Thursday, July 5, 2018

Keutamaan Menikahi Janda???

إن الحمد لله نحمده و  نستعينه و نستغفره ، و نعوذ بالله من شرور أنفسنا ، و من سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له ، و من يضلل فلا هادي له
و أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، و أشهد أن محمدا عبده و رسوله.
أما بعد:
Saya telah ditanya soalan ini pada hari-hari terakhir Ramadhan yang baru berlalu;
Apakah benar pemahaman maksud hadis yang disebutkan dalam imej/image ini, yang disebarkan melalui "medsos" yakni media sosial?
Jawapan dan ulasan saya:

  1. Ini masalahnya dengan penyebaran melalui media sosial dan sebab itu perlu sentiasa dirujukkan dan ditanyakan untuk mendapatkan kepastian dan yang benar dari apa jua yang disebarkan, meskipun benar banyak manfaat dan pengajaran yang baik dan benar yang diraih melaluinya.
  2. Hadis ini adalah hadis sahih sebagaimana yang disertakan oleh pihak yang membuat imej ini. Inilah cara yang betul dalam penyebaran Ilmu, khususnya Ilmu Agama Allah agar tidak berbohong atas nama Allah dan RasulNya yang merupakan satu dosa besar. Ini bukan sekadar "Fake News". Usahlah dilakukan seperti kesilapan sebahagian kaum Muslimin yang menyebutkan hadis atau riwayat tetapi tidak memberikan sumbernya dan tidak dipastikan kesahihannya dan ketulenannya. Atau menyebutkan Tafsiran ayat Firman Allah tetapi tidak disertakan rujukan kitab Tafsirnya. Atau menyebutkan Kaedah Fiqh atau Kaedah Usul Fiqh, namun tidak diperjelaskan menurut ketentuan-ketentuannya yang dibataskan oleh ulama zaman terdahulu. Maka segala contoh penyebaran sesuatu berkenaan Agama Allah dengan cara yang tidak betul itu tadi adalah kebohongan atas nama Allah, Rasul dan 'ulama terdahulu.
  3. Walaupun hadis ini sahih, tetapi kesimpulan atau pengajaran yang diambil daripadanya seperti yang dijadikan "Tajuk Besar" imej ini adalah tidak tepat. Ada hadis Jabir yang masyhur, yang menyebutkan galakan menikahi anak dara bagi golongan teruna@bujang sepertimana yang pernah diperincikan oleh asy-Syeikh 'Athiyyah Muhammad Saalim rahimahullaah dalam pengajian di Masjid Nabawi yang saya hadiri (mantan Hakim Madinah dan Pensyarah Universiti Madinah). Malah beliau rahimahullaah ada membawa kisah bagaimana anak dara pun lebih suka mendapatkan suami dari kalangan "suami orang" yang baik-baik kerana telah terbukti kebaikannya kepada isterinya yang pertama. (sila lihat: hadis Jabir antara yang disebutkan dan tidak diketemukan nas ulama menyimpulkan keutamaan menikahi Janda). Bukannya maksud Junjungan kita yang tercinta, Rasulullah (sollallaahu 'alaihi wa sallam) agar digalakkan menikahi para janda. Maaf, apatah lagi "Janda Berhias" (samada yang kematian suami atau bercerai hidup yang mendapat harta yang banyak). Hadis ini semata-mata menyebutkan keutamaan anggota masyarakat yang prihatin dan mengambil berat terhadap golongan yang kesempitan dengan menghulurkan bantuan kepada mereka, baik yang membantu itu kaum lelaki mahupun kaum wanita secara umumnya. Tiada kena mengena dengan "Menikahi para Janda". Seandainya maksudnya "menikahi janda", lalu bagaimana dengan "golongan miskin" yang disebutkan di dalam hadis? Begitu juga jadinya hanya orang lelaki yang dapat menyahut galakan Nabi (sollallaahu 'alaihi wa sallam) di dalam hadis ini. Kira-kira seperti WIRA atau Hero Penyelamat malah "laksana seorang Mujahid Pejuang pada Jalan Allah". Tentunya golongan para Isteri amat cemas dengan Pengajaran Hadis ini, jika difahami demikian, kerana hadis ini menjadi "hujjah" yang amat kuat bagi para Suami "memasang" pasangan baru, siap "pasang badan" dengan walimah besar-besaran dengan seseorang bergelar Janda..malah siap dengan pakej berbulan madu@honeymoon (sila lihat fatwa ini: Ruling on extravagance in wedding party and honeymoon...alasannya..."Rasulullah yang galakkan...bukannya Abang yang betul-betul hendak. Lebih-lebih lagi sekarang ini, mana boleh jadi Mujahid senang-senang kalau tak kena chop Mujahat. Inilah peluang Abang dapat lakukan Jihad...Jihad yang baik"...pujuk rayu si suami. Tercetus dalam fikiran si Isteri: "Patutlah beberapa bulan kebelakangan ini, sibuk betul berWhatsApp, sangkanya ada ramai pelanggan, rupanya melayan dan menghiburkan Janda orang. Buat perancangan Hari Perkahwinan. Jangan-jangan old-flame dia yang baru bercerai tak?! Masa aku dulu 3 hari...dengan janda ni 7 hari honeymoon?! Kalau remaja mabuk asmara satu hal...ini bukan umur fifteen...FIFTY tapi tingkah laku jadi macam fifteen!!!" (di sini ada pejelasan dalam bahasa Arab, dengan dalil hadis daripada Anas yang sahih mengenai bertetap tinggal bersamanya pasangan pengantin baru selepas pernikahan; islamweb_البقاء عند البكر سبعا و عند الثيب ثلاثا. Kesimpulannya untuk anak dara 7 hari dan janda 3 hari).
  4. Maksud sebenar hadis ini adalah seperti yang diterangkan berikut ini: Penjelasan hadis pembela nasib para janda dan golongan miskin dalam bahasa Arab. Kesimpulannya: Daripada penjelasan Imam Nawawi: Orang yang menyara keperluan hidup mereka (janda dan miskin). Yang demikian dengan melakukannya sendiri atau mewakilkan orang lain. Kata Ibn Qutaybah: "Armalah" (Janda dalam Bahasa Arab) asal maknanya adalah dari perkataan "Irmaal" yakni kefakiran disebabkan kematian suami. Dengan ini, tentunya Janda Berhias atau Janda kaya, tidak masuk dalam erti hadis ini.
Setelah jawapan dan ulasan ini...kena soalan cepumas...kalau berdasarkan pada "Tajuk Besar" imej...anda tidak berhasrat pasang lagi 1...2...3? 
Benar Rasulullah berpoligami. Benar Rasulullah mula berpoligami setelah umur 53 tahun (fifty). Benar ajal di Tangan Allah. Tapi peringatan-peringatan seperti berikut ini perlu diingat selalu. Niat murni adakalanya jadi rosak dengan cara-cara yang tidak betul. Sering didapati pasangan "Old-timers" @ "50-50" macam ini pun jadi terkena angin Asmara melakukan berbagai tindakan anak remaja. Allaahul Musta'aan. Anak-anak remaja mungkin ada banyak curfews...kalau orang-orang tua kiranya sudah berpengalaman dan tiada siapa yang kawal...tinggal hadis Nabi jadi pengukur: "...Jika anda tidak malu, buatlah sesuka hati mu" (sila rujuk KItab Hadis 40 Imam Nawawi dengan syarahnya sekali. Maksud saya peringatan-peringatan berikut:


Wallaahu a'lam.
Semoga Bermanfaat.


 
Copyright 2011 al-jamaah.sg
Template by freethemelayouts