekalian, Jadual berikut memperjelaskan Kelas-kelas Pengajian yang berterusan dan yang ditiadakan atau diubah masanya sempena Ramadan dan Eid.
Sila lihat jadual berikut dan penerangan selanjutnya:



Kelas-kelas Hari Sabtu (Siang) berterusan iaitu di (Masjid Siglap - English - pagi) dan Masjid al-Firdaus.

Pengajian kanak-kanak ZaadIQ telah dibubarkan atas sebab-sebab yang sama, sepertimana halnya semua kelas-kelas bimbingan saya di Salsabil telah ditiadakan.**

Kursus Haji/Umrah akan dimulakan semula setelah berakhirnya Cuti Ramadhan dan EidulFitri. Sila hubungi Hamidah Travel (Tel: 63965108)#

Kuliah khas bulan Ramadhan - "Ayat-ayat Puasa" akan diadakan di al-Bayaan Association Centre, Jam 11-12.15 tengahari setiap Ahad; 28.05.17 hingga 18.06.17.

Ahad Petang; Kelas Bimbingan Agama untuk para Pembantu dan Majikan bertukar waktu iaitu jam 3-4.15ptg manakala Kelas Bahasa Arab ditiadakan atas permintaan para peserta.

Mubaarak 'alaikumusy Syahr...semoga Allah memberkati kita semua pada Bulan Ramadhan kali ini, mengurniakan PetunjukNya sehingga kita dapat melakukan sebaik-baik amalan padanya dan menerima segala amalan baik kita dan menghapuskan segala dosa-dosa kita. Ameen.

   
For lessons in English

Assalaamu 'alaykum wa rahmatullaah.

Bismillaah walhamdulillaah was solaatu was salaam 'alaa Rasuulillaah wa 'alaa aalihi wa sohbihi wa man waalaah, wa ba'd.

Dear all, please take note the Saturday Morning "Important Lessons for Every Muslim" will continue in the Blessed Month of Ramadhan until when it is near Eidul Fithri.

May with the Grace of His Mercy, Allaah bless us in this Holy Month of Ramadhan, accept our good deeds and pardon all our previous sins. Ameen.

# Saya akan sedaya upaya usaha dengan Izin Allaah, untuk tetap dapat membimbing jemaah untuk Umrah Disember ini. Insyaa Allaah.

**Pengajian bimbingan saya di Salsabil semuanya telah saya hentikan atas sebab-sebab berikut:
  1. Saya akan melanjutkan pengajian ke peringkat PhD (sepenuh masa), selewat-lewatnya pada hujung tahun ini, iaitu setelah kembali dari perlaksanaan Ibadah Haji, Insyaa Allaah. Adapun soal di mana, saya sendiri belum pasti. Pastinya adalah keluar negara. Saya perlu dapatkan pekerjaan/suatu usaha untuk menampung perbelanjaan semasa di luar negara. 
  2. Bagi diri saya, setelah perbincangan dengan Ikhwah, Salsabil tiada "tenaga kerja" seperti dahulunya dan akan dibubarkan. Sesuai dengan keadaan saya yang akan melanjutkan pengajian dan TIADA di Singapura ini kelak, saya membuat keputusan untuk tidak lagi meneruskan apa jua pengajian di Salsabil. Semoga segala kebaikan Ikhwah tersebut selama ini, Allah kurniakan ganjaran terbaik bagi setiap di antara mereka, dunia akhirat. Bermakna kami sama-sama setuju dengan penutupan semua kelas-kelas saya. Semoga Ukhuwah dan kerjasama kami selama ini, Allah terima sebagai amalan solih dan penyebab kami dikumpulkan di SyurgaNya kelak. Allaahumma Ameen. Semoga Ukhuwah itu tetap kekal hingga akhir hayat kami meskipun bukan di bawah naungan "Salsabil". Maka saya tidak lagi merupakan sebahagian daripada Salsabil, tidak sebagai tenaga pengajar, tidak pula sebagai Penasihat dan lainnya. Ada yang inginkan kepastian: "Salsabil masih ada". Jawapan saya: "Ya, mungkin ada dengan kerjasama Ikhwah lain, "Salsabil" lain, saya tidak tahu. Maaf, usah tanyakan kepada saya, tanyalah pada pihak yang berkenaan".
  3. Tiada sesiapa yang suka diganggu atau disibukkan dengan sesuatu yang bukan "bidang kerjanya", apatah lagi kalau "kerja tak ada gaji". Bak kata orang putih: "Never trouble trouble till trouble troubles you". Makanya saya lebih senang untuk "take leave" dan bertukar angin adalah antara cara yang terbaik. Wallaahu a'lam.
Dengan penjelasan ini, diharapkan semua pihak akan menjadi jelas dan tidak timbul berbagai "kesimpulan" atau "persoalan". Kelas-kelas di masjid masih saya teruskan sehingga saat saya berangkat pergi.
Kita membuat perancangan, Allaah yang Maha Menentukan dan Hidup Mati di TanganNya Subhaanahu wa Ta'aala. Semoga Allaah mudahkan segala yang baik bagi kita, kurniakan kejayaan kepada kita dunia akhirat dan Dia Maha Kuasa atas setiap sesuatu dan tiada sesiapa yang mampu menahan atau menghindari apa yang ditetapkanNya.




 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts