Monday, April 16, 2018

Salam Perpisahan - Farewell Well Wishes

Assalaamu'alaykum wa rahmatullaah,

بسم الله و الحمد لله وحده و الصلاة و السلام على من لا نبي بعده و على آله و صحبه و من تبع هداه 
أما بعد
(for English please read the last section)
Sidang pembaca yang budiman sekalian,

Kemungkinan kebanyakan dari anda sekalian telah pun mengetahui bahawa saya akan meneruskan pengajian saya di peringkat PhD dalam bidang Pengajian Islam - Kelestarian Turath Islami.

Walhamdulillaah, saya telah diterima masuk dan berdaftar sebagai pelajar sepenuh masa di salah sebuah Universiti terkemuka di Negara jiran pada bulan Februari 2018 yang lalu. Segala urusan untuk saya bertetap tinggal di sana telah dapat diuruskan walhamdulillaah, maka dengan itu, sekaligus saya mengumumkan bahawa kelas-kelas bimbingan saya semuanya telah berakhir dan saya tidak dapat berulang-alik untuk meneruskan pengendalian kelas-kelas di Singapura. Pengajian saya adalah untuk selama 3-6 tahun (semoga Allaah panjangkan usia kita dalam kebaikan dan kurniakan kita husnul khaatimah)

Saya mengambil kesempatan ini, merakamkan setinggi penghargaan saya kepada;
  1. Warga Kerja dan LPM Masjid-masjid (Masjid ar-Raudhah, Masjid al-Khair, Masjid Mydin (walaupun tidak lama), Masjid al-Ansar (meskipun hanya 3 kali), Masjid Darussalam, Masjid Darul Makmur, Masjid Darul Ghufran, Masjid al-Firdaus, Masjid an-Nahdhah, Masjid Alkaff, (Kursus Haji & Umrah; Masjid al-Mukminin, Masjid al-Iman, Masjid Sultan, Masjid Khalid), (Seminar dan Bengkel; Masjid an-Na'eem dan Masjid Rahimabi) dan terutama sekali Masjid Kampung Siglap, 
  2. Persatuan-persatuan, Pusat-pusat Pengajian dan Agensi Pengurusan Haji & Umrah; PERGAS (tenaga pengajar kelas Mingguan), Perdaus (tutor kemudian lecturer DPI - Kolej Uniti), Persatuan Muhammadiyah (Kursus Usul Fiqh), Salamedia, IHDI, Singapore Polytechnic Malay Language Society (2ndFeb2012),  dan khususnya Salsabil, mahupun Persatuan Bayaan serta Hamidah Travel, Sha Travel, Smailing Tours, al-Fattah dan lainnya,
  3. Teman-teman dan kenalan yang menghadiri dengan tekun dan sungguh-sungguh, menyokong dengan sumbangan doa, tenaga, harta, kata-kata perangsang, nasihat dan pesanan serta teguran dan layanan mesra dan sokongan lainnya (terutamanya akh yang telah membantu dalam pembikinan blog ini), 
  4. Akhir sekali, pihak MUIS yang telah menganugerahkan saya Pengiktirafan sejak 2007 hingga saat ini. 
Semoga Allah membalas segala kebaikan dan jasa anda sekalian serta kepercayaan dalam menyerahkan amanah kepada diri ini dalam menyampaikan dan membimbing kelas-kelas, kursus-kursus, seminar, bengkel forum, bimbingan jemaah ke Haji dan Umrah dan sebagainya, dengan sebaik-baik balasan dunia akhirat. Allaahumma Ameen.

Begitu juga saya mengambil kesempatan ini, memohon maaf atas segala kekurangan diri ini dan segala kesalahan, semoga anda sekalian dapat memaafkan.

Bagi sesiapa yang berminat mendapatkan mana-mana buku berikut, yang sebenarnya adalah dihasilkan dengan Izin Allah dan PertolonganNya, kemudian dengan sokongan anda sekalian selama ini, sila emel kepada saya;
Zaadsg15@gmail.com
(Paling atas: dari kiri; Nota Kursus Musafir (200 halaman), Persiapan Menjelang Eid al-Fitri (Tiian Raudhah - journal Masjid ar-Raudhah keluaran Dis 2005), Erti al-Quran di dalam Bahasa dan Istilahnya di sisi Ahli Sunnah wal Jamaah (Risalah majalah warga PERGAS bil.12/2005), Seminar Penghayatan al-Quran anjuran Darul Quran MKS (Kertas kerja - 3hb September 2005)

Malah kejayaan saya mendapatkan kecermelangan dalam pengajian saya pada peringkat Masters, Walhamdulillaah (segala pujian bagi Allaah dan di TanganNya segala sesuatu) adalah setelah itu, dengan dorongan anda sekalian selain ahli keluarga tercinta.

Dear Readers,

Most probably, many among you had already been informed that I am pursuing my Doctorate Degree in Islamic Studies.

All praise be to Allaah, Walhamdulillaah, I am currently a registered full time student in one of the most prestigious Universities in Malaysia.  Having said that, I wish to inform you all that I had ceased all my classes and  teaching activities in Singapore. The course is 3-6 years programme (may Allaah preserve us all in good deeds and grant us a good end, with the Grace of His Mercy)

I take this opportunity to express my utmost gratitude to all of you, namely;
  1. The Work Force and Administrative Commitees of these Masjids (Masjid ar-Raudhah, Masjid al-Khair, Masjid Mydin (although for a short while), Masjid al-Ansar (even though for 3 sessions only), Masjid Darussalam, Masjid Darul Makmur, Masjid Darul Ghufran, Masjid al-Firdaus, Masjid an-Nahdhah, Masjid Alkaff, (Haji & Umrah Course; Masjid al-Mukminin, Masjid al-Iman, Masjid Sultan, Masjid Khalid), (Seminars & Workshops; Masjid an-Na'eem and Masjid Rahimabi) and especially Masjid Kampung Siglap, 
  2. Associations/Organisations, Education Centres and Travel Agencies (Haj & Umrah); PERGAS (part time weekend class tutor), Perdaus (tutor and lecturer for DPI - Kolej Uniti), Muhammadiyah (Usul Fiqh), IHDI, Salamedia, Singapore Polytechnic Malay Language Society (2ndFeb2012) and last but not least, Salsabil as well as Bayaan, Hamidah Travel, Sha Travel, Smailing Tours, al-Fattah and others.
  3. Close companions and friends, those who attend the classes diligently and their relentless support in the form of do'a (supplication/prayer), financial assistance, good words, encouragement, giving advice and reminder as well rectifications and so forth.
  4. Lastly, MUIS for granting me the recognition to teach since the beginning of the ARS implementation in 2007 until today.   
May Allah reward you all with the best of both worlds; dunya wal aakhirah (this world and the Hereafter) Allaahumma Ameen.

I apologize for my shortcomings and my mistakes, may you forgive me and may Allah forgive us all.
Astaudi'ukumullaah allaadzie laa tadhie'u wadaa-i'uhu.




 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts